Anda di halaman 1dari 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

KPS 6054
PENDIDIKAN MULTIBUDAYA
TAJUK

TOPIK

REKA BENTUK DAN MODEL


KURIKULUM PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA OLEH BANKS (2002)

KUMPULAN KULIAH:

DISEDIAKAN OLEH:

KUMPULAN 5

NAMA

NOMATRIK

NO.TELEFON

Ahmad Izzat B. Khairi

M20131000238

019-645 0213

Mohammad Hairunizam B. Basir

M20131000038

019-278 5689

Abdul Rasidi Bin Mohammed

M20131000023

013-802 8296

Rafidah binti Morshidi

M20131000034

013-830 2830

Jong Hui Boon

M20131000032

016-878 8809

PENSYARAH : DR ABDUL TALIB HASHIM

SEMESTER 2 - SESI 2013/14


ISI KANDUNGAN

MUKASURAT
1

1.1

PENGENALAN

2.1

Pola & Prinsip Reka Bentuk Kurikulum

3-8

3.1

Model Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Banks

8-10

4.1

Aplikasi Reka Bentuk dan Model Kurikulum Banks


di Bilik Darjah

5.1
6.1

10-14

Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum


Di Bilik Darjah

14-18

Isu-isu Multibudaya

18-22

BIBLIOGRAFI

1.1

23-24

Pengenalan
2

Tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks
menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21
amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,
memperkukuh,

dan

mempertingkatkan

mutu

pendidikan

negara

sesuai

dengan

perubahansosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan
peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas
sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Menurut Suppiah (2005), faktor
sosiobudaya dan motivasi membantu pelajar dengan berkesan. Sekiranya factor sosiobudaya
pelajar bersifat positif, maka motivasi adalah tinggi untuk pelajar menguasai sesuatu pelajaran
dan sentiasa dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.
2.1

POLA & PRINSIP REKA BENTUK KURIKULUM

2.2

Kepelbagaian dalam Masyarakat

Pergerakan populasi manusia kini semakin rancak selaras dengan perkembangan teknologi
semasa. Hal ini telah meningkatkan lagi kepelbagaian agama, etnik, budaya, dan agama.
Perkara ini dapat dilihat di negara-negara maju seperti United Kingdom, Perancis dan Belanda.
Di Amerika misalannya, pelajar yang berwarna telah pun melebihi pelajar kulit putih di enam
negeri iaitu California, Hawaii, Louisiana, Mississippi, New Mexico dan Texas (Dillon,2006)
Kebanyakan pendatang ini datang daripada dunia ketiga dan negara membangun bagi mencari
peluang membina kehidupan baru. Dilaporkan bahawa individu yang tinggal di luar daripada
negara asal mereka meningkat daripada 120 juta pada 1990 kepada 160 juta pada tahun 2000
(Martin&Widgren, 2002).

Gender

Kelas
Sosial

Kepelbagai
an dalam
negara

Orientas
i Sexual

Agama

Keboleh
an dan
kurang
upaya

Identity
Etnik

Kaum

Bahasa

Rajah 1: Elemen Kepelbagaian ( Di adaptasi daripada Banks,2008)


Menurut Banks (2008), pelajar perlu untuk membangunkan keseimbangan antara budaya,
semangat nasional, identiti serantau dan identiti global serta keseimbangan antaranya
(Banks,2008). Menurut Banks lagi, negara yang gagal membentuk masyarakatnya bersifat
global akan terpinggir dan tertumpu pada isu-isu setempat semata-mata daripada ke arah
mencapai kegemilangan di peringkat antarabangsa. Untuk mencapai keseimbangan ini, pelajar
perlu untuk mempunyai pengetahuan, sikap, kemahiran dan tingkah laku yang menjurus
kepada kepelbagaian budaya supaya pelajar tersebut dapat berfungsi di dalam dan di antara
kumpulan yang pelbagai.

Identiti
Budaya

Identiti
Antarabangsa

Individu

Identiti
Serantau

Identiti
Negara

Rajah 2: Identiti Budaya, Nasional, Serantau dan Antarabangsa

2.3

Prinsip bagi Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Masyarakat Multibudaya

Satu projek yang telah dijalankan oleh Panel Persetujuan bagi Pendidikan Multibudaya
(Multicultural Education Consensus Panel) yang ditaja oleh Pusat Pendidikan Mutibudaya,
Universiti Washington dan Common Destiny Alliance, Universiti Maryland yang mana ahliahlinya melibatkan pakar-pakar di dalam hubungan antara kaum dan pendidikan multibudaya
telah menghasilkan Prinsip Utama bagi Pengajaran dan Pembelajaran Multibudaya. Sebanyak
dua belas (12) prinsip telah dicadangkan melitupi lima dimensi iaitu dimensi pembelajaran guru,
pembelajaran pelajar, hubungan antara kumpulan, pengurusan organisasi sekolah dan
kesaksamaan serta penilaian tentang pendidikan multibudaya.

2.4

Pembelajaran Guru

PRINSIP 1 : Program pembangunan yang membantu guru untuk memahami ciri-ciri etnik yang
komplek dan bagaimanana mereka berinteraksi supaya dapat digunakan untuk mempengaruhi
tingkah laku pelajar.
Guru adalah ejen kepada perubahan dan transformasi pendidikan multibudaya. Guru
berhadapan secara langsung dengan pelajar dan keupayaan dan pengetahuan guru terhadap
multibudaya adalah penting . Menurut Hixson (1991), kebanyakan pendidik kepada bakal guru
sendiri mempunyai pengalaman yang kurang berkenaan dengan multibudaya. Oleh itu, guruguru adalah golongan pertama yang harus dibantu di dalam pendidikan multibudaya.
2.5

Pembelajaran Murid

PRINSIP 2:

Sekolah harus memastikan memastikan semua pelajar mempunyai peluang


yang sama untuk belajar dan mencapai tahap yang tinggi.

PRINSIP 3:

Kurikulum harus membantu pelajar memahami bahawa pengetahuan adalah


diperkukuhkan secara sosial dan melambangkan tahap sosial, politik dan taraf
ekonomi di mana mereka berada

PRINSIP 4:

Sekolah harus memberi peluang kepada semua pelajar untuk menyertai


kurikulum dan ko-kurikulum yang mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan
sikap yang dapat meningkatkan kejayaan dan menyuburkan hubungan kaum
yang positif

Murid adalah matlamat utama pendidikan budaya ini. Prinsip ini secara umummya
mementingkan kesaksamaan dan kurikulum yang membina. Menurut Davies dan Read (2005),
bagaimana tahap penerapan mutibudaya terhadap mata pelajaran seperti bahasa asing dan
pembelajaran sosial adalah bergantung dengan kurikulum yang dibentuk.

2.6

Hubungan Antara Kumpulan

PRINSIP 5:

Keahlian sekolah harus merentas kaum

PRINSIP 6:

Pelajar diajar tentang salah faham dan bias tentang sesuatu kaum.

PRINSIP 7:

Pelajar diajar tentang nlai-nilai sama antara pelbagai kaum.

PRINSIP 8:

Guru harus membantu pelajar untuk memperolehkemahiran sosial bagi


berinteraksi
secara efektif dengan mereka yang berlainan kaum, etnik, budaya dan bahasa.

PRINSIP 9:

Sekolah harus menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi dalam keadaan


terkawal yang dapat mengurangkan rasa takut dan bimbang.

Pengetahuan tentang budaya orang lain adalah penting sebelum pelajar dapat
memahami dan seterusnya dapat diaplikasikan dalam perhubungan. Guru berperanan dalam
membantu pelajar untuk membuang segala stigma negatif dan menggalakkan mereka
berhubung di dalam suasana yang aman dan selamat bagi membolehkan interaksi berlaku.
Menurut Ogbu (1992) kelas atau program harus dilaksanakan supaya pelajar dapat bergaul
antara satu sama lain.
2.7

Pengurusan Organisasi Sekolah dan Kesaksamaan

PRINSIP 10: Strategi pengurusan sekolah harus memastikan bahawa segala keputusan
dikongsi bersama dan keseluruhan komuniti sekolah belajar kemahiran
berpasukan dalam membentuk suasana penyayang untuk pelajar.
PRINSIP 11: Pemimpin perlu menyusun strategi supaya semua sekolah umum mendapat
peruntukan secara adil.
Pengurusan pihak sekolah juga mempunyai peranan dalam pendidikan multibudaya.
Pengurusan harus bijak untuk melibatkan komuniti supaya mereka turut terlibat dalam
pendidikan multibudaya ini. Ini kerana komuniti berperanan sebagai agen pendorong dan
seterusnya menekankan kepentingan pembelajaran terhadap pelajar. Dengan adanya
sokongan daripada komuniti maka akan elbih mudah untuk pengurusan menjalankan programprogram yang berkaitan dengan multibudaya.

2.8

Penilaian

PRINSIP 12: Guru harus menggunakan pelbagai teknik yang bersesuaian dengan budaya
yang berbeza bagi menilai tahap kognisi dan kemahiran sosial
Aspek terakhir adalah aspek penilaian di mana guru harus kreatif dalam membuat
penilaian. Ujiansecara bertulis adalah kaedah penilaian yang kerap dilakukan di sekolah bagi
menilai pembelajaran pelajar. Namun ianya bukanlah satu-satunya cara untuk menilai pelajar.
Guru boleh membuat penialain mungkin melalui temubual atau ujian lisan, ujian dengan melihat
bagaimana pelajar daat berinteraksi dengan pelajar lain atau mencadangkan satukertas projek
yang harus dilakukan oleh pelajar. Projek yang hendak di buat adalah berlandaskan kepada
elemen multibudaya seperti kajian kes terhadap kaum minoriti yang mana salah seorang ahli
adalah daripada kaum minoriti tersebut. Ini dapat meningkatkan yakin diri pelajar tersebut
terutama apabila dia di minta untuk membentangkan tentang kaumnya sendiri kepada kelas.
3.1

Model Pengurusan Kurikulum Bilik Darjah Banks

Hubungan antara kurikulum dengan pendidikan multibudaya adalah satu aspek yang
merangkumi perbincangan yang kritikal. Namun, sebelum masalah kurikulum pendidikan
multibudaya dibahaskan, adalah perlu untuk melihat definisi dan tujuan pendidikan multibudaya
itu sendiri. Pemahaman mengenai definisi dan tujuan pendidikan multibudaya adalah penting
kerana ia dapat dijadikan dasar untuk menentukan kurikulum pendidikan multibudaya.
Menurut Saha (1997), pendidikan multibudaya adalah proses pendidikan yang
melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui kebangsaan, bahasa, etnik,
atau kriteria ras. Pendidikan multibudaya wujud sama ada dalam pendidikan formal atau tidak
formal, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pendidikan multibudaya berperanan
untuk

mewujudkan

kesedaran,

toleransi,

pemahaman,

dan

pengetahuan

yang

mempertimbangkan perbezaan budaya, selain turut mengenal pasti perbezaan dan persamaan
antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
Banks (1989) pula berpendapat bahawa pendidikan mutibudaya dapat dilihat dari tiga
segi: konsep, gerakan, dan proses. Dari segi konsep, pendidikan multibudaya adalah suatu idea
yang menyatakan bahawa semua pelajar tanpa mengira gender, taraf sosial, etnik, ras atau ciri
budaya yang lain, memiliki peluang yang sama untuk mendapat pendidikan. Dari segi gerakan,
8

pendidikan multibudaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah sekolah-sekolah dan


institusi-institusi pendidikan supaya pelajar yang terdiri daripada pelbagai taraf sosial, gender,
ras, dan ciri budaya memiliki peluang yang sama untuk belajar. Perubahan yang dilakukan tidak
hanya terbatas pada kurikulum, tetapi juga aspek lain seperti pedagogi, strategi, pengurusan,
dan persekitaran sekolah. Dari segi proses, pendidikan multibudaya adalah proses untuk
mencapai kesamarataan peluang pendidikan untuk semua pelajar.
Berdasarkan
definisi dan tujuan
pendidikan
multibudaya
tersebut,

maka

kurikulum
pendidikan
multibudaya
Social Action Approach
(Tindakan Sosial)

seharusnya
mengandungi
aspek-aspek
kepelbagaian

Transformation Approach (Perubahan)

perspektif tentang
suatu

budaya.

Untuk
Additive Approach (Penambahan)

mewujudkan
kepelbagaian
perspektif

dalam

kurikulum

ini,

Banks

Contributions Approach (Sumbangan)

(2008)

telah
mengembangkan satu model untuk mengintergrasikan pendidikan multibudaya dalam kurikulum
yang terdiri daripada empat tahap iaitu (a) tahap sumbangan (contribution approach), (b) tahap
penambahan (additive approach), (c) tahap perubahan (transformation approach), dan (d) tahap
tindakan sosial (social action approach).

Rajah 3 Tahap Mengintergrasikan Pendidikan Multibudaya


dalam Kurikulum (Sumber: Banks, 2008, hal. 48)

(i)

Tahap Sumbangan

Pengajaran dan pembelajaran memberikan penekanan secara umum kepada tokoh-tokoh dan
hero budaya, artifak budaya, hari-hari perayaan, dan adat yang berbeza.
(ii)

Tahap Penambahan

Masa interaksi di dalam kelas akan bertambah selari dengan adanya unit atau kandungan yang
khusus untuk membincangkan tentang kandungan, konsep, tema, dan perspektif budaya
tertentu secara terperinci.

(iii)

Tahap Perubahan

Melibatkan penyesuaian struktur dan set kurikulum untuk membantu dan membolehkan pelajar
mendalami konsep, isu, peristiwa, dan tema daripada perspektif pelbagai etnik dan budaya.
Guru dan pelajar akan menyediakan satu unit pembelajaran yang akan mengkaji perbezaan
10

dan perbandingan pelbagai budaya yang wujud. Unit ini mungkin akan dirancang dan
ditentukan oleh interaksi dan respon pelajar.
(iv)

Tindakan Sosial

Pada tahap ini kurikulum harus memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran
membuat keputusan dan mengambil tindakan berasaskan prinsip-prinsip demokrasi. Menurut
Banks (1999), pelajar bukan sahaja memahami dan membuat penilaian terhadap suatu isu
sosial, tetapi mereka melakukan sesuatu yang signifikan terhadapnya.

4.1

Aplikasi Reka Bentuk dan Model Kurikulum Banks di Bilik Darjah

James A. Banks (2008) menjelaskan bahawa pendidikan multibudaya memiliki lima


pendekatan. Pendekatan pertama adalah integrasi kandungan (Content Integration), iaitu
mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep dasar,
generalisasi dan teori pada mata pelajaran atau disipin ilmu tertentu. Pendekatan kedua
membina pengetahuan (Knowledge Construction) iaitu membawa para pelajar untuk memahami
implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran. Pendekatan ketiga adalah pedagogi setara
(An Equity Paedagogy), iaitu menyesuaikan metode pengajaran dengan cara belajar pelajar
dalam rangka meningkatkan prestasi akademik dalam sudut ras, budaya ataupun sosial.
Pendekatan

keempat

adalah

mengurangkan

prejudis

(Prejudice

reduction),

dengan

mengenalpasti ciri-ciri ras pelajar dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk
mereka. Pendekatan kelima memperkasakan budaya dan struktur sosial sekolah (empowering
school culture and social structure) dengan melatih kelompok untuk menyertai dalam pelbagai
aktiviti sekolah seperti sukan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staff dan pelajar yang
berbeza etnik serta ras agar berupaya menciptakan budaya akademik di sesebuah sekolah
tersebut.
Pendekatan pertama adalah wujudnya integrasi dalam kandungan matapelajaran
(content integration). Hal ini berlaku apabila guru-guru menggunakan contoh dan kandungan
dari pelbagai budaya dan kumpulan untuk menggambarkan konsep, prinsip, generalisasi serta
teori utama dalam bidang mata pelajaran atau disiplin mereka. Sebagai contoh aplikasi dalam
pendidikan di Malaysia adalah melalui matapelajaran Sejarah. Matlamat pendidikan Sejarah
bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas ialah memupuk semangat taat setia
kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan

11

kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang
sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis
iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi
tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan nilainilai. Kedudukan mata pelajaran Sejarah dijelaskan seperti yang berikut mata pelajaran
Sejarah dalam KBSM, merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar
sekolah menengah. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002).
Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus
pada tahun 2012 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Seterusnya
menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Ini selaras dengan
transformasi dalam sistem pendidikan negara dengan perubahan KBSR kepada KSSR mulai
tahun 2011. Ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata pelajaran ini di
kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek Sejarah ini
bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan dan
kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan memperkasakan
legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari dengan
perjuangan 1 Malaysia. Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa pembuat
dasar negara sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan masa
hadapan dalam membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan pelajar sekolah
menengah mempelajari sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar secara seren tak
dan bersepadu. Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata pelajaran kelas
kedua dan dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera (Omar 1992 dan Abdul Ghani 2008).
Pendekatan kedua membina pengetahuan (Knowledge Construction), iaitu para guru
membantu pelajar-pelajarnya untuk memahami beberapa perspektif dan budaya ke dalam
sebuah mata pelajaran. Pendekatan ini juga berhubungan dengan pemahaman para pelajar
terhadap perubahan pengetahuan yang ada pada diri mereka sendiri. Kontsruktivisme adalah
satu pendekatan pengajaran yang diboleh dihubungkaitkan dengan pendekatan membina
pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, setiap individu akan membina pengetahuan mereka sendiri
secara aktif dimana mereka bukan hanya menerima pengetahuan tersebut secara pasif
daripada orang lain. Pelajar membina pengetahuan dan konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
12

Dalam Teori Konstruktivisme memberi penekanan kepada tingkah laku pelajar (hand on)
serta menekankan aktiviti mental (minds on) pelajar. Menurut Baharudin et al (2001), teori
konstruktivisme menggalakkan strategi penemuan dalam pengajaran yang akan dibangunkan.
Aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar perlulah menggalakkan mereka menemui sendiri prinsip
pelajaran. Guru pula tidak harus membantu memberi prinsip kepada pelajar untuk pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Dalam konteks ini, pelajar akan dibantu untuk membuat
generalisasi berdasarkan pengetahuan mereka sendiri dan memindahkan pembelajaran kepada
situasi lain dengan menggunakan konsep yang sama.
Umpamanya aplikasi untuk mengintegrasikan pendekatan konstruktivisme dalam
pembelajaran kimia, George Bodner (1986) telah mencadangkan iaitu pengetahuan tidak boleh
hanya disampaikan oleh guru kepada pelajar tetapi pelajar perlu membina pengetahuan
daripada maklumat baru dan pengalaman pengetahuan sedia da mereka. Pelajar perlu
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memperkembangkan maklumar baru yang telah
mereka perolehi. Jika pengetahuan baru yang diperoleh dapat disesuaikan dengan
pengetahuan sedia ada mereka, pengetahuan tersebut dapat diasimilasikan. Namun begitu, jika
maklumat baru tersebut adalah berbeza, maklumat tersebut akan perlu diubah untuk
diakomodasikan dengan pengetahuan baru.
Pendekatan ketiga adalah pedagogi setara (An Equity Paedagogy), iaitu menyesuaikan
metode pengajaran dengan cara belajar pelajar dalam rangka meningkatkan prestasi akademik
dalam sudut ras, budaya ataupun sosial. Pendekatan ini memperhatikan cara-cara dalam
mengubah kaedah pembelajaran sehingga mempermudahkan mencapai pencapaian akademik
yang lebih baik dalam kalangan pelajar yang dari pelbagai kelompok. Strategi dan aktiviti
belajar yang dapat digunakan sebagai kaedah menerapkan pendidikan secara adil, antara lain
dengan bentuk kerjasama (cooperatve learning), dan bukan dengan cara-cara yang kompetitif
(competition learning). Pendekatan ini juga termasuklah pendidikan yang dirancang untuk
membentuk lingkungan sekolah, kepelbagaian kelompok, termasuk kelompok etnik, wanita, dan
para pelajar dengan keberkesanan khusus yang akan memberikan pengalaman pendidikan
persamaan hak dan persamaan bagi memperolehi peluang belajar.
Pendekatan keempat adalah mengurangkan prejudis (Prejudice reduction), dengan
mengenalpasti ciri-ciri ras pelajar dalam menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk
mereka.

Guru

melakukan

banyak

usaha

untuk

membantu

pelajar-pelajar

dalam

mengembangkan perilaku positif tentang perbezaan kelompok. Sebagai contohnya ketika


kanak-kanak masuk sekolah dengan perilaku negatif dan memiliki kefahaman yang salah
terhadap ras atau etnik yang berbeza dan kelompok etnik yanglainnya, pendidikan dapat
13

membantu pelajar mengembangkan perilaku antara kumpulan atau etnik yang lebih positif
dengan adanya kaedah yang lebih baik. Dua kaedah yang dimaksudkan adalah bahan
pembelajaran yang memiliki gaya yang positif tentang perbezaan kelompok dan menggunakan
bahan pembelajaran tersebut secara konsisten dan terus dengan pelajar. Penelitian
menunjukkan bahwa para pelajar yang datang ke sekolah dengan gaya stereotipe, cenderung
berperilaku negatif dan wujud banyak salah faham terhadap kelompok etnik dan ras dari luar
kelompoknya. Penelitian juga menunjukkan bahawa penggunaan buku tesk multi budaya atau
bahan pengajaran lain dan strategi pembelajaran yang kooperatif dapat membantu para pelajar
untuk mengembangkan perilaku dan persepsi terhadap ras yang lebih positif. Jenis strategi dan
bahan dapat menghasilkan pilihan para pelajar untuk lebih bergaul dengan pelbagai ras luar,
etnik dan kelompok budaya lain.
Pendekatan terakhir adalah usaha memperkasakan budaya dan struktur sosial sekolah
(empowering school culture and social structure). Dengan melatih kelompok pelajar untuk
menyertai dalam pelbagai aktiviti sekolah seperti sukan olahraga, berinteraksi dengan seluruh
staff dan pelajar yang berbeza etnik serta ras agar berupaya menciptakan budaya akademik di
sesebuah sekolah tersebut. Pendekatan ini penting dalam memperkasakan budaya pelajar
yang dibawa ke sekolah yang berasal dari kelompok yang berbeza. Di samping itu, dapat
digunakan untuk menyusun struktur sosial (sekolah) yang memanfaatkan potensi budaya
pelajar yang pelbagai ciri struktur sekolah setempat.
5.1

Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Di Bilik Darjah

Untuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu
memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum
serta sukatan pelajarannya. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata
pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain. Guru juga perlu mengendalikan
pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang
positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.
Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi
tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kendungannya. Guru berperanan
menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar
dan penyediaan bahan-bahan pelajaran. Guru juga perlu merancang dan melaksanakan
pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti
14

kelemahan. Ini bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan


membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar. Di samping merancang dan
melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru juga boleh memilih bahan-bahan tambahan
seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya. Guru perlu memastikan murid-muridnya
juga melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu
mengajar yang sesuai
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan
sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini.
Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan
memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan
dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan
show case kepada negara-negara lain di dunia.
i.

Guru berperanan sebagai penyebar ilmu.

Peranan guru yang pertama ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan
kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki
sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga
dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada muridmuridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu
kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era
transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara
kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
ii.

Guru berperanan sebagai Pembentukan Nilai / Role Model

Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour
(2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai
nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan
instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial
yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.
Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh
15

teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak
langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam
akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan
dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik
darjah.

iii.

Guru berperanan sebagai sebagai pengamal budaya ilmu

Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu
merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa
manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa
manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca,
berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman
baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.
Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri
supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan
pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya
menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
iv.

Guru berperanan sebagai pengamal kemahiran professional

Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan


untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional
serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi
yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah
pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu
ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik
menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar
sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi.
Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar

16

biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia).

v.

Guru berperanan sebagai golongan profesional dan peka dengan segala


perkembangan pendidikan

Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu
peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan
dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan
diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang
perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing muridmurid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi
maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang
bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word
processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p
Joginder Sigh, 2007).
vi.

Guru berperanan untuk mengamalkan pengajaran efektif

Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan,
pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990)
menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan,
penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif
pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan.
Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus
membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan
pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai
kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam
penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang
berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin
keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
6.1

Isu-isu Multibudaya

17

Pendidikan kepelbagaian budaya ialah struktur utama pendidikan, komitmen dan proses yang
menggambarkan realiti budaya majmuk sebagai budaya kehidupan di Malaysia. Keutamaan
pendidikan perlu member fokus pada perkembangan dan pengekalan kesedaran pelbagai
budaya seperti yang digambarkan oleh individu, kumpulan dan komuniti. Ia memerlukan
komitmen para pendidik pada konsep asas kepelbagaian seperti yang dinyatakan melalui aspek
dimensi etnik dan cara hidup budaya kumpulan. Pendidikan pelbagai budaya mengenal pasti
pengekalan budaya penting bukan sahaja kehidupan kumpulan tertentu, tetapi pada asas rukun
yang menyokong demokrasi yang ideal.
Nilai pendidikan pelbagai budaya berbeza dan menggalakkan perkembangan kesedaran
bagi perbezaan ini. Ia mengenalpasti persamaan yang wujud antara individu dengan kumpulan.
Ia adalah tanggungjawab pendidikan yang utama bagi menyemai sikap dan tingkahlaku yang
penting bagi mengelakkan perlakuan yang tidak adil berdasarkan penampilan fizikal, kelakuan
dan cara hidup. Penghapusan amalan rasisme dan bersifat perkauman dalam masyarakat ini
adalah tanggungjawab besar dalam institusi latihan perguruan dan sekolah.
6.2

Struktur Pendidikan

Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya termasuklah struktur pendidikan
menengah yang tidak selaras kurang menepati keperluan, misalnya:
i.
Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan
kebanyakan negara lain di dunia;
ii.
Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
iii.

disebabkan wujudnya pelbagai haluan;


Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil

iv.

Pelajaran Malaysia (SPM); dan


Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.

6.3

Akses Pendidikan

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama
penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:

18

i.

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar

ii.

bandar;
perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh;
latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah
yang kurang berkesan;

iii.
iv.

Penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan


Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan
memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.
6.4

Ekuiti Pendidikan

Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang
berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang
berkesan.
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu
banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan.
Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang
disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan,
seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar
bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan
pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

6.5

Tenaga pengajar

Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam pelaksanaan
pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian
Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun
2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah
menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan
sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang
latihan. Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam
19

pengagihan guru mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang
mengajar di sekolah menjadi bidang terjun. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata
pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan
pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka
kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.
6.6

Kesan globalisasi

Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan penggunaan internet. Era
dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan maklumat diperoleh dengan cepat
dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan sebagainya melalui komputer.
Implikasinya, isu-isu Moral semasa khususnya isu-isu yang membabitkan nilai-nilai sosial
menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilainilai murni masyarakat Malaysia yang ingin diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat
atau negara-negara maju yang lain yang mana mereka lebih mementingkan materialistik,
individualistik dan budaya kosmopolitan.
6.7

Sahsiah Pelajar

Kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan juga turut menjadi isu dan
dipersoalkan kerana masih terdapat sebilangan pelajar rendah yang naik ke sekolah
menengah, atau pelajar menengah rendah yang naik ke Tingkatan 4 memiliki kualiti sahsiah
yang kurang baik. Hal ini berlaku pada kebanyakan murid tanpa mengira kaum dan agama.
Sebagai contoh, tabiat merokok di kalangan pelajar, gejala vandalisme, melepak, ponteng
sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi.
6.8

Isu-isu lain dalam sistem pendidikan

Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan
pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:

i.

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai


pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership)

ii.

yang berkesan;
Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu
mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah
melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
20

iii.

Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya
sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan

iv.
v.

yang berbeza;
Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya;
Penanda arasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan

vi.

sekolah dinegara maju adalah terhad;


Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara
menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik

7.1

vii.

dan berkesan;
Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada

viii.

aspek pemberian bantuan; dan


Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Penutup

Kepelbagaian latar belakang pelajar dari aspek jantina, kaum, budaya, gaya pembelajaran dan
status sosio ekonomi telah memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan
jantina memberi persepsi berbeza tentang pencapaian pelajar. Begitu juga dengan latar
belakang budaya dan persekitaran pelajar yang memberi impak ke atas pemikiran perasaan
dan tingkah laku seseorang. Pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh gaya belajar dan status
sosio-ekonomi pelajar yang menyebabkan gaya pembelajaran mereka terjejas akibat faktor
persekitaran yang tidak sesuai.
Pendidikan multi-budaya penting untuk memupuk perpaduan di Malaysia terutamanya
dikalangan pelajar. Walaupun sukar untuk melaksanakan pendidikan multi-budaya, semua
pihak hendaklah bekerjasama dalam merealisasikan pendidikan multi-budaya seterusnya
membantu dalam penubuhan gagasan satu Malaysia. Secara ringkasnya, pendidikan berbilang
kebudayaan bertujuan membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan komitmen dalam
membuat keputusan yang menimbangkan individu, sosial, dan sebagainya untuk mencapai
kehidupan harmoni dan demokrasi.

Kesimpulannya, melalui pendekatan atau dimensi pendidikan multibudaya yang telah


diperkenalkan oleh James Banks tersebut, secara langsung memberi garis panduan kepada
para pendidik dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjar melalui
21

aplikasi pendekatan yang telah diperkenalkan. Kejayaan guru-guru dalam agenda pendidikan
multibudaya di sekolah bukan sahaja bersandarkan kepada kurikulum yang sedia ada, tetapi
yang menjadi keutamaan adalah peranan guru itu sendiri dalam menjalankan kurikulum
kebangsaan agar keharmonian dan sejahtera di dalam sekolah dapat dikekalnya sebaiknya.

BIBLIOGRAFI
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai Subramaniam. (2002). Reka bentuk
perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Banks, J.A. (1999). An Introduction to Multicultural Education (2nd ed.). Boston: Allyn and
Bacon.
Banks, J.A. (2008). An Introduction to Multicultural Education (4th ed.). Boston: Allyn and
Bacon.
Burnett, Gary (1998).Source: ERIC Clearinghouse on Urban Education New York NY. Varieties
of Multicultural Education: An Introduction. ERIC Digest 98.Diperolehi daripada
http://www.ericdigests.org/1995-1/multicultural.htm
Davies, L., and A. Read. 2005. Globalising citizenship education? A critique of global education
and citizenship education. British Journal of Educational Studies 53, no. 1:6689.
Dillon, S. (2006). In School Across US., The Melting Pot Overflows, New York Times,
155(53,684),A7,16
Ee, Ah Meng. (2003). Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas (semester 11).
Shah Alam: Fajar Bakti.
George, F.H. (1980). Problem Solving. London: Duckworth.
Hixson, J. (1991). Multicultural contexts for teacher education: Meeting the challenge of student
diversity. Paper presented at the meeting of the American Educational Research
Association, Chicago,IL.
Jean Piaget. (1980). Physical Education in Secondary Schools. Schools Council Research
Studies, London: Macmillan. 20 Januari 2011.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Berita Bahagian Pendidikan Guru (1990). Kearah
Memantapkan Perancangan Program Latihan Guru. p.88. 12 Januari 2011.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan awal pelan pembangunan Pendidikan
Malaysia 2012-2035 (Prelimenary Blueprint BM PIPP 2013 2025). Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lawson dan Placek. (1996). Inside the Primary Classroom. London: Routledge & Kegan Paul.
12 Januari 2011.
22

Martin P. & Wildgren J. (2002), International Migration:Facing the Challeng. Population Bulletin,
57(1), Washington DC.
Mok Soon Sang. (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan)
Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mosston, M. & Ashworth, S. (1986). Teaching Physical Education. Columbus, OH: Merrill. 1
Januari 2011.
Omar Hashim. (1992). Falsafah Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan. Persatuan
Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ogbu John U. (1992). Understanding Cultural Diversity and Learning;Journal Education
Researcher, Vol 21, No 8 , 5-14+24
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. (2007). Panduan ulangkaji ilmu pendidikan untuk kursus
perguruan lepasan ijazah (KPLI) : sekolah rendah dan menengah. Subang Jaya,
Selangor : Kumpulan Budiman.
Saha, L. J. (1997). International Encyclopedia of the Sociology of Education. Michigan:
Pergamon.
Sleeter, Christine E. and Grant, Carl A. (2003). Making Choices for Multicultural Education: Five
Approaches to Race, Class, and Gender. N.Y.: John Wiley & Sons. Diperoleh daripada
http://www.edrev.info/reviews/rev237.htm
Shakila Yacob. (2010). Ilmu sejarah membina negara. Utusan Malaysia. 19.10. 2010.
Omar Hashim. 1992. Falsafah Pendidikan Sejarah: Sejarah dalam Pendidikan.
Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suppiah,N (2005). Perbandingan Konteks Sosiobudya dan Motivasi Pelajar dalam
Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesan Melalui Analisis Hermeneutik. Prosiding
3rd International seminar on Learning and motivation:Enchancing Student Engagement.
Universiti Utara Malaysia 10-12 September 2005.

23

Anda mungkin juga menyukai