Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬
‫آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِع ْيَن‬

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu
sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu.


Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan
rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima
ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan


ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu
pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami
dalam semua ujian dan pencapaian.

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah


kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah
berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan
agama.

‫َر َّبَنا َء اِتَنا يِف اُّدل ْنَيا َح َس َنةً َو يِف األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِق َنا َعَذ اَب الَّنارِ َو َص ىَّل ُهللا َعىَل‬
‫ َو اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬، ‫ُم َح َّم ٍد َو َعىَل َء اِهِل َو ْحَص ِب ِه َو َس َمَّل‬

Anda mungkin juga menyukai