Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Pendidikan Seni Visual

Mata pelajaran Tahun Bilangan murid Tarikh Masa Tajuk Hasil pembelajaran

: Pendidikan Seni Visual : 5 Amanah : 30 orang : 1 Ogos 2013 (Khamis) : 9.15 pagi 10.15 pagi : Kolaj ikan : Pada akhir pelajaran murid dapat : 1. Menyatakan alat dan bahan bagi menghasilkan kolaj. 2. Menghasilkan kolaj ikan.

Unsur KB Nilai murni

: Membuat kaitan, menjana idea. : Menyayangi haiwan peliharaan, cintakan alam sekitar, berhati-hati.

Bahan bantu mengajar : Lirik lagu, langkah-langkah menghasilkan kolaj ikan, gambar ikan, gam, krayon dan gunting. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat ikan sama ada yang dipelihara dalam akuarium atau di pasar. Langkah/masa Set induksi (7 minit) Isi pelajaran Mempamerkan lirik lagu. Soalan : Apakah haiwan yang terdapat dalam lagu ini? ikan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1. Guru mempamerkan lirik lagu tersebut. 2. Guru meminta murid-murid membaca lirik lagu tersebut. 3. Guru memainkan lagu tersebut. 4. Murid-murid diminta untuk menyanyi bersama-sama. 5. Guru menjalankan sesi bersoal jawab. 6. Murid-murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru. 7. Guru mempamerkan carta langkah menghasilkan kolaj ikan. 8. Murid-murid membaca carta ABM/nilai/catatan BBM: Slaid powerpoint (lirik lagu) Nilai murni: -teliti -bekerjasama

Langkah 1 (18 minit)

Aktiviti penghasilan

BBM : -carta langkah Alatan : -gunting

9.

10.

11.

Langkah 2 (30 minit)

Aktiviti penghasilan

12.

13.

14.

15. Penutup (5 minit) Rumusan secara ringkas mengenai tajuk dan kerja amali yang telah dilakukan. 16.

17.

18.

langkah tersebut. Guru-guru menerangkan langkah-langkah menghasilkan kolaj ikan dengan membuat demonstrasi. Murid-murid mendengar dengan teliti dan memberi perhatian. Guru menasihati murid-murid agar berhati-hati semasa menggunakan gunting. Murid-murid mengeluarkan alatan dan bahan-bahan yang diperlukan. Guru mengedarkan gambar ikan dan kertas warna kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid untuk menghasilkan kolaj ikan mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan oleh guru dan berpandukan carta langkah. Guru memberi bimbingan. Guru menyuruh murid-murid berfikir jika air laut tercemar, apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Guru menyuruh murid-murid berfikir mengenai cara-cara mengatasi pencemaran laut. Guru menasihati murid agar mencintai dan memelihara alam sekitar.

Bahan : -gambar ikan -kertas warna -gam -krayon Nilai : -teliti -berhati-hati

BBM : -Carta langkah Nilai murni : -Mendengar arahan guru. -Memberi perhatian. -Teliti.

Nilai murni : -Mencintai alam sekitar Unsur kemahiran berfikir : -menjana idea.

19. Guru mengingatkan murid supaya membersihkan kelas sebelum bersurai. Lampiran 1

Teknik menghasilkan kolaj ikan. 1. 2. 3. 4. 5. Mewarnakan lukisan ikan. Menggunting dan menampalkan gambar ikan pada kertas lukisan. Melipat bahagian bulatan yang dibawa dan menjadikan tempat meletak gam. Melekatkan bulatan yang dilipat pada badan ikan untuk dijadikan sisik ikan. Mengguntingkan kertas berwarna hijau untuk menjadikan rumpair dan melekatkan pada kertas lukisan.

Lampiran 2 Sediakan gambar ikan

Ambil kertas warna,potong kepada kepingan kecil menggunakan gunting.

Lirik ikan kekek


Ikan kekek mak ilui-ilui Ikan gelama mak ilai-ilai Nanti adik mak ilui-ilui Pulang sama mak ilai-ilai Tenang-tenang air di laut Sampan golek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut tersebut Budi yang baik rasa dijunjung Ikan kekek mak ilui-ilui Ikan gelama mak ilai-ilai Nanti adik mak ilui-ilui Pulang sama mak ilai-ilai

Anda mungkin juga menyukai