Anda di halaman 1dari 5

Pilih perkataan yang paling sesuai dalam kurungan untuk melengkapkan karangan di bawah

ini.
HOBI SAYA

Setiap (ahli/ anggota / orang) ada hobi. Hobi saya ialah(membaca /menulis /
mengulangkaji) buku. Saya dapat banyak faedah (untuk/ dengan/pada) membaca. Saya membaca
buku pada masa (senang/ tenang /lapang).

Membaca (menambahkan/menyebabkan/mmemberikan)ilmu pengetahuan saya. Saya
selalu (membeli/mengambil/ meminjam) buku dari pusat sumber
sekolah. (Dia/Kamu/Saya)meminjam buku-buku seperti buku rujukan sejarah,cerita dan lain-lain.

(Sifat/ Tabiat /Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya
dapat (mengajar /mempelajari /memperbaiki) istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak
membantu dalam (ajaran/ pengajaran/ pelajaran) saya. Saya dapat mengulang kaji pelajaran
dengan (padat /singkat/ senang).

Saya akan mengamalkan hobi ini untuk (seboleh-bolehnya/ selama-lamanya/ sesungguh-
sungguhnya)

KOLEKSI KARANGAN UPSR
FAKTA

Faedah Menyertai Kegiatan Kokurikulum kepada Pelajar

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu
belajar. Kegiatan kokurikulum terbahagi pada tiga komponen iaitu kelab dan persatuan,
sukan dan permainan serta unit pakaian seragam.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, para pelajar dapat memantapkan
pengetahuan mengenai sesuatu kegiatan. Para pelajar mendapat ilmu mengenai
kemahiran tertentu seperti berkhemah atau meningkatkan kemahiran dalam sukan yang
diikuti.

Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin yang tinggi dalam diri. Setiap aktiviti
yang dilakukan memerlukan pelajar patuh kepada peraturan. Ini dapat menyemai jati diri
dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab.

Di samping itu, penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat memupuk sikap
positif dalam diri pelajar. Para pelajar dapat belajar bagaimana untuk bekerjasama dan
mempunyai semangat setia kawan. Setiap aktiviti yang dijalankan dapat menjadikan para
pelajar bersatu padu dan membuat aktiviti dalam suasana harmonis.

Seterusnya, bakat para pelajar dapat dicungkil melalui kegiatan kokurikulum. Bakat
yang terpendam dapat dipupuk dan dikembangkan untuk kebaikan pelajar . Para pelajar
dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, para pelajar perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan kokurikulum.
Jelaslah bahawa kegiatan kokurikulum memberi banyak faedah kepada pelajar.




SYARAHAN


Kebaikan Bersukan

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Tuan
Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Tajuk syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang
dilakukan di luar bilik darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya,

Hadirin yang dihormati,
Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak
dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi
bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.

Selain mendapat badan yang sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan
bersukan, oksigen lebih banyak sampai ke otak. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Hadiri yang dihormati,
Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau merapatkan hubungan
dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok untuk berinteraksi
dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.

Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak
memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak berlalu dengan sia-sia apabila
kita bersukan.

Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang ternyata banyak
memberi faedah kepada kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima kasih.





CERAMAH


Cara-cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit

Salam sejahtera diucapkan kepada Guru Besar, guru-guru, dan murid-murid yang
dihormati. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah ini kerana sudi
mengundang saya untuk menyampaikan ceramah pada pagi ini. Tajuk ceramah saya pada
pagi ini ialah Cara-cara Menangani Masalah Penyakit Berjangkit.

Hadirin yang dihormati,
Negara kita sering dilanda wabak penyakit berjangkit yang berbahaya seperti demam
denggi, demam kepialu, dan taun. Penyakit-penyakit ini jika tidak dikawal akan
memudaratkan malahan membawa maut kepada penghidapnya. Oleh itu, kita semua
berperanan penting dalam mengawal penyakit ini daripada merebak.

Perkara utama yang perlu kita ambil berat ialah kebersihan diri sendiri. Kita harus
memastikan badan kita sentiasa bersih dan sihat. Jadikan membasuh tangan sebelum
makan sebagai amalan. Elakkan makan di luar kerana makanan yang dimasak itu belum
tentu bersih dan selamat untuk dimakan.

Hadirin yang dikasihi,
Persekitaran rumah kita juga perlu diberi perhatian. Usah biarkan sampah-sarap
bertaburan atau berlonggok sehingga dihurungi lalat. Parit dan longkang hendaklah
dibersihkan untuk mengelakkan air bertakung. Tin-tin kosong, botol-botol minuman, dan
tayar-tayar lama perlu ditanam atau dibbuang di tempat yang disediakan. Ini penting untuk
mengelakkan pembiakan nyamuk yang membawa penyakit.

Selain itu, penduduk sesebuah kawasan baik di kampung atau di taman perumahan
harus bergotong-royong membersihkan kawasan masing-masing. Kawasan yang bersih
menjamin keselamatan penduduk daripada dihinggapi nyamuk yang membawa penyakit.
Kita hendaklah bekerjasama dalam menangani masalah penyakit berjangkit ini.

Saya menyeru kepada hadirin agar mengambil berat akan kebersihan diri dan
persekitaran Saya akhiri dengan kata-kata cegahlah sebelum parah. Sekian, terima kasih.





PERBAHASAN



Buah-buahan Tempatan Lebih Baik Berbanding
Buah-buahan Luar Negara

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana, guru besar, guru-
guru, rakan-rakan pembangkang serta para hadirin yang dikasihi.

Terima kasih saya ucapkan atas peluang yang diberikan. Saya menyokong tajuk
perbahasan iaitu buah-buahan tempatan lebih baik berbanding buah-buahan luar Negara.

Hadirin yang dihormati,
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam di negara sendiri. Buah-
buahan tempatan seperti jambu, nangka , betik dan lain-lain lagi senang diperoleh. Kita juga
boleh menanam sendiri buah-buahan tempatan ini yang senang tumbuh dan hidup subur.
Tidak perlu kita mendapatkan buah-buahan luar negara yang pasarannya terhad di pekan
atau di bandar.

Selain itu, buah-buahan tempatan mempunyai khasiat yang setanding malah ada
yang lebih baik lagi berbanding buah-buahan luar negara. Kita boleh memperoleh buah-
buahan tempatan yang lebih segar tanpa bahan pengawet. Ini dapat meningkatkan tahap
kesihatan yang lebih baik berbanding makan buah-buahan luar negara yang mempunyai
bahan pengawet yang boleh menjejaskan kesihatan kita.

Hadirin yang dikasihi,
Kita dapat menjimatkan belanja dengan memakan buah-buahan tempatan kerana
harga yang lebih murah berbanding buah-buahan luar negara. Dengan itu, kita dapat
khasiat dengan memakan buah-buahan tempatan dengan mudah.Kebanyakan rakyat
termasuk rakyat berpendapatan rendah mampu membeli buah-buahan tempatan
berbanding buah-buahan luar negara yang lebih mahal harganya.

Sehubungan itu, secara tidak langsung kita dapat meningkatkan ekonomi negara
kita. Pendapatan para petani kita yang mengusahakan tanaman buah-buahan tidak
terjejas malah semakin meningkat. Secara tidak langsung kita membantu para
pengusaha tanaman buah-buahan meningkatkan produktiviti mereka.

Jelaslah bahawa makan buah-buahan tempatan lebih baik daripada makan bauah-
buahan luar negara. Sekian, saya sudahi dengan lafaz terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai