Anda di halaman 1dari 27

MINGGU 2

FALSAFAH ONTOLOGI
Ontologi Ilmu
Apakah hakikat ilmu?
Definisi Ontologi “ilmu pengetahuan”,
membicarakan sesuatu yang “ada”.
Dari bahasa Yunani: ontos (wujud) dan logos
(ilmu/teori).
Pengertian:
Kajian ciri-ciri “esensi”
Falsafah struktur realiti
Hakikat “ada”
Persoalan makna “ada” dan “berada”
Falsafah yang mempunyai ciri: status, jenis dan
menetukan realiti.
Objek kajian ontologi
Objek kajian ontologi adalah kewujudan
sama ada kewujudan umum atau khusus,
terbatas atau tidak terbatas, universal atau
mutlak, fizik atau metafizik, kehdiuapan
sekaran atau selepas mati atau sumber
segala yang kewujudan.
Ciri-ciri: kaedah, sistematik,
koheran/konsisten, rasional, komprehensif,
radikal, universal.
Aspek dan Aliran Falsafah

1. Aspek Ontologi/Metafizik
-Aliran naturalisme
-Aliran Supernaturalisme
-Aliran spritualisme
-Aliran dualisme
-Aliran pluralisme
-Aliran pantheisme
-Aliran monisme

2.Aspek Epistemologi
-Aliran rasionalisme
-Aliran positivisme
-Aliran empirisisme
-Aliran realisme
-Aliran idealisme

3.Aspek Aksiologi
-Aliran hedonisme
-Aliran vitalisme
ALIRAN DALAM ONTOLOGI
Kuantitatif
Monoisme
Dualisme/paralisme
Pluralisme
Kualitatif
Materialisme
Idealisme
Nihilisme
Agnotisisme
Ruang Lingkup Ilmu
Dua kategori besar
Masalah segera: ekonomi, sosial dan politik
Masalah asasi: tujuan kejadian manusia,
kesudahan alam, konsep ketuhanan dan
seumpamanya.
Value free (bebas nilai) or value laden
(sarat nilai)
Melahirkan tiga aliran pendapat:
Aliran dualisme/dikotomi
Aliran interdisiplin
Aliran integrasi
Klasifikasi Ilmu
Cara Aristotle:
Teori: fizik, matematik, metafizik
Praktikal: etika, ekonomi, politik
Zaman Pertengahan:
Trivium: tatabahasa, dialektik, retorik
Quadrivium: aritmetik, geometri, muzik,
astronomi.
Abad ke-19:
Dikotomi: sains dan sastera
Universiti Harvard: sains tabii, sains soaial dan
sains kemanusiaan.
Hukum Ilmu
Fakta, hepotisis dan teori.
Perbandingan hukum dan teori:
Teori: meliputi pelbagai kenyataan dan hukum
yang sudah diketahui atau diuji. Memberi
penjelasan.Pendapat dan andaian. Tidak
semestinya kekal.
Hukum tidak meliputi teori, tidak menjelaskan,
bukan ramalan dan tetap
Prinsip saintifik, humanistik dan holistik
PENDAHULUAN

ONTOLOGI / METAFIZIK (Realiti)

Memberi perhatian utama kepada realiti


atau kewujudan yang mutakhir.

Mempersoalkan perkara perkara seperti


alam, jiwa atau roh dan kehidupan
Metafizik adalah salah satu cabang
falsafah yang berkaitan dengan kajian
sifat dan asal usul mengenai realiti
mutlak. Istilah ini berasal daripada
nama tajuk Meta ta physica dalam
karya Aristotle ‘Prinsip Pertama’. Oleh
sebab tajuk itu bermakna ‘Selepas
Fizik’, maka pengertian metafizik ialah
berkaitan perkara yang keluar
daripada fizik.
Apakah dia alam jagat?

Apakah dia hidup?

Apakah dia kebebasan manusia?


Metafizik Aristotle (384 – 322 SM) pada asasnya berkaitan
dengan masalah-masalah seperti bahan dan penyebabnya
(temasuk sebab pertama, atau Tuhan), serta kewujudan
yang telah menjadi kajian dalam ontologi, sesuatu cabang
atau bidang kajian metafizik.

Mengikut istilah falsafah, ontologi ialah pengajian kewujudan


(existence) atau kejadian (being). Ahli ontologi sentiasa
berusaha mengetahui makna apabila kita mengatakan
kewujudan sesuatu. Misalnya, epistemologi dan aksiologi
Plato (421 – 347 SM) adalah berlandaskan ontologi.

Mengikut Immanuel Kant (1724 – 1804), konsep metafizik


tentang persepsi ‘kebenaran’ sebenarnya hasil struktur
kognitif dalam minda manusia.
Masa kini, pengertian metafizik ditafsir sebagai cabang
falsafah mengenai kajian realiti yang muktamad. Cabang
falsafah metafizik ini mengkaji realiti dengan mempersoalkan
perkara seperti:
1. Apa dia alam semesta?
2. Apa dia kehidupan?
3. Apa dia pemikiran?
4. Apa dia demokrasi? dan sebagainya.

Di samping itu, ia juga mempersoalkan perihal Tuhan;


misalnya, adanya Tuhan atau tiada Tuhan?

Rumusan yang didapati daripada soalan-soalan tersebut


dikaitkan dengan falsafahnya, misalnya metafizik
pragmatisme, metafizik idealisme, metafizik eksistensialisme
dan sebagainya. Sebagai contoh, mengikut metafizik
idealisme, semua realiti dapat digolongkan kepada satu
perkara iaitu kerohanian.
Epistemologi

Epistemologi ialah cabang falsafah yang mengkaji


ilmu pengetahuan. Epistemologi mempersoalkan
perkara seperti Apa dia ilmu? Bagaimana kita
memperoleh ilmu? Bagaimana kita bukti
kesahihannya? Apakah perkaitan ilmu dengan
pembelajaran?

Di dalam proses perkembangan epistemologi,


sejak tamadun zaman purba kala, telah wujudnya
mazhab materialisme dan idealisme, iaitu
pendekatan-pendekatan dialektik dan metafizik
yang bertentangan. Melalui kedua-dua
pendekatan ini, maka materialisme dan idealisme
berkembang bersama dengan empirisisme dan
rasionalisme yang mana idea mereka dianggap
Secara umumnya, epistemologi yang
berlandaskan mazhab idealisme menekankan
penguasaan ilmu daripada kesedaran kepada
kefahaman. Ahli mazhab idealisme berpendapat
ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau
pengalaman yang subjektif. Mereka menolak ilmu
sebagai refleksi otak manusia terhadap dunia
secara objektif. Manakala, epistemologi yang
berlandaskan mazhab materialisme menekankan
pendekatan ilmu daripada kefahaman kepada
kesedaran. Oleh sebab ahli materialisme
memandangkan ilmu sebagai sesuatu persepsi
secara langsung dan refleksi yang pasif, maka
teori epistemologi mereka tidak dapat
Teori epistemologi yang berlandaskan
materialisme dialektikal, meletakkan
perlaksanaan teorinya sebagai
tempat pertama, menggunakan
pendekatan dialektik (proses interaksi
di antara tesis dan antitesis demi
menghasilkan sintesis) untuk
menyelesaikan masalah semasa
proses ilmu, iaitu mulai daripada
persepsi yang menggerakkan
pemikiran abstrak, demi mendapat
penyelesaian secara saintifik
berkenaan masalah sumber, proses,
Teori epistemologi yang berlandaskan emperisisme dan
rasionalisme merupakan dua mazhab yang paling
berpengaruh terhadap pendidikan masa kini. Kedua-dua
teori merupakan huraian falsafah secara sistematik yang
berkembang di bawah konteks revolusi sains pada abad ke-
17. Kedua-dua pendekatan memberi pertimbangan utama
kepada pencarian ilmu asas yang kekal. Model rasionalisme
yang menarik perhatian ahli falsafah pendidikan mereka
seperti Descartes, Leibniz dan Spinoza adalah didapati
daripada demonstrasi formal dalam logik dan matematik
tanpa pemerhatian atau eksperimen. Mereka berusaha
membentuk semula secara kritis segala ilmu manusia
dengan mengaplikasikan pemikiran tulen asas dan
aksiomnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Descartes :
‘Saya memikir, maka saya wujud.’ Sedangkan, ahli
emperisisme seperti Locke, Berkeley dan Hume
menggunakan persepsi yang diperoleh daripada
pengalaman sensori sebagai ilmu yang benar.
Perbahasan antara ahli rasionalisme dan
ahli emperisisme adalah berpusatkan
khasnya ke atas kemungkinan ilmu yang
dilahir secara semula jadi, sama ada ilmu
diperoleh sebagai a priori, iaitu didapati
melalui penaakulan tanpa pengalaman
dahulu, atau a posterior, iaitu ilmu didapati
daripada pengalaman atau sesuatu yang
tidak terpisah daripada pengalamannya.
Ahli emperisisme menekankan minda
manusia sebagai lembaran kosong
sehingga kesan persepsinya ditinggalkan
daripada pengalaman sensorinya.
Immanuel Kant (1724 – 1804), seorang ahli falsafah dari
Jerman dalam abad ke-18, menggabungkan emperisisme
dan rasionalisme dalam teori epistemologi beliau, dan
mensintesiskannya di antara pengalaman dengan konsep.
Mengikut beliau, tanpa organ-organ deria manusia, kita tidak
dapat mengenal pasti kesan dan kesedaran benda yang
terwujud, tetapi tanpa kefahaman, kita tidak dapat
membentuk konsep daripadanya. Maka, proses memperoleh
ilmu ialah menggabungkan sesuatu yang melibatkan
persepsi, imaginasi dan kefahaman yang berinteraksi
dengan proses penaakulan. Menurut Kant, struktur
mengorganisasikan konsep asas tidak boleh diperoleh
daripada pengalaman sahaja. Tetapi, ia perlu digunakan
untuk membolehkan kita menginterprestasikan pengalaman
dunia secara keseluruhan. Maka, konsep ini adalah
sebenarnya telah wujud sebelum pengalaman yang
diperoleh seseorang.
Aksiologi

Cabang falsafah aksiologi merupakan


kajian terhadap nilai, dengan
mempersoalkan perkara seperti
apakah yang bernilai? Sebagaimana
yang telah dihuraikan, cabang
falsafah aksiologi ini adalah
diklasifikasikan kepada dua bahagian,
iaitu etika dan estetika.
Cabang etika mengkaji perkara
seperti nilai-nilai moral, prinsip moral
dan tingkah laku serta sifat murninya.
Maka cabang etika ini pula dikenali
sebagai falsafah moral. Istilah etika
diperoleh daripada perkataan Yunani
ethos, yang membawa maksud adat
resam dan kelakuan. Etika sebagai
suatu disiplin pula dibahagikan
kepada etika normatif dan metaetika.
Etika normatif mengkaji dan
mencadangkan prinsip-prinsip
kelakuan yang betul dan salah, baik
Pada masa dahulu, kebanyakan ahli
falsafah menumpukan kajian
berasaskan etika normatif. Sejak
abad ke-19, metaetika semakin
mendapat perhatian ahli falsafah
dengan menggunakannya untuk
mempersoalkan perkara seperti
peranan etika dalam kehidupan, asas
logikal tentang sesuatu sistem etika
dan kesahihannya.
Di dalam kebanyakan sistem organisasi
sosial, kelakuan etika biasanya dipandang
sebagai penyempurnaan kendiri melalui
usaha mengejar kebaikan, kewajiban
terhadap orang lain atau menerima prinsip-
prinsip kebaikan, atau kedua-duanya.
Penyempurnaan kendiri mungkin boleh
diperoleh daripada kegembiraan atau
keseronokan, atau daripada usaha
mengejar sesuatu yang ideal. Kewajiban
biasanya termasuk bukan sahaja
kehormatan kepada orang lain dan norma
masyarakat, tetapi juga sebagai
Estetika mengkaji nilai-nilai mengenai kecantikan
dan seni. Istilah estetika pula diperoleh daripada
perkataan Yunani yang membawa maksud
persepsi deria.

Estetika mempersoalkan perkara seperti “apakah


kecantikan”, “Apakah nilai-nilai kecantikan?”, dan
sebagainya. Tentang persoalan seni, Plato dan
Aristotle memandangnya sebagai peniruan dan
kecantikannya sebagai ungkapan kualiti universal.
Plato pula membezakan seni dari segi kecantikan
yang ideal dengan objek yang cantik. Manakala,
Aristotle menganggap kecantikan adalah direka
bentuk dalam harmoni kerja seni.
Kepada orang Yunani, konsep seni
merangkumi semua kraf tangan,
bentuk simetri, keseimbangan dan
perpaduan dalam tenunan, seni
tembikar, puisi dan seni pahat. Sejak
abad ke-19, seni menjadi sesuatu
yang berkaitan dengan lukisan, seni
pahat dan sastera, dan dikenali
sebagai seni halus.
Immanuel Kant memberi tafsiran baru kepadanya dengan
memandang penikmatan seni bukan semata-mata persepsi
kecantikan instrinsiknya, tetapi sebagai penglibatan
penilaian yang subjektif.

Hari ini seni tidak lagi digunakan dalam upacara agama atau
sivil sahaja, tetapi dipandang sebagai refleksi psikologikal,
sosial dan politikal. Di dalam mazhab Marxisme, seni sering
digunakan untuk tujuan sosial, menyokong atau
melemahkan keadaan ekonomi yang sedia ada.

Konsep nilai etika atau estetika adalah berbeza-beza


dengan falsafah yang berlainan. Misalnya, dalam aksiologi
idealisme, nilai adalah mutlak dan kekal secara abadi.
Manakala, aksiologi pragmatisme memandang nilai sebagai
relatif atau tertakluk kepada keadaan.
cabang-cabang falsafah dengan mazhab-
mazhab falsafah.
Mazhab Metafizik Epistemologi
Falsafah (Realiti) (Kebenaran) Aksiologi (Nilai)
Etika Estetika
Idealisme Alam fikiran Kebenaran Mematuhi yang Refleksi keunggulan
sebagai idea Maha Kuasa
Realisme Alam Kebenaran Hukum-hukum tabii Refleksi tabii (sifat
kebendaan sebagai fakta (menurut sifat keadaan atau bentuk
yang dapat semula jadi) semula jadi)
dipersepsi
Pragmatis Alam Kebenaran Nilai-nilai umum Citarasa umum
me pengalaman sebagai
pengalaman
yang berlaku
Eksistensi Alam Kebenaran Berdasarkan Penjelmaan daripada
alisme kewujudan sebagai kebebasan individu nilai dan norma
pilihan masyarakat
individu
(kebebasan
individualiti)

Anda mungkin juga menyukai