Anda di halaman 1dari 2

‫ِبْس ِم اِهلل الَّر َمْحِن الَّر ِح ْيِم‬

‫ َالَّلُه َّم‬. ‫َو َعَلى آِلِه َو َاْص َح اِبِه َاَمْجِعنْي‬، ‫َو الَّصَالُة َو الَّسَالُم َعَلى َاْش َر ِف اْلُمْر َس ِلنْي‬، ‫َاَحْلْم ُد ِ ِهلل َر ِّب اْلَعاَلِم نْي‬
‫ِظ‬ ‫ِح‬ ‫ِمَس ِل‬ ‫ِظ‬
‫ ِإَّنَك اْلَبُّر اَجْلَو اُد‬،‫ ِإَّنَك َر ُّب اْلَعْر ِش اْلَع ْيم‬،‫ ِإَّنَك َغُفْو ٌر َر ْيم‬،‫ ِإَّنَك ْيٌع َع ْيم‬،‫ِإَّنَك َخ َّالُق اْلَع ْيم‬
‫اْلَك ِر مْي‬

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta perbendaharaan antara kedua-
duanya.
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berhimpun dalam Majlis
Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Sesungguhnya kami
berkumpul pada hari ini kerana-Mu Ya Allah. Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami
dengan keredhaanMu, kami berkumpul untuk menghubungkan silaturahim, bermusyawarah,
bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
meningkatkan kualiti pekerjaan kami.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,


Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang
penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan
kepada perintah-Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,


Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan bagi
menghadapi perjuangan serta usaha kami dalam menjana kemajuan kakitangan serta
organisasi kami. anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua
ujian dan pencapaian. Kau berkatilah gerak kerja kami, limpahkanlah rahmat, taufik dan
hidayah-Mu kepada pemimpin kami.

Ya Allah, Qaadhial Hajat,


Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan pengharapan,
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dalam amal jamai’e dan
kolektif;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya, maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami, maka didiklah hati kami
untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik
para sahabat baginda berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik, maka satukanlah hati-hati kami dan
berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan
nahi mungkar.
Hanya pada-Mu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan
kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hamba-Mu yang mendapat kemuliaan-Mu dunia dan
akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada
agama-Mu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

‫ َو َال ْجَتَعِل الَّلُه َّم ِفْيَنا َو َال َمَعَنا‬، ‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًم ا‬، ‫َالَّلُه َّم اْجَعْل ْمَجَعَنا َه َذ ا ْمَجًعا َمْر ُحْو ًم ا‬

. ‫َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِق ًّيا َو َال َم ْطُر ْو ًدا َو َال ْحَمُر ْو ًم ا‬

.‫الَّلُه َّم اْجَعْل َخ ْيَر َأْع َم اِر َنا َءاِخ ُر ُه َو َخ ْيَر َأْع َم اِلَنا َخ َو اُمِتُه َو َخ ْيَر َأَّياِم َنا َيْو َم َأْلَق اَك ِفْيِه‬
‫ِل ِذ‬ ‫ِذ‬ ‫ِف‬
‫الَّلُه َّم اْغ ْر َلَنا ُذُنْو َبَنا َو ِإل ْخ َو اِنَنا اَّل ْيَن َس َبُقْو َنا ِباِإل َمْياِن َو َال ْجَتَعْل ْيِف قُـُلْو ِبَنا ِغًّال َّل ْيَن َءاَم ُنْو ا َر َّبَنا ِإَّنَك‬
‫ِح‬ ‫ِإ‬ ‫ِق‬ ‫ِخ ِة‬ ‫ِت‬ ‫ِح‬
‫ َر َّبَنا َءا َنا يِف الُّد ْنَيا َح َس َنةً َو يِف األ َر َح َس َنةً َو َنا َعَذ اَب الَّنار َّنَك َر ُءْو ٌف َر ْيٌم‬. ‫َر ُءْو ٌف َر ٌيْم‬
. ‫ َو اَحْلْم ُد ِلَّلِه َر ِّب الَعاَلِم َنْي‬، ‫َو َص َّلى اُهلل َعَلى َحُمَّم ٍد َو َعَلى َءاِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai