Anda di halaman 1dari 17

Tajuk : Pendekatan Teori PembelajaranKognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual

Nama Universiti : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nama Program : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Visual

Nama Kursus : Falsafah Ilmu

Kod Kursus : HNF 3012

Nama : Harith Nabil Bin Abdul Rahman

No. Matrik : D20181083745

Kumpulan : H

Nama Pensyarah : Dr. Julita@Norijietta Binti Taisin

Semester : 3

1
KANDUNGAN

KATA PENGANTAR 3

PENGENALAN 4

LATAR BELAKANG 5

PANDANGAN 6 - 12

PERBINCANGAN 13 - 15

PENUTUP 16

RUJUKAN 17

2
KATA PENGANTAR
Syukur kepada Allah SWT yang telah memberi peluang dan rahmat-Nya sehingga saya
dapat menyelesaikan tugas ini iaitu ulasan jurnal tentang Kepentingan Seni Dalam Pendidikan
Dan Membuat Penuliasan Kritis tepat pada waktunya.

Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya yang telah menyokong saya dari awal
tugasan hingga selesai tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu
Dr. Julita@Norijietta Binti Taisin yang telah memberikan tugasan ini dan memberi tunjuk ajar
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, dapat menambah
pengetahuan dalam bidang ini. Tidak lupa juga kepada rakan sepejuangan saya yang telah
memberi sokongnan moral dan tunjuk ajar kepada saya.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang telah
membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Semoga mereka sentiasa berada dalam
lingkungan rahmat-Nya. Saya sedar, karya yang saya tulis masih jauh dari sempurna. Oleh itu,
saya akan menantikan kritikan dan cadangan yang membina untuk kesempurnaan karya ini.

3
PENGENALAN
Kajian ini berkaitan dengan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni
Visual. Menurut kamus dewan edisi keempat kognitif ini berkaitan dengan kodnisi sebagai cara
memenuhi keperluan untuk kefahaman intelektual. Pada masa dahulu, apabila memperkatakan
tentang sikap, manusia tidak dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya
telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku
manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan
manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana manusia
dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa
otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang
mengkaji bagaimana minda manusia memainkan peranannya.

Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima
diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada
dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Hasil
pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif
menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak
kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada
bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan
minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif.

Teori kognitif ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam semua
mata pelajaran, iaitu di bawah Perkara Kemahiran Bernilai Tambah yang menggariskan tujuh
kemahiran, antaranya Kemahiran Berfikir (KB). Penyerapan KB ini boleh dilaksanakan dalam
PSV dengan aplikasi pendekatan teori pembelajaran kognitif ini yang menekan proses berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Teori pembelajaran kognitif ini pula ada banyak,
antaranya Teori Gestalt, Teori Ausubel dan teori pemprosesan maklumat. Kesemua teori ini
perlu diaplikasikan oleh guru dalam P&P mengikut kesesuaian tahap pelajarnya agar proses P&P
menjadi lebih berkesan dan bermakna.

4
LATAR BELAKANG
Selain teori behaviorisme yang berasaskan tingkah laku, teori kognitif adalah berasaskan
proses pemikiran, iaitu proses mental dalaman yang membolehkan manusia memperoleh
pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai dan mengingat semula pengetahuan yang
tersimpan untuk digunakan semula. Teori kognitif ini menumpukan perhatian kepada skema dan
model mental pelajar yang dapat mendorong pembelajaran pelajar (Abdul Latif, 2003). Teori
kognitif memberi penekanan terhadap pemprosesan maklumat yang berlaku dalam minda pelajar
ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Para pelajar sebagai penerima yang
memproses maklumat dianggap sangat penting dan perlu diberi perhatian selain pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Proses pembelajaran berlaku dengan melibatkan pelajra secara aktif
untuk memahami dan mentafsir pelajaran yang disampaikan. Golongan kognitivis percaya
bahawa media boleh menyediakan rangsangan yang dapat memperkembangkan model mental
pelajar.

Teori pembelajaran kognitif yang diasaskan oleh Bruner dan Simon pada tahun 1950-an,
menekankan tentang pembentukan sistem mengkod, yakni coding system ini akan membenarkan
perpindahan, menggalakkan ingatan dan menambahkan penyelesaian masalah dan memotivasi
pelajar. Perubahan tingkah laku digunakan sebagai petunjuk proses yang berlaku dalam fikiran
pelajar. Kognitif melibatkan proses penanggapan, pembinaan konsep, penaakulan, penilaian dan
penyelesaian masalah. Pelopor utama dalam teori ini ialah Rousseau, Ausubel, Piaget, Brunner,
Gagne, Wertheimer, Wolfgang, Koffka, Kohlberg, Kohler, Dienes, Vygotsky, Graham, Palmer
dan Lowenfeld.

5
PANDANGAN
Kajian Psikologi Kognitif ialah merupakan perspektif secara teori yang memfokuskan
pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia menggambarkan pelajar sebagai proses
maklumat yang aktif menyerupai metafora dunia komputer. Pada pandangan psikologi kognitif,
cara pelajar menambahkan maklumat menentukan pencapaian tahap kefahaman mereka. Model
kognitif hampir sama dengan model S-R. Model kognitif yang diubah suai oleh Waugh dan
Norman pada tahun 1965 boleh dilihat dalam Rajah 1.

Model tingkah laku moden yang pertama dibangunkan oleh Wuagh dan Norman (1965).
Model ini adalah model dualistik, berkaitan memori primer dan sekunder. Waugh dan Norman
secara bebas "meminjam" model James dan menggambarkan model mereka seperti di atas.
Waugh dan Norman juga menyumbang (secara tidak sengaja oleh pembuat model) dengan
memperkenalkan "kotak kepala", yang menerangkan ingatan sebagai gambarajah carta aliran.

Waugh dan Norman mengembangkan model James dengan mengira ciri-ciri memori
primer. Sistem storan jangka pendek dikenali mempunyai kapasiti yang sangat terhad, sehingga
kehilangan maklumat yang dihantarkan berlaku bukan hanya sebagai proses yang terjadi "dari
masa ke masa", tetapi terjadi karena item baru "mengatasi" item lama ketika ruang penyimpanan
penuh.

6
TEORI GESTALT

Teori Gestalt berkaitan secara langsung dengan Teori Humanistik. Gestalt menunjukkan
bagaimana penerimaan manusia (mata dan otak berfungsi bersama) terhadap bentuk psikologi
visual secara keseluruhan. Perkataan Gestalt berasal daripada bahasa German (Gestalten) yang
bermaksud ‘entire figure or configuration’ atau keseluruhan, ‘pattern’ (pola), ‘bentuk’ atau
‘konfigurasi’ sesuatu yang dipersepsi. Teori Gestalt menyifatkan penyelesaian masalah yang
berlaku pada manusia sebagai dalaman atau “insight” atau persepsi perhubungan antara elemen-
elemen situasi penyelesaian masalah. Empat hukum Gestalt, iaitu Penutupan (Closure),
Kedekatan (Proximity), Kesinambungan (Continuance), dan Keserupaan (Similarity) diterapkan
dan diaplikasikan dalam penghasilan karya seni visual.

I. Hukum Penutupan (Closure) - penutupan antara satu dan yang lain apabila elemen-
elemen terenggang akibatnya kelihatan reka bentuk keseluruhan
II. Hukum Kesinambungan (Continuance) - sebahagian daripada bentuk bertindih dengan
sendirinya atau bentuk tersebut berdekatan antara satu sama lain, dan mata manusia akan
mengarah kepada bentuk yang mendominasikan tanpa sebarang halangan.
III. Hukum Kedekatan (Proximity) - Objek yang terletak berdekatan di antara satu sama
lain sering kelihatan sebagai golongan yang sama.
IV. Hukum Keserupaan (Similarity) - persamaan di antara setiap bahagian membantu
dalam pembentukan satu rupa bentuk dan boleh menjadi satu cara yang berkesan
sekiranya saiz yang sama wujud.

7
Teori Pembelajaran Ausubel

Teori ini yang digelar sebagai advance organizer, menekankan aspek hubungan antara
pelbagai konsep penting yang mencakupi keseluruhan pelajaran yang dipelajari. Fungsinya
menyediakan bantuan pembelajaran kepada pelajar bagi pembelajaran yang baharu. Selain itu,
teori ini juga berfungsi menghubungkan konsep pengetahuan baharu dengan pengetahuan lama
yang telah dipelajari pelajar.

Tiga strategi mengajar yang berkesan melalui teori kognitif, iaitu melalui pemusatan
guru, pemusatan pelajar dan pemusatan bahan. Strategi ketiga-tiga diatas membantu guru
melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan tahu menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Contoh yang bole diambil menerusi teori Ausubel, pelajar digalakkan mencari maklumat dengan
panduan yang diberikan oleh guru. Teori ini menekankan bahawa untuk mengajar dengan lebih
berkesan, guru hendaklah mengetahui setakat manakah pengetahuan sedia ada pelajarnya dan
kemudian memulakan pengajarannya dari maklumat tersebut. Beliau mengatakan memperoleh
ilmu dalam bentuk pembelajaran penerimaan dan bukan daripada pembelajaran penemuan.

Teori Pengecaman Corak

kajian tentang pengecaman corak melibatkan bagaimana manusia mengenal pasti objek
yang ada di sekeliling mereka. engecaman corak berlaku berlandaskan tiga teori, iaitu Teori
Template, Teori Fitur dan Teori Struktural.

I. Teori Template - pengecaman corak melalui penghuraian pengetahuan secara


menyeluruh,
II. Teori Fitur – pengecaman corak melalui penghuraian pengetahuan yang
melibatkan penghuraian pada bahagian-bahagian tertentu.
III. Teori Struktural - penghuraian pengetahuan yang melibatkan penghuraian pada
bahagian-bahagian tertentu serta mengkaji hubungan di antara bahagian-bahagian
tersebut

Ketiga-tiga teori kognitif berkaitan pengecaman corak ini dapat diaplikasikan dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual.

8
Model Pemprosesan Maklumat

Model pemprosesan maklumat atau erti kata lain seperti sebuah computer yang terdiri
daripada ingatan deria (sensory memory), ingatan jangka pendek atau memori kerja (working
memory) dan ingatan jangka panjang (long term memory). Teori yang melihat pembelajaran
sebagai suatu proses input-proses-output, dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat.
Beberapa model yang menghuraikan pemprosesan maklumat antaranya ialah Model Reed,
Model Sperling, dan Model Rumelhart. Model Pemprosesan Maklumat oleh Reed dapat dilihat
dalam
Rajah 2.

ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

KELEBIHAN KELEMAHAN KEBAIKAN KESAN


 Guru boleh  Jika sesuatu  Guru dapat  sesuai
menggunakan maklumat menjimatkan digunakan
model ini tidak masa. untuk mengajar
untuk diproses, konsep dan
menerangkan ingatan  Penerangan kemahiran
konsep, jangka bahan sesuatu
hukum, prinsip pendek akan pembelajaran pelajaran dalam
atau teori hilang serta oleh guru peringkat
matematik. merta. dalam bentuk perkembangan.

9
fakta secara
 Menerangkan  Guru perlu tersusun dan  Membolehkan
sesuatu konsep membentuk dijelaskan pelajar
dengan respon yang mengikut membuat
menggunakan betul, untuk urutan. diskriminasi
alat bantu membolehkan  Pelajar dapat dan
mengajar. kanak-kanak membentuk generalisasi
menyebut dan konsep yang dengan tepat.
menulis baik.
respon  membina
 Persekitaran dengan betul.  Persekitaran keyakinan
pembelajaran  Bantu pelajar pembelajaran pelajar dalam
untuk membuat untuk mencapai
pengajaran banding beza pengajaran kejayaan.
konsep adalah situasi untuk konsep adalah
berstruktur dan mengenal berstruktur  menekankan
berpusatkan pasti dan kerja kumpulan
guru. perbezaan dan berpusatkan dan kerjasama
persamaan. guru. dalam
 Guru boleh pembelajaran.
menghuraikan  Hanya  Peranan guru
konsep secara menggunakan ialah  Pembelajaran
lisan sambil pembelajaran memberikan melalui kaedah
menulis fakta- yang maklum balas ini memerlukan
fakta yang diprogramkan terhadap idea kemahiran-
penting di sahaja pelajar, kemahiran
papan hitam  Memerlukan menggalakkan seperti
guru penglibatan membuat
menyediakan pelajar dan perbandingan
bahan P&P menyokong

10
yang banyak pelajar
dan menarik membentuk
untuk sentiasa kebolehan
menarik fokus penaakulan.
murid.
 Pembelajaran
ini melibatkan
penggunaan
rumus, prinsip
dan
generalisasi.

11
Dari sudut falsafah, mata pelajaran pendidikan seni visual tidak hanya bermatlamat
untuk melahirkan pelajar sebagai pelukis semata-mata, tetapi berkeyakinan untuk mewujudkan
warganegara yang berbudaya, individu berimaginatif, berkreatif, berdaya reka, berpengetahuan
dan peka terhadap ciri;ciri estetik. Aspek ini juga menjadi landasan pembentukan dan
perlaksanaan mata pelajaran seni visual di sekolah. Mata pelajaran seni visual yang mantap dan
global membentuk pelajar-pelajar menuju kea rah matlamat yang telah dirancangkan dalam
falsafah pendidikan Negara dinyatakan tentang usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan bakat dan pontensi individu.

Merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan umum terdapat


berbagai pendekatan yang boleh dijadikan landasan guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran.
Contoh, pendekatan behavioralisme iaitu pendekatan pembelajaran ini telah dipelopori oleh
thorndike, Pavlov dan skinner. Begitu juga dengan pendekatan kognitif yang dipelopori oleh
piaget, Benjamin s. bloom dan tokoh lain seperti Gestalt dan brunner. Terdapat dua lagi
pendekatan iaitu humanistik dan konstruktif

12
PERBINCANGAN
Kelebihan Jurnal

 KANDUNGAN
Secara keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai Teori Pembelajaran
Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual. . Penulis juga telah menyatakan
hujjah-hujjah dari segi makna kognitif , tokoh-tokoh kognitif seperti Rousseau,
Ausubel, Piaget, Brunner, Gagne, Wertheimer, Wolfgang, Koffka, Kohlberg,
Kohler, Dienes, Vygotsky, Graham, Palmer dan Lowenfeld. Penulis juga
menyatakan teori- teori yang dicipta oleh tokoh-tokoh tersebut dan menggunakan
dalam pendidikan seni visual. Pelbagai rasional yang dikemukakan oleh penulis
tentang kebaikan, peluang dan kejayaan yang berasaskan kepada pemikiran
kreatif adalah semata-mata dibuat oleh penulis untuk menguatkan hujjah beliau
supaya cadangan penulis untuk menjadikan kemahiran kreativiti, invensyen dan
inovasi sebagai mata pelajaran di sekolah menengah diterima oleh pihak
kementerian.

 GAYA PENULISAN
Gaya penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujjah, pendapat dan
bukti serta sokongan daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar
atau dalam negara. Namun begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan
mudah difahami tentang mesej yang cuba dibawa dalam penulisannya. sokongan
dan bukti kejayaan yang dikemukakan juga, penulis difikirkan berjaya
meyakinkan pembaca tentang Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme
dalam Pendidikan Seni Visual.

13
 FAKTA UTAMA
Fakta utama yang dikemukakan oleh penulis ialah mengenai Teori Pembelajaran
Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual membuat pelajar lebih kreatif dan
bebas. Dengan teori pembelajaran kognitif pelajar menjadi lebih kreatif kerana
mereka bukan sahaja merespon dan menerima rangsangan, tetapi memproses
maklumat yang diperoleh dan berfikir untuk dapat mencari idea dan
mengembangkan pengetahuan melalui teori-teori yang dikeluarkan oleh penulis
dalam jurnalnya. Contohnya apabila pelajar bekerja pada masalah, pelajar boleh
melakukannya sendiri kerana ketika belajar pelajar menggunakan pemikiran
mereka sendiri untuk mengasah memori mereka, tanpa bergantung pada orang
lain.

14
Kelemahan Jurnal

Melalui penulisan ini pengkaji menyedari pada dasarnya teori kognitif ini memberikan
lebih banyak kefahaman terhadap kemampuan ingatan pelajar, dan keupayaan ingatan setiap
pelajar, sehingga kelemahan yang terjadi di sini selalu mengandaikan bahawa semua pelajar
mempunyai kemampuan ingatan yang sama dan tidak dapat dibezakan. Kadang-kadang kaedah
ini juga tidak memberi perhatian kepada cara pelajar belajar atau meneroka pengetahuan dan
cara pelajar mencarinya, kerana pada dasarnya setiap pelajar mempunyai cara yang berbeza.

Selain itu juga, pengajaran hanya menggunakan kaedah kognitif, maka pastinya pelajar
tidak akan memahami sepenuhnya bahan yang disediakan. Sekiranya dalam sekolah vokasional
hanya menggunakan kaedah kognitif jika tiada kaedah pembelajaran yang lain, pelajar akan
mengalami kesulitan dalam amalan aktiviti atau bahan. Dalam mengaplikasikan kaedah
pembelajaran kognitif, perlu dipertimbangkan keupayaan pelajar untuk membangunkan bahan
yang telah diterima.

15
PENUTUP
Kesimpulannya, Teori Kognitif adalah berkenaan bagaimana proses pembelajaran
berlaku. Teori ini juga, menitikberatkan bagaimana sesuatu kaedah pembelajaran berinteraksi
dengan aktiviti yang berlaku dalam mental pelajar. Menurut Ramlah dan Mahani (2004) salah
satu daripada implikasi Teori Kognitif ialah guru harus memberi fokus kepada proses pemikiran
pelajar dan bukan hanya kepada hasil akhir produk sahaja bagi memastikan pelajar mengalami
proses berfikir yang betul. Tambahan lagi, pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran seperti meneroka dan mendapatkan sendiri pengetahuan melalui interaksi dengan
persekitaran.

Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga
ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak
adalah berbeza dari segi perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh faktor-
faktor lain seperti baka, persekitaran, makanan, kecerdasan dan sebagainya.

Teori perkembangan ini telah sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan juga
ibu bapa tentang perkembangan yang lalui oleh seseorang kanak-kanak dan setiap kanak-kanak
adalah berbeza dari sep perkembangan kognitifnya yang kemungkinan dipengaruhi oleh
faktorfaktor lain seperti baka, persekitaran, makanan dan sebagainya.

Bergerak daripada pembentukan teori pembelajaran Gestalt sehingga munculnya


pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda diperkembangkan daripada yang hanya
berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman
sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur konitif yang semakin kompleks
dan berstruktur. Akan tetapi, tumpuan ahli-ahli psikologi kognitif tetap berkisar pada kajian
bagaimana seseorang individu berfikir, mempelajari konsep dan menyelesaikan masalah.

16
BIBLIOGRAFI
Ramlah Jantan dan Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan - Pendekatan Kontemporari.
Kuala Lumpur: McGraw Hill Education(M) Sdn. Bhd.

Abdul Latif Gapor. (2003). Pengenalan Teori-Teori Pembelajaran. Nota Kuliah Kursus
Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (KPT 6043). Fakulti Teknologi dan Sains
Maklumat. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kupas Seni (2013), Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual,
Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, vol.1, Hlm 55-66

http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/model-pengajaran-pemprosesan-
maklumat.html#!/tcmbck

https://www.scribd.com/document/326453070/Psikologi-Kognitif

https://dosenpsikologi.com/psikologi-kognitif

https://www.kompasiana.com/nindifatqiya/5a8d60badcad5b4919306d42/model-model-memori-
dan-memori-jangka-pendek

17

Anda mungkin juga menyukai