Anda di halaman 1dari 41

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

(Pengajaran Sejarah Tahun 4)

Mata pelajaran

: Sejarah

Tahun / Kelas

: Tahun 4 Bestari

Bilangan Murid

: 30 orang

Tarikh/Hari

: 21 Januari 2015 (Rabu)

Masa

: 8.10 9.10 pagi

Tema / Tajuk

Warisan Kita

STANDARD KANDUNGAN
1.1 Pengertian sejarah dan kemahiran

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1.4 Menyatakan tinggalan sejarah yang

sejarah

terdapat di muzium dan tempat bersejarah


K.1.1.9 Menjelaskan kepentingan
menghargai warisan bangsa
bagi melahirkan jati diri.

OBJEKTIF

Pada akhir pembelajaran murid akan dapat :


a) Menyatakan tujuh daripada sepuluh
bahan tinggalan sejarah yang
terdapat di muzium dan tempat
bersejarah.
b) Mengenal pasti sekurang-kurangnya
lima warisan bagi kaum Melayu, Cina
dan India melalui permainan Warisi
Warisan Kita.
c) Mengenalpasti sekurang-kurangnya
lima bahan tinggalan sejarah yang
terdapat di muzium dan tempat
bersejarah melalui kuiz interaktif

PENGISIAN KURIKULUM

TMK.
Elemen merentas kurikulum
Ilmu :

Geografi

Nilai :

Kesyukuran

Kerjasama
Keyakinan diri

Teknologi Maklumat dan Komunikasi :

Murid belajar melali bahan


multimedia interaktif.

Kemahiran Pemikiran Sejarah :

Elemen asas sejarah (bahan


tinggalan sejarah, tempat bersejarah,
tarikh atau masa berlaku, dan

peristiwa apa yang berlaku.)


Mencari sumber (kaedah mencari
sumber di muzium, dan mengenal
pasti bahan tinggalan dan tempat
bersejarah yang ada.)

Dimensi kewarganegaraan :

Perkongsian sejarah (murid


menyatakan bahan tinggalan dan
tempat bersejarah yang diketahui

kepada rakan-rakan.)
Perkongsian masa depan
(mengetahui warisan budaya yang
ditinggalkan oleh masyrakat sebelum
ini dan berusaha mengekalkannya
untuk rujukan generasi masa depan.)

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik :


a)
b)
c)
d)
e)

KB : Mengenal pasti
KP : intrapersonal dan interpersonal
BCB : Mencatat dan memproses maklumat
Pembelajaran kontekstual
Pembelajaran konstruktivisme

Alat Bantu Mengajar


Bil
1
2

Jenis
Komputer riba
LCD projector

Bilangan
1
1

3
4
5
6

Pembesar suara
Kertas mah-jong
Gambar
Lembaran kerja

1
5
10
30

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengenali negeri-negeri di Malaysia.


Langkah/Masa
Set induksi

Isi Pelajaran
Menonton tayangan video

(5 minit)

Aktiviti
-Guru memberi arahan

Tajuk : Tarian Singa

Catatan
BBM

kepada murid untuk


menonton dan mengamati

Budaya yang perlu diketahui oleh

persembahan yang

murid :

menjadi budaya kaum

-asal

Cina.

LCD
Video Tarian Singa

Menghubungkait

Linguistik

KB
KP

-peralatan yang digunakan

BCB :

-cara dipersembahkan

-nama perayaan

Memproses
maklumat

Kaedah

Soalan

1. Video tersebut berkisar

Komunikatif

Pembelajaran kontekstual

tentang apa?

Jangkaan jawapan : Tarian Singa

Mengaitkan
pengetahuan

2. Tarian tersebut merupakan

dengan kehidupan

budaya kaum?
Nilai

Jangkaan jawapan : kaum Cina

3. Adakah tarian tersebut

Rasional,
kesyukuran

masih diamalkan sampai


hari ini?
Jangkaan jawapan : masih
Langkah 1

diamalkan
Ketahui bahan tinggalan dan

(10 minit)

tempat bersejarah

-Guru mengedarkan

BBM

beberapa gambar bahan


Perkara yang perlu diketahui
-

Nama bahan-bahan

tinggalan dan tempat

tinggalan dan

bersejarah.
-

tinggalan dan tempat


-

bersejarah
Asal tempat bahan

tempat bersejarah
Lembaran peta iThink

-Secara berkumpulan
berlima, guru meminta

Gambar bahan

KP

tersebut
Fungsi bahan tersebut
Peristiwa yang berlaku di
tempat bersejarah tersebut

murid mengamati butiran


yang terdapat pada

Pendekatan

gambar tersebut.

Soalan
1. Apakah yang anda lihat
dalam keseluruhan

-Murid meneliti gambar

Jangkaan jawapan : bahan-bahan


dan tempat bersejarah.
2. Dimanakah semua bahan-

Induktif
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Kaedah

tersebut.

gambar ini?

Verbal-linguistik

Komunikatif

Teknik
-Guru bertanya murid

tentang butiran yang


terdapat dalam gambar.

i-Think
KB

bahan ini dapat ditemui?


Jangkaan jawapan : di muzium, di

-Murid diminta

negeri Melaka, di negeri Johor

mengkategorikan bahan

dan sebagainya.

tinggalan atau tempat

Perbincangan, peta

Mengenal pasti
Mengkategori

Nilai
-

kesyukuran

bersejarah menggunakan
peta i-Think yang sesuai.
Langkah 2

Mengenal pasti warisan bagi

(20 minit)

kaum Melayu, Cina dan India.

-Guru membahagikan

BBM

murid kepada lima


Tugasan 1 : Membaca maklumat

kumpulan kecil yang

yang terdapat dalam sampul surat

terdiri daripada pelbagai

yang diberikan.

kaum.

Tugasan 2 : Melengkapkan

-Guru memberikan

maklumat yang diperlukan dalam

sampul surat dan kertas

ketas mah-jong.

mah-jong yang

Sampul surat
Kertas mah-jong
Gam

Verbal-linguistik

KP
Pendekatan

mempunyai tugasan
Tugasan 3 : Membentangkan

Induktif
-Berpusatkan murid
-Berpusatkan bahan

Kaedah
-

kepada setiap kumpulan.

Pembelajaran inkuiri
penemuan

hasil kumpulan.
-Guru memberi arahan
untuk murid membaca
maklumat yang terdapat
dalam sampul surat
tersebut dan
melengkapkan tugasan
pada kertas mah-jong
yang diberikan.

Teknik
-

Perbincangan,

Mengenal pasti
Mengkategorikan

KB

Nilai
-

Keyakinan
Kerjasama

-Setiap murid membaca


maklumat yang diberikan.
-Dalam kumpulan murid
menyelesaikan tugasan
yang terdapat dalam
kertas mah-jong
menggunakan maklumat
yang diberikan.
-Guru meminta murid
membentangkan hasil
setiap kumpulan.
-Guru membuat penilaian
murid yang lemah dan
murid yang cemerlang
dalam tajuk ini.
-Guru memberikan
ganjaran kepada
kumpulan yang mendapat
markah tertinggi.
Langkah 3

Menjawab soalan kuiz melalui

(20 minit)

bahan multimedia

BM
-Guru menayangkan

bahan multimedia bertajuk


kuiz warisan kita di
hadapan kelas
menggunakan LCD.

Bahan multimedia
(soalan kuiz)

KB
-

Mengenal pasti

Kaedah
-

Pembelajaran

Penilaian

berbantukan

-Guru memilih secara

komputer.

rawak wakil daripada


setiap kumpulan untuk
menjawab kuiz

Teknik
Nilai

Kuiz

berpandukan bahan
multimedia.
-Murid yang dipilih akan
kehadapan dan memilih
serta menjawab soalan
kuiz.
-Murid yang dipilih akan
menyemak jawapan
sendiri.
-Murid-murid yang lain
akan membuat
pembetulan jawapan yang
salah.
Pemulihan
-Guru meminta murid
yang tidak dapat
menjawab dengan betul
untuk berulang kali
melihat kembali gambar
yang telah dipaparkan
semasa aktiviti sebelum
ini dan merujuk kembali
hasil pembentangan
setiap kumpulan.
Soalan pengayaan :
1. Nyatakan warisan
kesenian kaum Melayu.
Jangkaan jawapan : tarian Zapin
2. Nyatakan tempat
bersejarah dan peristiwa
yang terdapat di Melaka.
Jangkaan jawapan :

Pengayaan
-Guru menyoal murid
berdasarkan soalansoalan spontan untuk
memperkaya maklumat
murid.

Keberanian
Keyakinan
Kerjasama

Bahan bantu mengajar

Kota A Famosa, Portugis


menjajah Tanah Melayu
3. Bagaimana memelihara
warisan permainan
tradisional seperti congkak
Jangkaan jawapan : mengadakan
pertandingan permainan congkak
di sekolah.
Penutup

Kognitif

(5 minit)

Guru membuat rumusan

-Guru mmbuat rumusan


pembelajaran.

KB
-

Merumus

Pendekatan
-Guru bersoal jawab

dengan murid tentang apa

Nilai

yang telah mereka pelajari

pada hari tersebut.


Sosial

-Guru memberi pujian

Pujian atas usaha dan kejayaan

kepada murid-murid.

Komunikatif
Kerjasama
Keyakinan
Keberanian

BAHAGIAN DUA:
ANALISIS AKTIVITI SEKOLAH

ANALISIS AKTIVITI KEPELBAGAIAN BUDAYA DI SEKOLAH RENDAH


1.0 Latar Belakang Sekolah : Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn (SKTHO)
Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn merupakan sebuah sekolah rendah
yang terletak di Jalan Dua, Kg Pandan, Kuala Lumpur. Sekolah Kebangsaan Tun
Hussein Onn ini mula dibina pada tahun 1948. Nama asalnya ialah Sekolah Melayu
Kampung Pandan. Sekolah ini telah didirikan oleh penduduk kampung ini secara
bergotong-royong. Pada tahun 1955, bangunan asal sekolah ini telah dibina semula
dengan sempurna dan ditambah lagi dengan bilik darjahnya dan dilengkapi dengan
bekalan air paip dan elektrik.
Pada tahun 1958, sekolah ini telah mendapat lagi tambahan 4 bilik darjah dan
pejabat. Pada tahun 1966, sekolah ini didirikan lagi bangunan tambahan 6 bilik

darjah. Pada tahun 1972, sebuah lagi bangunan 2 tingkat didirikan dengan
mempunyai 9 bilik darjah, bilik guru, pejabat, dewan dan sebuah kantin.
Bangunan kelima pula dibina pada tahun 1981 dengan mempunyai 8 buah
bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik alat pandang dengar dan sebuah
bilik alatan KBSR. Pada tahun 1992, Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan telah
ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn. Nama ini juga telah
diiktiraf dengan rasminya oleh JPWP pada 9 Februari 1995.
Pada tahun 1995, Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn telah mendapat
dua buah bangunan lagi, bangunan sementara dan bangunan 4 tingkat dengan
mempunyai 14 bilik darjah,bilik guru dan pejabat. Pada tahun 2000, SK Tun Hussein
Onn telah mendapat lagi sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 15 bilik
darjah.
Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn memiliki 423
pelajar lelaki dan 430 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid
seramai 853 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 60 orang guru. Kini, Sekolah
Kebangsaan Tun Hussein Onn telah mampu menampung seramai lebih kurang 1000
orang murid dalam satu sesi pagi sahaja dengan jumlah guru seramai 69 orang guru
dan 12 orang kaki tangan lain.

2.0 Aktiviti Kepelbagaian Budaya Di Sekolah : Program Gotong-royong


Perdana
Sekolah ini mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Murid di sekolah ini terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Sekolah
ini sememangnya aktif dan sering mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik setiap
tahun. Semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti
yang diadakan sama ada aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum.
Berdasarkan kepada pemerhatian, di Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn,
terdapat pelbagai program dan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pelbagai kaum
telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Salah satu daripada aktiviti tersebut ialah
Program Gotong-royong Perdana. Sekolah ini telah mengadakan program gotong

royong yang melibatkan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pada 28 Februari
2015. Program tersebut telah bermula seawal jam 7.30 pagi. Objektif utama program
gotong royong tersebut adalah untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah dan
bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara warga pendidik dan ibu bapa
Dalam pelaksanaan program tersebut terdapat jawatankuasa program yang
terdiri daripada semua warga sekolah tanpa mengira kaum. Semua warga sekolah
termasuklah guru, murid, ibu bapa dan kaki tangan sekolah terlibat dalam program
ini. Semua warga sekolah saling berkerjasama dan berganding bahu dalam
menjayakan program tersebut. Sebagai contoh, AJK PIBG sekolah tersebut turut
terlibat dalam melaksanakan program. Hubungan antara pihak sekolah dan pihak
ibu bapa adalah sangat baik. Ibu bapa sentiasa memberikan kerjasama yang baik
dan menyokong setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Hal ini
menunjukkan aktiviti ini mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak dan
sangat sesuai dilaksanakan di sekolah ini yang mempunyai murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum.
Sehubungan itu, melalui program tersebut, unsur-unsur kebudayaan daripada
aspek nilai kehidupan seperti menjaga kebersihan, saling menghormati, saling
membantu dan sebagainya dapat dilihat dalam kalangan warga sekolah ini. Hal ini
demikian kerana semua orang masih berpegang dan beramal dengan ajaran di
dalam agama masing-masing iaitu sentiasa menjaga kebersihan. Mereka dapat
bergotong-royong dengan seronok walaupun mereka semua terdiri daripada kaum
dan agama yang berbeza.
Di samping itu, penyertaan murid dalam program ini adalah sangat
menggalakkan. Semua murid tanpa mengira bangsa, kelas sosial, jantina dan
agama saling bekerjasama antara satu sama lain membersihkan kawasan sekolah
dan bilik darjah. Dengan adanya program seperti ini, murid dapat berinteraksi dan
berkomunikasi secara positif dan belajar untuk memahami budaya hidup bangsa
yang lain.
Seterusnya, penglibatan ibu bapa, guru dan kaki tangan sekolah juga adalah
sangat baik. Ibu bapa murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dapat
berkenalan dan membina hubungan persahabatan melalui program ini. Mereka yang

terdiri daripada pelbagai peringkat kelas sosial dapat berinteraksi dan bekerjasama
dengan baik.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program tersebut ialah
mengutip sampah di sekitar sekolah, melukis mural, menanam pokok bunga,
membakar sampah dan sebagainya.

Menanam pokok bunga

Membersihkan longkang

Membakar sampah

Membersihkan dinding bangunan

Pendaftaran ibu bapa


Murid mendengar taklimat program
Contoh aktiviti-aktiviti semasa program
3.0 Implikasi Aktiviti Kepelbagaian Budaya
Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita
akan memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan

secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khususnya. Seorang


guru mesti mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam
usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid daripada
pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis
guru dalam menangani kepelbagaian sosio budaya murid khususnya semasa
mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Di sekolah, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan harmoni. Dalam konteks
pelaksanaan program ini, guru telah memberi dan membuka peluang yang sama
kepada semua murid tanpa mengira kaum dan latar belakang untuk terlibat dalam
program ini. Hal ini demikian kerana guru harus menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi dan bersikap profesional. Kebijaksanaan guru mengendalikan kelas sosial
murid juga dapat mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam
sesuatu masyarakat. Murid daripada pelbagai golongan dapat bergaul dan
berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya dan masyarakat lain.
Selain itu, guru telah mengadakan program yang sesuai dengan semua murid
seperti program gotong-royong perdana ini. Hal ini menunjukkan kepekaan dan
keprihatinan guru terhadap kepelbagaian budaya murid di sekolah. Program ini
sesuai dengan semua murid kerana program ini tidak menyentuh isu-isu sensitif
berkaitan sesuatu kaum atau agama. Hal ini demikian kerana program ini tidak
berfokus kepada satu kaum sahaja sebaliknya melibatkan semua warga sekolah.
Oleh hal yang demikian, persepsi negatif yang mengatakan bahawa guru bersikap
pilih kasih dapat dihakis dalam kalangan murid.
Sehubungan itu, program kepelbagaian budaya ini telah mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat termasuklah guru, murid,
ibu bapa dan kaki tangan sekolah. Hal ini demikian kerana mereka dapat
bekerjasama dan saling menbantu antara satu sama lain dalam aktiviti gotongroyong ini. Pada masa yang sama, mereka dapat belajar untuk mengenali kaum
yang lain misalnya orang Melayu dapat berkenalan dengan orang Cina dan India.
Perkara ini secara tidak langsung dapat meluaskan pergaulan mereka dan tidak
terhad kepada kelompok sendiri sahaja.

Di samping itu, melalui program kepelbagaian budaya ini, semua warga


sekolah termasuklah guru dan murid dapat menanamkan sikap mementingkan
kebersihan dan kecantikan sekolah. Warga sekolah yang mempunyai kesedaran
tentang perkara tersebut akan dapat mewujudkan suasana dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Hal ini akan dapat membantu mengekalkan
kecemerlangan sekolah dari pelbagai aspek sama ada kurikulum, kokurikulum
mahupun peribadi atau sikap setiap warga sekolah.
Pada masa yang sama, program ini dapat memupuk sikap saling
menghormati dan bertolak ansur khususnya dalam kalangan murid yang pelbagai
kaum. Murid pelbagai kaum akan belajar untuk menghormati rakan mereka dalam
melakukan sesuatu aktiviti terutamanya dalam aktiviti berkumpulan. Sebagai contoh,
dari aspek perbezaan jantina, murid lelaki dapat membantu dan memimpin murid
perempuan dalam melakukan sesuatu kerja yang agak berat. Hal ini akan
membentuk sikap toleransi dalam kalangan murid terutamanya dalam berkomunikasi
dengan rakan mereka.
Kesimpulannya, program kepelbagaian budaya di sekolah dapat memberi
peluang yang sama kepada murid pelbagai kaum untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Melalui program ini, murid
ditekankan dengan kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam
mengekalkan keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik.
REFLEKSI DIRI
NAMA

: ZAHRAH BINTI JIRIN

KAD PENGENALAN : 940121-12-6700


REFLEKSI
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya
sya dapat menyiapkan dan menghantar tugasan Budaya dan Pembelajaran ini pada masa
yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua pihak yang
telah terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam memberikan bantuan sepanjang
tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Terutamanyanya kepada pensyarah mata pelajaran
Budaya dan Pembelajaran, Puan Sharizan binti Abd Hamid yang sentiasa meluangkan
masa untuk memberi bimbingan apabila diperlukan. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan
saya iaitu Farah Aqila yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik

sepanjang tempoh menyiapkan bahagian kedua tugasan ini iaitu menganalisis aktiviti
sekolah. Akhirnnya penghargaan saya tujukan kepada kedua ibubapa, rakan sekelas dan
semua yang terlibat membantu kerana tidak putus-putus memberikan sokongan moral
mahupun sumbangan idea yang bernas kepada saya.
Pada semester mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran adalah wajib bagi semua
pelajar semester lima. Tugasan bagi mata pelajaran ini ialah kami dikehendaki menyediakan
rancangan pengajaran harian (RPH) yang melibatkan aktiviti berkumpulan. Bahagian kedua
tugasan ini pula menghendaki kami menganalisis aktiviti sekolah secara dalam kumpulan
berdua. Antara pengalaman yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini
ialah dapat membina satu rancangan pengajaran harian yang menarik.
Bagi tugasan satu, saya telah memilih tajuk dalam mata pelajaran major kami iaitu
Sejarah. Tajuk yang saya pilih ialah Warisan Kita yang menjelaskan tentang warisan budaya
yang terdapat dalam kalangan kaum di Malaysia. Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam
RPH saya mulakan dengan menunjukkan video tarian singa kepada murid. Video ini amat
menarik dan dapat menarik perhatian murid dan memberi pendedahan kepada murid selain
kaum Cina mengetahui tentang salah satu daripada tarian kaum Cina. Aktiviti berkumpulan
pada langkah kedua juga dapat mengratkan lagi hubungan sesame rakan sekelas yang
berlainan kaum khususnya. Hal ini kerana dalam aktviti ini murid akan dibahagikan kepada
lima kumpulan kecil. Guru akan memastikan setiap kumpulan adalah terdiri daripada
pelbagai kaum. Seterusnya setiap kumpulan akan membentangkan warisan budaya kaum
yang telah dipilih. Melalui aktiviti ini murid akan dapat mengenali dengan lebih lanjut tentang
budaya kaum yang berbeza dan perasaan empati sesame mereka akan dapat dibina.
Saya berasa sangat seronok kerana dapat peluang untuk mempelajari mata
pelajaran Budaya dan Pembelajaran ini. Seterusnya, pengalaman yang saya perolehi
sepanjang tempoh menyiapkan tugasana ini ialah saya dapat mengetahui pelbagai aktiviti
menarik yang menglibatkan murid-murid daripada pelbagai kaum. Dalam bahagian kedua
tugasan ini saya dan ahli kumpulan Farah Aqilah telah memilih Sekolah Kebangsaan Tun
Hussein Onn. Kami telah menganalisis aktiviti yang telah dijalankan oleh sekolah ini melalui
blog sekolah tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang dimasukkan dalam blog tersebut
seperti sambutan hari

kemerdekaan, hari anugerah kecemerlangan sekolah, program

nilam, gotong royong perdana, orentasi pelajar tahun satu, dan banyak lagi. Kesemua
aktiviti ini mempunyai penglibatan guru-guru, ibubapa dan murid-murid di sekolah tersebut.
Kami mendapati aktiviti ini dapat memberikan impak yang positif terhadap hubungan
ssesama kaum dalam sekolah tersebut. Selain daripada itu, melalui tugasan bahagian

kedua ini juga, saya dapat mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang boleh diaplikasikan di
sekolah kelak.
Selain daripada itu, melalui pelaksanaan tugasan ini, saya menyedari bahawa adalah
penting untuk seorang guru memiliki kemahiran dalam bidang tekologi ICT khususnya. Hal
ini kerana semasa menyiapkan tugasan dua, saya menghadapi sedikit kekangan untuk
memilih sekolah untuk dianalisis. Kekangan yang saya dan rakan sekumpulan hadapi ialah
untuk mencari blog sekolah yang lengkap dan sentiasa dikemaskini. Kami dapati
kebanyakkan blog sekolah yang ada tidak dikemaskini. Aktiviti yang ada hanyalah aktiviti
dua tahun atau tiga tahun sebelumnya. Butiran terhadap aktiviti juga tidak lengkap. Terdapat
juga sekolah yang tidak memasukkan tentang aktiviti sekolah. Hanya organisasi dan jadual
yang perlu dimiliki oleh setiap guru. Tetapi kekangan ini berjaya kami atasi dengan mencari
blog sekolah yang lebih aktif. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekangan guru di
sekolah tersebut. Namun pengajaran yang boleh diambil ialah sebagai guru pelatih kami
perlu berusaha untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek
untuk diaplikasikan di sekolah kelak.
Pelaksanaan tugasan ini juga membolehkan saya meningkatkan kemahiran dan
kefahaman tentang perkembangan kognitif dalam diri. Pertamanya tugasan ini membuatkan
saya lebih tekun untuk menaakul maklumat dan mengeluarkan idea yang kreatif dan bernas
berkaitan tugasan. Terutamanya pada bahagian pertama tugasan ini iaitu menyediakan
rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Sejarah tahun 4. Pelbagai rujukan
yang telah saya dapati dan gunakan untuk menhasilkan idea yang menarik dan dapat
dijadikan contoh untuk menghasilkan aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif semua murid.
Bahan rujukan yang saya perolehi tidak dibaca begitu sahaja tetapi saya akan mengambil
maklumat tersebut kemudian menyesuaikan dengan keperluan dalam tugasan ini.
Contohnya saya telah merujuk kepada beberapa contoh pelbagai latihan dan lembaran kerja
yang terdapat dalam buku teks dan buku kerja Sejarah tahun empat. Kemudian contoh
tersebut saya sesuaikan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada langkah pembelajaran
yang sepatutnya. Akhirnya kami dapat mencambahkan lagi idea-idea bernas untuk
menjadikan aktiviti yang dijalankan lebih menarik minat murid untuk beraktiviti.
Seterusnya, kemahiran kognitif saya dari segi kebolehan merancang dan
menyelesaikan masalah dapat diperbaiki dan ditingkatkan. Maklumat yang kami perolehi
daripada tugasan kedua iaitu menganalisis sekolah melalui blog membolehkan kami
mengetahui kekuatan dan kelemahan penggunaan teknologi ICT dalam pengurusan
sekolah. Namun tidak dinafikan beberapa cabaran dan risiko kegagalan yang kami hadapi
sepanjang tempoh menganalisis program-program sekolah. Perancangan yang lebih teliti

dan terperinci dapat menjelaskan lagi masalah yang dihadapi. Apabila rancangan yang teliti
dan terperinci dapat dilakukan langkah penyelesaian akan dapat dijalankan. Contohnya
dalam tugasan ini,kami telah merancang untuk mencari maklumat daripada sekolah yang
pernah dikunjungi sebelum ini. Tetapi kami menemui masalah iaitu sekolah tersebut tidak
mengemaskini program dalam blog tersebut. Kami telah mengatasi masalah tersebut
dengan mencari sekolah yang lebih aktif dan tersusun pengurusan blog sekolahnya.
Kemudian kami lakukan perancang yang lebih teliti dan terperinci untuk setiap aspek yang
perlu diambil kira dalam menganalisis program sekolah tersebut.
Keseluruhannya, tugasan ini banyak membantu dalam meningkatkan ilmu,
kemahiran dan pengalaman berharga yang akan menjadi nilai tambah kepada kami sebagai
guru pelatih yang mengambil major Sejarah khususnya. Saya berharap agar semua ilmu,
pengalaman dan nilai yang saya pelajari sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini dapat
dihayati dan diamalkan sebagai persiapan dan latihan ke arah menjadi seorang guru yang
berketerampilan dan berwibawa suatu masa nanti. Oleh itu sebagai bakal pendidik kita
seharusnya berani menghadapi pelbagai cabaran dan risiko yang mungkin akan berlaku
dalam usaha meningkatkan nilai sebagai seorang pendidik cemerlang. Semoga generasi
yang cemerlang dalam segenap aspek dan mampu memberikan sumbangan kepada diri,
keluarga dan negara akan dapat diwujudkan.
Sekian wassalam.

RUJUKAN
Akashah bin Ismail, Jayakumary a/p Marimuthu, 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahdi Shuid, Rosliza Arifin, Low Zi Xin, 2015. Rujukan Lengkap Sejarah tahun 4. Selangor.
Global Mediastreet Sdn Bhd.
Norhatini Abd Hamid, 2014. Pentaksiran Berasaskan Sekolah KBAT tahun 4. Shah Alam,
Cerdik Punlications Sdn Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, 2011.
Budaya dan Pembelajaran. Selangor, Oxford fajar Sdn. Bhd.

Rosliza Arifin, Mahdi Shuid, Dr. Ramli Saadon, 2015. Pentaksiran Kendiri KBAT Sejarah
tahun 4. Kuala Lumpur. Percetakan Rina Sdn Bhd.
Siti Hawa bt.Jaafar, Nor Azizul bin Haron, 2014. PBS DSKP Sejarah tahun 4. Kuala Lumpur.
Putaka Seri Cahaya.

LAMPIRAN :
BAHAN BANTU MENGAJAR TUGASAN 1

BBM 1 : Set induksi


Aktiviti : Menonton video Tarian Singa

url video : https://youtu.be/GRwJRbtFznE

BBM 2 : Langkah 1

Aktiviti : Ketahui bahan tinggalan dan tempat bersejarah


GAM BAR 1

NAMA : Gendang Dong Son


dijumpai di Batu Buruk,
Terengganu pada tahun 1964
turut dijumpai di Sungai Tembeling,
Pahang.

dipercayai digunakan sebagai :


alat muzik untuk hari perayaan
perkahwinan dan upacara kematian
juga dijadikan sebagai alat pengkebumian oleh
golongan kaya dan berstatus.

GAMBAR 2

Rumah Agam Cheong Fatt Tze


Dimiliki oleh Cheong Fatt Tze dan merupakan rumah
paragigm Cina tradisi.
Dibina oleh Cheong Fatt Tze pada penghujung abad ke19 ini
mempunyai 38 buah bilik, 5 bidang laman dalam diturap
granit, 7 batang tangga dan 220 buah tingkap beram balak
vernakular.
Rumah agam ini kini digunakan sebagai hotel dan juga
muzium sebagai sebahagian projek pemulihan rumah ini.
Anugerah
o Anugerah Seni Bina Kebangsaan Malaysia untuk
Pemuliharaan 1995
o Anugerah Pemuliharaan Warisan Paling Cemerlang
UNESCO 2000
o Anugerah Cemerlang 'Tarikan Pelancong Terbaik 2003'
Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan
Malaysia
o Anugerah Kecvemerlangan ASEANTA 2004 Usaha
Pemeliharaan Kebudayaan ASEAN
GAMBAR 3

MANUSKRIP HIKAYAT PATANI

'Hikayat Patani merupakan


sebuah manuskrip Melayu
silam.
Mengisahkan sejarah Patani
mengenai lagenda dan
Kesultanan Patani, sebuah
kerajaan Melayu yang terletak
di pantai barat Semenanjung
Malaysia

Cerita ini bertarikh seawal akhir abad ke lima


belas, tetapi kemungkinannya direkodkan
pada pelbagai masa antara 1690 dan 1730
oleh sehingga enam pengarang yang ditulis
dalam tulisan Jawi. dan Kesultanan Patani,
sebuah
kerajaan Melayu
yang
terletak di
GAMBAR
4
KOTA
A FAMOSA
pantai barat Semenanjung Malaysia
GAMBAR 4

Kota A Famosa (bermaksud "Yang


Termashur" dalam bahasa Portugis)

Dibina oleh Portugis sebaiksahaja berjaya


menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa
terletak di Bandar Hilir, Melaka
Dibina oleh Portugis sebaik sahaja
berjaya menawan Melaka pada tahun
1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir,
Melaka
Merupakan seni bina Eropah tertua
yang masih tinggal di Asia.

GAMBAR 5

ALAT PEMUKUL KAYU

Kategori: Koleksi
Arkeologi
Alat batu yang mempunyai garisan
silangmenyilang.
Digunakan mengetuk dan
melembutkan kulit kayu untuk
dijadikan pakaian.
Merupakan alatan yang digunakan
semasa zaman prasejarah Neolitik.

GAMBAR 7

LEMBAH BUJANG

Kawasan ini juga sebagai tempat persinggahan


yang penting bagi saudagar-saudagar India untuk
ke negeri China dan sebaliknya.
Lembah Bujang telah membangun sebagai sebuah
kawasan pusat perkembangan politik dan agama
Hindu Buddha pada masa dahulu.
Beberapa buah candi telah dijumpai seperti Candi
Pengkalan Bujang, Candi Bukit Batu Pahat, Candi
Pendiat dan lain-lain.
Muzium Arkeologi Lembah Bujang dibuka secara
rasminya pada 23 Januari 1980 oleh DYMM Sultan
Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

GAMBAR 8

DATARAN MERDEKA
Dataran Merdeka dahulunya dikenali
sebagai Padang Kelab Selangor.
Pada asalnya ia merupakan padang
kriket bagi Kelab Selangor (kini Kelab
diraja Selangor).

Di sinilah, di hadapan bangunan Sultan Abdul


Samad, bendera Union Jack diturunkan dan bendera
Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada
S
tengah
malam 31 Ogos 1957.

GAMBAR 9

PERAK MAN

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia


tertua yang pernah dijumpai di Malaysia.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman
batu era Paleolitik.
Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di
dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala
Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak.
Rangka tulang Perak Man yang berumur antara
10,00011,000 tahun. Perak Man adalah lelaki berumur
antara 4045 tahun dengan ketinggian 157 cm.

GAMBAR 9

BANGUNAN SULTAN IBRAHIM


Bangunan Sultan Ibrahim merupakan
bekas bangunan urus Setia negeri Johor
Terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru,
Malaysia. Bangunan ini telah dibina di antara
tahun 1936 dan 1939 dan telah siap pada
tahun 1940.

Telah dirasmikan oleh almarhum Sultan Ibrahim


ibni Sultan Abu Bakar.

Merupakan bangunan tertinggi di Malaysia


semasa zaman sebelum merdeka.
GAMBAR 10

MURAL HANG TUAH


Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda
berbangsa Melayu pada masa pemerintahan
Kesultanan Melaka di abad ke-15
Beliau lahir di Kampung Sungai Duyong,
Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D.

Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal


dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan
petarung silat yang amat handal dan tiada tolok
bandingnya.
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan
Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada
seorang lelaki yang sedang mengamuk.
Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan
mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya
dan
mengambil
mereka untuk bertugas di
BBMseterusnya
2 : Langkah 1 (lembaran
kerja)
istana.
Aktiviti : Ketahui bahan tinggalan dan tempat bersejarah
Lengkapkan peta i-Think di bawah mengikut kategori bahan tinggalan sejarah yang boleh
ditemui di muzium atau tempat bersejarah.

WARISAN KITA

Bahan tinggalan sejarah yang boleh


Nama : Pemukul
ditemuikayu
di muzium
Fungsi : Digunakan untuk memukul kulit
kayu oleh masyarakat prasejarah.

Nama : Kota A Famosa


Tempat bersejarah
Tempati : Melaka
Peristiwa : Penjajahan Portugis ke atas
Melaka.

BBM 3 : Langkah 2 (bahan yang akan di masukkan dalam sampul)


Aktiviti : Mengenal pasti warisan bagi kaum Melayu, Cina dan India.

KAUM MELAYU

KAUM
Cina
KAUM
India
Gambar dan keterangan 1

DIM SUM
Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang dihidang bersama teh
Cina. Hidangan disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging,
makanan laut, dan sayursayuran, dan juga pencuci mulut dan buahbuahan.
Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas
pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan
dim sum pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. Juga,
ibu bapa Cina suka membawa anak mereka di sana hari Ahad untuk
bertemu dan berbual dengan datuk nenek mereka.

Gambar dan keterangan 2

KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa
Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari dan
memerhati bulan kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada
peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakanrakan atau kepada perhimpunan
keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling
penting. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang
10 cm dalam diameter dan 45 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai
dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (23 mm) dan boleh mengandungi kuning telur
daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan
kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian kecil diiringi
dengan Teh Cina.

Gambar dan keterangan 3

PERMAINAN KHO KHO


Permainan Kho kho merupakan satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan
berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Bagi permainan Kho kho, setiap kumpulan
boleh mempunyai 12 pemain. Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu
perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan Kho kho ini. Setiap giliran diperuntukkan
selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan
berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan
duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain
yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah
menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir
apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan
telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan.
Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain
sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan
begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan.

Gambar dan keterangan 4

TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin (Jawi: )merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Dan mengikut dari
segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu
sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di
Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu
mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga
juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn"
yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadangkadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat
ke atas Nabi S.A.W. Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian
Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.

Gambar dan keterangan 5

WAU
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak berates-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi
unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang
terdapat pada wau tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah
diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang
permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini
bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511).Permainan wau
merupakan salah satu daripada hobi pendudukpendudukdi kawasan pendalaman
terutama bagi negerinegeridiUtara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan.
Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.
Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah
Gambar dan keterangan 6

TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan
masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang
memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala
pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Keduadua
penari itu akan bergerak seakanakan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa
ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa
tuah. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia,
terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut
mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.

Gambar dan keterangan 7

TOSAI
Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai,
dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur,
tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum india. Tosai boleh didapati di manaman gerai atau kedai mamak
dan juga di restoran india.
Makanan tradisional ini berasal dari India. Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan
malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai
jenis lauk sampingan. Contohnya ,sambal dari buah-buahan, acar india,kari ayam atau
daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah
di goreng sehingga ranggup.

Gambar dan keterangan 8

CONGKAK
Sejaongkak perkataan yang dipercayai berasal dari melayu lama congak, yang
bermaksud pengiraan mental yang terutamanya diamalkan dalam permainan ini.
Ia dianggap bahawa pemain yang cekap yang mental mengira beberapa langkah
terlebih dahulu akan mempunyai kelebihan dalam mengumpul mata untuk
memenangi permainan. Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang
cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya
memenangi permainan. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan
congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat
daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang
dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang
dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80
cm dan lebanya 18 cm.

Gambar dan keterangan 9

LEMANG
Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual
sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti harihari raya. Di
Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang
sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga
menggemari lemang,sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan
"Kota Lemang".Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke
dalam ruas buluh yang dilapik dengan daunpisang, sebelum dibakar sehingga masak.
Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di
Malaysia. Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti
kaum Negrito.
dan suku Semai.[6]

Gambar dan keterangan 10

PIPA
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu
dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya
mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari
seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4
pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa
digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina juga sebagai alat solo
atau mengiringi nyanyian.

Anda mungkin juga menyukai