Anda di halaman 1dari 2

Chapteh

Chapteh/Cap Teh (juga dikenali Sepak Bulu Ayam atau Jianzi)

Cara bermain: Permainan yang menggunakan bulu tangkis berwarna-


warni ini memerlukan kebolehan atau skil kaki yang mantap. Para

pemain menggunakan otot kaki dan tapak kaki untuk memastikan bulu
tangkis ini berada di udara selama yang boleh, ada iras-irasnya dengan
Sepak Takraw. Terkenal di China, ia juga dimain negara Asia lain seperti
Malaysia dan Singapura.

serak lidi/ colek lidi


Permainan ini diberi nama Serak Lidi kerana alat utamanya ialah lidi,
namun kini batang aiskrim juga digunakan. Asal usul permainan ini tidak
dapat dipastikan. Bagaimanapun,
ia berkembang ke seluruh Tanah
Melayu pada awal tahun 1970an.

Permainan ini dimainkan sekurang-kurangnya oleh dua orang pemain.


Giliran pemain ditentukan dengan kaedah " wan to som" atau " o som".
Pemain mengenggam kesemua lidi dan melepaskannya ke atas lantai.
Kemudian pemain perlu mengangkat satu demi satu lidi yang berselerak
itu tanpa menggerakkan lidi yang lain.

batu seremban
Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu kecil
dilambung dan kemudiannya disambut kembali. Permainan ini
melibatkan sekurang-kurangnya
2 orang pemain dan biasanya
dimainkan oleh golongan perempuan.

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau


Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang. Permainan ini dimainkan
oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga
empat orang atau lebih.
gasing
Permainan gasing amat popular dimainkan di negeri Pantai Timur
Semenanjung Malaysia terutama di negeri Kelantan. Terdapat pelbagai
jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing
berembang, gasing Melayu, gasing
Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kebanyakkan kanak-kanak

lebih gemar untuk bermain dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
gasingnya yang kecil dan mudah untuk dimainkan. Di samping bermain
sebagai riadah dan memenuhi masa lapang, permainan ini dimeriahkan
melalui perlawanan antara pasukan di peringkat kampung, daerah dan
negeri.

ceper
Ceper telah diperkenalkan sejak tahun90-an lagi setelah wujudnya
tutup botol pada tahun1892 dengan dipatenkannya temuan ini oleh
william painter (u.s. patent 468,258). Painter datang dengan idea untuk
menggunakan tutup botol satu kali
pakai dengan lekukan dan gerigi
yang disebut sebagai gerigi mahkota kerana menyerupai dengan

mahkota Ratu Inggeris. Permainan ini amat terkenal dalam kalangan


kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan
hingga sekarang. Lebih ramai pemain, lebih seronok permainan ini
dimainkan.Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada
botol minuman berkaca.

seruling buloh burung


Permainan ini adalah satu permainan yang berbentuk alat muzik seperti
seruling, permainan ini hanya perlu
ditiup untuk meniru suara burung.
ada juga mengunakan seruling buloh burung ini bertujuan untuk

memikat burung. Apabila seruling buloh burung ini ditiup , alat


permainan ini akan mengeluarkan bunyi merdu seperti bunyi kicauan
burung.

Anda mungkin juga menyukai