Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

PENDIDIKAN SENI VISUAL


TAHUN 2014

Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas : 5 USM
Tarikh : 20 Mac 2014
Bilangan Murid : .. / 21 orang murid
Bidang : Membentuk dan membuat binaan
Tajuk : Topeng haiwan
Masa : 7.30 pagi 8.30 pagi (60 minit)
Objektif pengajaran dan pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat ;
1) Melukis rupa haiwan dalam menghasilkan topeng.
2) Mempelbagaikan penggunaan garisan di dalam lukisan.

Alat dan bahan : Kertas lukisan, oil pastel / pensel warna, gunting dan getah.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Lagu, lirik lagu, contoh gambar haiwan, contoh jenis garisan, hasil topeng haiwan
dan carta tunjuk langkah.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui rupa sesuatu haiwan.
Penerapan Nila : Kerjasama, kebersihan dan kekemasan.
Strategi Pengajaran : 1. Belajar cara belajar - Murid belajar dengan menggunakan deria yang berbeza
iaitu visual, auditori dan kinestetik.
2. Konstruktivisme - Murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan
pengalaman sedia ada berkenaan rupa serta jalinan
terdapat pada haiwan kesayangan.
KBKK : Menjana idea untuk menggunakan garisan yang pelbagai serta warna yang menarik
dalam menghasilkan topeng bertemakan haiwan.




LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :


LANGKAH/
MASA

ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU &
MURID
STRATEGI P&P / ABM/
NILAI

Set Induksi
(5 minit)

Aktiviti
penjanaan idea.

Pelaksanaan aktiviti penjanaan
idea melalui dendangan lagu.
Lirik lagu :

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada kucing, iya iya o
Miaw miaw sana miaw miaw sini
Sana sini asyik miaw miaw
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada burung, iya iya o
Cip cip sana cip cip sini
Sana sini asyik cip cip

Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada lembu, iya iya o
Moo moo sana moo moo sini
Sana sini asyik moo moo
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Pak Mamat ada kebun, iya iya o
Di kebun ada angsa, iya iya o
Ang ang sana ang ang sini
Sana sini asyik ang ang
Pak Mamat ada kebun, iya iya o

Penyoalan berkenaan haiwan
kesayangan.
- Apakah haiwan kesayangan
kamu?
- Bagaimanakah rupa haiwan
tersebut?
- Apakah jalinan yang terdapat
pada haiwan itu?







1) Guru memperdengarkan lagu
Pak Mamat Ada Kebun di
dalam kelas.
2) Murid mendengar lagu
tersebut sambil
menyanyikannya bersama-
sama.
3) Guru menyoal murid perkara
berkaitan lagu yang telah
diperdengarkan.
4) Murid menjawab soalan guru
berdasarkan pemahaman
mereka.
5) Guru menerangkan tajuk
pembelajaran pada hari ini.

BBM :
Lagu, kertas lirik.

Penerapan nilai :
Kerjasama.








LANGKAH/
MASA

ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU &
MURID
STRATEGI P&P / ABM/
NILAI

Langkah 1
(10 minit)

Pengenalan
kepada tajuk
pembelajaran
kepada murid



Pengenalan kepada :
Topeng alat yang digunakan
untuk menutup muka
Contoh gambar haiwan.













Contoh topeng haiwan :










Jenis-jenis garisan.













1) Guru menunjukkan contoh
gambar haiwan dan contoh
topeng haiwan yang terdapat
di hadapan kelas.
2) Murid melihat contoh yang
dipaparkan oleh guru.
3) Guru menerangkan asas
topeng kepada murid di
hadapan kelas.
4) Murid mendengar
penerangan yang diberikan
oleh guru.
5) Guru menunjukkan contoh
garisan yang digunakan untuk
menghasilkan rupa haiwan.
6) Murid melihat contoh yang
ditunjukkan oleh guru.









BBM :
Contoh gambar haiwan,
jenis-jenis garisan dan
contoh hasil topeng
haiwan.

Penerapan nilai :
Kerjasama.








LANGKAH/
MASA

ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU &
MURID
STRATEGI P&P / ABM/
NILAI

Langkah 2
(10 minit)

Edaran alat,
bahan dan
tunjuk langkah
bagi
menghasilkan
lukisan
menggunakan
teknik gurisan.

Edaran alat dan bahan serta tunjuk
langkah-langkah bagi
menghasilkan lukisan teknik
gurisan.

Langkah-langkah:
1. Lakarkan rupa haiwan
yang dikehendaki di atas
kertas lukisan dengan
menggunakan garisan
yang ditunjukkan di
hadapan kelas.
2. Warnakan rupa haiwan
tersebut.
3. Gunting mengikut garisan
muka dan mata haiwan.
4. Buatkan satu lubang kecil
di bahagian kiri dan kanan
topeng.
5. Ikat gelang getah pada
lubang yang dibuat.
6. Buat kemasan.

Guru memperkenalkan alat
dan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan lukisan
menggunakan teknik gurisan.
Murid melihat dan mendengar
penerangan guru.
Guru mengedarkan alat dan
bahan kepada setiap murid.
Guru menunjukkan langkah
untuk menghasilkan topeng
haiwan.
Murid mendengar arahan
serta melihat langkah-langkah
yang ditunjukkan oleh guru.



BBM :
Carta tunjuk langkah,
contoh haiwan, jenis-
jenis garisan dan contoh
hasil topeng haiwan.

Alat dan bahan :
Kertas lukisan, oil pastel
/ pensel warna, surat
khabar, gunting, getah.

Penerapan nilai :
Kerjasama.

Strategi pengajaran:
Belajar cara belajar.

Langkah 3
(30 minit)

Pelaksanaan
aktiviti
membentuk dan
membuat
binaan topeng
haiwan.

Proses menghasilkan topeng
haiwan oleh murid di dalam kelas.
Murid melaksanakan aktiviti
mengikut langkah yang
ditunjukkan oleh guru.

1) Murid melaksanakan aktiviti di
dalam kelas.
2) Guru memantau sambil
membantu murid yang
memerlukan bantuan semasa
menyiapkan karya tersebut.
3) Murid mendengar arahan
guru dan menghasilkan
topeng haiwan.



Alat dan bahan :
Kertas lukisan, oil pastel
/ pensel warna, surat
khabar, gunting, getah

Strategi pembelajaran:
Konstruktivisme.

KBKK :
Menjana idea

Penerapan nilai :
Kekemasan, kerjasama
dan kebersihan.





LANGKAH/
MASA

ISI KANDUNGAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU &
MURID
STRATEGI P&P / ABM/
NILAI

Penutup
(5 minit)

Apresiasi dan
rumusan.


Sesi apresiasi dan penilaian.
Menghasilkan topeng haiwan
menggunakan garisan yang
pelbagai.
Nyanyian semula lagu Pak
Mamat Ada Kebun oleh murid.


1) Guru meminta beberapa
orang murid ke hadapan
untuk membuat ulasan karya.
Penilaian dibuat berdasarkan
tiga tahap iaitu :
- Baik
- Sederhana
- Lemah
2) Murid membuat ulasan di
hadapan kelas.
3) Murid diminta untuk
menyanyikan lagu bersama-
sama sambil memakai topeng
haiwan.
4) Murid diminta untuk
mengemaskan meja dan
alatan serta bahan yang telah
digunakan.

Penerapan nilai :
Kerjasama dan
kebersihan.

Hasil karya murid.
.

Anda mungkin juga menyukai