Anda di halaman 1dari 35

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV

Rekabentuk Kajian dan Persampelan

PENGENALAN Dalam menjalankan penyelidikan, hampir kesemua penyelidik biasanya melibatkan sama ada sekumpulan kecil ataupun populasi dalam kajian yang dijalankan. Contohnya dalam soalan penyelidikan Apakah pandangan guru matematik di Selangor terhadap penggunaan Bahasa Ingeris dalam pengajaran dan pembelajaran metametik?, populasi sasaran terdiri daripada semua guru matematik sekolah rendah dan menengah di Selangor. Apabila kita ingin mengetahui sesuatu berkenaaan dengan sesuatu kumpulan, kita memilih beberapa anggota kumpulan itu untuk di selidik. Selepas menyelidik individu tersebut kita boleh membuat rumusan berkenanan kumpulan itu. Ramai yang membuat rumusan selepas menyelidik hanya beberapa individu atau kumpulan kecil. Persoalannya, adakah rumusan yang dibuat boleh diaplikasi kepada populasi yang lebih besar daripada sampel yang dipilih? Realitinya, ini tertakhluk kepada sejauh mana sampel yang dipilih mewakili populasi yang berkenaan. Dalam penyelidikan ilmiah, selepas membuat pemerhatian ke atas sesuatu sampel, penyelidik akan menggunakan induksi atau membuat inferens untuk membuat generalisasi dapatan kepada seluruh populasi yang diwakil sampel. PERSAMPELAN Pensampelan merupakan suatu proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu penyelidikan daripada suatu kumpulan individu yang mewakili kumpulan besar yang dipilih. Pensampelan juga bemaksud pemilihan suatu kumpulan orang, institusi tempat, atau fenomena yang ingin diselidiki oleh penyelidik. Tujuan pensampelan adalah untuk memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi. Populasi jarang digunakan untuk memungut data, malah tidak perlu berbuat

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

demikian kerana akan melibatkan penggunaan wang, masa, dan tenaga yang banyak untuk memungut data dari populasi. Matlamat pensampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan peneyelidikan. Hal ini bermakna sampel yang baik adalah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah

berkenanandari populasi yang disasarkan. Pensampelan dibuat untuk menjimatkan kos penyelidikan melalui pengurangan kos perjalanan, percetakan instumen penyelidikan, khidmat pembantu penyelidik dan sebagainya. Menurut Fraenkel & Wallen (2006), pensampelan juga membolehkan penyelidik menjimatkan masa; contohnya masa yang diperlukan untuk memasukkan data mentah ke dalam komputer adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan populasi. POPULASI Sebelum pemilihan sampel dibuat, adalah penting untuk mengenal pasti populasi yang ingin diselidik. Secara amnya, populasi ialah kumpulan yang menarik perhatian penyelidik, yang membolehkan penyelidik, membuat generalisasi melalui dapatannya. Contoh populasi ialah semua pengetua sekolah menegah di Malaysia, semua kaunselor sekolah di Kuala Lumpur, semua pelajar Kolej Tuanku Putri, semua pelajar MRSM bagi tahun 2007, dan semua murid kelas Puan Safiah di Sekolah Rendah Kampung Mesra, Kuala Lumpur. Contoh-contoh yang diberi jelas menunjukkan bahawa populasi penyelidikan merangkumi saiz kecil dan besar, dan mempunyai satu ciri (atau beberapa ciri) yang membezakannya daripada populasi lain, yakni populasi ialah semua individu yang mempunyai ciri yang khusus (atau beberapa ciri khusus). Dalam penyelidikan pendidikan, populasi yang ingin diselidiki lazimnya ialah kumpulan individu (seperti pelajar dan guru) yang mempunyai ciri-ciri yang ditetapkan. Malah populasi boleh juga merangkumi kumpulan kelas, sekolah atau kemudahan.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Contohnya:

Semua kelas di Melawati (Hipotesis: Kelas yang mempunyai lebih banyak pameran produk murid menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi.)

Semua gimnasium sekolah menegah di Pahang (Hipotesis: Sekolah yang mempunyai kelengkapan yang lebih baik mempunyai lebih banyak pasukan yang berjaya.)

Penerangan yang teperinci tentang populasi yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan adalah sangat penting agar penyelidik lain boleh membuat keputusan tentang bagaimana hasil penyelidikan kita dapat digunakan dalam situasi yang lain. Populasi Sasaran dan Populasi Capaian Menurut Fraenkel dan Wallan (2006), populasi sasaran atau populasi yang ingin diselidiki oleh penyelidik serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi jarang dapat diperoleh. Sebaliknya, kebanyakan penyelidik hanya dapat memperoleh populasi capaian. Maka bolehlah dikatakan bahawa populasi sasaran ialah pilihan ideal, manakala populasi capaian pula merupakan pilihan realistik. Berikut adalah beberapa contoh:

Masalah penyelidikan ynag ingin diterokai: Kesan mata pelajaran berbantukan komputer keatas pencapaian matematik murid tahun tiga di Johor. Populasi Sasaran: Semua murid tahun tiga di Johor Populasi Capaian: Semua murid tahun tiga di daerah Johor Bharu, Johor Sampel: Sepuluh peratus murid tahun tiga di daerah Johor Bahruru

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Masalah penyelidikan yang ingin diterokai: Sikap guru pelatih terhadap latihan pelajar Populasi Sasaran: Semua guru pelatih di Institut perguruan diseluruh Malaysia Populasi Capaian: Semua guru pelatih di institusi perguruan di Perak Sampel: Dua ratus guru pelatih tahun akhir di Institut Perguruan Ipoh

Penyelidik mesti mendefinisi sampel secara terperinci supaya pembaca laporan penyelidikan dapat mengenal pasti sejauh mana dapatan penyelidikannya releven kepada situasi mereka. Namun begitu acap kali penyelidik gagal memberi penjelasan berhubung sampel yang terpilih dalam laporan penyelidikan mereka. Di sini perlu dinyatakan bahawa sampel sebenar mungkin berbeza daripada sampel asal kerana akan ada subjek yang menarik diri, penyelidik kehilangan data dan sebagainya. SAMPEL Sampel dalam penyelidikan ialah dari kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan. Populasi pula ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan yang diperoleh. Contohnya , jika sebuah sekolah mempunyai 1200 pelajar matematik, maka kumpulan tersebut boleh digelar populasi dan 240 pelajar daripada kumpulan itu akan dipilih untuk suatu penyelidikan ialah sampel. Sesuatu kumpulan boleh dianggap populasi dalam satu konteks dan dinamakan sebagai sampel dalam konteks yang lain. Misalnya, pelajar-pelajar yang memiliki kereta di sebuah universiti di Selangor ialah populasi pemilik kereta dan pada masa yang sama merupakan sampel pelajar yang memiliki kereta dari seluruh populasi pelajaryang memiliki kereta di semua universiti di Malaysia.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Realitinya, keinginan para penyelidik adalah untuk menyelidik populasi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu penyelidikan. Namun faktor-faktor seperti saiz populasi yang besar, pelbagai, dan meliputi kawasan yang luas menyukarkan para penyelidik untuk berbuat demikian. Aktiviti mencari dan menghubungi kesemua ahli populasi akan memakan masa dan perbelanjaan yang tinggi. Oleh yang demikian, penyelidik terpaksa memilih sampel yang diselidik. Contoh pemilihan sampel dari populasi: Penyelidik ingin menyelidik kesan permakanan ke atas murid-murid tahun satu disebuah bandar yang mempunyai 1,500 murid tahun satu. Penyelidik memilih 150 murid tahun satu sebagai sampel, di mana 30 orang dipilih daripada lima sekolah yang berbeza. Pentadbir sebuah sekolah menengah di bandar ingin menyelidik pendapat pelajar tentang suatu program kaunseling yang baru dilaksanakan. Terdapat 16 sekolah menegah di bandar tersebut dengan populasi 8,000 orang. Pentadbir memilih 800 pelajar dari senarai pelajar-pelajar sekolah menegah di bandar itu untuk diberi borang soal selidik. Lazimnya dalam penyelidikan kuantitatif, sampel tidak digunakan sekiranya saiz populasi kecil, contohnya jika jumlah populasi ialah 100 orang. Sebaliknya data akan dipungut dari populasi itu sendiri. STRATEGI DAN TEKNIK PENSAMPELAN Pensampelan boleh berasaskan kebarangkalian, iaitu dilakukan secara rawak, atau bukan kebarangkalian, yakni dilakukan secara tidak rawak. Kedua-dua strategi ini melibatkan teknik tertentu.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Jika penyelidik memilih 25 nama secara rawak daripada sebuah balang yang mengandungi 150 nama, maka sampel tersebut ialah sampel rawak kerana setiap ahli populasi tersebut mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Walaupun terdapat cara lain yang lebih sofistikated untuk memilih sampel rawak namun matlamat kesemua cara itu adalah sama, iaitu memilih sampel yang benar-benar mewakili populasi yang diselidik. Pensampelan tak rawak pula melibatkan pemilihan sampel daripada sebuah populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Sebagai contoh, seorang pengetua ingin mengenal pasti guru-guru di sekolahnya tentang suatu dasar. Beliau memilih 30 guru daripada populasi guru seramai 295 orang yang mengajar di sekolahnya. Guru-guru berkenaan dipilih berdasarkan ciri-ciri: yang telah ditetapkan: pengalaman mengajar; ahli koperasi guru; pernah menjadi ahli jawatan kuasa pengubalan dasar sekolah. Memandangkan pemilihan sampel adalah berdasarkan ciri-ciri tertentu, maka terdapat guru yang tidak berpeluang menjadi sampel penyelidikan pengetua itu. Berikut ialah contoh sampel rawak dan tidak rawak:

Pensampelan rawak: Penyelidik ingin membuat tinjauan ke atas semua guru sains sosial di Selangor berkenaan sikap mereka terhadap kurikulum baru sains sosial. Terdapat 845 guru sains sosial di Selangor. Nama-nama mereka disenaraikan mengikut urutan abjad dan diberi nombor daripada 001 sehingga 845. Penyelidik memilih 150 guru sebagai sampel untuk penyelidikannya daripada senarai nombor rawak dalam buku teks statistik.

Pensampelan tidak rawak: Pemilik kedai buku di sebuah bandar ingin mengetahui pendapat pelanggan terhadap kedainya. Setiap hari, selama dua minggu, pada waktu makan tengah hari, ia akan memberi boring soal selidik kepada setiap pelanggannya

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

untuk dilengkapkan. Di akhir tempoh masa tinjauan, pemilik kedai itu memperoleh 335 borang yang lengkap diisi. Dalam contoh pensampelan tidak rawak di atas, tidak kesemua pelanggan pemilik kedai itu berpeluang menjadi sampel tinjauan yang dilakukannya. Hanya mereka yang mengunjungi kedai buku buku berkenaan pada waktu makan tengah hari berpeluang untuk mengambil bahagian. Tambahan pula,tidak kesemua pengunjung diberi borang selidik. Pensampelan Rawak Penyelidikan kuantitatif biasanya dicirikan oleh strategi pensampelan ini, dimana setiap kes atau ahli populasi yang disenaraikan dalam rangka pensampelan berpeluang dipilih sebagai sampel. Secara amnya, terdapat empat jenis pensampelan rawak, iaitu rawak mudah, pensampelan rawak berlapis, pensampelan kelompok, dan rawak dua tahap (two stage random sampling). Pensampelan Rawak Mudah Dalam pensampelan rawak mudah, setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel. Cara ini adalah yang terbaik untuk mendapatkan sampel daripada saiz populasi yang besar. Sebagai contoh, semua pelajar tingkatan satu di Johor Bahru dikenal pasti sebagai populasi untuk suatu penyelidikan. Jika terdapat 1,000 pelajar tingkatan satu di Johor Bahru, maka kebarangkalian setiap pelajar itu, terpilih sebagai sampel melalui teknik pensampelan rawak mudah ialah 1 hingga 1,000. Jadual nombor rawak yang terdapat dalam buku stastistik boleh digunakan untuk memilih sampel rawak. Jadual tersebut ialah senarai nombor yang tidak mempunyai susunan tertentu. Komputer pula boleh membantu jika sekiranya saiz populasi besar.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Kelebihan pensampelan rawak mudah ialah jika sampel besar maka sampel tersebut akan mewakili populasi. Tetapi cara ini sukar dijalankan kerana setiap ahli populasi mesti dikenal pasti dan boleh dihubungi. Selain itu, teknik pensampelan rawak mudah tidak boleh digunakan jika penyelidik ingin memastikan sesuatu subkumpulan turut dimasukkan ke dalam sampel berdasarkan kekerapan subkumpulan itu ke dalam populasi. Pensampelan Rawak Belapis Dalam pensampelan rawak berlapis, setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai ahli sampel. Teknik ini sering menjadi pilihan sekiranya populasi tidak homogen dari segi ahli populasi dan terdapat subkumpulan yang ketara. Subkumpulan yang khusus atau strata dipilih untuk sampel mengikut nisbah atau kadar subkumpulan berkenaan dalam populasi. Sebagai contoh, seorang penyelidik ingin menentukan persepsi pelajar tingkatan satu di sebuah daerah terhadap buku teks matematik baru dengan buku teks tradisional yang telah digunakan sebelumnya. Penyelidik berpendapat besar kemungkinan jantina pelajar ialah pemboleh ubah penting yang akan mempengaruhi dapatan penyelidikan. Oleh itu, penyelidik memastikan nisbah jantina dalam sampel standing dengan nisbah jantina dalam popolasi. Secara amnya, terdapat dua cara pelaksanaan kaedah pemilihan rawak:

Pensampelan rawak berstrata mengikut kadar Penyelidik memilih ahli secara rawak daripada setiap strata berdasarkan peratus ahli tersebut dalam populasi dari segi pemboleh ubah tak besandar. Hal ini bermakna setiap strata diwakili dalam sampel mengikut kadar masing-masing dalam populasi. Oleh itu, seandainya soalan penyelidikan berfokus kepada pandangan guru tingkatan satu di

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

sebuah daerah terhadap buku teks metematik baru berbanding dengan buku teks tradisional yang digunakan sebelumnya dan 40 peratus daripada populasi guru matematik ialah lelaki, maka 40 peratus daripada sampel juga harus terdiri daripada guru lelaki, dan selebihnya guru perempuan.

Pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar

Kadangkala penggunaan teknik pensampelan rawak berstrata mengikut kadar mungkin akan menyebabkan bilangan ahli sesuatu strata tertentu tidak mencukupi dalam sampel. Situasi sebegini menuntut penggunaaan pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar. Teknik ini dapat memastikan bilangan yang terpilih daripada subkumpulan adalah mencukupi. Contohnya, seorang penyelidik mengenal pasti 365 pelajar matematik tingkatan satu di sebuah daerah sebagai populasi sasaran penyelidikannya. Penyelidik mendapati terdapat 219 pelajar perempuan (60 peratus) dan 146 pelajar lelaki (40 peratus) dalam populasi tersebut. Beliau inginkan sampel yang mewakili 30 peratus populasi itu. Maka, dengan menggunakan senarai nombor rawak, penyelidik memilih secara rawak 30 peratus daripada setiap strata populasi, dan akhirnya memilih 66 pelajar perempuan (30 peratus daripada 219) dan 44 pelajar lelaki (30 peratus daripada 146 pelajar) daripada subkumpulan. Teknik ini memastikan nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan dalam sampel menepati nisbah pelajar lelaki kepada nisbah pelajar perempuan dalam populasi yang diselidik. Pensampelan rawak berkelompok

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Ada kalanya penyelidik tidak dapat memilih sampel individu sesebuh populasi. Hal ini mungkin berikutan ketiadaan senarai individu dalam populasi yang telah dikenal pasti. Katakan suatu penyelidikan melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan penyelidik tidak mempunyai akses kepada senarai pelajr- pelajar sekolah itu. Bagi mengatasi masalah ini, penyelidik boleh menggunakan kelas-kelas di sekolah tersebut. Pemilihan sebegini, yakni pemilihan kelompok sedia ada dan bukan individu dikenali sebagai pensampelan rawak berkelompok. Pemilihan jenis ini lebih berkesan jika terdapat banyak kelompok untuk pemilihan. Katakan seorang penyelidik lain ingin mengetahui persepsi 1,000 guru-guru disebuah daerah terhadap skim pencen baru. Daerah itu mempunyai 50 sekolah rendah dan menengah. Malangnya penyelidik tidak mempunyai peruntukan untuk menjelajah kesemua sekolah daerah itu, dan oleh itu ia memilih untuk menemu bual semua guru di beberapa sekolah dan bukannya beberapa guru dari setiap sekolah di daerah terbabit. Dalam situasi ini, semua guru sesebuah sekolah dianggap sebagai satu kelompok. Penyelidik seterusnya memilih sampel dan menombori setiap sekolah dan memilih sepuluh sekolah (20 peartus populasi) secara rawak. Jika semua guru terpilih sememangnya mewakili guru-guru lain yang tidak ditemu bual, maka penyelidik mempunyai justifikasi untuk menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok. Tetapi wujud kemungkinan sampelnya tidak mewakili populasi yang hendak diselidik kerana guru-guru yang terpilih adalah daripada beberapa sekolah tertentu sahaja dan sekolah-sekolah yang terpilih mungkin berbeza daripada sekolah-sekolah lain yang tidak berpeluang menjadi sampel. Oleh itu, pendapat guru-guru terpilih tidak mewakilli pendapat sebenar keseluruhan populasi. Secara amnya, pensampelan rawak berkelompok adalah sama seperti pensampelan rawak, cuma bezanya, sesebuah kumpulan dipilih secara rawak dan bukannya individu, dan

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

setiap individu dalam kumpulan terpilih dijadikan sampel. Kaedah ini sesuai digunakan jika populasi ialah sejumlah sekolah kerana tidak memakan masa. Tetapi pemilihan sampel melalui cara ini mungkin tidak berkesudahan dengan sampel yang mewakili populasi sebenar. Terdapat juga penyelidik yang membuat kesalahan dengan memilih satu sahaja kelompok secara rawak dan memerhati semua individu dalam kelompok tersebut. Walaupun terdapat ramai individu dalam kelompok itu, penyelidik tidak boleh membuat kesimpulan terhadap populasi sasaran penyelidikan kerana hanya satu kelompok yang terpilih. Pensampelan Rawak Dua Peringkat Pensampelan rawak dua peringkat menggabungkan pensampelan rawak kumpulan da pensampelan rawak individu. Sebagai contoh, penyelidik tidak memilih secara rawak 100 pelajar daripada populasi 2,000 pelajar tingkatan satu daripada 40 kelas dan memilih secara rawak 10 pelajar dalam setiap kelas. Cara ini lebih baik daripada memilih 100 pelajar dua kelas kerana dua kelas adalah terlalu kecil untuk mewakili populasi yang hendak diselidiki. Pensampelan Tak Rawak Strategi pensampelan tak rawak boleh dikatakan mempunyai penggunaan terhad dalam penyelidikan kuantitatif. Hal ini kerana statistik bedasarkan inferens yang berlandaskan prinsip pensampelan rawak tidak boleh digunakan dan dengan itu persoalan sejauh mana dapatan sampel dapat digeneralisasikan kepada populasi tidak dapat diuji. Sebaliknya, penyelidikan kuantitatif lazimnya dicirikan oleh strategi pensampelan ini, di mana segelintir ahli populasi berpeluang terpilih sebagai sampel dan selebihnya tidak. Namun, kebaragkalian setiap ahli dipilih melalui strategi ini adalah tidak diketahui. Berikut adalah teknik pensampelan tak rawak:

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Pensampelan Sistematik Dalam teknik pensampelan sistematik, setiap ahli ke-n dalam senarai populasi dipilih sebagai sampel. Sebagai contoh, dalam pemilihan 300 responsden sebagai sampel daripada populasi bersaiz 3,000 orang, setiap ahli ke-n membawa maksud setiap ahli ke 10. Jarak pensampelan merujuk kepada jarak antara setiap individu yang terpilih sebagai sampel. Dalam contoh di atas, selang pensampelan ialah 10. Selang pensampelan ini diperoleh dengan membahagikan saiz populasi dengan saiz sampel. Nisbah pensampelan pula merujuk kepada nisbah individu dalam populasi yang dipilih untuk sampel. Dalam contoh di atas, nisbah pensampelan ialah saiz sampel dibahagi oleh saiz populasi, iaitu 10 atau 10 peratus. Ianya boleh juga diringkaskan seperti berikut,

nisbah pensampelan =

Cara pensampelan sistematik berbeza daripada pensampelan rawak kerana pemilihan tidak bebas sepenuhnya, di mana setelah sampel pertama dipilih, sampel selebihnya ditentukan secara automatic. Selain itu, pensampelan sistematik turut mempunyai kekurangan, iaitu jika populasi diatur secara sistematik sehinggakan corak itu menyamai selang pensampelan, maka pensampelan akan menjadi berat sebelah (bias). Misalnya, katakan nama pelajar-pelajar dalam suatu penyelidikan tidak diatur dalam turutan abjad sebaliknya mengikut kolej kediaman dan senarai tersebut berdasarkan CGPA, di mana pelajar yang berpencapaian tinggi mendahului senarai. Maka, jika penyelidik memilih 10 pelajar daripada kumpulan kolej kediaman yang berbeza, hal ini bermakna pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah besar kemungkinan tidak akan terpilih. Sebaliknya, jika populasi disenaraikan secara rawak dan sampel dipilih secara sistematik, maka sampel itu adalah sampel rawak.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Pensampelan Mudah Dalam kaedah ini, sampel dipilih kerana ahli sampel muadah diakses. Sebagai contoh, jika penyelidik ingin melakukan penyelidikan ke atas pencapaian pelajar, penyelidik boleh memilih sebuah sekolah yang agak hampir dengan tempat kerja atau rumah penyelidik supaya penyelidikan senang dilakukan. Dalam pada itu, seseorang individu mempuunyai kebebasan untuk menarik diri daripada mengambil bahagian dalam sesuatu penyelidikan. Hal ini bermakna penyelidik mestilah memilih suatu sekolah yang menyatakan persetujuan untuk megambil bahagian dalam penyelidikan berkenaan. Berikut adalah contoh pensampelan mudah:

Seorang kaunselor sekolah menengah yang menjalankan penyelidikan berkenaan rangcangan pekerjaan menemu bual semua pelajar yang datang berjumpa dengannya untuk khidmat kaunseling.

Seorang pemberita televisyen menunggu di tepi jalan raya dan meminta pendapat penjalan kaki tentang stadium baru yang akan di bina di bandar itu.

Dalam contoh-contoh di atas, sesebuah kumpulan terpilih kerana kumpulan itu mudah didekati dan dijumpai. Tetapi sampel yang diperoleh besar kemungkinan ialah sampel berat sebelah (bias). Misalnya, dalam penyelidikan yang melibatkan pemberita yang mengumpul pendapat pejalan kaki, peluang untuk terpilih sebagai sampel tidak terbuka kepada semua orang, iaitu sesiapa yang tidak melalui jalan itu pada waktu pemberita berada di situ tidak berpeluang untuk dipilih. Kedua, individu yang enggan memberi pendapat tidak akan ditemu bual. Ketiga, mereka yang bersetuju untuk ditemubual mungkin vocal tentang pendapat masing-masing., yakni sama ada menyokong dengan kuat atau membantah dengan kuat rancangan untuk

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

membina stadium tersebut. Keempat, mereka yang terpilih sebagai sampel (jika pada waktu kerja) merupakan individu yang tidak bekerja ataupun mempunyai pekerjaan yang memerlukan mereka keluar pada waktu itu. Oleh itu, sampel yang diperoleh melalui pensampelan mudah tidak boleh dianggap mewakili sebarang populasi. Isu ini menyebabkan pemilihan sampel dengan menggunakan cara ini tidak digalakkan untuk mana-mana pendekatan, sama ada kualitatif ataupun kuantitatif. Namuin jika hanya ini cara yang paling mungkin untuk penyelidik, mak peyelidik harus mengumpul informasi berhubung demografi subjek dan cirriciori lain yang penting supaya latar belakang sampel dapat diketahui. Selain itu, penyelidikan patut diulangi dengan beberapa sampel yang mirip dengan sampel itu untuk mengelakkan keungkinan dapatan penyelidikan berlaku sekali sahaja. Pensempelan Tujuan (Purposive Sampling) Pensampelan tujuan atau purposive sampling melibatkan pertimbangan individu untuk memilih sampel, iaitu berdasarkan pengetahuan penyelidik dan tujuan khusus penyelidikan. Penyelidik boleh menggunakan pengetahuan mereka tentang populasi untuk mengenal pasti sama ada sesuatu sampel itu mewakili populasi atau tidak. Berikut adalah dua contoh:

Seorang pensyarah universiti memilih dua pelajar yang memperoleh CGPA tertinggi dalam kelasnya, dua pelajar yang sederhana dan dua lagi pelajar yang berpencapaian terendah untuk peyelidikan tentang persepsi kelas terhadap penggunaan pengajaran berbantukan komputer. Sampel sedemikian pada masa yang lalu didapati memberi gambaran yang tepat tentang persepsi kelas berkenaan sesuatu isu.

Seorang siswa ingin mengetahui pendapat pesara berkenaan kehidupan selepas persaraan. Pensyarah siswa tersebut memberitahunya Persatuan Persara mewakili

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

persara-persara di seluruh Negara. Siswa itu mengambil keputusan untuk menebual 50 ahli Persatuan Persara untuk mengumpul naklumat dan pendapat mereka.

Dalam kedua-dua contoh di atas, penyelidik mempunyai pengetahuan yang menegaskan bahawa sampel yang akan dipilih benar-benar mewakili populasi yang hendak diselidiki. Terdapat satu lagi cara pensampelan bertujuan di mana individu yang terpilih tidak mewakili populasi yang hendak diselidiki tetapi besar kemungkinan mempunyai informasi tentang populasi itu. Contoh pensampelan sebegini:

Seorang penyelidik dikehendaki mengenal pasti hierarki informal sebuah sekolah. Penyelidik mengambil keputusan untuk menemu bual pengetua sekolah, wakil kesatuan pekerja, setiusaha pengetua, dan penyelia petang kerana penyelidik mempunyai pengetahuan bahawa mereka mempunyai maklumat yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan.

Lima tahun yang lalu, ketua-ketua persatuan guru sebuah negeri telah mewakili pendapat dua pertiga guru-guru negeri itu berkenaan beberapa isu penting. Pada yang keenam, pentadbir mengambil keputusan untuk memilih hanya ketuaketua persatuan dan bukan guru-guru sebagai sampel.

Pensampelan tujuan boleh digunakan dalam pilihan raya untuk meramal pemenang. Di setiap negeri akan ada beberapa kawasan dengan pengundi yang mengundi sepeti pengundian di seluruh negeri. Kawasan- kawasan ini diplih sebagai sampel. Pengundi yang berdaftar di kawasan itu kemudiannya ditemu bual dan pendapat mereka digunakan untuk meramal trend

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

pengundian negeri itu. Dengan menggunakan cara yang di setiap negeri, penyelidik boleh meramal keputusan pilihan raya di seluruh Negara. Namun, persoalan kritikal di sini ialah sejauh mana sampel yang terpilih mewakili populasi yang hendak diselidik. Unit yang dianggap sebagai tipikal untuk populasi mungkin berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu penyelidikan yang menggunakan pensampelan bertujuann mungkin mengelirukan. Secara amnya, penyelidik dalam pensampelan bertujuan tidak menyelidik sesiapa sahaja yang ada tetapi memilih sampel yang akan memberikan data berasaskan pengetahuan yang dimiliki. Apa yang mungkin menjejaskan dapatan penyelidik ialah kejituan pendapatnya tentang sejauh mana sampel itu mewakili populasi yang hendak diselidik. Misalnya, contoh kedua diatas, ketua persatuan guru pada tahun keenam mungkin berbeza pendapat dengan ahli persatuan yang diwakili. Pensampelan Kouta Dalam pensampelan kuota, penyelidik memilih subjek berdasarkan kategori yang diberi. Subjek sampel tidak dipilih secara rawak tetapi dengan cara siapa temui dahulu dipilih sehingga semua kategori yang diberi dipenuhi. Sebagai contoh, katakan penyelidik ingin meneliti pendapat pelajar berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan di sebuah kolej. Penyelidik ingin mendapatkan pendapat pelajar tahun satu , dua, tiga, dan setiap tahun diwakili oleh 20 pelajar. Penyelidik menunggu di luar perpustakaan dan menemu bual pelajar yang keluar dari bangunan itu, sehingga setiap kategori (20 orang bagi setiap tahun) dipenuhi. Seseorang penyelidik yang menggunakan teknik ini biasanya memastikan sampel penyelidikan memenuhi kuota yang berikut: 50 orang Melayu, 50 orang Cina, 50 orang India. Pensampelan Bola Salji

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Penyelidik memulakan penyelidikannya sama ada memilih terus beberapa peserta penyelidikan yang mempunyai ciri-ciri yang diminati, atau jika penyelidik tidak tahu siapa yang harus dipilih sebagai peserta, ia boleh merujuk kepada individu yang mengetahui dan seterusnya membuat pemilihan sampel. Pensampelan sebegini yang melibatkan pemerolehan maklumat daripada responden tentang subjek yang boleh dijadikan sampel dinamakan pesampelan bola salji. Kaedah ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek penyelidikan sukar diperolehi. Pensampelan Berdimensi Kaedah pensampelan berdimensi lazimnya digunakan dalam kajian kes, di mana subjek bagi setiap kumpulan responden terpilih secara kebetulan. Sebagai contoh, jika penyelidik ingin menyelidik pendapat guru bertaraf sementara dan guru bertaraf tetap tentang kurikulum baru, penyelidik mungkin menetapkan keperluan untuk mempunyai subjek-subjek yang berikut: 2 responden guru lelaki yang bertaraf tetap; 2 responden guru wanita yang bertaraf tetap; 2 responden guru lelaki bertaraf sementara; 2 responden guru wanita bertaraf sementara, dan hanya guru-guru yang memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan akan terpilih sebagai sampel. Pensampelan Kes Kritikal Pensampelan kes kritikal melibatkan kes-kes yang menonjolkan sesuatu perkara yang penting. Biasanya, kaedah ini digunakan dalam penyelidikan kualitatif untuk kes-kes seperti: seorang kanak-kanak mengalami kecederaan di sebuah tadika; beberapa penghuni rumah terpaksa berpindah kerana kawasan yang mereka diami mengalami tanah runtuh; cara seorang tokoh korporat mencapai kejayaan walaupunn merupakan individu kurang upaya. Pemilihan kes kritikal yang hendak diselidiki adalah penting terutama sekali sumber-sumber yang dikehendaki seperti kewangan adalah terhad dan penyelidik boleh menyelidik satu kes sahaja.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Pensampelan Variasi Maksimum Dalam kaedah pensampelan variasi maksimum, individu atau kumpulan dipilih untuk mewakili tahap terendah dan tahap tertinggi sesuatu cirri seperti IQ, berat badan, taraf sosioekonomi, dan CGPA. Sebagai contoh, katakan seorang penyelidik berminat untuk menjawab soalan penyelidikan umum yang berikut: Apakah pengalaman pengetua dalam mengurus sekolah?. Jika penyelidik turut berminat untuk memahami variasi dalam pengalaman yang dilalui pengetua dalam mengurus sekolah, maka ia akan menggunakan teknik pensampelan ini. PEnyelidik akan memilih beberapa orang pengetua yang menunjukkan variasi dalam pengalaman mereka mengurus sekolah masing-masing sebagai sampel dan meyelidik gaya pengurusan mereka secara menyeluruh dan holistic. ISU DALAM PERSAMPELAN Pemikiran Induktif ialah teras pendekatan saintifik. Kaedah Induktif melibatkan aktiviti membuat pemerhatian dan membuat rumusan selepas pemerhatian itu. Jika kita boleh memerhati setiap ahli populasi, maka kita boleh membuat rumusan yang tepat tentang populasi tersebut. Tetapi jika kita hanya memerhati beberapa individu dalam populasi tersebut, maka kita hanya boleh membuat inferens bahawa apa yang diperhatikan adalah benar untuk populasi tersebut. Pensampelan bermakna kita mengambil sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili sampel itu. Jika terdapat sampel yang dipilih secara rawak daripada suatu populasi, ralat positif dijangka akan mengadungi ralat negative. Hal ini bermakna min untuk rala pensampelan ialah 0. Sebagai contoh, jika min ketinggian populasi siswi sebuah universiti ialah 5 kaki 2 inci dan beberapa sampel dipilih secara rawak daripada populasi tersebut, maka boleh dijangkakan sampel-sampel dengan min 5 kaki 2 inci dan min kurang daripada 5 kaki 2 inci. Jadi

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

keseluruhan, ralat positif dan ralat negative akan seimbang dan min beberapa sampel akan menepati min populasi. Oleh kerana ralat positif menyamai ralat negative, min satu sampel besar kemungkinan kurang daripada min populasi atau lebih daripada min populasi. Oleh itu, kita boleh membuat justifikasi bahawa min sampel ialah an unbiased estimate min populasi dan is a reasonable estimate of the population mean. Asas pensampelan secara amnya ialah pemilihan beberapa elemen dari suatu populasi membolehkan penyelidik membuat kesimpulan tentang populasi itu. Masalah melanggar andaian normality paling ketara apabila sampel tidak mewakili populasi yang hendak diselidik. Dalam kebanyakan penyelidikan sains sosial, penyelidik tidak mempunyai akses kepada seluruh populasi. Oleh itu ia memerlukan sampel untuk mengumpul data dan berharap sampel tersebut mewakili populasi yang hendak disellidik (Urdan, 2001). Namun, untuk memilih sampel yang benar-benar mewakili populasi yang hendak diselidik, penyelidik mesti membuat definasi untuk populasi tersebut. Sebagai contoh, jika penyelidik ingin menyelidik pengetahuan pelajar di Sabah tentang geografi dunia, dan penyelidik memilih 500 pelajar tingkatan lima dari dua buah sekolah di Kota Kinabalu sebagai sampel, apakah populasi penyelidik? Atau adakah mereka mewakili semua pelajar tingkatan lima di Kota Kinabalu; semua sekolah awan di Kota Kinabalu; semua pelajar tingkatan lima di Sabah; atau semua pelajar tingkatan lima di Malaysia? Terdapat pelbagai sebab mengapa sampel berkenaan tidak mewakili dengan tepat populasi yang hendak diselidik. Antaranya, jika penyelidik menyatakan bahawa sampel pilihannya mewakili semua pelajar tingkatan lima di sekolah-sekolah yang lazim di Kota Kinabalu. Mungkin juga kedua-dua sekolah itu mempunyai lebih ramai pelajar dari keluarga berada. Boleh jadi pelajar-pelajar itu jarang sekali membincangkan geografi dunia dalam kelas mereka. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar yang terpilih mungkin juga mewakili populasi pelajar tingkatan lima dengan tepat. Walaupun mereka tidak mempunyai status sosioekonomi

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

yang sama, asalkan mereka tidak berbeza dengan cara sistematik dalam variable of interest (iaitu, pengetahuan geografi), tiada sebab mengapa sampel berkenaan tidak mewakili populasi yang telah dikenal pasti. Secara amnya, masalah mendefinasi populasi sasaran agak rumit. Tetapi apabila penyelidik berjaya memberi definasi untuk populasi penyelidikanya, tugas selanjutnya ialah memilih sampel yang mewakili populasi tersebut; dan salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah pensampelan rawak. Pensampelan rawak berlaku apabila ahli sampel yang akan diselidik dipilih secara rawak daripada populasi yang telah dikenal pasti dan setiap ahli populasi mempunyai keberangkalian yang sama untuk terpilih sebagai sampel. Namun, bukannya mudah untuk mengenal pasti populasi. Misalnya, jika penyelidik mendefinasi populasi sebagai setiap orang dewasa di Malaysia, bagaimana caranya menentukan setiap orang dewasa di Malaysia mempunyai keberangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sample dalam penyelidikan yang dijalankan? Memilih nama dari buku telefon bukan cara yang tepat kerana tidak semua rakyat Malaysia mempunyai talian tetap dan mereka yang tidak mempunyai talian tetap besar kemungkinan lebih miskin daripada mereka yang mempunyai talian tetap. Memilih nama dari daftar pemilih juga tidak sesuai, kerana tidak semua orang mendaftar sebagai pengundi, dan mereka yang berdaftar besar kemungkinan lebih berada daripada mereka yang tidak berdaftar. Hal ini bermakna menentukan sampel yang benar-benar rawak amatlah sukar. KAITAN ANATARA KAEDAH PENSAMPELAN DAN TABURAN NORMAL Kebarangkalina yang didapati daripada taburan normal tertakluk kepada (a) bentuk taburan yang didapati, dan (b) idea bahawa ciri sampel tidak berbeza daripada populasi. Jika penyelidik memilh secara rawak suatu sampel daripada populasi yang telah dikenal pasti, ia sedar bahawa sampel tersebut mungkin tidak serupa dengan sampel lain yang sama saiz serta diplilh secara

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

rawak daripada populasi yang sama. Tetapi apa jua perbezaan antara sampel penyelidik dan sampel rawak lain yang sama saiz, sampel yang dipilih dari populasi yang sama akan berbeza secara rawak dan bukannya secara sistematik. Dengan perkataan lain, kaedah pensampelan penyelidk tidak berat sebelah (bias) dan penyelidik tidak akan sentiasa memilih sampel dari satu hujung populasi (iaitu, yang lebih kaya, berpelajaran tinggi, berpencapaian tinggi, dan sebagainya) jika menggunakan kaedah yang sama untuk memilih sampel. Hal ini berbeza dengan pensampelan mudah, di mana jika penyelidik memilih sekolah yang berdekatan dengan rumah atau tempat bekerja, besar kemungkinan ia sentiasa memilih sekolah yang mempunyai ciri yang sama. Sebagai contoh, jika penyelidik tinggal di Kelantan, sampel yang dipilih di kawasan penyelidik besar kemungkinan mempunyai ideologi politik yang berbeza daripada populasi Malaysia secara amnya. Jika ciri ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemboleh ubah yang diselidik oleh penyelidik, maka perbezaan yang mungkin wujud adalah tidak bermakna; tetapi jika elemen berat sebelah ini mempengaruhi pemboleh ubah yang sedang diselidik oleh penyelidik, maka dapatan penyelidikan akan terjejas dan boleh menimbulkan masalah. Tetapi jika penyelidik bermaunstatin di Bangi, Selangor pula, di mana terdapat ramai pensyarah dan pelajat institusi pengajian tinggi dan jika penyelidik menjalankan penyelidikan ke atas pencapaian pelajar dengan menggunakan convenience sample dari kawasan itu, dan menyatakan bahawa sampel tersebut mewakili populasi pelajar-pelajar Malaysia, kebarangkalian yang berasaskan normal distribution boleh jadi tidak dapat digunakan. Hal ini kerana sampel penyelidik besar kemungkinan mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada pelajar biasa. Dalam perkataan lain, sampel tersebut bersifat berat sebelah dan tidak boleh digunakan untuk membuat generalisasi kepada seluruh Malaysia.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

SAMPEL PENYELIDIKAN KUALITATIF DAN PENYELIDIKAN KUANTITATIF Sampel penyelidikan kualitatif berbeza dengan sampel penyelidikan kuantitatif kerana sampel penyeldikan kuantitatif yang diambil mewakili populasi/tempat penyelidikan dijalankan, manakala sampel penyelidikan kualitatif dipilih secara bertujuan, iaitu penyelidikan kualitatif menggunakan pensampelan bertujuan. Menurut Fatimah Idris et al. (2008), subjek penyelidikan dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan sesuai dengan permasalahan penyelidikan yang hendak dikaji. Data penyelidikan kaulitatif yang dikutip perlu mengambil kira beberapa perkara penting, iaitu fokus penyelidikan, kutipan data dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual, penulisan diari, analisis dokumen, nota lapangan dan pengesahan protokol temu bual serta pemerhatian. Dalam penyelidikan kualitatif penyelidik berfungsi sebagai pemerhati atau penyelidik akan melibatkan diri dalam aktiviti yang diperhatikan. Hali ini bertujuan supaya penyelidik dapat menyemak semula apa yang diperhatikannya, demi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil pemerhatian. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan rakan sebagai penyemak dari kalangan rakan penyelidik atau individu yang dilatih untuk membuat pemerhatian bersama supaya data yang diperoleh boleh dipercayai. Secara amnya, tiga bentuk temu bual boleh digunakan, iaitu: temu bual berstruktur, separa struktur atau temu bual bebas. Proktokol temu bual yang terdiri daripada pengenalan, soalan pembuka, soalan kunci, soalan-soalan berkaitan soalan kunci, dan soalan yang penutup perlu disediakan. Proktokol temu bual membantu menjawab persoalan penyelidikan. Temu bual biasanya direkod dengan menggunakan alat perkam audio supaya tiada maklumat tercicir atau tertinggal. Selain itu, transkrip akan disediakan pada setiap temu bual yang dibuat. Hasil analisis data temu bual pula dipersembahkan dalam bnetuk naratif atau kekerapan tema.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Penyelidik perlu berkebolehan mengemukan soalan kerana jika tidak, subjek penyelidikan akan memberi respons yang terpesong daripada fokus penyelidikan. Pelbagai bentuk kutipan data digunakan dalam penyelidikan kualitatif. Data yang diperoleh membantu memantapkan penyelidikan yang dijalankan. Data-data berkenaan saling melengkapi antara satu sama lain. Sampel penyelidikan kualitatif berbeza dengan sampel penyelidikan kuantitatif kerana sampel penyelidikan kaualitatif diplih secara bertujuan (Fatimah et al., 2008) SAMPEL SAIZ Penggunaan kedah pensampelan yang tepat dan respons yang mencukupi diperlukan untuk memperoleh sampel yang mewakili sesuatu populasi. Namun, dua ciri ini sahaja yang memadai, sebaliknya saiz sampel juga amat penting. Ramai individu mempertikaikan kesesuaian saiz sesuatu sampel dengan penyelidikan yang dijalankan. Golongan yang tidak peka dengan statistik mungkin akan mengkritik dengan mengatan saiz sampel terlalu kecil untuk menjustifikasi kesimpulan yang dibuat oleh penyelidik. Persoalannya ialah, apakah saiz sampel yang diperlukan untuk sesuatu penyelidikan? Seringkali sampel yang lebih besar dikatakan kebih menepati populasi sebenar daripada sampel yang bersiz kecil. Namun, para penyelidik, harus sedar bahawa ciri sampel yang penting bukanlah saiz tetapi sejauh mana sampel itu mewakili populasi. Hakikatnya, suatu sampel rawak berjumlah 200 orang adalah lebih baik daripada sampel rawak sejumlah 100 orang adalah jauh lebih baik daripada 250,000 orang yang merupakan sampel berat sebelah. Bagaimanakah kita menentukan saiz sampel yag perlu diselidik? Realitinya, persoalan ini amat sukar untuk dijawab. Sebagai contoh, jika populasi yang penting ialah 1,000 pelajar tahun 6 di sebuah daerah, sampel yang merangkumi satu atau tiga individu sememangnya terlalu kecil dan tidak mewakili populasi tersebut.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Adakalanya, saiz sesuatu sampel adalah terlalu besar dan pemilihannya memakan masa dan tenaga. Dalam contoh di atas misalnya, sampel bersaiz 250 orang adalah terlalu besar, iaitu satu per empat daripada populasi yang ingin diselidik. Jika begitu, adakah sampel bersaiz 50 orang atau 100 orang sesuai? Bagaimana pula dengan sampel bersaiz 200 orang? Adakah memadai? Bilakah saiz suatu sampel terlalu sedikit atau terlalu besar? Terdapat penyelidik yang menyatakan bahawa sesuatu sampel itu sebesar yang dapat dibina dengan usaha, masa, dan tenaga yang bersesuaian. Secara amnya, literature pensampelan mencadangkan bahawa untuk suatu penyelidikan deskriptif, saiz minimum sampel sebaliknya ialah 100 orang. Untuk penyelidikan korelasi pula, saiz minimum ialah 50 oarang. Sementara penyelidikan eksperimen, saiz-saiz sampel yang merangkumi 15 orang setiap kumpulan turut dibenarkan, tetapi hanya jika kondisi eksperimen dikawal rapi. Menurut Lenth (2001), bukan semua masalah saiz sampel sama; saiz sampel tidak penting dalam semua penyelidikan. Sebagai contoh, isu etika dalam kaji selidik adalah berlainan dari isu etika dalam eksperimen perubatan; kesan penyelidikan dengan sampel yang terlalu kecil atau terlalu besar juga berbeza. Dalam eksperimen industry, penyelidik mungkin memerlukan hanya beberapa minit untuk melakukan suatu penyelidikan eksperimen dan

kesannya tidak terlalu besar jika eksperimen itu kecil. Suatu penyelidikan klinikal pula boleh dijalankan dalam masa yang singkat dan melibatkan potensi risiko kepada pesakit. Dalam situasi ini, mengikut Lenth (2001), adalah lebih baik untuk merancang beberapa eksperimen kecil dan membuat analisis interim selepas setiap eksperimen kecil tersebut. Sebenarnya, isu saiz sampel lebih penting apabila banyak masa diperlukan ntuk mengumpul data. Misalnya, sauatu penyelidikan pertanian boleh memakan masa satu musim atau beberapa tahun untuk dilengkapkan. Antara soalan lain yang turut perlu diberi perhatian:

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Jika seseorang membuat penyelidikan susulan, apakah peruntukan yang patut disediakan? Apakah isu etika jika penyelidikan terbabit terlalu besar atau terlalu kecil? Jawapan kepada soalan-soalan ini boleh membantu penyelidik membuat anggaran saiz sampel. Menurut Chua (2006), empat subjek utama yang menentukan saiz sampel penyelidikan adalah seperti yang berikut: 1. Jenis penyelidikan: Penyelidikan deskriptif memerlukan sampel yang lebih besar daripada penyelidikan inferensi; penyelidikaan kuantitatif (seperti penyelidikan tinjaun) memerlukan subjek yang banyak, manakala penyelidikan kualitatif (seperti penyelidikan lapangan) boleh dijalankan dengan saiz sampel yang kecil. 2. Jenis populasi: saiz sampel yang kecil mencukupi bagi populasi yang homogeneous, tetapi bagi populasi heterogeneous yang mengadungi subsample seperti jantina, bangsa, dan peringkat umur yang berbeza, saiz sampel yang besar dikehendaki. 3. Perbelanjaan: Termasuk tempoh masa, kos, dan bilangan penyelidik. 4. Skala Pengukuran: Saiz sampel untuk penyelidikan yang menggunakan skala nominal adalah lebih kecil daripada penyelidikan yang menggunakan skala ordinal, nisbah dan selang. Gay dan Airasian (2003) pula memberi panduan seperti yang berikut berasaskan kepada aras kenyakinan 95%: 1. Bagi populasi keci, contohnya N tidak melebihi 100 orang, pungut data daripada keseluruhan populasi.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

2. Bagi populasi dengan saiz lebih kurang 400-600 orang, 50% seharusnya dijadikan sampel. 3. Bagi populasi dengan saiz lebih kurang 1500 orang, 20% seharusnya dijadikan sampel. 4. Bagi populasi dengan saiz lebih daripada 5000 orang, 10% seharusnya dijadikan sampel. Berdasarkan panduan si atas, jelas bahawa lebih besar populasi, lebih kecil peratus sampel yang diperlukan. Masalah saiz sampel turut berkaitan dengan masalah lain. Apabila menetapkan saiz sampel, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya: Apakah tujuan peneyelidikan? Apakah kesalahan yang mungkin berlaku? Apakah jangkaan nonresponse rate? Apakah punca variasi yang penting? Apakah jangka masa penyelidikan? Apakah halangan praktikal dalam penyelidikan yang dijalankan? Kadangkala saiz sampel tidak dibincangkan kerana perkara lain lebih dipentingkan. Davies, Dunnet, Eccles, Green dan Porkess (2005) mencadangkan supaya penyelidik memberi perhatian kepada enam persoalan yang berikut sebelum memulakan suatu proses pensampelan:

1. Adakah data itu relevan? Ramai penyelidik menggunakan cara yang rumit untuk mendapat data yang mudah diperoleh melalaui cara lain. Penyelidik harus memastikan data yang akan diperoleh memberi maklumat tentang apa yang hendak diukur.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

2. Adakah data bersifat berat sebealah? Secara amnya berat sebelah, ialah systematic error. Sebgai contoh, jika penyelidik ingin mengetahui masa yang diambil oleh sekumpulan wanita untuk melengkapkan larian 100 meter, penyelidik tidak akan mendapat masa sebenar untuk kumpulan tersebut jika anda menggunakan sampel pemain hoki wanita sahaja kerana mereka lebih cergas daripada kebanyakan wanita lain.

3. Adakah cara mengumpul data mengubah data tersebut? Proses mengumpul data kadangkala mempengaruhi data yang dikumpul. Sebagai contoh, soalan dalam sesi soal selidik boleh diungkapkan supaya mengundang jawapan yng dikehendaki. Responden kerap memberi jawapan yang mereka fikirkan dikehendaki oleh penyoal atau penyelidik.

4. Apakah data dikumpul oleh individu yang sepatutnya? Wujud kemungkinan sampel memberi jawapan yang berbeza kepada penyoal yang berlainan. Sebagai contoh, jika seorang guru menyoal pelajarnya sama ada ia merokok, besar kemungkinan pelajar tersebut akan memberi jawapan tidak walaupun ia ialah penghisap rokok kerana tabiat merokok melanggar peraturan sekolah; tetapi pelajar yang sama besar kemungkinan akan menjawab ya jika

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

penyoalnya ialah bukan guru, lebih-lebih lagi selepas diberi keyakinan bahawa jawapan yanag diberikannya akan kekal sulit.

5. Adakah saiz sampel memadai? Saiz sampel mesti mamadai dengan tujuan penyelidikan supaya dapatan bermakna. Jika penyelidik ingin mengetahui sokongan rakyat terhadap empat calon pilihan raya, sampel seramai 30 orang adalah terlalu kecil. Sebaliknya, 1000 sampel adalah lebih sesuai. Saiz sampel juga harus mengikut ketepatan yang dikehendaki. Jika tahap signifikan 1% dikehendaki, saiz sampel mestilah lebih besar daripada penyelidikan yang dijalankan berasaskan tahap signikan 5%.

6. Adakah prosuder pensampelan sesuai untuk tujuan penyelidikan? Jika penyelidik ingin mengetahui pendapat rakyat tentang seorang calon pilihan raya, dan ia menemu bual pejalan kaki yang lalu di suatu kawasan pada waktu pejabat, jawapan yang diperolehnya besar kemungkinan bersifat berat sebelah kerana penyelidik akan menyoal lebih ramai orang yang tidak bekerja. Pendapat mereka tentang calon pilihan raya mungkin berbeza daripada pendapat kumpulan yang bekerja. Jika penyelidik mengambil nama dari buku telefon pula untuk tujuan yang sama, ia akan menolak pendapat kumpulan yang tidak mempunyai talian telefon tetap. KESAHAN LUARAN: MEMBUAT GENERALISASI DARIPADA SAMPEL

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Penyelidik membuat generalisasi apabila mengaplikasi dapatan penyelidikan ke atas individu atau seting yang berlainan dengan individu atau seting yang mencorakkan penyelidikan itu. Setiap sains ingin menemui prinsip atau undang-undang yang boleh diaplikasi kepada pelbagai situasi. Tetapi bilakah penyelidik boleh membuat sesuatu generalisasi berkenaan sesuatu populasi dengan menggunakan dapatan penyelidikannya? Bilakah penyelidik boleh menyakinkan orang ramai bahawa apa yang diperolehnya daripada sampel boleh digunakan ke atas populasi? Secara amnya, sifat sampel dan kondisi persekitaran atau seting penyelidikan mesti diambil kira sebelum membuat membuat sesuatu generalisasi. Kesahan luaran adalah setakat mana dapatan penyelidikan boleh digeneralisasikan kepada populasi Generalisasi Populasi Generalisasi populasi merujuk kepada setakat mana sampel mewakili populasi yang diselidik. Jika dapatan penyelidikan hanya boleh diaplikasi kepada kumpulan yang diselidik dan jika kumpulan itu agak kecil atau mempunyai definasi yang terhad, maka kegunaan dapatan penyelidikan amatlah terhad. Oleh kerana sesuatu penyelidikan memakan masa, tenaga dan peruntukan, matlamat penyelidikan adalah untuk memperoleh dapatan yang boleh diaplikasi seluas mungkin. Aspek representativeness secara amnya merujuk kepaada ciri yang relevean atau perlu dalam populasi dan hanya ciri yang boleh mempengaruhi dapatan dikatakan relevan. Sebagai contoh, jika penyelidik memilih pelajar tingkatan satu untik menyelidik kesan kaedah bacaan ke atas pencapaian pelajar, ciri seperti ketinggian, warna mata dan berat badan pelajar sudah pastinya tidak relevan. Hal ini kerana sebarang variasi ciri-ciri tersebut dalam sampel pelajar tidak akan mempengaruhi dapatan penyelidikan. Sebaliknya, ciri lain seperti umur, jantina dan

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

kejituan visual mungkin mempengaruhi dapatan penyelidikan dan oleh itu harus diwakilkan dalam sampel. Generalisasi yang dibentuk melalui pensampelan mudah dan pensampelan bertujuan boleh dipercayai jika terdapat data yang menunjukkan bahawa sampel yang digunakan mewakili populasi dalam pemboleh ubah yang relevan. Namun, kedua-dua jenis pensampelan ini tidak boleh menjamin sampel mewakili populasi dalam semua pemboleh ubah yang relevan. Satu apek yang sering dipinggirkan dalam penyelidikan bersifatrawatan tau kaedah ialah aspek guru, kaunselor atau pentadbir yang mentadbir instrumen. Penyelidikan sebegini bukan sahaja melibatkan pelajar tetapi mereka yang mengimplementasi rawatan atau instrumen. Oleh itu, penyelidikan yang memilih pelajar secara rawak tetapi tidak memilih guru secara rawak hanya dibenarkan membuat genaralisasi kepada populasi pelajar jika diajar oleh guru yang sama. Untuk membuat generalisasi kepada guru, sampel guru mesti dipilih secara rawak dan secukupnya. Perlu ditegaskan di sini bahawa sampel dalam sesuatu penyelidikan ialah kumpulan yang menjadi sumber data yang dikumpul. Rancangan pensampelan tidak berguna jika maklumat tentang ahli sampel hilang atau tidak diperoleh. Apabila sampel dipilih usaha perlu dilakukan untuk memastikan data yang perlu tentang sampel dikumpul. Namun, hal ini amat sukar dilakuakan khususnya bagi tinjauan yang melibatkan borang soal selidik berikutan ketiadaan garis panduan berkenaan sebanyak mana sampel boleh dikurangkan sebelum menjejaskan dapatan. Penyelidik yang kehilangan 10 peratus subjek sampel daripada sampel asal mestilah mengakui hakikat tersebut dan mengehadkan dapatannya jika perlu. Bukan semua penyelidik ingin melakukan generalisasi. Kadangkala sesuatu penyelidikan dijalankan untuk mendapat maklumat daripada populasi yang kecil. Di mana

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

sampel ialah seluruh populasi. Sebagai contoh, pengetua yang ingin menyelidik persepsi semua guru di sekolahnya berkenaan suatu perubahan di sekolah tidak perlu membuat generalisasi kerana isu tersebut hanya melibatkan sekolahnya, dan dapatan penyelidikan hanya boleh diiaplikasi di sekolah itu. Situasi Di Mana Pemeilihan Rawak Tidak Boleh Dilakukan Ada kalanya pemilihan secara rawak tidak boleh dilaksanakan. Apabila ini berlaku, penyelidik patut memberi deskripsi sampel seperti umur, jantina, etnik dan status sosioekonomi supaya mereka yang ingin mengetahui boleh melihat sendiri sejauh mana dapatan penyelidikan boleh diaplikasi, kepada sesiapa, dan di mana. Walaupun cara ini tidak sebaik pemilihan rawak namun kadangkala cara ini merupakan satu-satunya alternatif yang boleh digunakan, Satu cara yang boleh digunakan untuk memastikan dapatan penyelidikan dan seterusnya generalisasi jika pemilihan secara rawak mustahil adalah dengan menggunakan relikasi. Penyelidik atau individu lain yang mengulangi penyeldikan itu dengan menggunakan subjek yang lain dalam situasi yang lain dan jika dapatan berulang, maka penyelidik boleh membuat generalisasi dapatan penyelidikan dengan lebih yakin. Dalam majoriti penyelidikan dalam pendidikan, sampel yang dipilih secara rawak tidak digunakan. Generalisasi Ekologi Generalisasi ekologi merujuk kepada sejauh mana dapatan penyelidikan boleh digunkan dalam seting atau kondisi lain. Penyelidik mesti menerangkan ciri seting atau persekitaran di mana penyelidikan dijalankan. Kondisi itu mesti sama dari segala aspek penting dalam situasi di mana penyelidik menyatakan dapatan mereka boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, dapatn

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

penyelidikann yang dijalankan di sekolah Bandar tidak boelh digenaralisasikan kepada sekolah luar bandar. Apa yang baik untuk sesuatu mata pelajaran, sesuatu bahan atau di bawah kondisi khusus mungkin tidak boleh digenaralisasikan kepada mata pelajaran, bahan, kondisi tau masa lain. Malangnya, genaralisasi ekologi seumpama ini kerap dibuat dalam penyelidikan. Misalnya, penyeldik membuat generalisasi berkenaan kaedah pengajaran yang menunjukkan kenaikan prestasi pembacaan peta dalam kalangan murid tahun lima dan mencadangkan supaya kaedah yang sama digunakan untuk mata pelajaran lain seperti matematik dan sains, tanpa mengambil kira factor kesesuaian dari segi bahan, kemahiran, pengalaman guru dan sebagainya.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

RUMUSAN Perkataan pensampelan digunakan dalam penyelidikan untuk menghuraikan proses memilih individu yang akan mengambil bahagian (diperhati atau disoal) dalam sesuatu penyelidikan. Sesuatu sampel adalah sebahagian daripada populasi individu dari mana informasi dikumpul unyuk penyelidikan. Secara amnya pensampelan boleh dibuat sama ada secara rawak atau tidak rawak. Pensampelan rawak melibatkan cara pemilihan sampel yang memberi peluang yang sama kepada setiap ahli populasi untuk dipilih menjadi ahli sampel. Jadual nombor rawak boleh digunakan untuk memilih sampel rawak. Pensampelan tidak rawak pula melibatkan pemilihan sampel daripada sebuah populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri yang dikenal pasti. Saiz sampel suatu penyelidikan haruslah sebesar yang boleh diperoleh penyelidik dengan menggunakan masa, tenaga dan peruntukan yang ada. Penyelidik digalakkan untuk menggunakan sampel serama 100 orang untuk penyelidik deskriptif, 50 orang untuk penyelidikan kolerasi, dan 30 oranguntuk setiap kumpulan bagi penyelidikan eksperimental dan perbandingan penyebab.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

RUJUKAN Ary,D., Jacobs, L.c., &Razaviech, A.(2002). Introduction to research in education.(6th ed.). Belmont,CA: Wadsworth. Chua, Y.P.(2006).Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah penyelidikan,Buku 1.Kuala Lumpur: McGraw-hill. Davies,M.,Dunnett,.,Eccless,A.,Green,N.m&Porkess,R.(2005). Statistic 3. London:Hodder Fatimah Idris, Rashidah Begam O.A. Rajak,Aishah Rohani Nahar, Rosinanah Edinin, Suria Baba & Sarimah Haji Awang (2008). Pensampelan dan kaedah Kutipan Data. Dicaai dari http://researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/pensampelan-dan-kaedah-kutipan -data.html. Fraenkel, J.R., & Wallen, E.W.(2006). How to design and evaluate research in education. Boston, MA: MacGraw-Hill. Lenth, R. (2001). Some practical guidelines for effective sample saize determination. American Statistician, 55(3) Mohammad Khatim Hasan.(t.t). Pensampelan dan Analisis Data. Dicapai dari http://www.ftsm.ukm.my/khatim/pengujian%20Hipotesis.ppt.

3 4

Kaedah dan Pembangunan Penyelidikan dalam PTV


Rekabentuk Kajian dan Persampelan

Ramayah,T.(t.t). Kaedah Penyelidikan Perniagaan. Dicapai dari http://www.ramayah.com/lecturenotes/bab15.PPT. Urdan, T.C.(2001). Statistics in plain English.Mahwah, NJ:Erlbaum

3 4

Anda mungkin juga menyukai