Anda di halaman 1dari 8

Menurut teori etika Undang-undang Abadi atau dikenali Undang-Undang Semula Jadi, jika

seorang individu itu mempunyai “hak untuk hidup, merasa kebebasan dan mengejar
kebahagiaan”. Mereka juga ada kewajipan dalam menjamin dan memastikan hak yang sama
untuk individu lain. Menurut ketua agama tentang sumber yang memperlihatkan kebenaran
lebih daripada sifat semula jadi yang berlandaskan logik, namun mereka juga percaya bahawa
undang-undang tidak akan berubah dan hak serta kewajipan itu jelas. Contoh bagi teori ini
adalah seandainya kita ingin disayangi dan dihormati, kita mestilah melakukan hal yang sama
kepada orang lain. Jika kita dicintai, kemudian kita mesti mencintai yang lain. Penukaran
balas ini diringkaskan oleh Aturan Emas (Golden Rule) di dalam teologi Kristian: Membuat
kepada yang lain ketika anda ingin orang lain melakukannya kepada anda (Do unto others as
you would have others do unto you). Prinsip Teori ini digunakan untuk menilai sesuatu
kumpulan berdasarkan prinsip moral yang berperanan untuk mengawal prestasi mereka di
dalam menjalankan tugas atau penggunaan sumber. Manusia mendalami aturan dan nilai
milik budaya profesional. Golongan ini berpegang teguh pada aturan profesional dan nilai
ketika membuat keputusan tentang bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika
yang ditentukan. Eternal Law atau Natural Law mempunyai masalah kerana hukum ini
mempunyai tafsiran berbeza berbeza untuk setiap pegangan agama. Malah di dalam agama
yang sama juga berlaku penafsiran yang berbeza. Eternal Law atau Natural Law mempunyai
masalah kerana hukum ini mempunyai tafsiran berbeza berbeza untuk setiap pegangan
agama. Malah di dalam agama yang sama juga berlaku penafsiran yang berbeza.

Jika seseorang mempunyai hak untuk “hidup, kebebasan dan mengejar kebahagian”,
kemudian mereka juga ada kewajipan untuk menjamin hak yang sama untuk orang lain.

Ketua agama cenderung menegaskan tentang sumber yang memperlihatkan kebenaran lebih
daripada sifat semula jadi yang berdasarkan logik, tetapi mereka juga percaya bahawa
undang-undang tidak berubah, dan yang hak dan kewajipan itu jelas: Jika kita dicintai,
kemudian kita mesti mencintai yang lain. Penukaran balas ini diringkaskan oleh Aturan Emas
(Golden Rule) di dalam teologi Kristian: Membuat kepada yang lain ketika anda ingin orang
lain melakukannya kepada anda (Do unto others as you would have others do unto you).

Eternal Law atau Natural Law mempunyai masalah kerana hukum ini mempunyai tafsiran
berbeza berbeza untuk setiap pegangan (agama). Malah di dalam agama yang sama juga
berlaku penafsiran yang berbeza.
Classical Deontological Ethical Theory: Universalism (Deontological yang klasik Teori
Mengikut Etika: Universalisme)

Pendekatan deontologi terhadap etika berbentuk pengurusan adalah pada dasarnya terbalik
dari teori teleological. Deontologi adalah dari istilah bahasa Greece yang merujuk kepada
tanggungjawap atau kewajipan seorang individu. Mengikut teori etika ini, ia menyatakan
nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahan hasil dengan kebaikan yang
akan didapati ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa
tindakan atas keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya
harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

Sekiranya kita mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini menunjukkan anda
mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja kita akan sering kali
menyakiti orang lain dengan sikap kita yang cuai. Bagi kelemahan Universalisme, adalah
suatu kaedah prinsip moral yang berguna tetapi tidak mempunyai keutamaan dan tingkat
kepentingan. Kelemahan kedua pula, adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain iaitu
tidak semudah memenuhi kehendak peribadi kita. Penyelenggara stor adalah cara untuk
mendapatkan barangan runcit kita manakala pelanggan adalah cara kita untuk mendapatkan
mata pencarian kita dan pekerja adalah cara untuk melengkapi kilang-kilang kita dengan
kakitangan.
Teori teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai “konsekuensialisme (consequentalism). Jadi, kriteria
dan piawai asas tentang sesuatu (tindakan atau peraturan) yang baik, benar, salah, jahat dan
sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap baik. Bagi teori ini, kebaikan
atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan
atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan.
Namun, pandangan ahli teleologi yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat
telah menyebabkan wujudnya dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan
Egoisme.

Dalam Utilitarianisme ialah berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya
melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada
setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan pada sesuatu yang bukan bersifat moral.

Pendekatan teleologi terhadap etika berbentuk pengurusan memberi penekanan kepada


kesudahan, bukan niat tindakan individu dengan lengkap. Teleologi diterbitkan daripada
istilah Greece yang mana bermakna kesudahan atau keputusan. Menurut pandangan Jeremy
Bentham dan J. S. Mill nilai moral kelakuan peribadi dapat ditentukan dari kelakuannya.
Sekiranya kelakuan atau tindakan memberikan manfaat kepada orang lain maka ia dianggap
‘baik atau betul’. Tindakan tersebut dikira ‘salah’ sekiranya ia menyebabkan berlakunya
kerosakkan pada orang lain. Objektifnya memberikan banyak kebaikkan kepada masyarakat
majority dan mendatangkan kerosakkan atau kecederaan yang kurang pada yang lain.

Sesuatu tindakan boleh dinilaikan secara positif dan negatif. Sebarang kebaikkan dan
keburukkan perlu dinilai secara seimbang untuk mendapatkan kesan-kesan dari tindakan yang
akan dilakukan.

Dalam sistem teleologi ini, nilai etika di fokuskan kepada akibat atau perhasilan yang baik
yang dapat dihasilkan dari tindakan atau perlakuan bukan dari niat seseorang individu. Ia
digelar Utilitarianism. Sistem ini mempunyai kelemahan kerana berkemungkinan ianya boleh
dieksploitasikan.

Jenis-jenis Utilitarianisme ini dianggap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya
disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya
kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas
pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut
menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul. Jenis-jenis Utilitarianism yang pertama ialah
Act Utilitarianism iaitu merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermorl atau
sebaliknya berdasarkan kajian kes. Jenis yang kedua ialah Hedonistic Utilitarianism iaitu
mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana
untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil
kira kesan dan akibatnya. Contohnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri
kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan
persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang
dianggap bermoral.

Antara sebab kenapa Utilitarianism gagal adalah:

1. Pada hakikatnya ia mempunyai dua prinsip: terbesar baik dan nombor yang terbesar (In
reality it is two principle: the greatest good and the greatest number). Pada saat tertentu di
dalam proses membuat keputusan di atas perkara yang penting, wujud konflik untuk dua
prinsip ini, dan kemudian kita tidak mempunyai cara tunggal untuk menentukan tindakan
mana yang " betul" Atau "terbaik" atau "sesuai"

2. Konsep Utilitarianism ini juga gagal kerana ada tindakan tersebut adalah salah walaupun
menghasilkan keuntungan/manfaat yang besar. Contohnya membunuh seorang budak kecil
yang tidak berdosa demi untuk mengembirakan majoriti masyarakat.

3. Teori ini juga mengalami kegagalan untuk menentukan moral sesuatu tindakan kerana
tidak mungkin kita boleh mengimbangi manfaat terhadap golongan majoriti dan golongan
minority menjadi korban.
Teori Keadilan Agih

Dua klasik teori Utilitarianism atau Universalism, tidak dapat mengadili sesuatu tindakan
adalah berprinsip moral di dalam semua keadaan. Akibatnya, dua sistem etika yang moden
telah dibangunkan yang berdasarkan konsep nilai tambah berbanding daripada konsep
berprinsip (based upon values rather than principles). Jadi terdapat dua sistem etika moden
yang berdasarkan nilai dan bukannya prinsip telah dibangunkan. Salah satunya adalah Teori
Keadilan Teragih yang diutarakan oleh John Rawls dengan berasakan secara eksplisit
mendasarkan kepada keutamaan suatu nilai tunggal iaitu keadilan (justice). Keadilan satu
sifat yang baik pertama di dalam pembentukan sosial, sama seperti kebenaran adalah sifat
yang baik pertama di dalam sistem pemikiran. Walau bagainamapun, terdapat kelemahan
dalam teori ini di mana sebarang cadangan amat bergantung kepada kerjasama sosial
keseluruhannya untuk membekalkan faedah atau keuntungan ekonomi dan sosial. Usaha
individu diperkecilkan atau tidak merupakan hal yang penting walaupun usaha itu tidak
ditolak atau tidak diendahkan..

Teori Kebebasan Peribadi

Teori ini dicadangkan oleh Robert Nozick di mana sistem ini berdasar keutamaan suatu nilai
tunggal daripada suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan (liberty). Kebebasan merupakan
keperluan pertama perlu yang difikirkan untuk keperluan masyarakat. Pendirian atau adat
yang mencabuli kebebasan individu atau undang-undang harus ditolak walaupun ia boleh
memberikan kebahagian dan manfaat kepada yang lain. Kebebasan peribadi dapat
diperluaskan kepada suatu sistem etika untuk membuat penilaian terhadap kelakuan.
Individu-individu mestilah dibenarkan membuat pilihan sepenuhnya untuk memandu ke arah
kebajikan mereka sendiri. Pilihan ini akan diambil kira “adil”, “betul" atau "wajar" selagi
peluang membuat pilihan yang sama diberi kepada orang lain. Keadilan bergantung pada
peluang yang sama untuk memilih dan penukaran, bukan di atas peruntukkan yang sama
untuk kekayaan dan pendapatan. Seperti teori keadilan agih, teori kebebasan peribadi juga
mempunyai kelemahan. Kelemahan teori ini, ia berdasarkan satu definasi kebebasan yang
sempit yang menghadkan hak negatif untuk tidak mengalami gangguan daripada orang lain.
Contohnya hak untuk hidup, maka sudah tentu kita mempunyai hak untuk tidak dibunuh oleh
jiran kita. Tetapi ia juga boleh termasuk hak untuk meneruskan memperolehi sedikit
peringkat makanan yang minimum, tempat perlindungan, pakaian dan bantuan perubatan
yang mana wujud daripada daya usaha peribadi atau sendiri berbanding daripada kerjasama
sosial.

Kelemahan lain – perokok merokok disuatu kawasan yg dibenarkan merokok (ini hak
individu), tetapi ia memberi kesan kepada orang lain yang lalu lalang
Pihak Berkepentingan Pasaran

Lawrence & Weber (2011) menyatakan bahawa pihak berkepentingan pasaran atau primer
merupakan individu dan kumpulan yang mempunyai kepentingan langsung dalam sesebuah
orgnisasi serta terlibat dengan tranksaksi ekonomi dengan organiasi tersebut disamping
menghasilkan barangan dan perkhidmatan pasaran seperti pekerja atau pelanggan.

Bagi Syarikat Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., mereka menganggap bahawa perkerja
adalah tulang belakang kepada syarikat, iaitu menjaga kebajikan dan keselamatan perkerja
menjadi satu keutamaan dalam menguruskan syarikat. Unit sumber manusia dan undang-
undang diberi tanggungjawab dalam menguruskan berkenaan hal ehwal pekerja. Syarikat
juga telah menyediakan persekitaran tempat kerja yang berkonsepkan terbuka dengan tujuan
untuk menggalakan perkerja untuk lebih aktif menghasilkan kepelbagaian idea dan paling
utama dapat menghasilkan pekerja yang produktif bagi menyumbang keuntungan pada
syarikat.

Bagi pelanggan pula ia merujuk kepada individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu
diutamakan kerana kejayaan sesebuah perniagaan bergantung kepada pelanggannya.
Permintaan pelanggan terhadap barangan atau perkhidmatan menetapkan matlamat
keuntungan sesuatu perniagaan di mana kehendak atau citarasa pelanggan akan
mempengaruhi organisasi dalam menetapkan jenis barang yang hendak ditawarkan di
pasaran. Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. akan sentiasa menilai produk keluaran mereka
sama ada memenuhi kehendak pengguna ataupun tidak kerana syarikat perlu menanggung
risiko kerugian apabila produk tidak terjual. Oleh yang demikian setiap produk yang
dikeluarkan oleh syarikat akan memenuhi segala keperluan dan citarasa pelanggan atau
pengguna.

Pihak Berkepentingan Bukan Pasaran

Hubungan dengan pihak berkepentingan bukan pasaran penting bagi sesebuah organisasi
perniagaan. Menurut Lawrence & Weber (2011), pihak berkepentingan bukan pasaran
termasuk individu dan kumpulan-kumpulan yang tidak terlibat dalam urus niaga ekonomi
secara langsung tetapi dipengaruhi oleh tindakannya yang boleh menjejaskan syarikat.
Contoh pihak berkepentingan bukan pasaran bagi Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. ialah
komuniti setempat, media dan kumpulan sokongan perniagaan.
Komuniti setempat boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang tinggal atau bekerja
dipersekitaran tempat tinggal mahupun tempat tinggal kita. Kewujudan Adabi Consumer
Industries Sdn. Bhd. telah memberi peluang pekerjaan pada masyarakat setempat untuk
bekerja dan belajar tentang pengeluaran produk-produk tempatan. Selain itu syarikat juga
telah memperuntukan sebilangan daripada jumlah keuntungan untuk menyalurkan bantuan
kepada komuniti setempat yang layak bagi menggalakan lebih ramai masyarakat sedar akan
kepentingan memberi sedikit lebihan rezeki yang dikurniakan pada komuniti yang
memerlukan. Usaha seperti ini akan memberi imej yang yang baik dan menggalakan
komuniti setempat menyokong produk keluaran Adabi.

Bagi dari pihak kerajaan pula ia merupakan pihak berkepentingan yang dapat membantu
syarikat berkembang dengan baik dan mendapat tempat pada masyarakat. Hujah deskriptif
iaitu bagaimana organisasi mengurus dan berinteraksi dengan pihak berkepentingan iaitu
kerajaan adalah dengan mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti
penetapan cukai, penyelarasan harga, kawalan harga, lesen perniagaan dan sebagainya. Adabi
Consumer Industries Sdn. Bhd. sendiri adalah syarikat mengkhususkan dalam pembuatan
produk makanan termasuk rempah ratus bagi digunakan oleh semua pengguna untuk pelbagai
jenis masakan, jadi penyelarasan harga dan kawalan harga produk akan ditentukan atau
ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Salah
satu peraturan yang telah ditetapkan oleh KPDNHEP adalah Perintah Kawalan Harga di
mana setiap produk yang dikeluarkan di pasaran mestilah mengikut Perintah Kawalan Harga
1993. Perintah ini adalah bagi mengelakkan daripada pengguna diekploitasi oleh penjual
mana-mana produk keluaran Adabi mendapatkan keuntungan lebih.

Anda mungkin juga menyukai