Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SK WIRA Kod Sekolah: CBA 4090

1. Nama Guru Noraini Binti Mat

2. Judul 7 Formula Individu Cemerlang 3. Bidang: Motivasi Diri

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa :

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dato’ Dr. Zainal Abidin ini memberi kita ilmu bagaimana
masyarakat Arab yang jahil dapat berubah menjadi bangsa yang hebat sehingga mampu
menguasai dunia. Ia menjelaskan secara lengkap dan terperinci formula formula motivasi
terunggul sepanjang zaman. Formula yang diberikan berjaya melahirkan individu cemerlang yang
seterusnya menjadi pemangkin kemunculan masyarakat dan negara terbilang. Penulis
menggunakan Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad sebagai sumber rujukan utama yang
disesuaikan dengan konteks semasa.
Buku ini mengandungi 7 bab di mana sangat mudah untuk dibaca dan sangat bermakna.pelbagai
kisah menarik berkenaan para sahabat Rasulullah s.a.w yang dijadikan iktibar. Fakta fakta yang
digunakan di dalam buku ini jelas menunjukkan ianya bukan hanya sekadar kisah teladan semata
mata. Buku ini juga, sangat menarik dibaca kerana menggunakan konsep agama dengan sudut
pandang yang berbeza. Bahan bacaan ini sesuai untuk mereka yang cemerlang berlandaskan Al
Quran dan sunnah yang di redhai Allah swt.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Kepentingan mengenal peribadi Nabi Muhammad s.a.w.
2. Kepentingan mengikut sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian .
3. Kepentingan menghayati semangat yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w kepada
umat manusia yang lain.
4. Kepentingan menghayati perjuangan para sahabat Nabi s.a.w.
5. Kepentingan mendalami ilmu untuk berhadapan dengan dunia yang penuh mencabar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Pekerjaan di tempat kerja adalah ibadah


2. Melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan ikhlas dan jujur
3. Dapat memberi motivasi kepada murid-murid tentang semangat yang telah ditunjukkan
oleh pejuang islam suatu ketika dulu

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORAINI BINTI MAT ) ( )

Anda mungkin juga menyukai