Anda di halaman 1dari 7

Manfaat Berbasikal

Merawat artritis
Berbanding senaman lain,
berbasikal tidak memberikan
tekanan kepada sendi atau tulang
rawan. Sebaliknya, berbasikal
membantu menyihatkan otot dan
sendi pada kaki dengan
gerakannya yang berupaya untuk
menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak
langsung dapat membantu
merawat dan mengurangkan risiko
serangan artritis dan
pembengkakan sendi.
Merehatkan minda
• Aktiviti ini juga berkesan dalam
merehatkan minda terutama jika
kita berbasikal pada awal pagi
atau lewat malam. Hembusan
udara yang segar pada kedua-
dua waktu ini mampu
menenangkan fikiran sekaligus
menghilangkan stres yang
sedang dialami. Pada masa yang
sama, berbasikal turut
meningkatkan kepekaan dan
daya konsentrasi individu.
Mengurangkan kadar kolestrol
• Berbasikal melibatkan
pergerakan otot-otot paha,
lengan dan pinggul membuatkan
aktiviti berbasikal efektif dalam
menurunkan kadar kolesterol
yang terdapat dalam tubuh.
Hanya dengan melakukan
senaman berbasikal sebanyak
tiga kali seminggu dan satu jam
bagi setiap sesi, paras kolesterol
yang tinggi akan berada pada
tahap sepatutnya.
Menguatkan tulang
• Berbasikal secara rutin membantu
menguatkan tulang pada bahagian atas
anggota badan dan tulang belakang. Justeru,
risiko untuk mengalami patah atau
kecederaan tulang yang lain akan
berkurangan. Malah kajian juga
menunjukkan bahawa individu yang aktif
berbasikal jarang mengalami patah tulang
pinggul apabila tua.Selain itu berbasikal juga
berupaya menguatkan tulang kaki dan
merupakan mobiliti terbaik untuk pinggul
dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang
mengalami proses tumbesaran amat
digalakkan untuk melakukan senaman yang
melibatkan kaki kerana berabsikal bukan
hanya mampu menguatkan kaki malah turut
juga berupaya menjadikan mereka lebih
tinggi.
Mengurangkan risiko penyakit
• Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal, pengaliran darah ke jantung akan
meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan
membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan
mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50 peratus. Begitu juga mengurangkan risiko
penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

• Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh
penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki
fungsi paru-paru.

• Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari.


Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang baik untuk kesihatan hingga mampu mencegah
penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu
menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman
berbasikal kerana berbasikal mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Manfaat
Berbasikal
1.
2.
3.
4.

Anda mungkin juga menyukai