Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN BENGKEL MELUKIS POSTER

Pada 2 September 2015, telah berlangsung satu bengkel melukis poster kemerdekaan
anjuran Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Taman Rinting 3. Bengkel melukis
poster kemerdekaan bermatlamat memberi pendedahan kepada murid tentang cara
dan teknik untuk melukis sebuah poster bersama seorang tenaga pengajar yang mahir.
Selain itu bengkel ini dapat menanam semangat kewarganegaraan dalam diri murid.
Bengkel melukis poster kemerdekaan ini berfokus kepada murid tahun 4 dan
murid tahun 5. Jumlah peserta adalah seramai 261 orang. Objektif pelaksanaan
bengkel ini adalah supaya murid dapat mempelajari teknik melukis poster dengan betul,
memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri murid serta memupuk
sikap menghargai serta minat dalam bidang pendidikan seni visual.
Bengkel ini telah diadakan di Dewan Tertutup Sekolah Kebangsaan Taman
Rinting 3. Bengkel melukis poster ini telah berlangsung pada jam 10.50 pagi hingga jam
1.50 tengah hari. Para peserta dilihat begitu teruja dan bersemangat kerana bengkel
melukis poster merupakan program yang ditunggu-tunggu oleh mereka.
Tenaga pengajar merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang
seni visual. Encik Yan Chee Hong telah dijemput sebagai tenaga pengajar bagi bengkel
melukis poster kemerdekaan. Beliau telah menunjukkan tekcik dan cara melukis poster
yang betul dan mudah, bersesuaian dengan tahap umur mereka.

Para peserta telah dibekalkan dengan alat dan bahan bagi melukis poster
kemerdekaan. Semasa bengkel ini berlangsung, Encik Yan Chee Hong bukan sahaja
berkongsi teknik dan cara melukis poster bahkan beliau juga memberikan tips untuk
mewarna. Encik Yan Chee Hong turut membawa bersamanya dua orang rakan untuk
membantu murid-murid. Poster kemerdekaan yang terbaik akan dipilih bagi menyertai
pertandingan melukis poster kemerdekaan peringkat daerah.
Diharapkan semoga program seperti memberikan manfaat dan faedah kepada
murid-murid. Tips yang diberi moga menjadi panduan yang berguna kepada murid
sekiranya mereka menyertai pertandingan seni visual.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh

.
(AMINNULHAKIM BIN ABDUL ISA)
AJK DOKUMENTASI

Lampiran

Gambar 1: En. Yan Chee Hong


memberikan penerangan.

Gambar 2: Teknik melukis poster.

Gambar 3: Peserta sedang diberi


tunjuk ajar.

Gambar 4: Contoh karya peserta


bengkel.

Anda mungkin juga menyukai