Anda di halaman 1dari 2

Dengan merujuk buku ' Gaya Bahasa dan Proses Kognisi', bagaimanakah anda

memanfaatkan buku ini dalam pembelajaran pengajian anda di UPSI?

Jawapan anda perlu merangkumi pengenalan, 4 isi dan huraian dan kesimpulan.
Panjangnya dalam 500 patah perkataan.

Setelah saya membaca buku Gaya Bahasa dan Proses Kognisi, saya telah
memahami konsep gaya bahasa dan unsur psikologi, proses kognisi, pemprosesan
informasi dan penggabungan kedua-dua konsep tersebut dalam meningkatkan
kemahiran komunikasi dan penulisan dalam pembelajaran pengajian saya di
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam kehidupan seseorang individu, komunikasi merupakan suatu alat yang


penting dalam menyampaikan mesej atau maklumat kepada orang lain. Menurut
Asmah Omar (2010), dari segi linguistik, bahasa ditakrifkan sebagai sistem lambang
yang abstrak yang berperanan sebagai alat komunikasi dalam kalangan manusia.
Komunikasi yang betul memerlukan penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks
pengucapan di antara satu sama lain (Suppiah, 2014). Sebagai contoh, pensyarah
UPSI sering menjalankan sesi soal jawab dalam kuliah, saya sebagai seorang pelajar
yang belajar di UPSI dikehendaki menjawab soalan secara lisan dengan spontan. Hal
ini menunjukkan komunikasi memerlukan pemprosesan maklumat yang berkesan
dalam penyumbang kepada perkembangan kognisi yang aktif (Suppiah, 2014).

Selain itu, penyampaian isi atau maklumat dalam tugasan pelajar merupakan
perkara yang penting. Hal ini demikian kerana penggunaan gaya bahasa yang sesuai
dan juga unik dapat membantu pelajar dalam proses penulisan teks. Sebagai pelajar
saya dikehendaki memastikan isi atau maklumat yang disampaikan adalah difahami
oleh pensyarah atau pembaca. Menurut Suppiah (2014), gaya bahasa merupakan
penyampaian kandungan pemikiran dan budaya penutur bahasa tersebut. Justeru,
bahasa adalah wahana yang mendasari tindakan manusia untuk menjalankan
kehidupan sosial (Kramsch, 2001).

Kemahiran menulis merupakan suatu keperluan kepada seseorang individu


terutamanya pelajar. Pelajar dikehendaki melengkapkan tugasan dengan kemahiran
menulis. Menurut Suppiah (2014), kemahiran menulis memerlukan proses mengarang
yang melibatkan penggunaan beberapa kawasa otak secara langsung atau tidak
langsung. Melalui kepelbagaian aktiviti penulisan, pelajar dapat dilatih untuk
menggunakan minda mereka secara optimum, maka proses pemikiran akan menjadi
secara kreatif, kritis dan praktikal. Lantaran itu, peningkatan kemahiran menulis
dalam proses pemikiran seseorang individu dapat membantu invididu seperti pelajar
menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Tambahan pula, saya sebagai seorang pelajar telah menggunakan kaedah


pedagogi Hermeneutik untuk menganalisis maklumat yang didapati dalam buku.
Menurut Suppiah (2014), kaedah tersebut adalah mengutamakan interpretif kualitatif
dan menghuraikan makna iaitu kebenaran yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah
teks. Melalui kaedah ini, saya dapat menghalusi makna sesebuah teks yang terdapat
dalam buku, maka saya mengaplikasikan makna yang dapati dalam tugasan saya.
Dengan menggunakan kaedah tersebut, membantu saya mencungkil penemuan baharu
daripada teks asal untuk diteliti selanjutnya dan mengaplikasikan dalam tugasan saya.

Bergantung dengan isi-isi yang ternyata di atas, buku gaya bahasa dan proses
kognisi ini amat memaanfaatkan saya dalam pembelajaran. Tambahan pula, buku
tersebut telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam pelbagai aspek
terutamanya aspek gaya bahasa dalam komunikasi, penyampaian maklumat,
kemahiran penulisan dan juga menganalisiskan maklumat dalam teks. Saya akan
mengaplikasikan kesemua ilmu pengetahuan dalam pembelajaran di UPSI, kehidupan
harian dan juga dalam kerjaya saya. Hal ini demikian sebab saya merupakan seorang
guru yang harus menyampaikan ilmu pengetahuan yang sedia ada untuk
memanfaatkan murid saya.

Anda mungkin juga menyukai