Anda di halaman 1dari 20

3.

0 - ETIKA DALAM PENYELIDIKAN KUALITATIF


3.1 3.2 3.3 3.4 Definisi Etika Etika dan Kod Perlakuan Profesional Prinsip-Prinsip Etika Isu Etika Dalam Proses Penyelidikan

Disediakan Oleh :

MOHD FAIZULLAH BIN MOHAMED GB 120124

Berasal daripada perkataan Greek Ethos yang bermaksud watak. Dua pendekatan :
1. Normatif (apa yang patut dilakukan) 2. Deskriptif (apa yang sebenarnya kita lakukan)

Suatu bidang mengenai melakukan perkara yang betul. Teori etika diasaskan kepada andaian bahawa manusia adalah rasional dan bebas menbuat pilihan. French san Granrose (1995) : Set panduan/peraturan bertingkahlaku: menyelesaikan konflik terhadap keinginan. Bunchnolz (19860: Sistem Panduan tingkah laku. Shea (1988:17) : Prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu/profesion dan sebagai satu standard.

Pernyataan Dalam Teori Etika


Etika Deskriptif :
Merupakan suatu disiplin yang membincangkan tentang sistem moral. Memberitahu bagaimana ahli masyarakat perlu bertingkahlaku, apakah peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya. Menyedarkan manusia bahawa terdapat berbagai sistem moral yang bersifat relatif. Menyatukan bentuk sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian, pengadilan dan keputusan terhadap sistem tersebut.

Etika Normatif :
Panduan mengenai tingkah laku yang baik dan jahat. Ianya memberitahu apa yang mesti dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap terbaik, buka undang-undang moral yang sedia ada diterima. Mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada. Menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut perubahan masa tetapi ada yang kekal dipelihara meskipun budaya mengalami perubahan. Nilai mutlak dan biasanya berkait rapat dengan agama.

Golden Rule :
Merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. Jika mahu individu melakukan perkara baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga kepada orang lain.

Terdapat 2 aspek: 1. Berkeupayaan menilai yang baik dan yang buruk, dosa dan pahala atau yang berseuaian dan sebaliknya. 2. Melibatkan komitmen dalam melakukan apa yang baik dan bersesuaian.

Penyelidikan sosial adalah proses dinamik dan interaktif. Berlaku berdasarkan kepercayaan dan kerjasama mereka dalam penyelidikan. Hubungan penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan adalah penting. Kita perlu memikirkan tentang etika di setiap langkah dalam penyelidikan, daripada mengenalpasti dan memutuskan reka bentuk kajian kepada apa yang dilaporkan dalam dapatan kajian. Isu etika juga biasanya juga melibatkan perbincangan kod perlakuan profesional penyelidik dan dilema etika yang dialami oleh penyelidik serta jalan penyelesaian yang sesuai.

Prinsip Etika dan Kod Perlakuan Ahli Psikologi (The American Psychological Association) www.apa.org/ethics/code.html Kod Etika Persatuan Sosiologi Amerika (The American Sociological Association) www.asanet.org/members/acoderev.html Kod Etika Persatuan Antropologi Amerika (The American Anthropological Association) www.aaanet.org/comittees/ethics/ethcode.html Standard Etika Persatuan Penyelidik Pendidikan Amerika (The American Educational Research Association) www.aera.net/about/policy/vticnf.html

Pengenalan:
Dalam penyelidikan sosial, etika mempunyai makna dan maksud yang berbeza bagi orang yang berbeza.

Ahli sains sosial telah menyediakan satu set konvensi dianggap benar tentang etika dan tidak etika.
Konvensi itu merangkumi dalam tiga tahap perhubungan yang penting iaitu: a) Hubungan penyelidik-peserta b) Hubungan penyelidik-penyelidik c) Hubungan penyelidik-persatuan penyelidikan profesional.

1. Berasaskan Matlamat (Goal Based Approach) 2. Berasaskan Tugas (Duty Based Approach) 3. Berasaskan Hak

MATLAMAT

TUGAS

HAK

Kita perlu cuba mendapat Menentukan proses Percaya hak individu dan menghasilakan penyelidikan berjalan perlu dihormati dan keseimbangan yang tinggi atas landasan prinsip diberi kepentingan di antara perkara yang moral yang dipegangnya. tertentu. dianggap bernilai dan perkara yang tidak Perlulah Tanggungjawab utama, bernilai. bertanggungjawab kita perlulah terhadap diri sendiri dan menghormati individu Sebagai contoh, sekiranya individu lain yang terlibat dan setiap manusia terdapat ketidakselesaan dalam penyelidikannya. termasuk diri penyelidik. yang dialami oleh individu subjek dalam Sebagai contoh, sekiranya penyelidikan perlu penyelidik berbohong diseimbangkan dengan atau menganiaya subjek kesan baik kajian ke atas kajiannya, ini dianggap masyarakat tidak beretika. keseluruhannya.

1) HORMAT KEPADA AUTONOMI 2) PRINSIP PERLINDUNGAN 3) PRINSIP KEADILAN

Pernyataan Masalah Kajian Menulis dan Menyebar Hasil Kajian Isu Etika Dalam Proses Penyelidikan

Pernyataan Tujuan dan Soalan Kajian

Analisis dan Interpretasi Data

Pengumpulan Data

Amalan Etika Dalam Penyelidikan : Strategi dan Isu


Etika dalam penyelidikan kualitatif berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Ini kerana perhubungan di antara penyelidik dan peserta berkembang mengikut masa dan proses penyelidikan. Menurut Bogdan dan Biklen (1992), perhubungan di antara penyelidik dan peserta dalam penyelidikan kualitatif lebih merupakan persahabatan daripada perhubungan kontrak di mana melalui perhubungan ini prinsip dan peraturan etika perlu dipatuhi, diamalkan dan dihormati. Dalam penyelidikan kualitatif, rekabentuknya sentiasa berkembang dan responsif. Menurut Cassell dan Symon (1994), penyelidik perlu sentiasa menilai kerja lapangan dlam konteks hormat kepada autonomi peserta sepanjang proses penyelidikan. Penyelidik juga perlu bersikap sensitifterhdap budaya masyarakat yang dikaji di mana ia melibatkan status dan kedudukan penyelidik yang banyak bergantung kepada definisi yang diberikan oleh masyarakat tersebut. Penyelidik perlu mendapat kepercayaan daripada masyarakat di tempat kajian dahulu sebelum memulakan sesuatu temu bual. Strategi yang digunakan memaklumkan kepada peserta tentang kajian.

Antara Perkara Yang Perlu Peserta Ketahui


1. Nama Penyelidik 2. Nama Organisasi Yang Terlibat 3. Kenyataan Tentang Kerahsiaan Yang Digunakan Untuk Melindungi Peserta dan Data. 4. Kenyataan Tentang Penyertaan Peserta Adalah Sukarela 5. Kepastian Tentang Tidak Mahu Memberi Respon Kepada Soalan Yang Mereka Rasa Tidak Mahu Menjawab 6. Penjelasan Ringkas Tentang Tujuan Penyelidikan 7. Pihak Penaja Yang Membiayai Perbelanjaan Penyelidikan 8. Tidak Akan Timbul Kesan Negatif Sekiranya Mereka Tidak Mahu Lagi Terlibat

Prinsip dan Prosedur Beretika Dalam Menjalankan Kajian Prinsip dan prosedur yang disediakan perlulah dibincang dan dimaklumkan kepada pihak-pihak terlibat dalam kajian sebelum sesuatu kajian dijalankan.
Tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada semua pihak tentang prinsip etika yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian.

Contoh :
Semasa hendak memulakan pengumpulan data, saya memberi dan menjelaskan kepada peserta dokumen yang menggariskan tujuan, kegunaan, metod dan jangkaan faedah kajian yang dijalankan. Dokumen tersebut juga mengandungi deskripsi terperinci tentang hak individu dalam kod etika yang say gunakan. Secara ringkasnya, hak-hak tersebut adalah seperti turutan berikut :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Bakal peserta boleh memutuskan sama ada hendak terlibat atau tidak dalam penyelidikan berasaskan maklumat yang telah diberikan. Penyertaan dalam kajian adalah tidak wajib dan boleh berundur bila-bila masa dengan sebab-sebab tertentu. Sumber maklumat akan dipastikan kerahsiaannya. Peserta diberi peluang untuk meneliti transkrip temu bual untuk mengesahkan ketepatannya. Makluamat hanya digunakan dengan kebenaran peserta. Peserta berhak membantah sekiranya mereka tidak bersetuju dengan interpretasi data oleh pengkaji. Kebenaran untuk melibatkan pelajar dalam penyelidikan adalah dirundingkan dengan pihak sekolah, pelajar terlibat dan ibu bapa atau penjaga pelajar. Komuniti, sekolah dan peserta tidak didedahkan identiti mereka dalam laporan akhir penyelidikan.

Prinsip umum etika dalam penyelidikan kualitatif menjelaskan tentang prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan semasa merancang dan menjalankan kajian. Berkaitan dengan soal perhubungan yang perlu dibina antara penyelidik dengan peserta kajian. Membina perhubungan yang berteraskan prinsip keterbukaan, sama rata dan percaya mempercayai disamping dapat melindungi kepentingan dan identiti peserta dan institusi supaya tidak terdedah kepada sebarang kemungkinan dan risiko yang tidak dikehendaki.

Anda mungkin juga menyukai