Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN 2014

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 5 USM
Tarikh : 6 Februari 2014
Bilangan Murid : .. /.. orang
Bidang : Mencorak dan membuat rekaan
Tema : Flora dan fauna
Tajuk : Lipatan dan guntingan
Masa : 7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit)
Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat ;
1) Mengenal dan menyatakan alat dan bahan yang akan digunakan untuk membuat
corak dan rekaan menggunakan teknik lipat dan gunting.
2) Mengetahui dan mengaplikasikan teknik lipat dan gunting dalam membuat corak
dan rekaan.
3) Menghasilkan corak dan rekaan secara terancang menggunakan teknik lipat dan
gunting dengan baik.

Alat dan bahan : Kertas warna, gunting, gam, pensel, kertas lukisan.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh hasil karya.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mempunyai asas menggunting kertas.
Penerapan Nilai : Kerjasama, ketelitian, tekun daya usaha, yakin diri, berani mencuba dan
keselamatan, kebersihan.
Strategi Pengajaran : Konstruktivisme.
KBKK : Menjana dan menghasilkan idea cara untuk melipat dan menggunting
kertas bagi menghasilkan corak yang menarik.






LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA

ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU &
MURID
STRATEGI P&P /
ABM/ NILAI

Set Induksi
(5 minit)

- Aktiviti
penjanaan
idea

Guru menyoal murid
berkenaan tajuk
pembelajaran pada hari
ini.

Guru mengemukakan soalan
berkenaan pemahaman murid
mengenai lipatan dan
guntingan.
Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.


Penerapan nilai :
Kerjasama.

KBKK : Menjana idea


Langkah 1
(10 minit)

- Pengenalan
kepada
aktiviti lipatan
dan
guntingan

Pengenalan kepada :
- Lipatan dan guntingan :
proses menggunting
kertas dan menghasilkan
corak padanya.

Contoh gambar rama-rama :





Guru menerangkan asas
lipatan dan guntingan.
Guru menunjukkan contoh
karya teknik lipatan dan
guntingan.
Guru memperkenalkan murid
kepada alat dan bahan.
Murid mendengar penerangan
guru dan melihat contoh hasil
karya yang ditunjukkan oleh
guru.

Penerapan nilai :
Kerjasama.

BBM :
Karya teknik lipatan
dan guntingan.


Langkah 2
(10 minit)

- Edaran alat
dan bahan
serta tunjuk
langkah-
langkah


Langkah-langkah:
1. Lipat kertas kepada
beberapa bahagian.
2. Lukis corak pada
bahagian kertas yang
dilipat.
3. Potong corak yang telah
dilukis menggunakan
gunting.
4. Buka lipatan kertas untuk
melihat hasilnya.

Guru mengedarkan alat dan
bahan kepada setiap murid.
Guru menunjukkan langkah
untuk menghasilkan corak
lipatan dan guntingan di
hadapan kelas.
Murid mendengar arahan serta
langkah-langkah yang
ditunjukkan oleh guru.



Alat dan bahan : Kertas
warna dan gunting

Penerapan nilai :
Kerjasama.


LANGKAH /
MASA
ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU &
MURID
STRATEGI P&P / ABM
/ NILAI

Langkah 3
(30 minit)

- Proses
penghasilan
lipatan dan
guntingan












Proses penghasilan karya
lipatan dan guntingan oleh
murid.

Langkah-langkah :
1. Lipat kertas kepada
beberapa bahagian.
2. Lukis corak pada
bahagian kertas yang
dilipat.
3. Potong corak yang telah
dilukis menggunakan
gunting.
Buka lipatan kertas untuk
melihat hasilnya.

Guru mengarahkan murid
melakukan aktiviti.
Guru memantau sambil
membantu murid yang
memerlukan bantuan semasa
menyiapkan karya tersebut.
Murid mendengar arahan guru
dan melakukan aktiviti untuk
menghasilkan lukisan teknik
lipatan dan guntingan.







Alat dan bahan :
Kertas warna dan
gunting

Strategi pembelajaran :
Konstruktivisme.

KBKK :
Menjana idea untuk
membuat corak
menggunakan teknik
lipatan dan guntingan.

Penerapan nilai :
Ketelitian.

Penutup
(5 minit)

Sesi apresiasi dan penilaian.

Baik
Sederhana
Lemah

Guru meminta beberapa orang
murid ke hadapan untuk
membuat ulasan karya.
Murid membuat ulasan di
hadapan kelas.
Guru menyoal murid mengenai
pembelajaran pada hari itu.
Murid menceritakan apa yang
telah dipelajari.
Guru merumuskan
pembelajaran pada hari itu.
Murid diminta untuk
mengemaskan meja dan
alatan serta bahan yang
digunakan.

Penerapan nilai :
Kerjasama

Anda mungkin juga menyukai