Anda di halaman 1dari 3

Teori Hermeneutik merupakan satu kaedah interpretasi teks secara kualitatif yang

digunakan dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Kaedah Hermeneutik juga boleh
didefinisikan sebagai suatu proses menginterpretasi karangan. Kaedah Hermeneutik
digunakan dalam kajian ini bagi tujuan mencari makna dalam perkataan yang ditulis atau
merekodkan dapatan semasa mengkaji apa yang dikehendakinya. Kaedah ini menekankan
pengaruh sosiobudaya dan sejarah dalam mencungkil atau mendedahkan makna yang tersirat
daripada teks atau karya.
Menurut Hashim Ismail (2010), pendekatan Hermeneutik ditafsirkan sebagai proses
mengubah sesuatu atau situasi yang tidak difahami menjadi difahami. Dari segi sejarah
Yunani, Aristotles pernah membincangkan perihal Hermeneutik dalam karyanya Peri
Hermeneias atau De Interpretatione dengan mengatakan bahawa kata-kata yang kita ucapkan
ialah simbol daripada pengalaman mental kita dan kata-kata yang kita tulis ialah simbol
daripada kata-kata yang kita ucapkan.
Menurut Loganathan (2013), “Hermeneutik merupakan sains yang membicarakan
tingkah laku manusia melalui metodologi yang sesuai dalam konteks dunia kini”. Manakala,
menurut Mueller (2013), “Hermeneutik adalah seni pemahaman dan bukan sebagai bahan
yang telahpun difahami”. Menurut Suppiah Nachiappan (2013), sains Hermeneutik dianggap
suatu inkuiri yang menyiasat dan membongkar misteri yang tersembunyi terhadap tingkah
laku manusia.
Secara konseptual, Hermeneutik bermaksud proses mengubah daripada
ketidakfahaman kepada kefahaman yang jelas bagi sesuatu objek atau keadaan. Manakala,
menurut Palmer (2016), pendekatan Hermeneutik adalah penting dalam membuat pentafsiran
sesuatu teks yang mewakili pelbagai dimensi. Iaitu setiap takrifan membawa maksud atau
definisi yang berbeza mengikut individu yang membuat pentaksiran. Namun, hasil kajian
kaedah Hermeneutik dapat memberikan gambaran yang takrifan menyeluruh tentang sesuatu
teks.
Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau
menyatakan, Hermeneutik bermaksud suatu teori dan praktikal bagi aspek interpretasi.
Skopnya mencapai sehingga mana seseorang ingin mendalami untuk memahami aspek
maknanya. Kesemua pengkaji Hermeneutik membicarakan aspek interpretasisebagai fokus
kajian mereka. Manakala, Md.SallehYaapar (1995) melihat teks sebagai mempunyaifungsi
semantik atau makna dan rujukan (reference).
Teori Hermeneutik berfokus kepada persoalan teori umum interpretasi sebagai
metodologi bagi ilmu-ilmu manusia yang melaluinya berfikir kembali di atas apa yang
dirasakan atau difikirkan oleh penulis melalui wacana teks yang dihasilkan.
Penginterpretasian yang membawa kepada penghasilan makna dapat membantu mendalami
ilmu yang dihasilkan melalui teks tersebut. Pemahaman hasil interpretasi dapat mengukuhkan
ilmu pengetahuan seseorang penginterpretasi dan pembaca secara langsung.
Tugas Hermeneutik ialah memahami teks sebaiknya atau lebih baik daripada
pengarangnya dan memahami pengarang teks lebih baik daripada memahami diri sendiri
(Hashim Ismail, 2010). Hal ini demikian, kerana apabila zaman berubah, pentaksiran
terhadap sejarah yang difahami dan ditulis oleh seseorang pengarang itu akan berubah lagi
pada zaman kemudiannya.

Anda mungkin juga menyukai