Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK DESA PINGGIRAN PUTRA Kod Sekolah BBA9229


ATIRAH BINTI MUSTAFA
1. Nama Guru
APABILA HAIWAN MENJADI GURU
2. Judul 3. Bidang: SMOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini berbentuk motivasi dan penceritaannya disulami dengan ayat al-quran, fakta sains,
peribahasa Melayu serta pengajaran yang dapat diambil daripada haiwan-haiwan yang disebut
oleh Allah di dalam al-quran. Terdapat berbagai-bagai jenis haiwan yang dicerita menjadi
tauladan kepada kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Terlalu banyak haiwan yang Allah sebut di dalam al-quran dan pastinya setiap satu dapat diambil
pengajaran oleh kita. ​Antara haiwan yang dikupas oleh penulis ialah al-baqarah (lembu), al-kalbu
(anjing), al-ankabut (labah-labah), al-farasy (rama-rama), an-naml (semut) dan banyak lagi.
Subhanallah, banyak rupanya haiwan yang disebut oleh Allah di dalam al-quran. Banyak juga
pengajaran yang dapat saya ambil daripada penulis antaranya rama-rama, sebelum rama-rama
menjadi cantik seperti yang kita lihat ia mestilah melalui kepompong terlebih dahulu. Kepompong
rama-rama adalah dunia gelap bagi membolehkan proses menjadi rama-rama terjadi.Janganlah
pula kita sengaja membuat lubang pada kepompong tersebut supaya cahaya daapt masuk ke
dalamnya. Nanti rama-rama yang terhasil adalah cacat. Begitu juga dengan orang Islam.
"Kepompong" kita adalah perintah dan larangan Allah yang seharusnya kita taati. Misalnya
kewajipan menunaikan solat, puasa, menutup aurat, tidak terlibat dengan rasuah dan sebagainya.
Jika kepompong kita ini bocor maka terjadilah pelbagai masalah dan kita mendapat dosa akibat
melanggar suruhan Allah. Setiap satu yang Allah jadikan pasti ada hikmahnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Bertindak seperti semut yang rajin serta bekerja didalam kumpulan tanpa pentingkan diri. Jdi
seperti rama-rama yang tersembunyi di dalam kepompong namun cantik bila keluar- tidak
menunjuk-nunjuk kepandaian dan kecantikkan seperti diam ubi berisi.Jadilah seperti lembu yang
dikatakan bodoh ‘seperti lembu dicucuk hidung’ namun disebaliknya pengajrannya jadilah orang
yang menurut perintah jika menerima arahan daripada pihak atasan selagi tidak melanggar
syariat islam.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Atirah Mustafa ) ( )

Anda mungkin juga menyukai