Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS PANTUN

PANTUN

MAKSUD

Pergi ke belukar memasang pikat,


Pualngnya lewat di hujung petang,
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezekin secupak terasa segantang.

Sekiranya kita mengamalkan sikap


berjimat cermat, rezeki yang diperoleh
akan bertambah dari semasa ke
semasa.

Indah nian pemandangan dunia,


Dari timur hingga selatan,
Sikap berjimat amalan mulia,
Orang boros sahabat syaitan.

Berjimat cermat adalah amalan mulia.


Orang yang boros pula dianggap
sebagai kawan syaitan.

Masak meranum buah ara,


Jatuh sebiji di atas papan,
Jika berjimat setiap perkara,
Pasti terjamin masa hadapan.

Berjimat cermat hendaklah dalam


setiap perkara kerana amalan ini akan
menjamin masa depan.

Sungguh pahit buah peria,


Dimakan juga dibuat sayuran,
Membesar belanja sikap sesia,
Hanya menambah beban
kewangan.

Berbelanja besar adalah sikap yang


tidak berfaedah. Sikap ini hanya akan
menambahkan beban kewangan.

Singgah berehat di Kota Lama,


Kuih dijamah air dihirup,
Berjimat cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.

Berjimat cermat adalah amalan yang


dituntut oleh agama. Hidup akan lebih
sejahtera jika kita sentiasa berjimat
cermat.

Inderagiri pasirnya lumat,


Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.

Lebih baik berjimat dengan cara


membeli sesuatu dengan kadar yang
sedikit daripada membeli sesuatu
dengan kadar yang banyak tetapi
hanya membazir.

Turun ke lading memetik kacang,


Hendak dibuat masak lemak,
Segala urusan jika terancang,
Sikap membazir pasti terelak.

Semua urusan yang dilakukan dengan


cara yang terancang akan mampu
mengelakkan pembaziran.

Tema
Kepentingan amalan berjimat cermat. Amalan ini memberi pelbagai faedah.
Persoalan
1.
2.
3.

Amalan berjimat cermat menambahkan rezeki


Keburukan sikap boros
Kepentingan merancang perbelanjaan

Anda mungkin juga menyukai