Anda di halaman 1dari 13

Tema 1

Keluarga Bahagia
SAJAK KELUARGA BAHAGIA
Keluarga bahagia sajak kukarang,
Mesra bersama tinggal di sarang,
Ketua keluarga bapa tak garang,
Bergurau senda sentiasa girang.

Agama dihayati terus-terusan,


Ibu dan bapa selalu berpesan,
Didik anak-anak satu tugasan,
Jangan suka memberi alasan.

Jalin hubungan mesra dan akrab,


Santun berbicara sangat diharap,
Bincang bersama perlulah kerap,
Keluarga bahagia tentu mujarab.

Kebersihan rumah dijaga selalu,


Hari minggu gotong-royong perlu,
Tumbuh kerjasama sejak dahulu,
Rumah yang kotor mata berbulu.

Soalan Pemahaman

1) Berdasarkan sajak di atas, apakah ciri-ciri keluarga bahagia yang ada dalam
rangkap sajak yang pertama?

2) Berdasarkan rangkap kedua sajak, apakah cara untuk mendidik anak-anak?

3) Apakah rahsia keluarga bahagia yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak
ini?

4) Apakah nilai murni yang terdapat pada rangkap keempat sajak ini?
Tema 2
Kebersihan dan Kesihatan Diri

CARA MENJAGA KESIHATAN

                Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya


setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-
masing.Namun begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang
menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya
perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.

          Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat
termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang
seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan supaya
mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan
membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di samping
itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat
penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
           Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.Seseorang
individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya
tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.Hal ini demikian kerana
bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap
kecergasan fizikal.

              Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-


kurangnya dua kali dalam setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan
berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan
mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal
sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.

              Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang
cukup.Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar
diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi
dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih dan lesu
sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala.Oleh itu,rehat dan tidur yang cukup
amat diperlukan.

                      Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat


awal lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai.Oleh itu,
kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada
kita.Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.
PANTUN MENJAGA KEBERSIHAN

Pucuk paku daun selasih,


Dibeli dari kedai Pak Hadi,
Kalau mahu diri bersih,
Bangun tidur terus mandi.

Pergi ke hulu dengan Pak Utih,


Mencari kayu dengan kelapa,
Kalau mahu gigi yang putih,
Gosok selalu janganlah lupa.

Dari hulu pergi ke Bangi,


Hendak membeli pisang embun,
Kalau mahu berbadan wangi,
Ketika mandi gunakan sabun.

Naik perahu ke Tanjung Pura,


Makan laksa di tanjung Dahan,
Kalau mahu hidup sejahtera,
Setiap masa jaga kebersihan
Tema 3

Keselamatan
Lagu
Lagu : Keselamatan di Jalan Raya
Melodi : Bapa ku Pulang

Di jalan raya banyak kereta


Memang bahaya baik hati-hati
Ikuti peraturan jangan main-main
Sayangilah nyawa anda…

Marilah kawan-kawan semua


Sama belajar keselamatan
Senang-senangkan hati anda
Jangan mengantuk semasa memandu…

Pom,pom,pom,pom,pom,pom,pom,pom,pom
Jaga keselamatan di jalan raya
Patuhi peraturan setiap masa
Demi keselamatan diri dan keluarga...

Cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya


Keselamatan di jalan raya amat dititikberatkan. Hal ini kerana banyak kemalangan yang
berlaku akibat kecuaian kita sendiri.Apabila tiba hari perayaan, isu utama yang sering
dibincangakn adalah tentang kemalangan jalan raya.Keadaan ini membuktikan bahawa keselama
tan jalan raya tidak dipandang serius oleh pengguna.

Terdapat pelbagai cara menjaga keselama tan di jalan raya . Antaranya adalah berjalan
mengikut laluan pejalan kaki.Pajaln kaki hendaklah menggunakan laluan pejalan kaki yang
disediakan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Selain itu, penunggang motosikal haruslah memakai topi keledar yang bersesuaian.
Mengikat tali topi keladar dengan betul dan kemas dapat mengelakkan topi keledar tercabut
apabila berlaku kemalangan.

Penunggang motosikal juga mestilah memkai jaket pantul cahaya jika menunggang
motosikal pada waktu malam. Jaket pantul cahaya juga boleh dipakai jika menunggang basikal
pada waktu malam. Jaket ini akan memantulkan cahaya daripada cahaya kenderaan lain. Cahaya
yang dipantul akan dilihat oleh pengguna jalan raya dengan jelas.

Kita juga perlulah berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah kenderaan. Ini
dapat mengelakkan daripada dilanggar kenderaan dari belakang secara mengejut.

Budak-budak yang lebih muda daripada kita patutlah dipimpin tangannya ketika hendak
melintas jalan. Dengan cara ini, kita dapat elakkan daripada kemalangan berlaku. Menggunakan
jejantas ketika hendak melintas juga adalah antara cara menjaga keselama tan di jalan raya.

Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa menjaga keselama tan di jalan raya. Dengan cara
menjaga keselama tan di jalan raya, kite boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan di
jalan raya. Kita juga tidak akan kehilangan orang yang tersayang.

Anda mungkin juga menyukai