Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 2014 Mata Pelajaran Kelas Tarikh Bilangan Murid

Bidang Tajuk Masa : Pendidikan Seni Visual : 5 USM : 27 Februari 2014 : / 21 orang murid : Membentuk dan membuat binaan : Boneka ikan : 7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit)

Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid dapat : 1) 2) Menghasilkan boneka haiwan dengan menggunakan pinggan kertas. Meningkatkan kemahiran psikomotor tangan dalam aktiviti menggunting dan menampal kertas. : Pinggan kertas, pensel, gunting, gam dan kertas warna. : Lagu, contoh ikan dan contoh boneka ikan yang dihasilkan oleh guru. : Murid mengetahui dan pernah melihat ikan. : Berdisiplin, kekemasan, kebersihan dan kerjasama. : 1. Belajar cara belajar - murid belajar dengan menggunakan deria yang berbeza iaitu visual, audio dan kinestetik. 2. Konstruktivisme - murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengalaman sedia ada berkenaan rupa serta bentuk ikan. KBKK : Murid dapat menjana idea secara kreatif dalam menghasilkan hiasan pada bahagian badan ikan.

Alat dan bahan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Pengetahuan Sedia Ada Penerapan nilai Strategi Pengajaran

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :

LANGKAH / MASA

ISI KANDUNGAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURID 1) Guru memainkan lagu Ikan Kekek di dalam kelas. 2) Murid mendengar lagu yang dimainkan oleh guru.

STRATEGI P&P / ABM / NILAI

Set Induksi (5 minit)

1) Dendangan lagu oleh guru.


Ikan kekek mak iloi iloi Ikan gelama mak ilai ilai Nanti adik mak iloi iloi Pulang sama mak ilai ilai Ada satu si ikan parang Badannya panjang berbelang belang Isinya sikit banyak tulang Sedap makan kalau masak pindang Ikan kekek mak iloi iloi Ikan gelama mak ilai ilai Nanti adik mak iloi iloi Pulang sama mak ilai ilai Ada satu si ikan pari Badannya bulat penuh isi Sedap dimakan kalau masak kari Jangan lupa taruk lebih cili/

BBM : Lagu, lirik lagu.

Aktiviti penjanaan idea.

Penerapan nilai : Kerjasama

3) Guru menjana idea murid melalui persoalan berkaitan lagu tersebut. 4) Murid menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru. 5) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini.

2) Penyoalan berkenaan lagu yang dimainkan oleh guru di dalam kelas. - Apakah pemahaman kamu berkenaan lagu yang dimainkan tadi? - Adakah kamu pernah melihat dan memegang ikan? - Apa bahagian yang terdapat pada ikan? Langkah 1 (10 minit) Pengenalan kepada : Bahagian-bahagian ikan 1) Guru membuat penerangan di hadapan kelas. 2) Guru menunjukkan bahagianPengenalan kepada kraf pinggan kertas Contoh ikan bahagian yang terdapat pada ikan. 3) Murid mendengar penerangan yang dibuat oleh guru. 4) Guru menunjukkan contoh ikan. 5) Guru menunjukkan contoh boneka ikan yang telah siap. Contoh karya yang telah siap Penerapan nilai : Kerjasama dan berdisiplin. BBM : Bahagian ikan, contoh ikan dan contoh karya boneka ikan.

LANGKAH / MASA

ISI KANDUNGAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURID 1) Guru menunjukkan langkah untuk menghasilkan boneka ikan di hadapan kelas. 2) Murid mendengar arahan serta

STRATEGI P&P / ABM / NILAI

Langkah 2 (10 minit)

Tunjuk langkah dan edaran alat serta bahan untuk menghasilkan boneka ikan.

BBM : Bahagian ikan, contoh ikan dan contoh karya boneka ikan.

Edaran bahan kepada murid. Langkah-langkah : 1) Lakarkan bentuk segitiga sebagai mulut ikan pada permukaan pinggan kertas. 2) Potong segitiga tersebut dengan menggunakan gunting. 3) Lebihan segitiga yang telah digunting akan dijadikan ekor ikan. 4) Gamkan hujung bentuk segitiga yang telah digunting tersebut dan lekatkannya pada bahagian belakang pinggan kertas. 5) Lukis bahagian ikan dengan menggunakan pensel. 6) Kemudian, potong kertas dan tampal pada bahagian pinggan kertas sebagai sisik ikan. 7) Buat kemasan. Proses penghasilan : 1) Murid melaksanakan langkah langkah seperti yang ditunjukkan Proses penghasilan boneka ikan oleh murid murid di dalam kelas. guru untuk menghasilkan boneka ikan.

melihat langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru. 3) Guru mengedarkan bahan kepada setiap murid. 4) Guru memberikan arahan supaya murid menjalankan aktiviti. Penerapan nilai : Kerjasama dan berdisiplin. Alat dan bahan : Pinggan kertas, pensel, gunting, gam dan kertas warna.

Strategi pengajaran : Belajar cara belajar.

Langkah 3 (20 minit)

1) Guru memantau sambil membantu murid yang memerlukan bantuan semasa menyiapkan karya tersebut. 2) Murid melaksanakan aktiviti untuk menghasilkan boneka ikan.

Alat dan bahan : Pinggan kertas, pensel, gunting, gam dan kertas warna.

Penerapan nilai : Kekemasan dan berdisiplin.

Strategi pengajaran : Konstruktivisme

.LANGKAH / MASA

ISI KANDUNGAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU & MURID Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk membuat ulasan karya. Penilaian dibuat berdasarkan tiga tahap iaitu : Baik Sederhana Lemah

STRATEGI P&P / ABM / NILAI

Penutup (5 minit)

1) Dendangan lagu Ikan Kekek oleh guru. Guru meminta murid untuk menyanyi sambil memegang boneka ikan yang telah dihasilkan.

Penerapan nilai : Kerjasama, kebersihan.

Sesi apresiasi dan penilaian.

Hasil karya murid.

2) Sesi apresiasi dan penilaian. Guru membuat penyoalan kepada murid berkenaan pembelajaran pada hari itu.

Murid membuat ulasan di hadapan kelas.

Murid diminta untuk mengemaskan meja dan alatan serta bahan yang telah digunakan.

Anda mungkin juga menyukai