Anda di halaman 1dari 13

Alat domestik

PENGENALAN
Alat domestik amat penting untuk
digunakan di dalam kehidupan seharian.
Pada masa kini alat domestik
dikomersilkan bagi tujuan pembangunan
ekonomi negara. Selain mempunyai nilai
estetika tersendiri alat domestik dapat
dijadikan barangan kegunaan harian.
DEFINISI ALAT DOMESTIK
Alat domestik merupakan barangan
keperluan harian seperti perkakasan
dapur yang digunakan bagi memudahkan
urusan seharian.
CONTOH-CONTOH BARANGAN
DOMESTIK
TUDUNG SAJI
BATU PENGISAR
LESUNG BATU
CEREK TEMBAGA
KUKUR DUDUK

Alat Permainan
PENGENALAN
Permainan tradisional berupaya membentuk
sebahagian daripada kehidupan yang dilalui
oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang
menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup
nenek moyang kita. Permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di
antara permainan ini yang sekarang tidak
dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu
bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada
juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-
kanak sehingga hari ini.

CONGKAK

Congkak adalah sejenis
permainan tradisional
Melayu yang sering
dimainkan sebagai aktiviti
dalaman atau sebagai
pertandingan. Lazimnya
ia menggunakan papan
kayu berlubang atau
lubang di atas tanah dan
kebiasaannya buah
congkak menggunakan
biji getah atau guli.
WAU

Permainan wau ini juga
dikenali dengan layang-
layang.Permainan wau
amat digemari oleh
penduduk-penduduk
kampung. Permainan ini
dimainkan sejak kurun ke
15. Wau masih digemari
dan dimainkan di
kawasan-kawasan seperti
Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
PROSES PENGHASILAN WAU

1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju
BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan
Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan
gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya
dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga
empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana
besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat
biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan
ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai
buah.
Permainan ini sering dimainkan di mana sahaja yang
mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang
rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas
lantai, dengan cara begini memudahkan permainan
tersebut dimainkan.

Dalam bermain Batu
Seremban ini terdapat
beberapa peringkat atau cara
sambutan buah yang
berlainan. Bermula dengan
peringkat pertama yang mudah
dengan menggunakan sebiji
buah yang dinamakan sebagai
buah satu hinggalah kepada
peringkat lebih tinggi atau
peringkat yang teratas
dinamakan buah tujuh.
Cara Bermain

Sepak raga merupakan
sejenis permainan yang
menggunakan bola rotan.
Ia telah wujud sejak 600
tahun dahulu pada
Zaman Kesultanan
Melaka pada abad ke-15
M. Ia bertujuan untuk
menguji kecekapan
permain untuk menyepak,
menanduk, mendada
atau melutut bola raga
dan menghalangnya
daripada jatuh ke tanah.
SEPAK RAGA
GASING

Gasing merupakan sejenis permainan
yang boleh berputar pada paksinya,
sambil mengimbang pada satu titik.
Gasing merupakan permainan
tradisional orang-orang Melayu sejak
dahulu lagi. Biasanya dimainkan
selepas musim menuai. Permainan
gasing dipertandingkan antara
kampung. Pemenang dikira
berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu
berbaru,kemuning, merbau, rambai,
durian atau kundang Kayu tersebut
akan ditakik-takik dan dikikis sehingga
menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok
bebaru. Tapi sekarang tali gasing
dibuat daripada tali nilon. Panjang tali
gasing biasanya bergantung kepada
panjang tangan seseorang. Biasanya
1 meter panjang. Minyak kelapa
digunakan untuk melicinkan
pergerakan tali gasing.

Anda mungkin juga menyukai