Anda di halaman 1dari 6

KEPENTINGAN AMALAN KITAR SEMULA

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif
kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula
jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang
oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

·0 Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli


lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa.

·1 Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang
menghasilkan sisa .

·2 Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana


kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak
biodegradasi).

·3 Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan
yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

Pemeliharaan sumber semula jadi

Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan
tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan
barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal
yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia
dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber
semula jadi untuk pemprosesan barang baru.

Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya

Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang
penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-
barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk
perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang
lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuntiti yang sedikit
adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.

Menjimatkan kos

Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa
pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan
pengguna-pengguna individu.
Perniagaan sektor industri

Ia juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga
menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan
mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah
keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang
yang rendah.

----

Persekitaran Lebih Sihat

Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi
tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

Kurang Pencemaran

Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah,lori atau tapak pelupusan sampah merupakan
salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat
mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara.

Jimat Kos

Kitar semula untuk menjimatkan kos. Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah
lebihmenjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau
sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus
akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akanmemanfaatkan anda kerana caj untuk
pelupusansampah akan dikurangkan.

Jimatkan Sumber

Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah
anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk
menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport
bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain.

Selamatkan Sumber Hutan


Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar
semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara
hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

---

Kitar semula memainkan peranan yang amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan
negatif yang amat besar kepada alam sekitar khususnya alam semula jadi

Pembuangan sampah sarap yang melambak dan kian meningkat menyebabkann alam semula
jadi semaakin kotor. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan
oleh sisa pepejal.Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada
pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan kepada bahan mentah. Oleh
itu, sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan. Tenaga yang besar digunakan
untuk memuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga
dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharaan dan
pemeliharaan alam semula jadi

KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar dan seluruh dunia dan manusia yang hidup di
dalamnya

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu, kebanyakan kawasan tanah di negara
kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan bahagian besar meliputi
kawasan tadahan air. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada
bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding dihasilkan daripada bahan kitar semula.
Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan
penggunaan bahan mentah dan mengurangkan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan
daripada sumber asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DIKITAR SEMULA<

Pada zaman moden kini, kuantiti pembuangan sampah kian meningkat. Keadaan ini sedikit
sebanyak menjejaskan kemajuan negara. Sampah yang banyak akan menbawa kepada pelbagai
kemudaratan. Jika dihayati sebenar-benar penghayatan, pelbagai bahan-bahan yang menjadi
sampah sarap boleh digunakan ataupun boleh dikitar semula menjadi barang yang sama atau
barang yang baharu. Antara bahan-bahan yang boleh dikitar semula adalah seperti berikut

Terdiri daripada sampul surat, akhbar, kertas kadboard, buku-buku lama atau sudah koyak,
majalah, risalah-risalah, memo dan banyak lagi.

---

Alam sekitar merupakan satu anugerah yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya .Dalam satu
sidang media massa yang diadakan baru-baru ini , Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Yang
Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak ada menyatakan bahawa rakyat Malaysia
perlu berganding bahu melakukan amalan kitar semula sebelum nasi menjadi bubur. Di dada-
dada akhbar tempatan pada terutamanya Berita Harian sering mengutarakan rencana amalan
kitar semula memberikan nilai yang paradoks apabila rakyat Malaysia khususnya amat liat untuk
mengamalkan kitar semula. Pihak-pihak yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar sudah
mula melakukan inisiatif dengan menggalakkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula
kerana amalan ini dapat menjamin persekitaran alam yang sihat. Persoalannya, apakah
kepentingan amalan kitar semula?

Antara kepentingan amalan kitar semula adalah dapat mengurangkan pencemaran alam
sekitar. Hal ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai tidak akan
dibuang ke tempat yang sepatutnya. Sampah sarap dan bahan buangan yang tidak berada di
tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap
berhampirannya. Hal ini demikian kerana longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan
haiwan pembawa penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus, ular dan lipas. Tamsilnya,
bahan buangan domestik akan menarik perhatian tikus yang kelaparan dan pembuangan tayar
terpakai akan mengakibatkan pembiakan nyamuk kerana terdapat takungan air hujan di
dalamnya. Oleh yang demikian, masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk melakukan
kitar semula yang dapat dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti gotong-royong perdana.
Kesannya, masalah pencemaran yang berlaku di negara Malaysia dapat diatasi dengan lebih
efektif dan pragmatik. Sudah terang lagi bersuluh, pengurangan pencemaran alam sekitar
merupakan salah satu kepentingan amalan kitar semula.

Seandainya dipandang pada perspektif yang lain, amalan kitar semula dapat menjimatkan
kos perbelanjaan pelupusan sampah .Perkara ini lebih menjimatkan berbanding usaha
menyelenggara tapak pelupusan sampah yang makin meningkat di negara ini. Oleh itu, caj untuk
pelupusan sampah akan dikurangkan selain dapat meningkatkan ekonomi negara agar setaraf
dengan negara maju yang lain. Melalui jumpaan carian di Internet, fakta ada menyatakan
bahawa plastik mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan. Apabila aktiviti kitar semula
dilaksanakan, pembuatan plastik yang menggunakan petroleum yang dijumpai melalui hasil cari
gali di dasar lautan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini
kepada hidupan akuatik. Pusat pelupusan sampah yang tidak diurus akan menyebabkan
pencemaran bau akibat pelepasan gas semasa pereputan semula jadi sampah berlaku. Rakyat
Malaysia yang ingin hidup bebas daripada sampah perlulah berusaha membuang secara
sistematik dan terus istiqamah melaksanakannya persis peribahasa Melayu, berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Izharnya, salah
satu kepentingan amalan kitar semula adalah menjimatkan kos pelupusan sampah.
Pada perspektif yang lain, kepupusan sumber alam dapat dielakkan merupakan antara
kepentingan amalan kitar semula. Hal ini demikian kerana sebanyak 17 pohon pokok yang
matang terpaksa ditebang untuk menghasilkan satu tan kertas. Oleh yamg demikian, masyarakat
perlulah mengguna semula barang terpakai atau barang-barang buangan selain dapat mengubah
fungsinya dengan mereka cipta sesuatu yang baru dan boleh memberi manfaat. Hal ini persis
peribahasa Melayu yang menyatakan, ingat sebelum kena jimat sebelum habis agar seseorang
itu tidak akan menyesal di kemudian hari. Tambahan pula, bahan mentah yang dieksploitasi di
negara ini dapat dikurangkan dan digunakan oleh generasi pada masa akan datang dan
menjamin kelangsungan ekonomi negara, Masyarakat Malaysia terutamanya perlu memelihara
hutan hujan tropika yang terdapat di bumi bertuah ini kerana pokok-pokok tersebut
membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan melalui proses fotosintesis yang memerlukan
cahaya matahari dan karbon dioksida . Kesan daripada kepupusan sumber alam akan
menyebabkan bumi menjadi gondol dan bencana alam akan berlaku dengan kerap seperti banjir
kilat dan tanah runtuh. Tuntasnya, salah satu kepentingan amalan kitar semula adalah dapat
mengelakkan kepupusan sumber alam yang indah ini.

Seterusnya, kepentingan amalan kitar semula adalah menambahkan pendapatan


masyarakat. Hal ini diutarakan demikian kerana sesetengah masyarakat beroleh pendapatan
tetap atau sampingan melalui amalan jual beli bahan terbuang dan terpakai sekali gus dapat
menurunkan peratus pengangguran di Malaysia. Perkara ini dapat meningkatkan ekonomi
individu dan sesebuah organisasi keluarga terutama yang mempunyai banyak tanggungan.
Tamsilnya, masyarakat terutama pihak ibu bapa bokeh menjual majalah dan surat khabar lama
ke kilang atau kedai membeli kertas untuk dikitar semula selain dapat menjadi contoh teladan
yang baik kepada anak-anak kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tin-tin
minuman yang sering digunakan juga dapat dijual dengan harga yang tinggi mengikut beratnya.
Sering kali kita dipaparkan dengan panorama yang tidak enak dilihat di kawasan rekreasi iaitu
bekas-bekas tin ditinggalkan apabila isinya sudah selamat masuk ke perut manusia. Tin-tin
tersebut lebih baik dihantar ke kilang untuk diproses menjadi bahan baru berbanding menjadi
hiasan di taman rekreasi yang akan mengundang pelbagai kesan negatif. Jelaslah bahawa
pendapatan masyarakat dapat ditambah merupakan kepentingan amalan kitar semula.

Akhir sekali, persekitaran alam yang ceria merupakan kepentingan amalan kitar semula.
Perkara ini dapat dilaksanakan melalui kaedah guna semula barangan terpakai. Barangan
terpakai tersebut dapat dimanfaatkan untuk menceriakan persekitaran berbanding hanya berada
di pusat pelupusan sampah. Sebagai contohnya, botol-botol plastik terpakai dapat digubah dan
dijadikan sebagai sebuah pasu mini selain dapat menghiasi pagar rumah dengan terdapat pokok
bunga bervariasi warna di dalamnya. Kesannya, jiran tetangga akan mengikuti kaedah yang
ditunjukkan kerana penggunaan botol plastik untuk menghasilkan pasu mini lebih menjimatkan
kos daripada membeli pasu sebenar di kedai yang jauh lebih tinggi harganya. Tambahan pula,
melalui Sambutan Hari Bumi yang disambut pada setiap tahun, masyarakat dapat mengubah
fungsi pelbagai barang terpakai dan mendapat impak yang baik daripadanya. Tegasnya, antara
kepentingan amalan kitar semula adalah dapat menceriakan alam sekitar melalui penghasilan
produk baru.

Deduksinya, untuk mendapatkan faedah atau kepentingan alam sekitar, semua pihak
haruslah seia sekata untuk istiqamah dalam mengamalkan amalan kitar semula. Masyarakat
tidak boleh memandang remeh perkara ini supaya alam ini selamat untuk didiami oleh generasi
sekarang dan akan datang agar keindahan alam akan terus dapat dinikmati. Mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah menyatakan bahawa rakyat yang sihat
bergantung kepada persekitaran alam yang bersih dan indah. Masyarakat harus mengamalkan
amalan kitar semula kini kerana alah bisa tegal biasa. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia diseru
untuk terus mengamalkan amalan kitar semula dan berupaya meluaskan horizon pemikiran
masyarakat untuk melahirkan generasi yang cinta akan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai