Anda di halaman 1dari 13

PEMBICARA

SKRIP
PENGERUSI
Percubaan Pertama, Forum remaja penjana minda kelas pertama
AHLI PANEL 1
Percubaan kedua, Forum remaja pencetus minda remaja kritis.
AHLI PANEL 2
Percubaan ketiga ,Forum remaja pencetus minda remaja kreatif.
AHLI PANEL 3
Percubaan keempat ,Forum remaja penjana kelahiran generasi berinformasi.
SEMUA
Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya masyarakat berilmu.
Pengerusi
Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbilalamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiyai wal mursalin
Wa ala alihi wasahbihi ajmain
Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarakatuh,
Salam sejahtera, salam satu Malaysia,

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah


kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam pertandingan forum remaja
peringkat daerah Klang pada pagi nirmala yang bening lagi ceria ini

Hadirin yang dihormati

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita yang segak-segak lagi tampan
bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk forum remaja
kita pada hari ini.

Tajuk forum kita berkisar tema alam sekitar iaitu peranan Remaja dalam penggunaan
teknologi hijau.

Dunia marcapada menyaksikan kita berhadapan dengan senario kemelut alam sekitar
yang mengancam dunia amnya dan umat manusia khususnya. Dalam hal ini ,remaja
sebagai generasi pelapis kepimpinan negara seyogianya turut dituntut untuk bergerak
seiring dengan ahli masyarakat yang lain demi merealisasikan aplikasi teknologi hijau di
negara kita.

Pada hari ini, perubahan iklim dunia berlaku secara mendadak dan tidak
menentu sehingga mengancam kehidupan manusia . Perubahan cuaca global ini
juga menjejaskan kelestarian alam sekitar dan mengundang bencana alam .
Kenaikan aras laut, kenipisan lapisan ozon, pencairan bongkah ais, kejadian ribut dan
gempa bumi adalah antara fenomena yang menakutkan umat sejagat.
Seandainya, tindakan proaktif dan progresif tidak dilaksanakan secara tekal , dunia
akan musnah dalam musibah alam angkara manusia.

Dalam hal ini, peranan remaja turut dituntut. Kata orang tua-tua, ‘yang bulat tidak
akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datangmelayang” . Justeru ,remaja
seyogianya tidak terus-terusan mendakap tubuh tanpa sebarang inisiatif , sebaliknya,
ramaja harus bangkit untuk turut memainkkan peranan menyokong sebarang prakarsa
bagi mengatasi masalah alam sekitar dengan pengaplikasian teknologi hijau dalam
kehidupan seharian .

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik perbincangan
molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudara............................................yang merupakan ahli panel


yang pertama, selamat datang saudara, apa khabar ?
Ahli panel 1
Terima kasih saudara pengerusi, Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja .
Pengerusi
Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua, yang berada di sebelah saudara ahli panel
pertama iaitu saudara.....................................................,

selamat datang saudara


Saudara....................................................apa khabar ?
Ahli panel 2
Alhamdulillah, khabar baik saudara pengerusi.
Pengerusi
Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak bukan tentulah ahli panel kita yang
ketiga iaitu saudara.......................................................... Walaupun Nampak pemalu,
namun petah bicaranya. Apa khabar saudara?
Ahli Panel 3
Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang baik,maka saya berada di sini
bersama saudara dan para hadirin. Salam forum buat semua.
Pengerusi
Usai salam perkenalan daripada semua ahli panel,kembali kita kepada topik forum kita
tentang peranan remaja dalam penggunaan teknologi hijau.

Sidang hadirin yang dihormati

Sidang hadirin, Apakah sebenarnya teknologi hijau dan sejauh manakah remaja
diberikan pendedahan tentang konsep teknologi hijau ?. Bagi menjawab persoalan ini,
izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada ahli panel pertama.
Saudara................................., mohon saudara memberikan penjelasan tentang maksud
atau konsep teknologi hijau .Silakan saudara.
Ahli panel 1
Terima kasih saudara Pengerusi .

Bismillahirahmanirrahin
Terima kasih saudara pengerusi

Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada siding hadirin yang dihormati

Takrif teknologi hijau yang saya petik daripada portal Profil Malaysiaiaitu pmr.
penerangan.gov. my/indek php/alam sekitar /485 teknologi hijau ialah pembangunan
dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam semula jadi
dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia..

Teknologi ini dijangka dapat membantu meminimumkan degrasi kualiti persekitaran


iaitu mempunyai pembebasan gas rumah hijau GHG yang rendah atau sifar.

Apa yang menariknya ya saudara pengerusi dan sidang hadirin, teknologi hijau ini
juga selamat digunakan untuk menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan. Hal ini demikian kerana teknologi ini merupakan teknologi
rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding teknologi sedia ada

Sehubungan dengan itu, teknologi tersebut juga mestilah membantu usaha


menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber yang dapat
diperbaharui.

Teknologi hijau ini selaras dengan pembangunan mapan iaitu pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa perlu menjejaskan keperluan
generasi masa depan.

Dalam erti kata lain, kita turut bertanggungjawab memastikan generasi akan
datang dapat menikmati kualiti kehidupan sebagaimana yang kita nlkmati atau yang
lebih baik daripada yang kita peroleh pada hari ini dengan aplikasi teknologi hijau.

Menurut laman web Wikipedia Bahasa Melayu, antara contoh bidang


tumpuanTeknologi hijau ialah, yang pertama tenaga sumber alam semula jadi. Isu
penting dalam teknologi ini ialah pembangunan bahan bakar alternatif atau sumber
tenaga yang boleh diperoleh. Contohnya ialah penggantian arang batu sebagai bahan
bakar yang tidak mesra alam dan penggunaan kereta hybrid

Tumpuan yang kedua ialah bangunan hijau yang merangkumi semua tahap
pembangunan iaitu daripada pemilihan bahan bangunan kepada pemilihan
lokasi bangunan. Tamsilnya ialah penggunaan sistem solar dan sistem ventilator untuk
mengurangkan haba di dalam bangunan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga
Tumpuan yang ketiga pula ialah bidang nanoteknologi hijau melibatikan manipulasi
bahan pada skala nano meter atau pe milymeter. Bidang ini mungkin melibatkan
penambahbaikkan dalam aktiviti kitar semula.

Bidang tumpuan yang keempat ialah alamtologi iaitu satu teknologi yang jelas
mengikut fitrah alam dan kita hanya mengembangkannya mengikut susunan yang lebih
teratur. Pada pendapat saya bidang tumpuan inilah yang paling mudah dikaitkan dengan
penglbatan atau peranan remaja.

Setakat ini sahaja saudara pengerusi tentang takrif teknologi hijau. Saya serahkan
semula kepada saudara pengerusi. Terima kasih.

Pengerusi
Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang takrif teknologi hijau yang pada
pandangan saya merupakan penjelasan terperinci dan menarik daripada saudara ahli
panel pertama. Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli panel
kedua,saudara..........................................
tentang persoalan sejauh manakah remaja mendapat pendedahan dan mempunyai
pengetahuan sedia ada tentang teknologi hijau ?
Ahli panel 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudara pengerusi .

Sidang hadirin yang dihormati.

Saya berani menegaskan di sini bahawa golongan remaja sememangnya mempunyai


pengetahuan sedia ada tentang teknologi hijau yang akan membantu remaja
mengamalkan budaya hijau dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian
kerana golongan remaja di negara kita rata-ratanya merupakan remaja yang sekurang-
kurangnya mendapat pendidikan sehingga di peringkat Sijil pelajaran Malaysia. Remaja
yang bersekolah sudah pasti akan secara langsung memperoleh pengetahuan tentang
teknologi hijau melalui sukatan pelajaran yang menerapkan pendidikan alam sekitar.

Menurut kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kejuruteraan dan alam
sekitar UKM pada tahun 2009 menyebutkan bahawa Dasar Alam Sekitar Negara
ditubuhkan pada tahun 2002. Pendidikan dan kesedaran alam sekitar terdapat dalam
Strategi hijau Malaysia. Salah satu komponen yang digariskan ialah alam sekitar dan
pembangunan akan diintegrasikan ke dalam aktiviti pendidikan dari peringkat rendah
sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Pendidikan Alam sekitar merentas kurikulum dan kokurilkulum dilaksanakan di


sekolah. Proses pembelajaran dan pengajaran tentang alam sekitar berlangsung dalam
beberapa mata pelajaran seperti Sains, Pendidikan Moral, Sivik,Geografi dan Bahasa
Melayu. Proses ini dijalankan melalui aktiviti luar bilik darjah melallui kelab Pencinta
Alam, kelab Kembara dan aktiviti badan beruniform seperti pengakap .
Bukan itu sahaja, daripada informasi yang saya peroleh melalui laman
web UKM.my/lestari/en/slas, Jabatan Alam sekitar telah menyemarakkan budaya hijau
melalui pengaugerahan Sekolah Lestari. Melalui program ini pelajar diperkenalkan
dengan beberapa teknologi hijau seperti program kitar semula. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah pelajar digalakkan menghasilkan barangan kreatif daripada bahan kitar
semula.

Oleh itu, rasa-rasanya , kita, golongan remaja ini tidak menghadapi masalah untuk
mengaplikasikan atau mengguna pakai teknologi ini dalam kehidupan seharian saudara
pengerusi dan sidang hadirin yang dihormati .

Pengerusi
Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar berhubung pengetahuan sedia ada
golongan remaja tentang teknologi hijau .

Saya yakin dengan pendidikan alam sekitar yang dilaksanakan dari peringkat
sekolah ke peringkat Iinstitusi pengajian tinggi akan melahirkan pelajar yang
cakna akan kepentingan melestarikan alam sekitar. Selanjutnya., fenomena ini akan
membantu dalam pengaplikasian teknologi hijau dalam kalangan remaja.

Oleh itu, soalan saya yang seterusnya kepada ahli panel ketiga,
saudara...............................................bagaimanakah remaja dapat membantu dalam
aplikasi teknologi hijau ini ?. Dipersilakan ahli panel ketiga untuk menjawab persoalan
ini
Ahli panel 3
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudara pengerusi.

Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati.

Persoalan , bagaimanakah remaja dapat memainkan peranan dalam teknologi hijau ini
merupakan persoalan yang menarik. Apabila membicarakan tentang teknologi hijau
, kedengarannya teknologi ini agak kompleks dan mencabar untuk direalisaikan.

Peribahasa Melayu menyatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. Remaja
sebenarnya mampu memainkan peranan berkesan asalkan mempunyai kesedaran alam
sekitar yang tinggi dan mempunya iltizam serta rasartanggungjawab
untuk melestarikan alam sekitar

Remaja yang mempunyai kesedaran alam sekitar menyedari bahawa manusia dicipta
oleh Allah SWT sebagai khalifah yang ditugaskan untuk mentadbir dan
memakmurkan alam . Surah Hud ayat 61 bermaksud “Dialah yang menjadikan kamu
daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya “
Selanjutnya,isebagai pemimpin masa depan dan bakal mewarisi bumi ini, remaja
perlu memahami dan mendukung konsep teknologi hijau ini. Remaja boleh
mempraktikkannya dari rumah, bermula dalam lingkungan keluarga dan rakan. Tentu
ada antara kita yang pernah melihat atau didedahkan kepada kempen
pembuangan sampah dan kitar semula melalui penyediaan empat tong
sampah berasingan di hampir setiap kawasan kejiranan

Persoalannya, adakah kita faham sebab plastik, kaca, kertas dan sisa makanan perlu
diletakkan ke dalam tong yang berbeza? Sejauh manakah pula kita mempraktikkannya ?.

Saudara pengerusi dan sidang hadirin.

Sebenarnya , inilah antara usaha dan contoh mudah ke arah penggunaan teknologi
hijau . Botol, kaca dan kertas boleh dikitar semula. Konsep pengasingan sampah ini juga
boleh mendatangkan hasil jika remaja bijak menggunakan kesempatan i ni. Botol, kaca,
tin minuman dan kertas surat khabar serta majalah di rumah boleh dijual kepada
pengusaha kitar semula daripada dibuang begitu sahaja untuk mendapatkan duit poket.

Dengan cara ini remaja bukan sahaja membantu ke arah teknologi hijau , malah
remaja tidak terlalu bergantung kepada keluarga selain mengajar remaja berdikari dan
menghargai setiap sen yang diperoleh.

Setakat ini sahaja saudara pengerusi. Terima kasih.


Pengerusi
Terima kasih saudara..........................................................ahli panel kita yang ketiga.

Ya sidang hadirin yang dihormati dan dirahmati Allah. Kita masih lagi berada dalam
majlis Forum remaja tahun 2014 di dewan SMK Klang utama yang ceria dan indah ini.
Pada ketika dan saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk peranan remaja dalam teknologi
hijau.

Selamat datang kepada saudara dan saudari yang baharu mengambil tempat di dewan
ini. Kita teruskan bual bicara kita pada hari yang berbahagia ini. Saya tertarik dengan
pendapat semua ahli panel kita yang membayangkan ahli-ahli panel terdiri daripada
para remaja yang berinformasi tentang teknologi hijau ini . Yang pasti saudara sekalian
tentu telah mula memainkan peranan masing-masing ke arah pemantapan teknologi
hijau. Bukan begitu ahli-ahli panel kita ?

Ahli panel 1 2. 3
(Masing-masing mengangguk dan tersenyum apabila pengerusi memandang ke a rah ahli
panel seorang demi seorang
Ahli panel 1
Ya sudah pasti saudara pengerusi.
Kita perlu melibatkan diri dalam pelbagai program yang berkaitan dengan teknologi
hijau . Kita harus cakna bahawa penggunaan teknologi hijau ini telah lama diteroka oleh
negara maju untuk memelihara alam semula jadi atau melestarikan alam.

Faedahnya begitu banyak seperti meningkatkan produktiviti sumber semula jadi dan
populasi serta mengurangkan perbelanjaan kerajaan untk merawat setiap pencemaran
yang berlaku.

Di negara kita beberapa usaha telahpun digerakkan oleh pihak kerajaan dalam
menangani isu global seperti pencemaran alam sekitar, penipisan lapisan ozon,
pemanasan global dan isu yang berkaitan dengannya.

Antara langkah yang diambil oleh kerajaan termasuklah menstrukturkan semula dan
menambah fungsi beberapa kementerian dengan mewujudkan Kementerian Tenaga
Teknologi Hijau dan Air yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia .

Usaha - usaha tersebut jelas menunjukkan keseriusan Malaysia dalam melindungi


alam sekitar. Yang paling penting adalah untuk mengajak rakyat termasuk golongan
remaja bersama-sama melakukan sesuatu bagi melindungi alam sekitar daripada terus
dicemarkan semula. .
Ahli panel 2
Saudara pengerusi, izikan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan
ulasan saudara ahli panel yang pertama tadi.

Pengerusi
Silakan saudara..........................................Kita masih lagi membicarakan tentang peranan
yang boleh dimainkan oleh remaja dalam aplikasi tenaga hijau.
Ahli Panel 2
Terima kasih saudara pengerusi.

Sebagai mana yang diperkatakan oleh ahli panel pertama tadi, kerajaan begitu serius
dalam memantapkan teknologi hijau di negara kita kerana kesan minimum teknologi
hijau terhadap alam sekitar berbanding teknologi sedia ada. Oleh itu, peranan remaja
seyogianya sangat dituntut kerana remaja merupakan tonggak kepimpinan negara dan
pewaris bumi pada masa akan datang.

Usaha kerajaan tidak membawa sebarang makna, ibarat menyiram air di daun keladi
atau mencurah garam ke dalam laut jika kita semua tidak menukar minda dan tidak mahu
membuat sebarang perubahan untuk memelihara dan memulihara alam kita.

Antara usaha yang pernah saya dan rakan-rakan ahli panel lakukan dalam membantu
kerajaan melaksanakan dasar teknologi hijau ialah memanfaatkan masa terluang
kami menyertai aktiviti kelab Pencinta Alam sama ada di sekolah, mahupun yang
melibatkan badan bukan kerajaan (NGO).
Selaku Pengerusi kelab Pencinta Alam di sekolah, saya bersama ahli-ahli persatuan
telah membantu pihak sekolah dalam projek 1 Pelajar 1 pokok. Setiap
pelajar perlu mendermakan sepohon pokok kepada pihak sekolah dengan objektif
serampang 3 mata iaitu memperindah kawasan sekolah, menyamankan kawasan
sekolah dan menyemai semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan pelajar.

Alhamdulillah , sekarang ini sekolah kami telah bertukar menjadi sekolah dalam
taman dan sedang berusaha untuk meraih kedudukan sebagai sekolah lestari, program
yang dilaksanakan oleh Unit Sekolah, Seksyen Promosi Pendidikan dan kesedaran Alam
Sekitar, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar.
Terima kasih, kembali kepada saudara pengerusi forum.
Penerusi
Terima kasih kepada ahli panel kedua, saudara.....................................kerana sudi
berkongsi pengalaman beliau berhubung peranan beliau dalam projek 1 pelajar 1
pokok yang saya kira merupakan antara prakarsa perdana ke arah teknologi hijau.

Penghijauan bumi akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau kerana suhu di
kawasan persekitaran menjadi lebih dingin, seterusnya mengurangkan pergantungan
terhadap penggunaan tenaga yang selama ini membantu proses pendinginan hawa
seperti kipas elektrik dan penyaman udara.

Nampaknya dua orang ahli panel kita telah berkongsi pengalaman mereka dalam
projek hijau, saya percaya, Bukan sahaja diri saya , malah sidang hadirin juga turut
ingin mendengar pengalaman ahli panel kita yang ketiga iaitu
saudara.......................................,........silakan saudara.
Ahli panel 3
Terima kasih saudara pengerusi majlis
Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

Sebagai remaja yang masih berada dalam jagaan ibu bapa, saya sangat terkesan
dengan sikap kedua ibu bapa saya yang sangat menitikberatkan peri pentingnya kita
melestarikan alam sekitar. Ibu bapa saya merupakan suri teladan yang menyemarakkan
semangat cinta akan alam sekitar sejak saya kecil. Saya diasuh untuk melaksanakan
projek kitar semula di rumah.

Ayah mengecat 4 buah tong sampah dengan warna berasingan agar saya dan tiga adik
beradik saya yang lain. Ayah kemudiannya menjual barang kitar semula ke pusat kitar
semula dan wangnya di bahagikan kepada kami empat beradik.

Kami juga digalakkan menyertai aktiviti NGO yang berkaitan dengan aktiviti pencinta
alam. Pada bulan November tahun lepas saya menyertai projek kolaboratif antara
Pensatuan Pencinta Alam Malaysia(MNS) dengan Petronas di Pulau Tioman.

Di sana kami menyertai projek menyelamatkan batu karang dan menyertai bengkel
mengelakkan pencemaran laut. Menyertai aktiviti sedemikian memberikan pengetahuan
dan pengalaman serta menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam
sekitar.

Selain itu kami juga diberikan pendedahan tentang teknologi hjau dan beberapa
bidang kerjaya yang boleh kami ceburi dalam teknologi hijau pada masa akan datang.

Satu lagi peranan yang kita sebagai remaja boleh


melaksanakannya sebagai menyokong teknologi hijau ialah menyokong ‘earh hour’
yang mula dilancarkan oleh Tabung Alam Sedunia(WWF) pada tahun . Baru-baru ini
iaitu lebih kurang 29 hari yang lepas pada tanggal 29 Mac 2014. ‘Earth hour’ telah
berlangsung.

Pada malam tersebut , seluruh dunia diseru mematikan lampu dan peralatan elektrik
yang tidak digunakan selama 1 Jam. Program ini dilaksanakan untuk membangkitkan
kesedaran tentang perubahan iklim dunia.

Sekian sahaja , kembali kepada saudara pengerusi forum


Pengerusi
Terima kasih saudara......................................................ahli panel kita yang ketiga . kita
masih lagi membicarakan tentang peranan remaja dalam teknologi hijau

Saya memang tertarik dengan pandangan saudara tentang peranan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak agar anak-anak akan sentiasa menghargai alam dengan mendorong
mereka menyertai program hijau .

Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-
anak. ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, ‘ bapa borek anak rintik’, ‘ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ demikian antara peribahasa tentang
ampuhnya pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Jelaslah di sini bahawa Ibu
bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak dalam melahirkan rasa cakna dan
peka terhadap alam sekitar.

Jika ibu bapa sebagai orang dewasa melakukan sebaliknya, contohnya melakukan
pembakaran terbuka atau membuang sampah di merata-rata tempat di depan anak-anak,
maka usah diharapkan anak-anak akan membesar menjadi insan yang akan melibatkan
diri dalam teknologi hijau. Sikap ibu bapa yang sebegini bertepatan dengan
peribahasa ‘bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul’.

Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

Demikian tadi, perbincangan menarik berhubung peranan kita, peranan remaja dalam
teknolgi hijau , teknologi yang menyumbang terhadap pembangunan mapan dan
kelestarian alam sekitar.
Selanjutnya, sebelum mengakhiri perbincangan,saya ingin memperpersilakan ahli-
ahli panel kita merumuskan topik perbincangan kita pada hari ini. Silakan mana-mana
ahli panel kita membuat rumusan

Ahli panel 1
Saudara pengerusi , izinkan saya memulakan rumusan perbincangan kita
Pengerusi
Silakan saudara.
Ahli panel 1
Saya mohon kepada ahli panel dan sidang hadirin merenungkembali data yang saya
peroleh daripada WWF ini. Menjelang tahun 2030 penggunaan tenaga utama dunia
akan menngkat 1.6 % setahun atau 45% dalam tempoh 21 tahun. Di Malaysia pula,
keperluan tenaga elektrik mencecah 18, 947 megawatt. pada tahun 2020, dan
mencapai penggunaan 23 092 megawatt pada tahun tahun 2030.

Angka-angka ini menakutkan kita dan teknologi hijau merupakan penyelesaiannya.


Sudahkah kita golongan remaja bersedia menyahut cabaran ini ? Bukan setakat
mempunyai kesedaran alam sekitar semata-mata, malah menjadi sumber modal insan
berkualiti menggerakkan teknologi hijau. Terlalu banyak sumber semula jadi mesra alam
yang perlu diperbaharui seperti solar, angin, mini hidro dan geotermal menggantikan
minyak dan arang .

Justeru, marilah kita membantu menyelamatkan bumi ini dengan menjadi salah
seorang penggerak teknologi hijau dan bukan setakat menjadi pengguna
sahaja. Sesungguhnya,negara dan dunia memerlukan kita untuk menyelamatkan bumi.
Renungkan dan fikir-fikirkanlah wahai remaja sekalian.

Tuntasnya, peranan remaja sememangnya sangat dituntut dalam merealisasikan


penggunaan teknoiogi hijau secara optimum dalam menangani pelbagai isu alam sekitar

Sekian, wassalam. Kembali kepada saudara pengerusi


pengerusi
Terima kasih kepada ahli panel pertama, kita dengar pula rumusan daripada ahli panel
kita yang kedua. Silakan saudara.
Ahli Panel 2
Terima kasih saudara pengerusi

Ahli-ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Alllah.

Pada pendapat saya, cukup jelas kepada kita bahawa remaja sememangnya dapat
memainkan peranan yang signifikan untuk membantu ke arah teknologi hijau.
Seandainya, kita dapat membentuk generasi muda kita untuk mempunyai kesedaran
yang tinggi dalam memastikan kualiti alam sekitar tidak terjejas, saya rasa insya-Allah,
generasi yang akan datang akan dapat menikmati keindahan alam sekitar dan
memperoleh pelbagai kemaslahatan daripadanya.

Saya teringat kata-kata Sayidina Umar Al Khatab Radiaullahu anhu “Didiklah anakmu
mengikut zamannya dan bukan mengikut zamanmu” bermaksud ibu bapa seharusnya
mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman. Justeru , dalam zaman yang
menyaksikan manusia rakus mengejar pembangunan fizikal dengan mengetepikan alam
sekitar, anak-anak perlu diddik untuk mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi.

Saudara pengerusi, saya turut bersetuju dengan pendapat ahli panel pertama tadi agar
remaja didik bukan sahaja untuk menjadi pengguna teknologi hijau malah penggerak dan
pencipta teknologi hijau.

Kesimpulannya, remaja merupakan aset manusia paling bernilai untuk menggerakkan


aplikasi hijau ke arah pembangunan mapan dan pelestarian alam sekitar.

Sekian sahaja sidang hadirin. Saya serahkan semula kepada saudara pengerusi.
Wassalam.
Pengerusi
Terima kasih kepada saudara ...................................................atas rumusan yang menarik
tadi. Saya persilakan pula ahli panel ketiga.
Ahli panel 3
Terima kasih saudara pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk
menyampaikan penutup bicara tentang teknologi hijau dan peranan remaja.

Saudara pengerusi, ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati

Saya tidak menyangkal pandangan kedua-dua rakan saya ahli panel pertama
dan kedua, justeru saya ingin membuat penambahan. Remaja hari ini harus serius dan
bersama-sama mendukung usaha kerajaan dalam melaksanakan teknologi hijau. Tidak
ada gunanya kerajaan memperuntukkan berbillion-billion ringgit contohnya pada tahun
2014 sebanyak 1.84 billion untuk pelbagai program mempromosikan teknologi
hijau jika remaja tidak mempunyai kesedaran alam sekitar dan beriltizam memainkan
peranan dalam pelbagai cara.

Saya berharap rakan-rakan remaja di sini ringan-ringankan tulang, panjang-


panjangkan langkah untuk menjadi sukarelawan alam sekitar pelbagai
pertubuhan pencinta alam di negara ini. Khidmat saudara saudari diperlukan untuk
menjaga kebersihan alam sekitar contohnya membantu membersihkan sampah sarap di
kawasan rekreasi seperti tepi pantai dan di kawasan air terjun.
Akhir kata, saya ingin berkonsi ungkapan menarik yang pernah diujarkan oleh Bapak
presiden Pertama Indonesia, Presiden Sukarnoberkaitan generasi muda untuk renungan
kita bersama.

Katanya” jika kita ingin melihat rupa wajah sesuatu bangsa pada masa hadapan,
lihatlah rupa wajah anak mudanya hari ini. Jika tampak molek maka moleklah pada masa
hadapan . Namun , jika Nampak jelik, maka jeliklah bangsa itu pada zaman mendatang

Tegasnya, Jelaslah kepada kita bahawa kelestarian alam sekitar melalui pembangunan
teknologi hijau ini memerlukan kita golongan remaja untuk menjadikannya kenyataan
bukan sekadar impian atau harapan palsu.

Sekian sahaja hadirin sekalian. Kembali kepada saudara pengerusi .

Pengerusi
Terima kasih saudara................................................., ahlii panel ketiga.

Demikian tadi rumusan perbincangan daripada semua ahli panel kita tentang peranan
remaja dalam aplikasi teknologi hijau.

Konklusinya, remaja memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan


teknologi hijau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh remaja adalah melalui
aktiviti kitar semula yang boleh dilakukan sama ada di rumah, di sekolah atau
di tempat awam. Semudah memetik jari, remaja hanya perlu memasukkan sampah ke
dalam tong sampah pelbagai warna mengikut jenis sampah.

Seterusnya, peranan remaja yang kedua melalui penyertaan dalam kegiatan alam
sekitar yang dijalankan oleh persatuan pencinta alam sama ada di sekolah atau yang
dianjurkan oleh NGO seperti MNS dan WWF,

Selain itu, remaja juga perlu menyokong segala program yang dilaksanakan
untuk mengurangan penggunaan tenaga dan menghijaukan bumi seperti ‘Earth
Hour’ yang dilancakan oleh WWF sejak tahun 2008.

Dalam pada itu remaja disarankan menggali sedalam-dalamnya ilmu tentang


teknologi hijau agar remaja bukan setakat menjadi pengguna, malah pencipta teknologi
hijau.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan
peranan remaja dalam teknologi hijau. Semoga forum ini menjadi wadah melahirkan
remaja yang cakna terhadap isu-isu alam sekitar, selanjutnya membantu menyelamatkan
bumi kita. Harapan saya forum ini juga mampu memberikan informasi bermanfaat buat
semua hadirin yang dihormati.

Sidang hadirin yang dihormati..


Kalau berjalan dah sampai ke batas
kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara

Entah sireh salah sarung


Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah salam, salam bersantun,


Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
semua hadirin yang sudi hadir menyaksikan pertandingan Forum remaja ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon mengakhiri bicara ini selanjutnya mohon
mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam mualaikum warah matullah , salam


sejahtera, salam 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai