Anda di halaman 1dari 10

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

TEKNOLOGI HIJAU

Nama Pelajar: Allysha Dhia Ramadhan binti Ahmad Shafei

Kelas: 2Firdaus

Guru Mata Pelajaran: Puan Norazaliza binti Kasmin


PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas hadrat ilahi dengan limpahan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk
menyiapkan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin
mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Cikgu Norazaliza binti Kasmin kerana telah
membuka ruang untuk saya melaksankan tugas berkenaan.

Selain itu, saya juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi
pemudahcara untuk menyiapkan kerja khusus ini. Mereka telah memberi saya banyak kemudahan
dan sokongan moral yang banyak.

Seterusnya saya turut ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan saya khususnya
kawan sekelas kerana telah menghulur bantuan, memberi pendapat dan peringatan terhadap
kealpaan saya sepanjang menyiapkan tugasan .

Akhir madah, tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat dalam membantu saya
menyiapkan kerja khusus secara langsung atau sebaliknya seperti adik-beradik saya.
PENDAHULUAN

Saya Allysha Dhia Ramadhan binti Ahmad Shafei , murid tingkatan 2 Firdaus di Sekolah Raja
Perempuan Taayah telah diberi tugasan oleh guru geografi saya, Puan Norazaliza binti Kasmin untuk
menjalankan kajian luar tentang teknologi hijau. Setiap murid perlu menjalankan satu kajian kerja
khusus bagi memenuhi sukatan pelajaran bagi mata pelajaran geografi.

Saya telah memilih Chepor Indah, Ipoh, Perak sebagai kawasan kajian kerana Chepor Indah
mempunyai pelbagai aktiviti hijau. Selain itu, saya juga menetap di Chepor Indah. Dengan memilih
kawasan ini, ia telah memudahkan saya untuk mengumpul dan membuat kajian.
Bil. Tarikh Tindakan Catatan

1. 12/11/2022 Mendengar taklimat berkenaan kes Pusat


kajian Tingkatan 2 Sumber

2. 12/11/2022 Menentukan tajuk kajian ,objektif Kelas


kajian, kelas serta kaedah kajian

3. 20/12/2022 Mengumpul maklumat dari pelbagai Rumah


sumber

4. 25/12/2022 Menyiapkan tugasan Rumah

5. 3/1/2022 Menghantar kerja lapangan Kelas


OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti produk aktiviti hijau di kawasan kajian.


ii. Menghuraikan kepentingan amalan teknologi hijau di kawasan kajian
iii. Mencadangkan inovasi atau pembaharuan amalan berkonsepkan teknologi hijau di
kawasan kajian.

KAEDAH KAJIAN

Rujukan

Saya telah menggunakan kaedah rujukan untuk mengumpul maklumat tentang teknologi hijau. Saya
juga telah merujuk buku teks tingkatan 2 geografi dan internet demi mendapatkan lebih banyak
maklumat.
PENGENALAN

Kajian ini telah dilaksanakan di Chepor Indah, Ipoh dan taman ini merupakan tempat kediaman saya
berserta keluarga.

Teknologi Hijau berupa pembangunan dan produk, peralatan, dan sistem pemeliharaan alam sekitar
dan mengurangkan kesan-kesan negatif yang berpunca dari manusia.

Teknologi Hijau atau dikenali sebagai Teknologi Alam Sekitar merupakan penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif kepada aktiviti harian
manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermakna
penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Berikut ialah tiga objektif kajian yang dilaksanakan.

i. Mengenalpasti produk aktiviti hijau di kawasan kajian

Chepor Indah ialah taman yang aman dan harmoni. Terdapat beberapa aktiviti hijau seperti
penggunaan tong sampah kitar semula. Tong sampah kitar semula memiliki tiga warna yakni warna
jingga, biru dan coklat. Semestinya ia memiliki warna yang berlainan kerana ia mempunyai fungsi
tersendiri. Tong berwarna jingga digunakan untuk membuang tin aluminium dan tin plastik. Semua
jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan dibuang di tong ini.
Tong biru pula digunakan untuk membuang kertas. Semua kertas yang berwarna atau tidak seperti
akhbar ,majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah dan sebagainya. Tong terakhir pula, iaitu tong
coklat, digunakan untuk membuang kaca. Semua kaca seperti botol minuman ringan, balang
makanan, botol kosmetik dan lain-lain yang diperbuat daripada kaca.
Selain itu, kawasan ini juga mengamalkan aktiviti seharian dengan menggunakan pengangkutan
awam. Terdapat pelbagai kebaikan menggunakan pengangkutan awam. Contohnya, ia dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas . Apabila kita menggunakan pengangkutan awam seperti bas,
kita dapat mengurangkan penggunaan duit untuk membayar kos minyak petrol untuk kegunaan
kereta dan dapat mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya.

Perkhidmatan pengangkutan awam


Akhir sekali, kawasan ini menggunakan panel solar sebagai sumber tenaga. Tenaga suria atau tenaga
solar adalah teknologi yang menyumbang penjanaan tenaga daripada cahaya matahari. Tenaga solar
mempunyai banyak kebaikan contohnya ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik Tenaga
solar juga adalah produk mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan api dan sebarang bahan
kimia.

ii. Menghuraikan kepentingan amalan teknologi hijau di kawasan


kajian.

Antara kepentingan amalan teknologi hijau di kawasan ini ialah ia dapat melestarikan harta tanah.
Sebagai contoh, pemasangan sistem panas bumi menggunakan kos yang tinggi tetapi mengurangkan
hampir 50% lebih sedikit elektrik berbanding sistem biasa. Pada masa yang sama, pemanasan bumi
mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 70%. Ia membantu mengurangkan kos elektrik
dan pada masa yang sama dapat lindungi bumi dengan adanya penjimatan sumber semulajadi.

Selain itu, memberi tenaga bersih juga adalah kepentingan amalan hijau. Beberapa cara yang
digunakan oleh teknologi hijau termasuk memanfaatkan potensi tenaga suria, sel bahan bakar,
tenaga angin, dan tenaga panas bumi. Sebagai tambahan kepada sumber lain ini juga memberi
penyelesaian seperti teknologi bateri, bangunan hijau dan bahan logam.

Akhir sekali, kita juga dapat memperlahankan pemanasan global. Peningkatan suhu sedemikian
memberi efek kepada rumah hijau. Beberapa akibat negatif dari situasi ini termasuk pencemaran
asap, penapisan lapisan ozon, pengasidan lautan dan perubahan tumbuh tumbuhan .
Bagaimanapun, perubahan iklim dapat diperlahankan dengan bantuan teknologi hijau.
iii. Mencadangkan inovasi atau pembaharuan amalan berkonsepkan
teknologi hijau di kawasan kajian.

Sebagai penduduk Chepor Indah, terdapat beberapa kekurangan yang perlu dibaiki antaranya ialah
penggunaan plastic yang berlebihan. Jika perbuatan ini tidak dihentikan ia semestinya akan
mengancam hidupan yang di laut atau di darat. Pada masa lalu, pernah terjadi kes kura-kura dan
penyu dilaut dijumpai tidak bernyawa akibat tanpa sengaja menjadikan plastic sebagai bahan
makanan. Mereka sangkakan plastik yang kita buang itu adalah obor-obor jadi mereka cuba untuk
makan. Hal ini sangatlah mendukacitakan bagi pencinta haiwan akuatik dan pencinta alam sekitar.

Beg plastik diperbuat daripada bahan petroleum ia mempunyai rupa bentuk yang fleksibal, ringan,
nipis, lut sinar, mudah dibentuk dan saiz yang pelbagai. Cara untuk menangani situasi ini adalah
dengan menggunakan plastik biodegradasi ia dapat menyelamatkan haiwan yang terancam dan
dapat menjaga alam sekitar. Plastik biodegradasi diperbuat daripada plastik yang terurai secara
biologi yakni biodegradasi ialah pemecahan bahan-bahan kimia oleh persekitaran fisidiologi.
Terdapat dua elemen penting iaitu oksigen dan cahaya. Dengan dua elemen ini, ia membolehkan
plastik tersebut urai. Plastik ini akan mula mereput apabila terdedah kepada oksigen dan cahaya.
RUMUSAN

Daripada kerja lapangan yang telah ditugaskan kepada saya ini, saya telah mempelajari nilai murni
yang sering dilupakan. Antaranya ialah nilai menghargai alam semulajadi. Sebagai contoh, kita
bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan adanya pemulihan alam
sekitar yang berterusan daripada generasi ke generasi, kita akan terus dapat menikmati keindahan
alam flora dan fauna.

Ini juga menyedarkan saya bahawa pentingnya alam sekitar yang sentiasa memberi manfaat kepada
makhluk hidup. Saya berbangga kerana kawasan kajian saya menitikberatkan penjagaan alam
sekitar.

Saya berharap agar generasi kita yang sekarang dapat mengekalkan kelestarian dan keindahan alam
yang telah dicipta oleh tuhan yang Maha Esa.

RUJUKAN

Buku Teks Geografi Tingkatan 2

Bahan Rujukan Internet

Risalah

Anda mungkin juga menyukai