Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran Kelas Masa Isi Pembelajaran Catatan / Impak

Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Bakti 12 Ogos 2012 9 10 pagi 30 Orang

BIDANG TAJUK SUB TAJUK

: Membentuk Dan Membuat Binaan : Topeng : Topeng Muka 3D

OBJEKTIF : i. Menghasilkan topeng muka 3D. ii. Menggunakan pelbagai alatan dan bahan untuk menghasilkan topeng. HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran, murid dapat : i. Melatih diri untuk bekerja dengan lebih tekun, teratur dan cermat. ii. Mempertingkatkan kemahiran memilih dan menggunakan alat, bahan, teknik serta proses membuat topeng 3D. iii. Berbangga dengan hasil kerja sendiri dan rakan. Pengetahuan sedia ada murid : i. Murid mahir menggunting dan membalut kotak sebelum ini. ii. Murid telah sedia maklum tentang kegunaan setiap alatan yang dibawa.

Nilai murni : Keseronokan, tolong menolong dan berhati-hati Kemahiran berfikir : Membuat turutan, menyusun dan menghubung kait. Alat dan bahan : kotak, kertas warna, bulu ayam, bola ping pong, cawan kertas, pinggan kertas, gam dan gunting. Bahan Bantu Mengajar (BBM) : i. Jigsaw puzzle (topeng). ii. Persembahan multimedia bahan dan alat yang digunakan, langkah-langkah membuat topeng dan kepentingan membentuk dan membuat binaan. iii. Persembahan video langkah-langkah membuat topeng. iv. Beberapa contoh topeng muka.

Langkah Pengajaran / Masa Set Induksi (5minit)

Isi Pelajaran

Aktiviti P&P

Catatan

Mempamerkan jigsaw puzzle berbentuk topeng di papan hitam.

Guru mempamerkan jigsaw Nilai : Keseronokan puzzle berbentuk topeng muka di papan hitam. BBM : Jigsaw puzzle Guru meminta enam orang murid keluar ke depan bilik darjah. Guru memberi enam keping jigsaw puzzle kepada enam murid tersebut. Guru meminta enam murid tersebut menyiapkan jigsaw puzzle di papan hitam.

Menyoal soalan: 1. Apakah bentuk yang terdapat di dalam jigsaw puzzle ini? 2. Apakah yang terdapat pada topeng muka ini? Contoh jawapan: 1. Topeng muka 2. Mata, hidung dan mulut.

Bersoal jawab dengan murid tentang bentuk jigsaw puzzle tersebut.

Langkah 1 (5 minit)

Pengenalan tajuk pelajaran hari ini iaitu membentuk dan membuat binaan topeng muka 3D . Penerangan maksud 3D.

Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu membina topeng 3D. Guru memberitahu maksud 3D iaitu obek 3 dimensi yang mempunyai lebar, tinggi dan kedalaman. Guru menunjukkan beberapa contoh topeng muka 3D.

Nilai : Keseronokan

BBM : Persembahan multimedia tentang alatan yang diperlukan dan beberapa contoh topeng muka 3D.

Menunjukkan beberapa contoh topeng muka 3D.

KBKK : Menghubungkait

Contoh topeng muka 3D Guru menerangkan alatan yang dugunakan sambil menunjukkan persembahan multimedia. Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan untuk membina topeng 3D.

Penerangan tentang alatan yang diperlukan mengikut kegunaannya untuk membuat model kuda kepang. 1. Kotak 2. Kertas warna 3. Cawan kertas 4. Pinggan kertas 5. Bola ping pong 6. Bulu ayam

7. Gunting 8. Gam

Langkah 2 (15 minit)

Penerangan tentang langkah-langkah untuk menghasilkan topeng muka 3D.

Guru menunjukkan langkahlangkah untuk menghasilkan topeng muka 3D dengan menggunakan persembahan multimedia dan persembahan video.

Nilai : Keseronokan BBM : Persembahan multimedia dan persembahan video tentang cara-cara membina topeng muka 3D dan . KBKK: Menyusun, Membuat turutan.

Langkah-langkah penghasilan topeng muka 3D:

Guru tunjuk cara bagi menghasilkan topeng muka 3D. Murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru membuat tunjuk cara. Murid-murid dapat menyatakan langkah-langkah untuk membina topeng muka 3D.

1. Balut kotak dengan kertas warna. 2. Gunakan bola ping pong sebagai mata. 3. Gunakan cawan kertas sebagai hidung. 4. Hiaskan kotak tersebut dengan bulu ayam sebagai rambut dan pinggan kertas sebagai mulut.

Langkah 3 (25 minit)

Murid menjalankan aktiviti membuat kuda kepang.

Guru meminta murid-murid mengeluarkan bahan dan alatan. Guru meminta murid membina topeng mengikut langkahlangkah yang telah ditunjukkan. Guru memberi bantuan kepada murid-murid yang tidak faham. Guru membimbing murid dalam membina topeng muka dan menambahbaikkan hasil kerja murid. Murid dapat membina topeng muka 3D dengan bantuan guru.

Nilai : Keseronokan, Tolong menolong, Berhati-hati. KBKK : Menyusun, membuat turutan.

Sesi Apresiasi Dan Refleksi (5 minit)

Sesi apresiasi dan refleksi hasil karya yang dihasilkan oleh murid: Baik Sederhana Kurang memuaskan

Murid berasa gembira dengan hasil karya masing-masing. Murid dapat menilai tahap keupayaan masing-masing.

Nilai : Keseronokan

Guru mempamerkan hasil kerja murid sambil

Murid dapat berinteraksi dan

membuat ulasan.

menyatakan pendapat tentang karya rakan lain.

Penutup (5 minit)

Merumus hasil kerja murid. Dua soalan menguji minda: 1. Apakah langkah-langkah membina topeng 3D? 2. Apakah kepentingan membentuk dan membuat binaan?

Guru merumus hasil kerja murid. Guru menerangkan kepentingan bidang membentuk dan membuat binaan dalam PSV. Murid dapat menyatakan beberapa kepentingan membentuk dan membuat binaan.

Nilai : Keseronokan

BBM : Persembahan multimedia kepentingan membentuk dan membuat binaan dalam PSV.

Anda mungkin juga menyukai