Anda di halaman 1dari 5

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mengenai perbincangan lima teori utama dalam prinsip etika secara amnya, kita perlu sedar
bahawa pengiktirafan sejagat membawa kita berhutang sesuatu kepada orang lain di dalam
masyarakat kita, dengan konsep betul dan salah di dalam perlakuan kita terhadap masyarakat
tersebut dan ini harus beroperasi. Iaitu, kita harus mengadakan sedikit kaedah analisis yang
selaras klasifikasi tindakan kita sebagai “betul” atau “salah”. Jika kita tidak dapat, ia bukan
satu kekurangan sekiranya kita mencuba. Sebenarnya tiada satu pun prinsip etika yang
sempurna, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 5 teori utama yang selalu berkait kepada
keputusan-keputusan pengurusan. Antaranya:-

1. Undang-Undang Abadi (Semula Jadi)

2. Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme

3. Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme

4. Teori Keadilan Teragih

5. Teori Kebebasan Peribadi

Undang-Undang Abadi (Semula Jadi)

Menurut teori etika Undang-Undang Abadi atau dikenali Undang-Undang Semula Jadi, jika
seorang individu itu mempunyai “hak untuk hidup, merasa kebebasan dan mengejar
kebahagiaan”. Mereka juga ada kewajipan dalam menjamin dan memastikan hak yang sama
untuk individu lain. Menurut ketua agama tentang sumber yang memperlihatkan kebenaran
lebih daripada sifat semula jadi yang berlandaskan logik, namun mereka juga percaya bahawa
undang-undang tidak akan berubah dan hak serta kewajipan itu jelas. Contoh bagi teori ini
adalah seandainya kita ingin disayangi dan dihormati, kita mestilah melakukan hal yang sama
kepada orang lain. Jika kita dicintai, kemudian kita mesti mencintai yang lain. Penukaran
balas ini diringkaskan oleh Aturan Emas (Golden Rule) di dalam teologi Kristian: Membuat
kepada yang lain ketika anda ingin orang lain melakukannya kepada anda (Do unto others as
you would have others do unto you). Prinsip teori ini digunakan untuk menilai sesuatu
kumpulan berdasarkan prinsip moral yang berperanan untuk mengawal prestasi mereka di
dalam menjalankan tugas atau penggunaan sumber. Manusia mendalami aturan dan nilai
milik budaya profesional. Golongan ini berpegang teguh pada aturan profesional dan nilai
ketika membuat keputusan tentang bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika
yang ditentukan. Undang-undang Abadi juga mempunyai masalah kerana hukum ini
mempunyai tafsiran berbeza berbeza untuk setiap pegangan agama. Malah di dalam agama
yang sama juga berlaku penafsiran yang berbeza.

Teori Etika Klasik Teleologi: Utilitarianisme

Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme”. Jadi, kriteria dan piawai asas
tentang sesuatu tindakan atau peraturan yang baik, benar, salah, jahat dan sebagainya ialah
penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan atau kejahatan
sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan
dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun,
pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah
menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan
Egoisme.

Dalam Utilitarianisme ia berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya


melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada
setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan pada sesuatu yang bukan bersifat moral.

Jenis-jenis Utilitarianisme ini dianggap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat boleh untuk
disukat. Pada peringkat paling rendah ia dipanggil “Act Utilitarinisme”. Kita harus bertanya
kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas
pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut
menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul. Bagi “Act Utilitarianism” juga ia
merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian
kes. Jenis yang kedua ialah “Hedonistic Utilitarianism” iaitu mengambil kira kegembiraan,
kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana untuk menentukan benar atau
salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.
Contohnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi
membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral.

Teori Etika Klasik Deontologi: Universalisme

Pendekatan deontologi terhadap etika berbentuk pengurusan adalah pada dasarnya terbalik
dari teori teleologi. Deontologi adalah dari istilah bahasa Greece yang merujuk kepada
tanggungjawap atau kewajipan seorang individu. Mengikut teori etika ini, ia menyatakan
nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahan hasil dengan kebaikan yang
akan didapati ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa
tindakan atas keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya
harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

Sekiranya kita mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini menunjukkan anda
mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja kita akan sering kali
menyakiti orang lain dengan sikap kita yang cuai. Bagi kelemahan Universalisme, adalah
suatu kaedah prinsip moral yang berguna tetapi tidak mempunyai keutamaan dan tingkat
kepentingan. Kelemahan kedua pula, adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain iaitu
tidak semudah memenuhi kehendak peribadi kita. Contohnya, pembekal adalah cara untuk
mendapatkan barangan runcit kita manakala pelanggan adalah cara kita untuk mendapatkan
mata pencarian kita dan pekerja adalah cara untuk melengkapi perniagaan kita dengan
kakitangan.
Teori Keadilan Agih

Dua klasik teori Utilitarianism atau Universalism, tidak dapat mengadili sesuatu tindakan
adalah berprinsip moral di dalam semua keadaan. Akibatnya, dua sistem etika yang moden
telah dibangunkan yang berdasarkan konsep nilai tambah berbanding daripada konsep
berprinsip (based upon values rather than principles). Jadi terdapat dua sistem etika moden
yang berdasarkan nilai dan bukannya prinsip telah dibangunkan. Salah satunya adalah Teori
Keadilan Teragih yang diutarakan oleh John Rawls dengan berasakan secara eksplisit
mendasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal iaitu keadilan (justice). Keadilan satu
sifat yang baik pertama di dalam pembentukan sosial, sama seperti kebenaran adalah sifat
yang baik pertama di dalam sistem pemikiran. Walau bagainamapun, terdapat kelemahan
dalam teori ini di mana sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial
keseluruhannya untuk membekalkan faedah atau keuntungan ekonomi dan sosial. Usaha
individu diperkecilkan atau tidak merupakan hal yang penting walaupun usaha itu tidak
ditolak atau tidak diendahkan..

Teori Kebebasan Peribadi

Teori ini dicadangkan oleh Robert Nozick di mana sistem ini berdasar keutamaan suatu nilai
tunggal daripada suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan (liberty). Kebebasan merupakan
keperluan pertama perlu yang difikirkan untuk keperluan masyarakat. Pendirian atau adat
yang mencabuli kebebasan individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ia boleh
memberikan kebahagian dan manfaat kepada yang lain. Kebebasan peribadi dapat
diperluaskan kepada suatu sistem etika untuk membuat penilaian terhadap kelakuan.
Individu-individu mestilah dibenarkan membuat pilihan sepenuhnya untuk memandu ke arah
kebajikan mereka sendiri. Pilihan ini akan diambil kira “adil”, “betul" atau "wajar" selagi
peluang membuat pilihan yang sama diberi kepada orang lain. Keadilan bergantung pada
peluang yang sama untuk memilih dan penukaran, bukan di atas peruntukkan yang sama
untuk kekayaan dan pendapatan. Seperti teori keadilan agih, teori kebebasan peribadi juga
mempunyai kelemahan. Kelemahan teori ini, ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang
sempit yang menghadkan hak negatif untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain.
Contohnya hak untuk hidup, maka sudah tentu kita mempunyai hak untuk tidak dibunuh oleh
jiran kita. Tetapi ia juga boleh termasuk hak untuk meneruskan memperolehi sedikit
peringkat makanan yang minimum, tempat perlindungan, pakaian dan bantuan perubatan
yang mana wujud daripada daya usaha peribadi atau sendiri berbanding daripada kerjasama
sosial.

Anda mungkin juga menyukai