Anda di halaman 1dari 11

PENDAHULUAN

1.

Definasi Etika

Etika adalah satu daripada cabang pengajian falsafah yang menumpukan persoalan
moral dan merupakan salah satu cabang dalam ilmu sains yang berkaitan dengan tingkah
laku manusia (Nash 2007). Bagi Fagothey (1972) beliau menyatakan bahawa etika
adalah satu pengajian berkaitan dengan amalan manusia yang betul dan salah; dan yang
baik atau jahat. (Reamer 1982) berpandangan bahawa konsep etika boleh dilihat melalui
dua unsur yang utama iaitu metaetik dan normatif etik. Aspek etika dalam kontek
metaetik adalah melibatkan analisis mengenai definisi dan pengertian terma yang
digunakan seperti baik dan jahat, atau betul dan salah. Normatif etik pula melihat kepada
aplikasi kod atau standard etika dan nilai sebagai cara untuk menentukan sesuatu
keputusan, dan tindakan, atau gaya hidup samada ianya salah atau betul dan baik atau
jahat.

Persoalan untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan betul atau salah adalah
persoalan yang berkaitan dengan metaetik, manakala persoalan samada seseorang
profesional boleh mengenakan caj bayaran yang tinggi atau tidak terhadap perkhidmatan
yang diberikan adalah persoalan yang berkaitan dengan normatif etik. Konsep etika yang
berkaitan dengan amalan profesional lebih menjurus kepada persoalan normatif etik. Ia
berbentuk pengetahuan praktikal. ( Aristotle Finnis 1983) merupakan antara pengkaji
yang telah membuat kajian awal berhubung dengan persoalan etik. Dalam kajian ini
tumpuan diberikan kepada normatif etik dan bukannya persoalan yang berkaitan dengan
persoalan metaetik.
1

Di negara-negara maju persoalan etika dalam profesion telah banyak diperkatakan.


Kebanyakan profesion di negara-negara tersebut mempunyai sistem pendidikan
profesional lanjutan yang menekankan isu etika. Sebagai contoh Nash (2007)
menekankan pendidikan etika kepada doktor gigi, manakala Bowman, Berman, dan
West (2001) kepada pentadbir awam, Winstanley dan Woodal (2004) dalam bidang
pengurusan sumber manusia, Loviscky, Trevino dan Jacobs (2007) dalam bidang
pengurusan perniagaan, Laninska, dan Garcia-Lamor (2006) dalam bidang pendidikan
dewasa. Masyarakat mahukan profesional menjalankan kerja mereka dengan beretika.

Ini timbul disebabkan banyak amalan profesional dilihat tidak beretika dan ianya
mendatangkan mudarat kepada masyarakat dan profesion itu sendiri. Amalan tidak
beretika boleh dilihat sebagai satu kontinum. Daripada kesilapan yang tidak
disengajakan seperti terlupa temu janji dengan pelanggan hinggalah Dalam beberapa
contoh, Risalah Malim bilangan 10 (2009) dalam kes 23 kepada pelanggaran undangundang jenayah seperti menggelapkan duit pelanggan atau mencuri. Isu-isu dalam etika
profesional sebagai pemimpin dalam organisasi berhadapan dengan aktiviti membuat
keputusan setiap hari dalam pekerjaan mereka. Keputusan perlulah dibuat secara
proaktif dimana refleksi secara kritikal perlu dibuat sambil bertanggungjawab terhadap
keputusan tersebut. Dewasa ini saban hari masyarakat melalui media massa
dimaklumkan mengenai kesalahan etika yang dilakukan oleh pelbagai jenis profesion
yang professional. Ini menyebabkan sebilangan besar masyarakat sudah tidak

mempunyai kepercayaan terhadap profesion tertentu yang dikendalikan oleh golongangolongan profesional (Cervero 1988).

Krisis ketidakpercayaan kepada profesion ini telah menular hampir kepada semua
profesion (Loviscky, Trevino dan Jacobs 2007). Semenjak akhir-akhir ini terdapat
banyak rungutan daripada orang awam yang disebarkan oleh media masa berkait dengan
amalan yang tidak beretika yang melibatkan profesion utama seperti doktor, peguam,
pengurus, polis dan lain-lain lagi. Rungutan yang dibuat mencerminkan kepercayaan
awam terhadap profesion makin merosot.

Pada pandangan awam terdapat profesion yang selari dengan rasuah, salah guna kuasa,
mementingkan diri sendiri dan lain-lain lagi. Di Amerika, profesion peguam telah
menjadi gurauan umum dan menjadi jenaka sinis. Ini adalah disebabkan dalam satu
kajian yang dijalankan tiga perlima daripada rakyat Amerika menyatakan peguam
mempunyai sifat tamak dan hanya satu perlima sahaja yang masih percaya peguam
adalah jujur dan beretika atau mengambil berat dan bertimbangrasa (Rhode 2000).

Di Malaysia, walaupun isu mengenai kesalahan etika yang dilakukan oleh profesional
banyak diperkatakan tetapi tidak banyak kajian yang dijalankan bagi setiap profesion
untuk mendalami isu tersebut. Begitu juga dengan pendidikan etika kepada profesion
samada dalam pendidikan di institut pengajian tinggi atau latihan di tempat kerja ia tidak
ditekankan dengan serius. Masalah berkaitan dengan etika adalah sangat penting kerana
ia melibatkan orang ramai namun begitu pendidikan dan penguatkuasaan undangundang

dan tindakan disiplin kurang berkesan dan kurang dijalankan kerana masalah mengenai
amalan tidak beretika makin bertambah dan makin rumit untuk dicari punca dan
penyelesaian. Semua profesional, apatah lagi jika mereka menjadi pemimpin perlulah
bertanggungjawab atas perlakuan mereka supaya ia menjadi sesuatu yang dijadikan
sebagai satu tanda aras atau aras piawaian bagi sesuatu tindakan.

2.

Prinsip Dan Pelaksanaan Etika Dalam Penyelidikan

Penyelidikan yang beretika dan beramanah bukalah suatu perkara yang hanya bersifat
digalakkan, tetapi ia sebenarnya perlu kepada satu perkara yang dijadikan budaya dan
amalan bagi semua pihak yang terlibat dalam dunia penyelidikan. Terdapat lima aspek
penting yang sangat perlu menjadi amalan dalam melakukan sesuatu penyelidikan.

Menjalankan penyelidikan secara jujur dan berintegriti


.Menghormati subjek yang dijadikan bahan utama penyelidikan

seperti manusia , haiwan atau persekitaran.


Jika sesuatu penyelidikan yang dilakukan melibatan sumber
dana dari mana-mana pihak samada dana awam atau swasta
ianya mestilah dimanfaatkan secara maksima dan diguna secara

berhemah.
.Mengiktiraf peranan dan sumbangan semua pihak yang terlibat
dalam penyelidikan.

3.

Meletakkan Objektif Yang Munasabah :

Sesuatu penyelidikan yang dijalankan sewajarnya ia merupakan


satu ruang yang dapat meningkatkan kerjasama antara
penyelidik

dengan

pihak

yang

terlibat

dalam

sesuatu

penyelidikan atau pihak yang berkepentingan terhadap Sesuatu


penyelidikan yang dijalankan.

Meningkatkan kebolehpercayaan

pihak-pihak yang terlibat

dalam pemberian dana awam atau swasta dalam melaksanakan


sesuatu penyelidikan.
Menghasilkan penyelidikan yang asli dan bermutu tinggi dalam
persekitaran yang kondusif.

4.

Skop Etika Penyelidikan:


4.1

Pengurusan Data Penyelidikan

Semua dapatan berjaya dihasilkan dalam sesuatu penyelidikan

mestilah disimpan sebagai dapatan penyelidikan data primer.


Kaedah penyimpanan mestilah dalam keadaan selamat sebagai
satu rekod yang boleh digunapakai oleh pihak lain yang

memerlukan
Memastikan keselamatan dan kerahsiaan data penyelidikan dan
bahan primer.

4.2.

Tanggungjawab penyelidik dalam penerbitan dan penyebaran


dapatan kajian.

Menggalakkan penerbitan dan penyebaran dapatan kajian secara


beretika.
5

Memelihara kerahsiaan dan mengurus harta intelek.

Menyokong penyebaran dapatan kajian kepada masyarakat.

Memetik dan menyatakan sumber penulisan pengarang lain

secara tepat dan menyeluruh.


Menghantar dapatan kajian yang sama kepada beberapa

penerbit.
Memohon kebenaran untuk menerbit semula.
Menyatakan bantuan penyelidikan secara tepat.
Mendaftar ujian klinikal.
Bertanggungjawab dalam menyebarkan dapatan kajian kepada
masyarakat.

4.3.

Hak Milik Pengarang

Menyediakan kriteria untuk pengarang

Mematuhi polisi hak milik pengarang

Mendapatkan persetujuan semua pengarang yang terlibat

Melibatkan semua pengarang

Tidak membenarkan pengarang yang tidak berkaitan

Menghargai semua penyumbang.

Memanjangkan polisi hak milik pengarang kepada penerbitan


laman sesawang.

Menyimpan dokumen persetujuan pengarang untuk semua


penerbitan.

4.4.

5.

Semakan Keserakanan dan Panel Pakar

Tidak campur tangan semasa proses semakan keserakanan.


Mengambil bahagian dalam semakan keserakanan.
Memberi latihan pementoran kepada penyelidik muda dalam

semakan keserakanan.
Mengisytihar konflik kepentingan.

Isu Etika dalam Penyelidikan


Isu etika penyelidikan biasanya dilakukan menggunakan manusia yang

mempunyai perasaan dan pengalaman. Kaedah mengumpul data dalam sesetengah


kajian pula, menyentuh emosi, hak, hal peribadi dan sebagainya. Perkataan etika adalah
beasal dari perkataan Greek bermaksud Ethos yang bermaksud budi pekerti yang baik.

Aspek

Panduan

a)

Penyertaan
sukarela

Responden adalah subjek sukarela. Pengkaji boleh


meyediakan borang jaminan kajian dan surat persetujuan
menjadi responden

b)

Penentuan diri

Pengkaji perlu mengetahui individu yang responden


mempunyai hak untuk menilai maklumat kajian sebelum
membuat keputusan untuk mengambil bahagian atau tidak.

c)

Kecerdasan fizikal Memastikan keselamatan responden terjamin


dan mental

d)

Rahsia peribadi 1) 1.Kepekaan maklumat yang diberi darjah keperibadian dan


potensi ancaman adalah selamat setelah didedahkan
2. Keadaan persekitaran responden iaitu tempat tinggal, jenis
kenderaan, tempat bekerja, kewangan dan sebagainya.

e)

Identiti pengkaji 2) Perlu diberitahu kepada responden secara ikhlas sebelum


meminta kebenaran responden untuk mengambil bahagian
dalam kajian
3)

f)

Tanpa nama atau


4) Keadaan di mana orang lain tidak mengenali siapakah subjek
identity
kajian yang membekalkan data atau maklumat kajian.
Pengkaji perlu merahsiakan segala maklumat yang dibekalkan
oleh pembekal maklumat.
5)

g)

Perjanjian sulit

6) Segala maklumat responden haruslah dirahsiakan


7)

h)

Pembelotan

8) Kajian pecah amanah haruslah dielakkan oleh pengkaji


9)

i)

Penipuan

Pengkaji harus memberi maklumat yang benar

j)

Hak cipta

Pengkaji menggunakan hasil kerja pengkaji lain dengan


mendapat kebenaran bertulis.

Reynolds (1979) menyatakan 5 Unsur-unsur dalam kod etika penyelidikan


1. Nilai mengingatkan pengkaji untuk memegang
kepada nilai moral tertentu sebelum, semasa dan
selepas kejadian

2. Kesedaran diri kesedaran tentang tingkah laku


yang dilarang dan tanggungjawab diri terhadap
responden kajian

5 unsur-unsur etika
dalam penyelidikan

3. Profesionalisme mengingatkan pengkaji untuk


merancang dan menggunakan kaedah kajian
yang tidak mendatangkan kesan negative kepada
responden

4. Kebolehpercayaan mengingatkan pengkaji


agar memanipulasi data hasil kajian serta
membuat laporan secara jujur dan ikhlas.

5. Panduan disiplin megingatkan pengkaji


mematuhi peraturan-peraturan penyelidikan,
bahawa pengkaji tanpa disiplin akan
menghasilkan dapatan kajian yang tidak sah.
Tidak boleh paksa seseorang untuk mengambil
bahagian walaupun dengan memberi faedahfaedah yang tidak boleh diperolehi kalau mereka
tidak mengambil bahagian.

6.

Etika dalam penerbitan.

Penerbitan selalunya merujuk kepada buku , jurnal, majalah, artikel, surat khabar dan
sebagainya. Contohnya dalam penerbitan buku akademik itu adalah satu usaha yang
mulia. Usaha berkenaan menyumbang kepada sintesis ilmu yang sedia ada, dan
penjanaaan ilmu yang baharu. Justeru dalam etika penerbitan perlu ada garis panduan
yang selari dan terjamin mutu penerbitannya.

Aspek

Panduan

Penulis

Seseorang penulis perlu memberi akuan yang benar


kepada segala bahan dan sumber yang dirujuk dalam

2
3

Kod etika

penulisan buku.
Perbuatan plagiarism atau amalan meniru seperti cut

Ilmu yang mantap

and paste perlu dielakkan


Memerlukan pengetahuan yang luas dalam menjamin
kualiti. Menulis etika penulisan akademik dengan
menyatakan metodologi pendidikan, memaparkan

Perisian ilmu atau maklumat

teori dan kaedah menganalisis data.


Adalah menjadi kesalahan jika perisian cetak rompak
dan melanggar akta hak cipta dan melanggar Akta
Hak Cipta di bawah Kementerian Perdagangan Dalam

Penghargaan

Negeri, Koperasi dan Perdagangan


Membuat rujukan yang sewajarnya kepada penerbitan
dan hasil terdahulu dan diberi penghargaan yang

6
7

Sahsiah

sewajarnya.
Menghindari sikap membesar-besarkan diri yang tidak

Keselamatan

sesuai pada tempatnya.


Menghormati kerahsiaan

orang

yang

memberi

maklumat, seperti halnya sama dengan penyelidikan,


dengan tidak mengendahkan nama individu atau
institusi yang terlibat, jika diminta oleh pihak lain.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Etika kerja bukan sahaja berkaitan perasaan seseorang terhadap
kerja atau kerjaya tetapi juga melibatkan bagaimana seseorang itu menjalankan tugas
atau menunaikan tanggungjawab . Ia juga melibatkan niat yang betul, perlakuan yang
baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikata, berdisiplin dan
beradap, sikap, rasa hormat komunikasi dan interaksi serta bagaimana seseorang itu
10

bekerja berdasarkan garis panduan yang telah diberikan dengan penuh berdisiplin dan
bertanggungjawab. Justeru amatlah penting setiap organisasi atau institusi menyediakan
satu panduan etika kerja yang efiesyen dalam setiap bidang supaya ia akan memudahkan
kerjaya yang dilakukan. Ini secara automatiknya dapat meningkatkan dalam pengurusan
dengan kecekapan dan keberkesanan dalam menyemarakkan serta memenuhi kehendak
pelanggan.

11

Anda mungkin juga menyukai