Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN

‫الر ِحْي ِم‬ ِ ‫بِس ِم‬


َّ ‫اهلل الرَّمْح َ ِن‬ ْ
‫السالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا حُمَ َّم ٍد‬
َّ ‫الصالَة َُو‬ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد لِلَّ ِه َر‬
َّ ‫ َو‬, َ ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬
ِ ِ ِِ
َ ‫َأص َحابِه َأمْج َعنْي‬
ْ ‫َو َعلَى آله َو‬
Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya
pada-Mu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan
berkat-Mu.
Bersempena dengan perhimpunan ini, Warga SK Bukit Mutiara memohon
inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta
kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah
dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para
guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan
ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu
pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami
dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,


Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus
beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya Tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang
mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan
kemakmuran sepanjang zaman.

ِ ِ ُّ ‫ يِف‬6‫َربَّنَا ءَاتِنَا‬
َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َويِف األخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬
، ‫ص ْحبِ ِه َو َسلَّ َم‬ ‫و‬ ِِ‫وصلَّى اهلل علَى حُم َّم ٍد وعلَى ءال‬
‫ه‬
َ َ َ ََ َ َ ُ َ َ
‫ب ِ‬ ‫ِِ‬
‫َواحْلَ ْم ُدللَّه َر ِّ َ‬
‫العالَمنْي َ‬

Anda mungkin juga menyukai