Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

Saya merupakan seorang guru akademik biasa dan mengajar kelas Perdana. Sepanjang 10
tahun bertugas saya hanya berpeluang untuk menggantikan guru Pra Sekolah sekiranya guru
tersebut menghadiri kursus atau semasa ketiadaan mereka di sekolah. Namun begitu saya
mempunyai banyak pengalaman melihat prestasi setiap kanak-kanak daripasa Pra Sekolah
kerana saya mengajar kanak-kanak yang sama bagi mata pelajaran Matematik apabila
mereka masuk ke kelas Perdana Tahun 1 dan Tahun 2. Saya mengambil peluang sebaik
mungkin apabila menjalani praktikum selama 8 minggu di Pra Sekolah Sk Opar, untuk
mengatasi masalah yang saya hadapi semasa menggantikan guru Pra Sekolah sebelum ini.

Sepanjang pemerhatian, saya berasa kurang berpuas hati dengan pencapaian kanak-
kanak Pra Sekolah berumur 6 tahun yang agak pasif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Dari aspek perkembangan kognitif nombor, masih ramai
dikalangan kanak-kanak belum menguasai sepenuhnya nombor 1 hingga 10. Kebanyakan
kanak-kanak hanya menghafal kedudukan nombor 1 hingga 10 apabila dalam bentuk
nyanyian sahaja. Apabila diarahkan untuk menunjukkan nombor-nombor tersebut saya
mengesan 4 orang kanak-kanak tadi sukar untuk mengenalpasti nombor yang tepat dengan
nombor yang disebut oleh mereka. Pada pemikiran saya, kanak-kanak sepatutnya sudah
kenal nombor-nombor asas 1 hingga 10 dengan baik. Selain itu, keempat kanak-kanak
tersebut hanya dapat mengingatkan susunan nombor apabila disebut dalam bentuk nyanyian.
Perkembangan kognitif kanak-kanak dalam lingkungan 2 tahun sudah mula menyebut dan
mengikut tuturan orang di sekeliling mereka. Sudah pasti dalam perbualan seharian konsep
nombor seperti bentuk, nilai nombor dan sebagainya akan turut digunakan oleh ibu bapa.

Empat orang kanak-kanak tersebut telah saya uji di dalam kelas bersama-sama rakan-
rakan mereka yang lain dengan menggunakan bahan-bahan maujud untuk menunjukkan nilai
sesuatu nombor asas. Apabila diarahkan untuk membandingkan nilai nombor dan menyusun
semula kedudukan nombor mengikut nilai nombor 1 hingga 10, keempat kanak-kanak
tersebut keliru dengan nilai-nilai nombor tersebut.

1
“Sila bandingkan yang mana satu nombor yang besar nilainya, nombor 2 atau nombor 5?”
Kanak-kanak hanya mendiamkan diri dan selepas beberapa minit seorang kanak-kanak
menjawab, “nombor 2, cikgu”.

Apabila ditanya berulang kali soalan yang hampir sama, 4 orang kanak-kanak masih
tidak dapat memahami konsep nombor tersebut walaupun diterangkan dengan simbol dan
bahan maujud. Penggunaan bahan maujud yang paling mudah difahami turut tidak mampu
membantu pemahaman kanak-kanak tersebut. Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak tersebut?

Berdasarkan kepada permasalahan yang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut, terlintas di


fikiran saya untuk membantu kanak-kanak tersebut dengan memikirkan satu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta bersesuaian. Sebelum saya meneruskan
kajian saya dengan lebih mendalam, saya telah menyenaraikan nama kanak-kanak tersebut
dan berbincang guru Pra Sekolah untuk mengetahui dengan lebih terperinci dengan latar
belakang kanak-kanak tersebut. Saya meminta kebenaran kepada guru Pra Sekolah untuk
membantu kanak-kanak yang mengalami masalah untuk menguasai konsep nombor 1 hingga
10 dengan cara menyediakan bahan dan kaedah yang yang mampu menarik minat kanak-
kanak tersebut.

Pelbagai kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang saya gunakan untuk membantu
meningkatkan penguasaan kanak-kanak tentang konsep nombor. Saya berusaha
menggunakan beberapa kaedah yang dekat dengan kehidupan seharian kanak-kanak iaitu
penggunaan permainan interaktif yang semakin diminati oleh kanak-kanak pada masa kini.
Saya perlu mengatasi masalah ini agar ianya tidak berlanjutan dan menimbulkan masalah
dalam pencapaian pembelajaran dalam diri kanak-kanak sendiri. Malah, tindakan saya ini
akan banyak membantu kanak-kanak agar tidak mengalami banyak masalah memandangkan
di kelas perdana semasa di tahun 1, isi pelajaran semakin meningkatkan kemahiran kognitif
matematik. Jika tidak diatasi di peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak pada umur 6
tahun, kemungkinan peratusan LiNus akan meningkat apabila kanak-kanak melangkah
masuk ke kelas perdana.

2
2.0 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Berdasarkan kepada refleksi di atas, kajian tindakan ini berfokuskan kepada mencari kaedah
dan teknik yang bersesuaian untuk diamalkan oleh kanak-kanak pra sekolah. Dalam
kehidupan seharian kanak-kanak, bermain adalah merupakan aktiviti yang paling
menyeronokkan dan sangat sinonim secara lahiriah dengan perkembangan pertumbuhan
kanak-kanak.

Kelemahan yang paling ketara ialah apabila kanak-kanak hanya menghafal nombor
dalam bentuk nyanyian tetapi apabila diarahkan untuk menulis nombor dalam kedudukan
menaik, mereka sukar untuk menulis di papan tulis. Kanak-kanak juga mengalami masalah
untuk menyusun nombor. Satu lagi masalah yang paling ketara apabila kanak-kanak tidak
dapat membezakan nilai nombor yang diberikan. Apabila disuruh membulatkan salah satu
kumpulan daripada dua kumpulan objek yang berlainan nilai berdasarkan nombor yang
diberikan, kanak-kanak tidak memahami nilai setiap nombor.

Noriati A. Rashid et. al. (2012) menyatakan pembelajaran adalah dalam bentuk
pengalaman langsung yang akan dialami oleh setiap kanak-kanak. Penerimaan dan
pemahaman kanak-kanak secara informal terhadap konsep nombor mempunyai perkaitan
dengan isi pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam Dokumen Kurikulum Pra
Sekolah (2010). Dengan merujuk kepada Standard Pembelajaran di dalam Dokumen
Kurikulum Pra Sekolah (2010) kanak-kanak dalam lingkungan umur 5 tahun dan ke atas,
kanak-kanak boleh ;

i) ST 7.1.7 – Membilang secara menaik 1 hingga 10 dan menurun 10 hingga 1dan


ii) ST 7.1.8 – Menulis nombor 1 hingga 10 mengikut cara yang betul

Justeru dengan merujuk kepada Standard Pembelajaran di atas, saya perlu memastikan
agar setiap kanak-kanak menguasai konsep nombor 1 hingga 10 dengan cara yang mudah
difahami dan diterima oleh kanak-kanak. Kandungan ST 7.1.7 iaitu membilang nombor 1
hingga 10 secara menaik agak mudah dilakukan. Salah satu caranya dalam bentuk nyanyian
dan lakuan aksi pergerakan. Bagi kanak-kanak, mengingat turutan nombor secara menaik
dalam bentuk nyanyian lebih mudah dilakukan. Namun, masalah akan timbul apabila kanak-

3
kanak diminta untuk mengingat turutan menurun nombor 1 hingga 10. Ingatan untuk
mengimbas kembali isi pengajaran dan pembelajaran agak rendah.

Dengan merujuk kepada masalah tersebut, timbullah idea untuk menggunakan permainan
interaktif berbantukan komputer di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
komputer merupakan salah satu alat teknologi yang mendapat tempat di hati kanak-kanak
pada masa kini. Permainan interaktif komputer lebih menarik dengan pelbagai visual dan
audio digunapakai. Dengan cara ini juga ianya dapat membantu kanak-kanak untuk
berseronok bermain permainan interaktif konsep asas nombor sambil belajar. Bagi
memastikan masalah ini dapat diatasi sepenuhnya, kanak-kanak yang mengalami masalah
menguasai konsep nombor tersebut akan diberi perhatian sepenuhnya untuk menggunakan
permainan interaktif komputer dengan bimbingan guru. Masalah ini perlu diatasi dengan
segera kerana masalah penguasaan konsep nombor akan memberi kesan kepada kanak-kanak
apabila mereka masuk ke kelas perdana iaitu tahun 1. Malah ianya juga turut akan
menyukarkan kanak-kanak melalui kehidupan seharian apabila ianya mengaitkan nombor.

3.0 Objektif Kajian / Soalan Kajian


3.1 Objektif Umum
Pada akhir kajian tindakan ini, kanak-kanak akan dapat menguasai kemahiran konsep
nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan kaedah permainan interaktif komputer.

3.2 Objektif Khusus


Pada akhir kajian tindakan ini;
a) Kanak-kanak dapat menyebut nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun
b) Kanak-kanak dapat membilang nombor 1 hingga 10 secara menaik dan menurun
c) Kanak-kanak dapat menulis nombor 1 hingga 10 mengikut turutan menaik dan
turutan menurun dengan betul
d) Kanak-kanak dapat membandingkan nilai nombor 1 hingga 10
e) Memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru
4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 4 orang kanak-kanak Pra Sekolah berumur 6 tahun di Sekolah
Kebangsaan Opar, Bau. Seramai 2 orang kanak-kanak lelaki dan 2 orang kanak-kanak
perempuan. Keempat-empat kanak-kanak tersebut berbangsa Bidayuh.

4
5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah


Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak berkaitan kegagalan
mereka dalam menguasai konsep nombor 1 hingga 10, saya telah menggunakan beberapa
kaedah sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Berikut merupakan
peringkat tindakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya.

Pemerhatian
Langkah pertama yang saya lakukan ialah membuat pemerhatian. Pemerhatian telah
dijalankan sepanjang sesi persekolahan dengan melihat kepada setiap tingkah laku serta
amalan harian kanak-kanak tersebut di dalam dan di luar bilik darjah. Semasa
pemerhatian dilakukan, saya telah mencatat setiap perubahan dan amalan kebiasaan
kanak-kanak tersebut. Saya mendapati bahawa kanak-kanak lelaki kurang memberi
perhatian jika dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan semasa guru mengajar.
Malah apabila ditanya soalan secara lisan, kanak-kanak perempuan lebih aktif untuk
menjawab. Namun begitu, apabila diberi latihan bertulis di papan tulis, kesemua kanak-
kanak dapat menjawab dengan betul untuk jangka masa pendek.

Ujian Pra dan Pos


Ujian Pra yang dilaksanakan untuk semua murid Pra Sekolah seramai 25 orang. Ujian Pra
yang dijalankan adalah dalam bentuk aktiviti lembaran kerja yang menguji kemahiran
tahap penguasaan kanak-kanak tentang konsep nombor 1 hingga 10 secara menaik dan
menurun. Kanak-kanak dikehendaki memadankan objek sama banyak, membulatkan
kumpulan objek dan memadankan kumpulan objek dengan nombor.

Selepas itu, saya menyemak jawapan latihan untuk mengesan kesalahan dan
kelemahan kanak-kanak. Hasil daripada penyemakan tersebut, saya dapati bahawa
seramai 4 orang kanak-kanak tidak menguasai kesemua latihan yang telah saya edarkan.
Saya aplikasikan pengajaran inovasi saya iaitu dalam bentuk permainan interaktif di
dalam kelas.

5
Selepas 2 minggu menggunakan permainan interaktif, saya melaksanakan ujian
Pra iaitu lembaran kerja yang hampir sama bentuk soalan kepada 4 orang kanak tersebut.
Saya dapati bahawa mereka menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Keempat-empat
murid mula memahami konsep asas nombor iaitu sama banyak serta nilai objek dengan
nombor yang betul.

Temu bual
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah menjalankan temu bual dengan ibu bapa atau
penjaga kepada 4 orang kanak-kanak yang telah dikenalpasti. Saya telah menemubual ibu
bapa kanak-kanak dan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan sikap dan
minat kanak-kanak semasa di luar bilik darjah atau bersama keluarga mereka sendiri.
Berikut merupakan antara soalan yang telah digunakan semasa temu bual dijalankan.

i. Apakah aktiviti yang paling kanak-kanak suka lakukan?


ii. Apakah amalan seharian kanak-kanak apabila pulang dari sekolah?
iii. Apakah perkara yang paling kanak-kanak tidak suka dilakukan?
iv. Apakah rancangan televisyen yang kanak-kanak suka tonton pada masa lapang?
v. Apakah jenis bahan bacaan atau buku yang kanak-kanak pilih apabila disuruh
membeli di kedai buku?
vi. Bagaimana cara pergaulan kanak-kanak bersama ahli keluarga dan penduduk
sekitar rumah?

Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan latar belakang ibu bapa atau
penjaga setiap kanak-kanak. Banyak maklumat yang telah saya perolehi untuk membantu
mengatasi kanak-kanak yang mengalami masalah memahami konsep nombor.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Analisis Pemerhatian
Dalam proses pengumpulan data ini saya menggunakan kaedah pemerhatian
bukan-berstruktur. Pemerhatian bukan-berstruktur bertujuan untuk mengenalpasti situasi
atau faktor yang kurang jelas untuk tujuan membentuk sesuatu hipotesis yang belum
ditetapkan. Jenis pemerhatian ini sering digunakan oleh pengkaji untuk melihat,

6
menghurai dan menginteprestasikan tingkah laku di dalam sesuatu budaya tertentu.
Pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh kajian, iaitu semasa mengendalikan pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang dicadangkan. Menurut Sidek Mohd
Noah (2002), pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian tersebut, seseorang
pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku responden berpandukan pemboleh ubah
yang telah dikenal pasti. Pemerhatian saya berfokus kepada 4 orang kanak-kanak yang
sering kali mengalami masalah menentukan konsep nombor 1 hingga 10 secara turutan
menaik dan turutan menurun.

Hasil pemerhatian, saya mendapati bahawa kanak-kanak lelaki kurang memberi


tumpuan semasa guru memberi penerangan atau mengajar di hadapan kelas. Manakala
kanak-kanak perempuan lebih mudah memberi tumpuan semasa guru mengajar. Apabila
soalan dikemukakan oleh guru, kanak-kanak perempuan juga lebih pantas menjawab
soalan. Saya turut mendapati bahawa keempat kanak-kanak tersebut sering melakukan
kesalahan apabila melakukan latihan.

Responden Tumpuan semasa Yakin menjawab Melakukan


guru mengajar Soalan yang kesilapan dalam
diberikan latihan
A - Lelaki X X /
B - Lelaki / X /
C - Perempuan / / /
D - Perempuan X / /

Jadual 1: Analisis Pemerhatian Tingkah Laku dan Pencapaian Kanak-kanak dalam Kelas

Analisis Ujian Pra dan Pos


Ujian Pra dan Pos telah dilakukan oleh saya bersama dengan 4 orang kanak-kanak. Jarak
jangka masa antara ujian Pra dengan ujian Pos adalah selang dua minggu selepas ujian
Pra dilaksanakan. Ujian Pos dilaksanakan setelah sesi pengajaran dan pembelajaran
berasaskan inovasi iaitu permainan interaktif dilaksanakan saya bersama keempat-empat

7
orang kanak-kanak tersebut. Berikut merupakan dapatan perbandingan keputusan ujian
Pra dan Pos yang telah dijalankan. Ujian Pra melibatkan kesemua 25 orang murid,
manakala ujian Pos hanya melibatkan 4 orang kanak-kanak tersebut.

Jumlah Betul Bilangan Murid Catatan


Ujian Pra Ujian Pos
0 -1 0 0
2–3 2 0
4–5 2 0
6–7 0 0
8–9 0 0
10 – 11 1 1
12 – 13 12 1
14 – 15 8 2
Jumlah 25 orang 4 orang

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos kesemua kanak-kanak Pra
Kesemua data telah dianalisis akan diterjemahkan dalam bentuk carta bar.
Pemilihan carta bar ini lebih mudah difahami terutama sekali dalam membuat
perbandingan pencapaian prestasi setiap kanak-kanak. Justeru, dalam kajian tindakan ini
pemilihan carta bar mampu menginterprestasikan lagi hasil dapatan yang telah dianalisis
oleh guru. Berikut merupakan carta bar menunjukkan hasil dapatan perbandingan
pencapaian kanak-kanak selepas ujian pos dan pra dijalankan

Carta 1 : Keputusan Markah diperolehi Kanak-kanak Ujian Pra dan Pos untuk 15 soalan

Analisis Temu Bual


Dalam peringkat ini juga, pengkategorian data turut dilakukan di mana analisis terhadap
temu bual perlu ditranskripkan ke dalam teks data. Untuk lakukan pengkategorian data,

8
saya perlu membaca atau memahami teks perbualan untuk membuat satu gambaran
menyeluruh serta memahami maklumat yang diperoleh.

Jawapan Ibu Tidak berminat Kerap salah Kerap salah


Kanak-kanak soalan nombor menjawab soalan menulis jawapan
turutan menaik secara lisan
A X X /
B X / /
C X X /
D / X /

Jadual 3 : Analisis temu bual

Akhir sekali, saya merekod data dengan memecahkan teks data kepada bahagian-
bahagian yang telah dikategorikan. Hasil daripada analisis kandungan, pengkategorian
data dan pengekodan data, saya dapat membuat refleksi secara menyeluruh tentang
pencapaian kanak-kanak saya. Saya mengkategorikan murid-murid mengikut faktor-
faktor penyumbang kepada masalah penguasaan konsep nombor 1 hingga 10.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Sepanjang menjalankan kajian ini, terdapat beberapa proses yang telah saya lalui. Hal ini
bertujuan untuk memastikan bahawa permasalahan yang dikaji ini dilaksanakan dengan
sehabis baik dan dapat memberi manfaat kepada rakan guru yang mungkin menghadapi
masalah kanak-kanak lemah dalam penguasaan konsep asas nombor 1 hingga 10.

Selama 8 minggu menjalani praktikum, minggu pertama saya gunakan untuk


mengesan dengan lebih tepat kanak-kanak yang mengalami masalah penguasaan konsep
asas nombor 1 hingga 10. Dalam seminggu tersebut, saya memerhati dan membuat
beberapa catatan di dalam buku log saya.

Dalam minggu yang kedua, saya telah menyediakan beberapa soalan latihan yang
saya laksanakan sebagai ujian Pra. Ujian Pra melibatkan kesemua 25 orang kanak-kanak
di dalam kelas pra sekolah. Ianya bertujuan untuk mengesan dengan lebih tepat kanak-

9
kanak yang betul-betul mengalami masalah berkaitan. Selepas ujian Pra dijalankan, saya
telah membuat penyemakan kertas ujian Pra dan telah mengesan kanak-kanak secara
tepat mengalami masalah penguasaan konsep asas nombor 1 hingga 10.

Seramai 4 orang kanak-kanak telah saya kenalpasti dan saya memanggil keempat
kanak-kanak tersebut untuk disoal selidik secara individu. Pelbagai soalan saya
kemukakan. Malah sepanjang sesi PdP di dalam dan luar kelas, saya turut memerhatikan
setiap gerak geri mereka. Setiap gerak geri kanak-kanak tersebut saya catatkan di dalam
buku log. Sebagai permulaan juga, saya telah memberi penekanan kepada kanak-kanak
untuk mengenal bentuk nombor 1 hingga 10 terlebih dahulu.

Seterusnya, saya memperkenalkan kanak-kanak tersebut dengan beberapa jenis


permainan interaktif. Saya turut meminta mereka mengendalikan sendiri gajet iaitu tablet
dan telefon pintar. Pengalaman yang dilalui sendiri dipercayai mampu membantu
memberikan pengalaman yang lebih bermakna dan ingatan jangka masa panjang.

Saya memberitahu kepada kanak-kanak tujuan permainan interaktif dan kaitan


dengan pembelajaran. Saya membimbing kanak-kanak untuk bermain permainan
interaktif Preschool Memory Match and Learn, Numbers, Laugh and Learn Let’s Count
Animal dan Maths. Dalam masa yang sama saya menguji perkembangan kognitif logikal-
matematik keempat kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak diberi peluang untuk
mengendalikan sendiri permainan interaktif tersebut sambil menjawab soalan-soalan
yang dikemukakan dalam paparan permainan interaktif.

Selepas 2 minggu aplikasi inovasi ini dilaksanakan, saya menjalankan ujian Pos
untuk mengetahui tahap perkembangan pemahaman dan penguasaan mereka tentang
nombor 1 hingga 10. Saya mengumpul semua data perkembangan kanak-kanak
sepanjang minggu praktikum.

Selepas Ujian Pos dijalankan, saya dapati bahawa terdapat perkembangan yang
sangat baik di kalangan 4 orang kanak-kanak tersebut. Keempat kanak-kanak dapat

10
memahami konsep asas nombor dengan baik walaupun mereka perlu mengambil masa
yang agak lama untuk mengaitkan konsep asas nombor dengan permainan interaktif.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama 8 minggu sepanjang minggu praktikum
yang telah dicadangkan oleh Fakulti Bahasa dan Pendidikan, OUM. Sepanjang praktikum
dijalankan, saya telah membantu kanak-kanak yang mengalami masalah untuk menguasai
nombor asas 1 hingga 10. Bagi mengesan kanak-kanak yang mengalami masalah
tersebut, saya telah menjalankan ujian Pra melibatkan kesemua 25 orang kanak-kanak di
dalam kelas tersebut. Hasil daripada ujian Pra, saya telah mengesan seramai 4 orang
kanak-kanak yang gagal menguasai ujian Pra yang dijalankan.

Setelah mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami masalah menguasai asas


nombor, saya telah memperkenalkan kanak-kanak tersebut dengan permainan interaktif
dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Saya menerangkan tentang penggunaan dan
cara mengendalikan permainan interaktif kepada kanak-kanak tersebut.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya sepanjang dua minggu mengaplikasikan


permainan interaktif tersebut kepada kanak-kanak, didapati permainan interaktif tersebut
banyak menimbulkan minat kanak-kanak terhadap nombor. Penggunaan bahan seperti
telefon pintar, komputer dan tablet sangat mengujakan kanak-kanak. Penggunaan gajet
sangat popular di kalangan kanak-kanak dan ianya adalah searus dengan teknologi kini
yang semakin canggih. Kanak-kanak sangat seronok apabila diberi peluang
mengendalikan permainan interaktif dan menjawab soalan matematik secara individu
sambil belajar menguasai asas nombor. Perkembangan paling ketara ialah apabila kanak-
kanak mula menunjukkan peningkatan dalam asas nombor. Kanak-kanak mula
memahami perbandingan antara dua nilai nombor dan cara menyusun secara menurun
dan menaik nombor 1 hingga 10. Justeru, aplikasi teknik permainan interaktif matematik
sangat sesuai dengan perkembangan dan tranformasi pendidikan masa kini. Pemilihan

11
permainan interaktif yang sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak-kanak akan
mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak.

5.5 Refleksi Kajian

Hasil ujian Pra dan Pos yang dijalankan sangat memberangsangkan dan memberi
keputusan yang positif terhadap penguasaan konsep asas nombor 1 hingga 10.
Berdasarkan kepada permasalahan menguasai konsep asas nombor 1 hingga 10, kanak-
kanak perlu didedahkan dengan langkah-langkah atau teknik pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai serta mudah untuk diterima pada peringkat tahap
perkembangan kognitif mereka. Daripada 25 orang kanak-kanak yang diuji dalam ujian
Pra, 4 orang kanak-kanak telah dikesan tidak menguasai kemahiran asas nombor 1 hingga
10. Jika dilihat dari aspek perkembangan kognitif, keempat-empat murid tersebut
mempunyai sikap dan tahap pemahaman yang berbeza-beza. Kanak-kanak mengenali
nombor secara semulajadi melalui pengalaman dalam kehidupan seharian
(Ginsburg,1977). Nombor merupakan konsep asas dalam pembelajaran Matematik.
Konsep nombor merujuk kepada bilangan yang terdapat dalam sesuatu kumpulan dan
diadaptasikan dalam bentuk angka atau simbol untuk mewakili konsep nombor.

Merujuk kepada Teori Kognitif Piaget, kajian dalam bidang pemikiran awal
kanak-kanak dalam matematik menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran kanak-
kanak adalah secara berperingkat-peringkat, di mana terdapat limitasi yang jelas tentang
kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu (Piaget, 1952). Piaget dalam
kajian awalnya telah mengaitkan limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan
kognitif yang telah dicadangkan dalam teorinya. Walau bagaimanapun, pengkaji-pengkaji
selepas Piaget mempunyai pandangan yang berlainan tentang kenapa kanak-kanak
menunjukkan limitasi tersebut (Donalson , 1978). Mereka berpendapat bahawa faktor-
faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan persekitaran memainkan peranan
dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak melakukan beberapa kemahiran yang telah
dicadangkan oleh Piaget. Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula
dijalankan diperingkat bayi lagi dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehan
mereka.
12
Malah menurut Rosazizi & Nani (2004) berpendapat bahawa pembelajaran
berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan
kefahaman kanak-kanak secara spontan. Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam
Panduan Koginitif Kanak-kanak Pra Sekolah, urutan perkembangan pembelajaran
Matemaik kanak-kanak akan melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, tahap gambar dan
tahap simbol. Tiga tahap perkembangan pembelajaran Matematik ini adalah selaras
dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu
enaktif, ikonik dan simbolik. Namun begitu, kebanyakan guru-guru Pra Sekolah lebih
cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap tiga iaitu simbolik tanpa memberi
pengalaman pada tahap konkrit dan gambar (Nani & Rohani, 2004 ).

Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali


angka nombor dan membilang bukan berdasarkan konsep "semua" atau "tiada langsung"
("all-or-nothing") tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur
yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang
angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987).

Pencapaian keempat-empat kanak-kanak tersebut menunjukkan peningkatan yang


baik. Cuma murid lelaki B agak lemah jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.
Melihat kepada latar belakang kanak-kanak lelaki B, kanak-kanak tersebut mempunyai
bilangan adik-beradik yang ramai iaitu 10 orang adik beradik. Kanak-kanak lelaki B
merupakan anak kelapan dan mempunyai 2 orang adik yang masih kecil. Hal ini
menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut kurang mendapat perhatian daripada kedua
ibu bapa kerana kesibukan ibu bapa menguruskan anak-anak yang masih kecil. Keadaan
ini turut mendorong kanak-kanak tersebut untuk tidak hadir di sekolah kerana sering
lambat bangun tidur. Kadang-kadang kanak tersebut tidak mandi sebelum pergi ke
sekolah. Justeru, apabila ujian Pra dijalankan, kanak tersebut belum mengenal nombor
sepenuhnya. Setelah aplikasi inovasi permainan interaktif dijalankan, kanak tersebut
menunjukkan peningkatan dan sangat teruja untuk turun ke sekolah. Secara perlahan-
lahan, kanak tersebut mula mengenal nombor dan memahami konsep asas nombor 1
hingga 10.

13
Sepanjang aplikasi inovasi dalam bentuk permainan interaktif matematik
dijalankan, saya sangat teruja melihat perkembangan kanak-kanak yang sangat sinonim
dengan aktiviti bermain. Kanak-kanak sangat gembira dan sentiasa bersemangat untuk
turun ke sekolah. Hal ini kerana kanak-kanak tidak sabar untuk main permainan interaktif
yang telah saya sediakan di komputer sekolah. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menarik minat kanak-kanak hadir ke sekolah untuk bermain sambil belajar. Dalam
bermain, kanak-kanak telah mendapat ilmu secara informal tentang matematik. Setakat
konsep nombor 1 hingga 10, sudah pasti konsep nombor tersebut sering kali digunakan
dalam aktiviti permainan mereka seharian. Aktiviti bermain adalah asas dalam proses
pembelajaran kanak-kanak. Malah menurut Froebel (1805) mempercayai bahawa proses
pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang
mengembirakan. Bermain merupakan satu ekspresi keseronokan dan kepuasan dalam
kehidupan seharian mereka. Bagi kanak-kanak bermain adalah ekspresi kendiri yang
kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak.

Merujuk kepada Kraus (1990) bermain bukanlah sesuatu aktiviti yang dipaksa
sebaliknya ianya merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak. Almy et. al. (1984) juga
berpendapat bahawa kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambil kira tujuan sebenar mereka bermain. Bagi kanak-kanak, apa sahaja yang
mereka lakukan adalah dikategorikan sebagai bermain dan pasti ianya mendatangkan
keseronokan kepada mereka.

Hasil kajian oleh Cockroft (1986) pula telah dimasukkan dalam Laporan Cockroft
(1986) di mana beliau menegaskan bahawa masalah Matematik harus diterjemahkan
kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan
ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam
masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan ramai di kalangan pelajar sukar untuk
memahami isi pengajaran Matematik.

Justeru, masalah dan kesukaran ini perlu diatasi dan dengan adanya kemudahan
komputer di sekolah maka masalah ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer (Lim,
1989). Van Horn et. al. (2007) menyatakan bahawa Program Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) adalah salah satu teknik pengajaran yang dapat meningkatkan

14
keyakinan dan semangat ingin tahu yang tinggi di kalangan kanak-kanak. Program PPBK
mendorong kanak-kanak mencari penyelesaian tanpa merasa takut. Selaras dengan itu
suatu sistem pembelajaran bagi tajuk konsep nombor dibangunkan berasaskan
pendekatan permainan interaktif bagi kanak-kanak pra sekolah.

Rio Sumarni (1997) juga ada menyatakan walaupun terdapat beberapa kaedah
pengajaran lain yang dapat mencetuskan proses pembelajaran terhadap pelajar, namun
simulasi komputer merupakan kaedah paling sesuai dan mampu meningkatkan daya
ingatan dan keyakinan di kalangan pelajar. Apatah lagi kanak-kanak pra sekolah yang
suka kepada animasi, warna dan sistem audio yang pelbagai sudah pasti akan banyak
membantu pemahaman mereka tentang konsep nombor.

Perkara yang paling mengembirakan saya ialah apabila ada di antara ibu bapa
berjumpa dengan saya dan meminta saya untuk memuatturunkan permainan interaktif ke
dalam gajet-gajet peribadi mereka. Dalam masa tersebut saya mengambil peluang untuk
menasihati ibu bapa dan penjaga agar memantau setiap permainan interaktif yang dimain
oleh anak-anak mereka. Ibu bapa harus memastikan permainan yang dimuatturun
mempunyai faedah kepada murid-murid dan tidak melalaikan mereka daripada belajar.

Perubahan sikap dan mentaliti mereka tentang awal matematik memang ketara.
Kanak-kanak mula meminati aktiviti yang mempunyai nombor. Bagi mereka asas
nombor harus dikuasai untuk memudahkan mereka menjalani kehidupan pada masa
mendatang. Saya turut berasa sangat seronok dengan perkembangan kognitif dan
pemahaman mereka terhadap asas nombor 1 hingga 10. Tindakan saya memperkenalkan
permainan interaktif matematik tersebut merupakan langkah awal yang sangat membantu
diri saya sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung membantu saya mengurangkan
jumlah murid tidak melepasi ujian LiNus apabila mereka berada di Tahun 1 dan 2 kelak.
Ianya juga akan memudahkan tugas saya sebagai guru matapelajaran matematik di kelas
perdana. Saya hanya perlu membuat ulangkaji semula perkara yang telah dipelajari
sebelum ini.

6.0 Cadangan untuk Kajian Seterusnya

15
Dalam melaksanakan kajian ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan ke atas
bahan inovasi yang saya aplikasikan. Berikut merupakan antara cadangan penambahbaikan
yang boleh dilakukan.
6.1 Guru perlu memilih aplikasi yang mesra dan sesuai dengan semua perisian gajet agar
ianya mudah untuk memuatturunkan permainan interaktif matematik yang lebih
pelbagai;

6.2 Guru perlu memberi pendedahan terlebih dahulu penggunaan komputer kepada semua
murid agar tidak memberi masalah apabila aplikasi permainan interaktif dijalankan
semasa sesi PdP;

6.3 Guru harus memilih permainan interaktif mengikut peringkat iaitu daripada mudah ke
abstrak;

6.4 Guru boleh mengaplikasi inovasi dengan memilih permainan interaktif yang bersesuaian
untuk mata pelajaran yang lain dan

6.5 Guru perlu menyediakan latihan berkaitan dengan permainan interaktif untuk
mengukuhkan pembelajaran murid-murid.

Hasil daripada inovasi yang dilaksanakan, terdapat perkembangan positif dalam


pembelajaran awal matematik di kalangan kanak-kanak. Malah kanak-kanak sangat
seronok dan sentiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun,
kemudahan komputer yang sangat sedikit di kelas Pra Sekolah menyebabkan aplikasi
inovasi agak sukar dijalankan. Saya berharap agar pada masa akan datang pihak sekolah
bersama dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat berkerjasama untuk
melengkapkan kemudahan iaitu komputer sekurang-kurang lima buah komputer bagi
memudahkan pembelajaran inovasi dijalankan dengan lancar. Saya berharap agar kajian
ini dapat membantu rakan guru yang lain untuk mempelbagaikan teknik pengajaran
menjadi lebih seronok serta berkesan dalam melahirkan generasi muda yang seiring
dengan arus pemodenan pada abad ini.

16
17

Anda mungkin juga menyukai