Anda di halaman 1dari 5

Maahad integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

Sepang,Selangor Darul Ehsan

Kerja lapangan Tingkatan 2

Tajuk:
Amalan Kitar Semula Di Presint 9,Putrajaya

Disediakan Oleh:
Ryann Darnis Bin Iezam Afiffan
2 Al-Ghazali

Nama guru: Puan Nurhapizah Binti Yunus


Penghargaan

2
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya saya dapat menyaipkan kerja
lapangan ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua MITS Bagan Lalang, Puan Siti Noridah Binti
Tohiron kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga
ingin ucap ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran geografi saya iaitu Puan
Nurhapizah Binti Yunus kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dan banyak membantu
dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya iaitu Iezam Afifan Bin
Mohamad Ayob dan Shaema Binti Mohd Hamim yang telah memberi sumbangan kewangan
dan memberi keizinan untuk menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali terima kasih sekalung budi. Kejayaan semua usaha ini bergantung pada
sokongan dan kerjasama semua pihak.

Pendahuluan
Saya telah menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di Presint 9,Putrajaya.

Saya memilih Kawasan kajian tersebut adalah kerana Kawasan itu berhampiran dengan
rumah saya.Ini memudahkan saya untuk membuat kajian ini.

Saya menjalankan kajian tentang amalan kitar semula di Presint 9,Putrajaya serta kepentingan
amalan tersebut untuk dipraktikka dalam kehidupan seharian di Kawasan tersebut

Selain itu,saya juga menilai halangan dan permasalahan yang dihadapi untuk melaksanakan
amalan tersebut serta memberi cadangan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran
dalam kalangan penduduk di Kawasan kajian untuk mengamalkan kitar semula.

Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan dia rumah (pengajaran dan pembelajaran di
rumah,Pdpr) pada waktu pengajaran dan pembelajaran Geografi selama dua minggu

Objektif Kajian

3
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :

a) Mendefinisikan konsep dan takrifan kitar semula


b) Menyenaraikan jenis-jenis bahan kitar semula di Presint 9,Putrajaya
c) Menyatakan kepentingan kitar semula di Presint 9,Putrajaya
d) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula di Presint 9,Putrajaya
e) Menyatakan cadangan usaha-usaha meningkatkan amalan kitar semula di Presint tar

Hasil Kajian

 Konsep kitar semula


Kitar semula bermaksud adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan
objek baru. Kitar semula bahan bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan
semula sifat yang ada pada keadaan asli atau asal.
 Jenis bahan dan amalan kitar semula
Bahan kitar semula yang biasanya dilakukan oleh penduduk di taman saya ialah
seperti,plastik ,kertas ,kaca dan kotak.
Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk taman saya ialah membuat
program kitar semula,memberi didikan tentang amalan kitar semula kepada penduduk
taman sekitar saya dan menghantar barangan kitar semula yg telah di kumpul ke pusat
kitar semula yang berdekatan.
Terdapat juga penduduk kampung yang menggunakan semula bahan kitar semula ini
unutk menjimatkan pembelanjaan seperti tayar dan botol plastic yang lama dijadikan
sebagai pasu bunga dan lain-lain lagi.
Selain itu terdapat penduduk kampung yang sudi bekerjasama memberi sumbangan
kepada pihak sekolah bahan-bahan kitar semula mereka untuk menjadikan sumber
pembelajaran seperti meja kayu,papan kenyataan dan lain-lain.
Di samping itu juga,apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang
cuba untuk mengurangkan penggunaan bahan seperti kertas dan plastic kerana
penggunaan plastic yang mengambil masa yang sangat lama untuk dilupuskan dan
boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan seterusnya
menambah pendapatan hasil jualan kitar semula.
 Kepentingan kitar semula

4
(1) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
 Sebagai contoh,kertas atau buku yang diperbuat daripada pokok,kita boleh
mengitar semula untuk memelihara pokok-pokok daripada ditebang dan
dijadikan semula sebagai kertas atau buku.
(2) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran
 Sebagai contoh,beg plastik atau plastik yang mengambil masa puluhan
tahun untuk melupuskannya.Maka dengan itu kita perlulah mengurangkan
penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
(3) Kitar semula untuk menjimatkan kos,sumber dan tenaga
 Kepentingan utama amalan alam sekitar kepada manusia adalah dapat
menjimatkan pembelajaan secara mikro dan makro.Dari segi
mikro,masyarakat tidak perlu berbelanja lebih sekiranya mereka mengitar
semula barangan keperluan seperti pakaian dan buku. Kita boleh
menyumbangkan pakaian kita yang telah digunakan untuk mengitar
semula dan dipakai oleh saudara-saudari.
 Secara makro pula,amalan kitar semula dapat menjimatkan pembelajaan
dalam pengurusan sampah.Kos penyelenggaraan tapak pelupusan sampah
semakin meningkat dari hari ke hari berikutan kualiti sampah yang juga
meningkat.Usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah daripada
menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit harus disokong.Izharnya,
amalan kitar semula dapat membantu manusia untuk menjimatkan
sebahagian sumber kewangan yang digunakan untuk mengurus bahan
buangan dan disalurkan ke arah yang lebih bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai