Anda di halaman 1dari 4

DOA PERHIMPUNAN RASMI PAGI

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬

‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن‬
‫َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Tuhan yang menguasai langit dan bumi
Hanya padaMu sahaja kami panjangkan kesyukuran,
atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan perhimpunan ini,
kami mohon inayah dan taufikMu.
Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan
serta kesihatan jasmani dan rohani
Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami
untuk menerima ilmu dan pengetahuan
serta bimbingan guru-guru yang kami kasihi.

ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬
DOA PERHIMPUNAN RASMI PAGI

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر ْح َم ِن الَّر ِحْي ِم‬

‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّي ِد َن ا ُمَح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِم ْي َن‬
‫َأْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padaMu
sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba


ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu
yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami
apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu.
Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda,


ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani
cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي ن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬
DOA PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
SK AIR JERNIH
TAHUN 2019

Ya Allah Ya Tuhan kami,


Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini,
Bagi melahirkan rasa kesyukuran,
Di atas kurniaanmu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur,
Di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana,


Bukakanlah hati-hati kami,
Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan,
Serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Ya Allah ,

Hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan


ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
َ

Anda mungkin juga menyukai