Anda di halaman 1dari 13

‘Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1


Malaysia.
Yang saya hormati pengerusi majlis, kombinasi intelektual
kehakiman yang penuh berintegriti, rakan-rakan seperjuangan
yang cukup berkredibiliti dan seterusnya warga dewan yang
dekat dihati.
Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam,
ingin menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan
wacana para sarjana menerusi mauduk pidato saya,
‘Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’,
kelestarian membawa maksud keadaan yang tidak berubah
atau yang terpelihara seperti asal yakni asli manakala alam
sekitar pula kawasan muka bumi ciptaan Tuhan. Ianya bukan
tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi setiap individu
harus punya rasa tanggungjawab dan sama-sama terlibat
dalam melestarikan alam sekitar.

Hadirin yang saya hormati,


Kelestarian alam sekitar berkait rapat dengan penciptaan
manusia sebagai khalifah di muka bumi. Adalah menjadi
tanggungjawab kita bersama bagi menghargai alam sekitar
dengan menjaga kebersihan alam ini. Sebagai pemimpin,
manusia mempunyai hak dan tanggungjawab dalam
memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara dengan baik. Kita
tidak boleh membiarkan alam kita kotor dengan sampah sarap.
Pelbagai tumbuhan yang terdapat di negara kita dapat
menghasilkan oksigen. Tumbuh- tumbuhan yang banyak
membolehkan kita menyedut udara yang bersih.
Sidang dewan yang dikasihi
Bagi memastikan kelestarian alam sekitar kita boleh menanam
banyak pokok di kawasan lapang, hutan dan tepi jalan raya.
Kita pasti memperoleh persekitaran yang selesa dan tenang
dengan adanya pokok yang menghijau. Kawasan persekitaran
akan menjadi sejuk dan dapat mengelakkan hakisan tanah.
Selain itu menjadi tanggungjawab kita bersama agar hutan
yang diteroka perlulah dipulihara demi kelangsungan hidupan
di muka bumi ini.
Sudah pasti kita semua tidak mahu berlakunya kemusnahan
terhadap muka bumi ini, Justeru marilah kita semua
menggembling tenaga menjaga alam sekitar. Oleh itu
kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar perlu
diterapkan kepada setiap anggota masyarakat.

Sidang dewan yang setia,


Bagi menjamin kelangsungan kelestarian alam sekitar banyak
langkah-langkah yang boleh kita ambil antaranya kita boleh
mengumpul barangan terbuang yang boleh di kitar
semula seperti barangan plastik, kertas, besi dan sebagainya
untuk dijual atau guna semula melalui idea kreatif barangan
kitar semula. Ianya bukan sahaja dapat mengurangkan bahan
buangan tetapi dapat memberi pulangan semula buat kita. 
Sumber tenaga elektrik yang utama adalah dari pembakaran
bahan api seperti arang batu dan minyak. Setiap
kali pembaziran tenaga bermakna kita menyumbang
kepada penggunaan lebih banyak sumber bahan bakar ini
yang akan mencemarkan alam sekitar. Oleh itu pastikan setiap
kegunaan elektrik di rumah, pejabat, premis perniagaan,
kilang dan sebagainya digunakan dengan cekap dan tidak
membazir. Guna ketika perlu dan secara optimum.

Aktiviti memelihara dan memulihara kelestarian alam sekitar


merupakan kewajipan setiap manusia. Tugas ini adalah jelas
kerana alam sekitar merupakan nadi kehidupan manusia.
Keadaan ini telah direalisasikan melalui pandangan Islam
yang menitikberatkan alam sekitar yang bersih untuk
meneruskan hidup dan menjamin kesihatan. Kewujudan udara
yang bersih dan tanah yang subur membolehkan manusia
meneruskan kehidupan dengan berkualiti.
KELEBIHAN MENGIKUTI KELAS TUISYEN
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,
Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan,
para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan
sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini, saya
ingin menyampaikan pidato yang bertajuk, “Faedah- faedah
Mengikuti Kelas Tuisyen”.
Hadirin yang dimuliakan,
Kelas tuisyen atau kelas tambahan sering diikuti oleh
murid-murid untuk menambahkan lagi pemahaman yang
diajar oleh guru di dalam kelas. Sebagai contoh, penerangan
tentang sesuatu topik berkaitan dengan mata pelajran Sains
dijelaskan dengan lebih mendalam oleh guru tuisyen.
Kesannya, pemahaman murid semakin meningkat, sekali gus
dapat menjawab soalan dengann cemerlang dalam peperiksaan
kelak.
Selain itu, kita dapat bersaing dengan murid dari kelas
yang berbeza. Hal ini demikian kerana murid yang mengikuti
kelas tuisyen adalah dari sekolah yang berbeza. Apabila hal ini
berlaku, kita akan sentiasa meningkatkan prestasi pelajaran
kita.
Hadirin yang dikasihi,
Seterusnya kita dapat menukar nota latihan dengan rakan
dari kelas dan sekolah yang berbeza. Keadaan ini berlaku
kerana setiap kelas dan sekolah akan menggunakan nota yang
berlainan. Kesannya, kita mampu menjawab pelbagai jenis
soalan apabila diajukan dalam peperiksaan sebenar kelak.
Selanjutnya, kita dapat memanfaatkan masa dengan
aktiviti yang berfaedah. Sebagai contoh, jika kita tidak
mengikuti kelas tuisyen, kemungkinan kita asyik menonton
televisyen. Jika sikap negatif itu kita amalkan, sudah pasti
prestasi kita akan merosot, seterusnya menjadi sampah
masyarakat.
Kesimpulannya, memang banyak faedah yang akan
diperolehi apabila kita mengikuti kelas tuisyen. Hingga di sini
dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sekian terima kasih.
FAEDAH- FAEDAH MENGUASAI LEBIH DARIPADA
SATU BAHASA
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan
Guru Besar, guru- guru penolong kanan, guru-guru, para
hakim dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya untuk
menyampaikan pidato yang bertajuk “Faedah-faedah
menguasai lebih daripada satu bahasa”.
Boleh dikatakann rata-rata rakyat negara ini mampu
menguasai bahasa Melayu dengan baik. Sebagai bahasa rasmi,
penggunaan satu bahasa untuk mewujudkan perpaduan kaum.
Walaupun begitu, kita wajar menguasai bahasa-bahasa yang
lain seperti bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin
dan bahasa Tamil.
Hadirin yang dimuliakan,
Apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa,
mudahlah kita untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, banyak bahan rujukan terdapat dalam bahasa
Inggeris. Apabila kita menguasai bahasa tersebut, ini
memudahkan kita membuat rujukan sekali gus tidak akan
ketinggalan dalam memperoleh maklumat yang terkini.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa juga memudahkan
kita berkomunikasi dengan orang lain. Jika kita bertemu
dengan bangsa- bangsa lain di atas angin, bolehlah kita
bertegur sapa dalam bahasa mereka. Keramahan kita melayan
seseorang itu akan menyebabkan ramai orang menyukai kita.
Hadirin yang dikasihi,
Selain itu, mereka yang menguasailebih daripada satu bahasa
mudah untuk mencapai pekerjaan. Banyak syarikat berurusan
dengan pelbagai bangsa. Apabila mengetahui banyak bahasa,
mudahlah bagi seseorang itu untuk berurusan dengan orang
ramai.
Jelaslah kepada kita akan faedah-faedah yang diperoleh
apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa. Sebelum
saya mengundurkan diri, dengarlah serangkap pantun yang
berbunyi:
Bahasa Melayu bahasa kebangsaan,
Bahasa Inggeris kuasai minda,
Banyak bahasa memudahkan perjalanan,
Perjalanan memburu kejayaan berganda.
Sekian, terima kasih.
PENTINGNYA ALAM SEKITAR YANG BERSIH
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, guru- guru penolong kanan, para hakim
yang adil, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi yang mulia ini saya ingin menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk, “Pentingnya Alam Sekitar
Yang Bersih”. Alam sekitar yang wujud di sekeliling kita
boleh kita lihat,hidu, dan mampu menyentuh perasaan. Oleh
sebab itu, kita mahu alam sekitar yang bersih.
Hadirin yang dikasihi,
Apabila alam sekitar bersih bermakna kesihatan kita juga
akan terpelihara. Diri yang sihat penting untuk membolehkan
kita menjalani kehidupan seharian. Tubuh yang sihat juga
membolehkan kita berfikir dengan lebih baik.
Persekitaran yang bersih dapat mewujudkan rasa gembira
dalam jiwa kita. Kita boleh pergi ke taman permainan ataupun
berjoging sambil menghirup udara segar. Keadaan ini dapat
memberikan ketenangan dan kebahagian yang boleh
melanjutkan usia kita.
Hadirin yang dimuliakan,
Alam sekitar yang bersih juga boleh memikat pelancong
untuk berkunjung ke negara kita. Kedatangan mereka dapat
meningkatkan industri pelancongan. Apabila industri
pelancongan kukuh, ekonomi negara dapat ditingkatkan.
Sebelum mengakhiri pidato ini, saya menyeru rakan-
rakan supaya buka mata untuk bersama-sama menjaga alam
sekitar. Sayangi alam sekitar seperti menyayangi diri sendiri.
Saya akhiri pidato ini dengan lafaz terima kasih.
CARA-CARA MELAHIRKAN SIKAP BERJIMAT
CERMAT
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan
rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera
saya ucapkan.
Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah pidato
yang bertajuk, “Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat
Cermat”. Amalan berjimat-cermat membawa maksud
berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini bertentangan
dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan.
Hadirin yang dikasihi,
Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan
mengawal nafsu ketika berbelanja. Walaupun banyak barang
yang diingni, tetapi belilah barang yang perlu sahaja. Jika ada
duit lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketka perlu.
Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka
tentang pentingnya berjimat cermat walaupun kemungkinan
berkecil hati. Jangan memberikan wang yang banyak kepada
mereka sebagai belanja persekolahan kerana amalan itu akan
melahirkan sikap boros. Wang yang diperoleh oleh anak-anak
seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam
bank.
Hadirin yang dimuliakan,
Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah
merupakan satu cara untuk berjimat. Cara ini dapat
menjimatkan perbelanjaan. Malah, dapat menjamin makanan
si anak bersih dan berkhasiat.
Sekian dahulu pidato saya pada pagi ini. Sebelum
berundur diri, saya berharap agar amalan berjimat cermat
dapat dijadikan budaya hidup kita.
Sekian, terima kasih.
KAEDAH BELAJAR YANG BERKESAN
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tun Dr. Ismail, guru-guru
penolong kanan,guru- guru dan rakan-rakan sekalian. Salam
sejahtera saya ucapkan.
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi
terima kasih kerana membenarkan saya menyampaikan pidato.
Tajuk pidato saya ialah Kaedah Belajara Yang Berkesan.
Orang yang berjaya dalam pelajaran bukanlah orang yang
rajin membaca sahaja. Sebaiknya, mereka mestilah
mengetahui teknik belajar yang berkesan.
Hadirin yang dimuliakan,
Teknik yang pertama adalah dengan menumpukan
perhatian terhadap apa-apa yang diajar oleh guru. Apa-apa
juga masalah keluarga perlu diketepikan. Ketika guru
mengajar, catatkan isi-isi penting untuk memudahkan kita
mengulang kaji kelak.
Jika ada kelapangan di rumah, cuba ulang kaji semua
yang dipelajari pada hari itu. Jika masih tidak faham, jangan
bertangguh untuk bertanya kepada guru, bukan menjadi kera
sumbang. Tajuk- tajuk yang bakal diajar oleh guru pada
keesokan harinya perlu juga dibaca terlebih dahulu.
Rakan-rakan yang dikasihi,
Sewaktu membaca nota pelajaran, carilah suasana yang
tenang. Jika masih tidak faham akan apa-apa yang dibaca,
janganlah memaksa diri. Lapangkan fikiran dengan
mendengar muzik seketika sebelum menyambung pembacaan.
Demikianlah serba sedikit teknik pembelajaran yang
berkesan pada pandangan saya. Jika teknik ini diamalkan, in
sha Allah kejayaan bakal menjadi kenyataan. Sekian dahulu
pidato saya dan saya akhiri dengan lafaz terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai