Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan Amalan Kitar

Semula
27/01/2023

Amalan Kitar Semula sangat penting dan haruslah disemai dan


dilaksanakan dalam masyarakat kita. Huraikan kebaikan amalan kitar
semula.

Kebaikan Amalan Kitar Semula


Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 telah menjadi penanda aras
untuk mencapai kemakmuran dalam semua aspek khususnya
ekonomi, sosial dan politik secara adil, saksama. Namun, masalah
pembuangan sampah yang boleh dikitar semula masih lemah
walaupun tahun 2020 telah berlalu pergi. Masyarakat masih di takuk
lama kerana ksehingga hari ini masalah pencemaran alam dan
pembuangan sampah masih berleluasa di negara kita. Oleh itu,
kerajaan perlu menguar-uarkan kepentingan daripada amalan kitar
semula ini agar masyarakat sedar akan keperluan mengamalkan
pengurusan sampah yang baik. Persoalannya, apakah kebaikan
daripada amalan kitar semula ini?

Mengurangkan pencemaran alam sekitar

Salah satu kelebihan yang signifikan dalam amalan kitar semula ialah
pencemaran alam sekitar semakin berkurangan. Hal ini dikatakan
demikian kerana masyarakat mula sedar akan keperluan
mengasingkan sampah domestik dengan sampah yang boleh dikitar
semula. Mereka melakukan pengasingan sampah sebelum
memasukkannya ke dalam tong sampah. Oleh itu, dengan
:
pengurusan sampah yang bermula dari rumah, kita akan dapat
menyelamatkan bumi dan alam sekitar daripada pencemaran.
Tegasnya, fikir dulu sebelum buang merupakan slogan yang tepat
dan sesuai untuk masyarakat.

Mengurangkan kos operasi pelupusan sampah

Dari sudut yang lain pula, amalan kitar semula akan dapat
mengurangkan kos operasi pelupusan sampah kerana ada
sesetengah sampah perlu mengambil masa yang lama dalam proses
pelupusan. Sebagai contoh, plastik dan kaca perlu mengambil masa
yang lama dalam proses penguraian. Keadaan ini menyebabkan
timbunan sampah menjadi banyak lalu akan menjadi timbunan bukit
sampah. Berdasarkan kajian, plastik dan kaca mengambil masa 500
tahun untuk dilupuskan. Malah proses pereputan yang terlalu lama
ini akan membebaskan bau gas yang busuk lalu memberi kesan
buruk kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, amalan kitar
semula merupakan kaedah terbaik yang dapat menyelesaikan
masalah timbunan bukit sampah yang semakin banyak.

Kemusnahan sumber alam dapat dielakkan

Tidak dinafikan bahawa dalam isu kitar semula, kemusnahan sumber


alam dapat dielakkan merupakan kebaikan kitar semula yang patut
menjadi keutamaan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan
sumber alam untuk menghasilkan kertas, tin dan plastik semakin
sukar didapati dan harga bahan mentah tersebut juga semakin
mahal. Malah, banyak pokok perlu ditebang untuk menghasilkan
setan kertas. Keadaan ini menyebabkan kita menggalakkan amalan
kitar semula dalam kalangan masyarakat agar dapat mengurangkan
penggunaan sumber alam demi memelihara dan memulihara
khazanah hutan negara. Dengan cara ini, permintaan sumber alam
berkurangan dan secara tidak langsung kegiatan tidak bermoral ini
:
akan terhenti dengan sendirinya.

Menjadi sumber pendapatan

Dari sudut sosioekonomi pula, amalan kitar semula dapat menjadi


sumber pendapatan utama. Bagi pemborong barang terpakai, aktiviti
mengumpul barang kitar semula yang dikutip setiap hari oleh
golongan miskin akan dapat menyumbang pendapatan harian
kepada mereka. Malah, aktiviti mengutip tin dan botol yang bersepah
di merata-rata tempat telah menyebabkan kawasan persekitaran
menjadi bersih. Dengan aktiviti mengutip tin dan botol pasti akan
dapat menyelesaikan masalah sampah sarap di kawasan
pelancongan. Secara tidak langsung, tidaklah pelancong
menganggap destinasi pelancongan di Malaysia hanya indah khabar
daripada rupa.

Penutup Karangan Amalan Kitar Semula

Dalam mencari kesepakatan bicara, ketulusan jiwa, dan keikhlasan


hati , semua pihak haruslah berlapang dada apabila menerima
keputusan secara kolektif demi menyelamatkan alam sekitar
daripada kemusnahan akibat keghairahan manusia meneroka alam
sekitar agar dapat terus diwarisi oleh generasi kepimpinan negara
pada masa akan datang. Oleh itu, usaha ini perlu digerakkan oleh
semua pihak agar kita dapat mengecapi kesejahteraan hidup kerana
rakyat yang sihat bergantung kepada persekitaran yang bersih dan
indah.

Contoh Karangan: Kebaikan Teknologi Hijau


Contoh Karangan: Langkah Menggalakkan Kempen Kitar Semula
:

Anda mungkin juga menyukai