Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TASEK PERMAI Kod Sekolah: BEA4612

NURUL NATASYA BINTI IZAZI


1. Nama Guru
10 TOKOH IDOLA MUSLIMAH
2. Judul 3. Bidang: KEAGAMAAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati sejarah perjuangan insan-insan
hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh
pelbagai cabaran dan pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka
perlu dijadikan pedoman dan juga teladan kepada umat selepas mereka di samping sebagai
peringatan dan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan. Hakikatnya, mereka sudah
berjaya meletakkan penanda yang terbaik dalam meniti tahap perjuangan. Mereka juga berjaya
mengangkat martabat wanita sehinggakan nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus
tercatat dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi. Kisah-kisah mereka yang disebut dalam Quran
seperti pengalaman menyayat hati dan kesukaran para isteri Rasulullah membantu usaha beliau
dalam menegakkan Islam iaitu ketika beliau diperintahkan supaya berdakwah kepada umatnya
menuju jalan kebenaran dan cahaya Islam.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Setiap peristiwa yang tercatat dalam Quran mempunyai hikmahnya yang tersendiri kepada umat
manusia terutama kepada kaum wanita. Wanita adalah tunggak utama dalam kehidupan berumah
tangga kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak-anak iaitu pewaris generasi akan
datang. Penglibatan tokoh-tokoh wanita dalam menegakkan agama suci Allah tidak boleh
dianggap remeh. Ia adalah titik tolak kepada kemenangan Islam itu sendiri. Bahkan kejayaan,
kemenangan dan keunggulan mereka sebagai srikandi terbilang sememangnya tercatat dalam
lipatan sejarah dan tidak boleh dipertikaikan. Peranan mereka sememangnya terlalu besar dalam
menonjolkan peribadi unggul sebagai tatapan generasi dan umat masa kini yang perlu dijadikan
sebagai role model dan boleh diketengahkan sebagai idola kepada wanita hari ini dalam
merencanakan kehidupan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Tokoh muslimah yang diketengahkan ini mampu memberikan impak yang besar kepada kita yang
ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam
segenap segi terutama dalam mentarbiah anak bangsa supaya berjaya dan berjiwa besar serta
bangkit menjadi idola pemangkin kepada generasi akan datang. Justeru, penting bagi kita
menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan dan rahsia besarnya jiwa mereka dalam
meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL NATASYA BINTI IZAZI) ( )

Anda mungkin juga menyukai