Anda di halaman 1dari 1

DOA KURSUS INTEGRITI

,


Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu sahaja
kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu
Bersempena dengan Seminar Integriti pada hari ini kami mohon inayah dan taufik-Mu.
Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani kepada
kami semua. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu
pengetahuan serta bimbingan para penceramah pada hari ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami dalama menimba dan mencari ilmu pengetahuan,
anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam mentarbiah dan
mendidik anak bangsa yang kami ksihi..
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guruguru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami! Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan
rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.




.

Anda mungkin juga menyukai