Anda di halaman 1dari 18

PSV 3108 :

PERMAINAN TRADISIONAL
Disediakan oleh : Zulkiflee bin Haron Najwatul Husna binti Johan Hayatun Syamila binti Mohd Mansor

PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL


Permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu. Terdapat pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia. Antaranya batu seremban, wau, gasing,

galah panjang, guli, sepak raga, congkak dan


sebagainya.

BATU SEREMBAN
Dikenali sebagai Selambut atau Serembat.

Menggunakan bahan objek seperti batu kerikil, guli


kaca, biji getah atau objek lain yang sesuai. Dimainkan di kalangan

kanak-kanak
perempuan dalam berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

CARA BERMAIN BATU SEREMBAN


Kesemua buah hendaklah diselerakkan diatas lantai dengan keadaan buah tidak bersentuhan antara satu sama lain. Sebiji buah dijadikan ibu yang dilambungkan ke udara. Dalam masa yang sama buah yang di bawah hendaklah dikutip dan ibu itu disambut. Buah anak tadi diletakkan digenggam di dalam tangan sebelah lagi. Ulangi perbuatan sehingga habis buah anak.

Setelah selesai pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata sama ada secara mencangkuk atau menyambut. Permainan akan mati sekiranya buah tidak dapat

disambut atau dicangkuk dan diserahkan kepada


permain seterusnya. Jenis buah: Buah satu, buah dua, buah tiga, buah empat hingga buah tujuh.

WAU
Dikenali dengan layang-layang. Dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah

dan wau barat.

CARA BERMAIN WAU


Dimainkan oleh dua orang - seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi


wau yang berwarna-warni itu.

GASING
Popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,

gasing buku benang


dan gasing pinang.

CARA BERMAIN GASING


1. Gasing Pangkah

- dimainkan dengan melemparkannya supaya


mengetuk gasing lawan.

2. Gasing Uri - dipertandingkan untuk

menguji ketahanannya
berpusing.

GALAH PANJANG
Permainan berkumpulan ini merupakan kegemaran kanak-kanak lelaki. Membuat gelanggang

dengan cara
menggoreskan di atas

permukaan tanah.

CARA BERMAIN GALAH PANJANG


Setiap kumpulan terdiri dari 3 pemain awak-awak dan 1 pemain sebagai ketua kumpulan. Apabila salah seorang pemain penyerang berjaya disentuh, maka kumpulan ini dikira 'mati'. Pertukaran giliran dilakukan dan pasukan pertahanan mengambil peranan sebagai pasukan penyerang pula. Pemain penyerang yang berjaya melepasi garisan dan berjaya tiba di garisan penamat dianggap memenangi pusingan ini. Satu mata diberikan kepada kumpulan ini. Kumpulan yang berjaya memungut mata paling banyak dianggap sebagai pemenang.

GULI

Permainan individu ini sering dimainkan oleh

kanak-kanak lelaki.
Setiap pemain perlu mempunyai beberapa guli taruhan dan sebiji guli induk. Satu bulatan digoreskan di atas tanah. Kesemua guli taruhan diletakkan di dalam bulatan.

CARA BERMAIN GULI


Pemain pertama memulakan permainan dengan cara melontar guli induknya dan disasarkan ke arah guli taruhan yang berada di dalam bulatan. Guli taruhan yang keluar dari bulatan dikutip menjadi miliknya. Manakala guli induk tidak boleh disentuh atau diambil. Sekiranya guli induknya tersangkut di dalam bulatan, maka status pemain ini dikira mati. Pemain yang berjaya menambah koleksi guli masing-masing dianggap sebagai pemenang.

SEPAK RAGA
Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini. Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.

CARA BERMAIN SEPAK RAGA


Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain. Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah. Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.

CONGKAK
Permainan individu ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Selain kanak-kanak, perempuan dewasa juga menggemari permainan ini. Guli, batu kerikil kecil ataupun biji getah dijadikan buah congkak. Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.

CARA BERMAIN CONGKAK


Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang congkak. Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing. Permainan berterusan sehinggalah tiada lagi buah congkak berada di dalam lubang di kampung masing-masing. Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.

SEKIAN. TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai