Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS BAHAGIAN B

KONSTRUK KEMAHIRAN PROSES SAINS (KPS) SEMUA MURID PERLU MENGUASAI(MENGHAFAL) CARA MENJAWAB DIBAWAH UNTUK SKOR DALAM SAINS.
1. TUJUAN- Untuk menyiasat hubungan di antara PM dan PB. 2. PEMERHATIAN - Apa yang dapat kita lihat daripada gambarajah atau keputusan eksperimen 3. PEMBOLEHUBAH a. Pembolehubah dimanipulasi - kata kunci: cari perkataan berbeza dalam ayat soalan, biasanya manusia yang menentukannya. b. Pembolehubah bergerakbalas - kata kunci : cari perkataan dicatatkan atau direkodkan. c. Pembolehubah dimalarkan : kata kunci : cari perkataan sama dalam soalan atau cari bahan atau radas yang digunakan adalah sama banyak, sama saiz atau sama jenis. 4. INFERENS- Memberikan sebab dan alasan disertai dengan perkataan "kerana".Jawapan biasanya tiada dalam soalan sebaliknya murid perlu fikir sendiri. 5. HIPOTESIS - Jika semakin bertambah/ berkurang PM maka semakin bertambah/ berkurang PB. Ayat ini biasanya digunakan untuk soalan yang ada "value". 6. HUBUNGAN - Boleh guna ayat hipotesis jika ayat tersebut betul. 7. KESIMPULAN - Boleh guna ayat hipotesis atau pun buat kesimpulan umum contohnya pengaratan berlaku dengan adanya air dan udara. 8. CORAK - Guna perkataan "bertambah. berkurang atau mendatar". 9. MAKLUMAT - Beri PM atau PB.

Kemahiran Proses Sains


1. MEMERHATI 2. MENGELAS 3.MENGUKUR DAN MENGGUNAKAN NOMBOR 4. MEMBUAT INFERENS 5. MERAMAL 6. BERKOMUNIKASI 7.MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA 8.MENTAFSIR MAKLUMAT 9.MENDEFINISIKAN SECARA OPERASI 10.MENGAWAL PEMBOLEHUBAH 11.MEMBUAT HIPOTESIS 12. MENGEKSPERIMEN

Kemahiran Manipulatif Sains


Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut: 1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan

sains dengan betul. 2. Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat. 3.Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul. 4. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat. 5. Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat. 6. Menyimpan peralatan Sains di tempat yg betul.

Anda mungkin juga menyukai