Anda di halaman 1dari 10

SALAHLAKU ETIKA PERGURUAN DAN KAITAN DENGAN TEORI ETIKA

PENTADBIRAN AWAM

PENDAHULUAN

Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah.

Menurut Hisrich dan Peter (2002) etika perniagaan merupakan ke atas perlakuan atau tingkah laku dan

moral dalam situasi perniagaan. Ianya melibatkan apa yang patut atau tidak , boleh atau tidak, perlu atau

tidak dipraktikkan dalam pengendalian perniagaan baik dari segi pembangunan produk mahupun

pelaksanaan perkhidmatan. Terdapat pelbagai pihak yang berkepentingan dalam perjalanan sebuah

perniagaan seperti pelanggan pekerja pembekal, pekerja pembiaya, kerajaan dan sebagainya yang

menerima kesan dari pelaksanaan keputusan yang tidak beretika. Kod etika diwujudkan dalam

pelaksanaan etika. Kod etika adalah garis panduan yang dibentuk dalam menerangkan bentuk perbuatan

yang boleh dan tidak boleh dalam satu profesion tertentu. Adakalanya, kod etika tidak tercatat tetapi boleh

difahami oleh mereka yang terlibat dalam bidang berkenaan demi menjaga kepentingan keharmonian yang

dijalankan.

Kebanyakan kod etika ini terdiri daripada dua komponen, pertama menonjolkan bahagian harapan

yang menggariskan apa harapan atau perkara -perkara yang ingin ditekan oleh organisasi berkenaan. Kita

semua perlu sedar bahawa kod etika ini tidak menyelesaikan semua masalah etika dalam organisasi kerana

faktor manusia dan sistem dalaman, adakalanya boleh diambil kesempatan oleh mereka yang pandai

memanipulasikan keadaan untuk kepentingan diri. Isu-isu perlanggaran etika dalam pelaksanaan atau

penguatkuasaan undang-undang sedang berleluasa pada zaman kini. Sebagai contoh, dalam bidang

perniagaan, teknikal dan sebagainya. Isu-isu perlanggaran etika dalam pelaksanaan atau penguatkuasaan

undang-undang boleh dikaitkan dengan teori etika sama ada teori teleologis atau deontologis.

Teori deontologi ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau

ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Manakala, dalam dunia etika, teleologi boleh diertikan

1
sebagai pertimbangan moral akan baik buruknya suatu tindakan dilakukan , Teleologi mengerti benar

mana yang benar, dan mana yang salah, tetapi itu bukan ukuran yang terakhir, yang lebih penting adalah

tujuan dan akibat.

TEORI TELEOLOGI

Teloelogi berasal dari perkataan Yunani iaitu telos. Telos bererti akhir, tujuan dan maksud. Istilah

teleologi diutarakan oleh seorang filsuf Jerman, Christian Wolff yang bermaksud fungsi, tujuan atau

perencanaan. Teori teleologi mengatakan bahawa nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan

sesuatu perbuatan. Jika kesan kepada sesuatu tindakan itu baik maka tindakan itu dianggap betul dan

sebaliknya. Namun, pandangan ahli teleologi, yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat

telah menyebabkan wujudnya dua aliran teori teleologi iaitu utilitarianisme dan egoisme

ALIRAN UTILITARIANISME

Utilitarianisme berasal dari bahasa Latin iaitu utilis yang bermaksud manfaat. Mengikut aliran

utilitarianisme, suatu tindakan adalah baik jika membawa manfaat kepada masyarakat bukan sahaja

kepada segelintir masyarakat malahan seluruh masyarakat. Sebaliknya, suatu tindakan adalah buruk jika

tidak membawa manfaat kepada masyarakat malahan merugikan masyarakat. Contohnya, tindakan

seorang itu mencuri wang daripada seorang yang kaya dan kedekut bertujuan untuk mengagihkan wang

tersebut kepada fakir miskin dianggap baik kerana bilangan orang yang mendapat manfaat adalah lebih

ramai dari seorang yang kaya. Contoh lain, seorang melakukan kerja-kerja bakti untuk membersihkan

kawasan sekeliling kawasan perumahan dianggap baik kerana seluruh kawasan perumahan menjadi bersih

dan memberikan keselesaan kepada masyarakat. Kelemahan kepada aliran ini ialah niat menghalalkan

cara sama ada cara baik atau jahat asalkan membawa manfaat dan kebaikan kepada seluruh masyarakat.

ALIRAN EGOISME

Mengikut aliran egoisme, suatu tindakan adalah baik jika membawa manfaat dan menguntungkan

kepada diri sendiri sahaja. Aliran ini bertujuan untuk memajukan dan membangunkan diri sendiri tanpa

2
memikirkan kepentingan orang lain. Tindakan baik bukan sahaja mementingkan diri sendiri malahan turut

merugikan orang lain dan menindas serta mengeksploitasi golongan individu atau masyarakat. Pengikut

aliran ini tidak langsung berbakti kepada masyarakat atau menjalankan aktiviti sukarela. Mereka ini

bersifat individualistik dan membenci pertubuhan atau organisasi yang menjalankan aktiviti untuk

kepentingan bersama. Contohnya, dalam situasi kebakaran, tindakan seorang dianggap salah jika seorang

pergi menyelamatkan mangsa kebakaran yang lain kerana boleh tindakan tersebut boleh membahayakan

nyawa diri sendiri. Contoh lain, pertubuhan yang wujud adalah salah kerana pertubuhan ini berbentuk

berkumpulan dan bergantung antara satu sama lain. Selain itu, pengikut aliran ini hanya menolong orang

lain jika tindakan tersebut membawa kepentingan kepada dirinya juga dan tindakan tersebut dilakukan

tanpa rela dan tidak ikhlas. Kelemahan kepada aliran ini ialah mementingkan diri sendiri sehinggakan

tidak menghiraukan orang lain. Hal ini telah menghilangkan sifat kerjasama dan kemurahan hari dalam

diri individu tersebut.

TEORI DEONTOLOGI

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan atau diwajibkan. Teori

ini menafikan konsep Teori Teleologikal kerana golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak

percaya dengan akibat. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak

berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Teori deontologi ini terbahagi kepada

dua.

TEORI DEONTOLOGI TINDAKAN (EKSISTENSIALISME)

Teori ini juga dikenali sebagai etika-situasi. Penilaian baik atau buruk sesuatu tindakan dibuat

berdasarkan situasi atau keadaan pada waktu tersebut. Hal ini membolehkan manusia itu bebas untuk

melakukan apa sahaja yang difikirkan sesuai dilakukan pada waktu tersebut dan peraturan lain akan

dianggap sebagai menyekat kebebasan memilih. Manusia juga mempunyai hak sepenuhnya untuk menilai

dan memutuskan sama ada suatu perbuatan itu bermoral atau tidak. Hal ini akan menyebabkan nilai moral

3
akan terbuka kepada perubahan, tidak kekal, tidak mutlak, individualistik dan tertakluk kepada situasi

memandangkan setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza.

TEORI DEONTOLOGI PERATURAN (PRINSIP KEWAJIPAN)

Teori ini mementingkan peranan peraturan dalam membuat penilaian moral. menurut Kant, prinsip

ini merujuk kepada kewajipan seseorang itu mematuhi undang-undang atau peraturan. Tujuan utama

perbuatan baik adalah hanya untuk melakukan kewajipan dan bukannya berdasarkan kesan perbuatan

tersebut. Walau bagaimanapun, kekurangan prinsip ini ialah ia tidak mengambil kira sifat semula jadi,

kecenderungan, dan kesediaan seseorang itu untuk melaksanakan tanggungjawab.

ISU-ISU PERLANGGARAN ETIKA DALAM BIDANG PERKHIDMATAN AWAM

Bidang perkhidmatan awam merupakan jentera pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap

pelaksanaan dasar sesebuah kerajaan berasaskan kepada nilai-nilai murni sejagat. Di samping itu, bidang

ini juga akan menasihati dan memberikan pandangan terhadap dasar tersebut. Menurut Perlembagaan

Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negara adalah terdiri daripada angkatan-angkatan bersenjata,

perkhidmatan perundangan dan kehakiman, pasukan polis, perkhidmatan pendidikan dan lain-lain. Untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, penjawat Perkhidmatan Awam dikehendaki menghayati

dan menanam sikap dan nilai positif agar ia menjadi teras atau tunggak kepada keperibadian dan tata

kelakuan anggota Perkhidmatan Awam. Di Malaysia, isu-isu perlanggaran etika terutamanya yang

membabitkan kepentingan awam telah menarik minat rakyat sejak dulu lagi. Timbulnya minat rakyat

mengenai salah laku ini menunjukkan bahawa kesedaran akan kepentingan urusan pentadbiran negara

yang baik sudah pun wujud di kalangan orang awam. Antara isu tersebut ialah pertikaian kredibiliti

pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan Negara dan salah laku

dalam bidang perguruan.

4
PERGURUAN

Bidang perguruan juga tidak terlepas daripada perbuatan salah laku etika. Paparan isu dan masalah

tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau

media elektronik. Paparan isu ini sering kali dijadikan isu yang hangat dan menjadi topik perbincangan

oleh masyarakat di seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Antara topik

yang hangat diperkatakan mengenai bidang perguruan baru-baru ini ialah tindakan seorang guru sekolah

rendah yang mendenda dua orang anak muridnya dengan dikalungkan loceng telah mengundang

kemarahan sesetengah pihak. Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid

tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu

apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu Insiden ini

diketahui ramai apabila Yarnis Kasumi Dewi Zainal Aripin, 31, membuat laporan polis yang mendakwa

anaknya telah dimalukan oleh guru tersebut. Bagaimanapun, ketua balai polis Tapah, Supt Som Sak Din

Keliaw menjelaskan siasatan polis telah mendapati insiden denda telah berlaku, tetapi guru itu tidak

memaksa anak murid itu makan rumput. Menurut Som Sak, perkara ini dianggap ‘selesai’ selepas satu

perbincangan antara pihak polis, kedua-dua murid itu dan ibu-bapa mereka dan pihak sekolah, Jabatan

Pendidikan dan UMNO Perak.

Selain itu, isu salah laku guru yang sering diperkatakan masa kini ialah isu guru ponteng kerja yang

sering kita dengar berlaku di mana-mana sekolah tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah.

Istilah guru ponteng bermaksud guru tersebut tidak hadir bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang

tidak munasabah. Isu ini pernah timbul di sebuah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di

Perak apabila rungutan-rungutan daripada pihak ibu bapa yang mendakwa bahawa guru tersebut sering

kali tidak hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran

Malaysia, iaitu Datuk Dr. Wee Ka Siong, sebelum mengambil apa-apa tindakan, pihak kementerian akan

menjalankan siasatan terlebih dahulu untuk membuktikan dakwaan bahawa guru tersebut ponteng kerja

adalah benar. Menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong lagi, kementerian mengambil serius kes tersebut

5
walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku. Tindakan tegas ini perlu dilakukan supaya

kerjaya perguruan tidak akan terjejas.

Dalam situasi pertama, iaitu denda seorang guru terhadap muridnya, niat guru tersebut adalah baik

iaitu untuk mendidik murid tersebut dan sebagai pengajaran kepada murid-murid lain supaya menyiapkan

kerja rumah. Walau bagaimanapun, pendekatan atau cara denda yang digunakan oleh guru tersebut adalah

salah sama sekali dan hal ini secara tidak langsung telah mencemari bidang perguruan. Tindakan yang

dilakukan oleh guru ini dapat dikaitkan dengan teori deontologi kerana guru ini tidak memikirkan akan

akibat daripada perbuatan yang dilakukannya ke atas murid tersebut. Situasi kedua pula berlawanan

dengan teori deontologi peraturan. Guru terbabit jelas mengabaikan etika seorang guru dan melanggar

peraturan yang harus dipatuhinya. Tindakan Datuk Dr. Wee Ka Siong yang mengambil serius akan hal ini

pula haruslah dipuji kerana tindakan ini akan membawa manfaat kepada para pelajar dan memberi

pengajaran kepada guru-guru yang lain untuk lebih berdisiplin. Tindakan ini bersesuaian dengan teori

etika teleologi utilitarianisme yang membawa manfaat kepada ramai pihak.

CARA UNTUK MENGURANGKAN MASALAH SALAH LAKU ETIKA DALAM

PERKHIDMATAN AWAM

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk mengurangkan kes-kes salah laku etika dalam kalangan

penjawat awam ini ialah kerajaan hendaklah mengadakan kempen penghayatan nilai-nilai mulia.

Pengenalan program-program seperti Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai-nilai Islam, Budaya

Kerja Berkualiti dan Piagam Pelanggan amat penting untuk diterapkan ke dalam jiwa penjawat awam.

Semua kempen ini boleh meningkatkan integriti dalam sektor awam supaya ahli-ahlinya tidak terlibat

dalam gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Di samping itu, kerajaan juga mengambil

inisiatif dalam meningkatkan etika dan integriti dalam sektor awam dengan mewujudkan Biro Pengaduan

Awam. Biro ini memainkan peranan penting sebagai tempat yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk

melaporkan serta membuat aduan tentang aktiviti rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

6
Peranan dan fungsi yang dimainkan akan memberikan kesan secara langsung kepada pengukuhan

integriti dan pembasmian gejala rasuah. Selain itu, penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun

1969 juga dapat mengurangkan segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dengan

berkesan dan berterusan. Pada 1 Januari 2009 pula, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula

ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk

membaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi suruhanjaya. Dengan

langkah-langkah yang dinyatakan di atas, diharapkan isu-isu salah laku etika dalam kalangan penjawat

awam dapat dibendung.

KESIMPULAN

Di mana-mana sahaja ramai orang bercakap tentang etika. Apakah yang dimaksudkan dengan etika

dan isu-isu yang berkaitan dengan etika. Isu etika sebenarnya sudah lama dikupas namun masih lagi wujud

masalah dalam etika kerja. Perbincangan yang sering kali dikaitkan ialah masalah kepimpinan. Isu

kepimpinan sangatlah luas sehingga meliputi setiap individu, kumpulan dan syarikat. Kepimpinan yang

bagus oleh seorang ketua mampu mengekalkan integriti sebuah syarikat daripada melakukan kesalahan-

kesalahan yang berkaitan dengan etika. Dengan kata lain, apabila wujudnya kepimpinan yang beretika

dalam sebuah organisasi, organisasi berkenaan akan ditadbir dengan baik dan telus.

Pemimpin sebegini tidak akan sesekali berkompromi dengan isu yang berkaitan dengan

penyelewengan dan rasuah. Justeru, tidak wujudlah isu rasuah mahupun penyelewengan dalam sebuah

organisasi tersebut. Pada tahun 2012, Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan berkemungkinan

terdapat isu kepimpinan yang tidak beretika sehingga wujudnya masalah rasuah dan penyelewengan dalam

negara. Pemimpin sebegini hanya mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mementingkan kepentingan

rakyat. Mereka mengamalkan rasuah dalam setiap urusan agar mendapat keuntungan yang berlipat kali

ganda.

7
Wang, pangkat dan harta benda yang dikejar bukanlah keamanan, kebahagiaan dan keharmonian sejagat

yang dititikberatkan. Keselamatan dan kebajikan setiap pekerja tidak dipedulikan sehingga mengabaikan

kod etika berkaitan dengannya. Setiap kerja yang dilakukan tidak dilakukan dengan ikhlas malahan hanya

mencari nama dan populariti semata-mata dan dipandang oleh majikan atasan. Pemimpin yang hanya

pandai beretorik dan berkata-kata mestilah dihindarkan dalam sesebuah organisasi untuk mendapat

keamanan dalam sebuah organisasi dan legasi kepimpinan beliau diteruskan oleh pengganti beliau.

8
RUJUKAN

1. Sinar Harian. 5 Disember 2012. Norawazni Yusof. Kes Aminulrasyid: Koperal Jenain bebas

2. Nilai Dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. 1991. Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur

3. Zaharah Hassan, Abu Daud Silong & Nazri Muslim. 2009. Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan

Organisasi dalam Perkhidmatan Awam

4. Roslam Mahmood, Dr Nik Rosnah Wan Abdullah. Jun 2008. Jurnal Pengurusan Awam, Pendidikan Etika,

Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor Awam Di Malaysia

5. Utusan Malaysia 20 Mei 2008

9
LAMPIRAN

10

Anda mungkin juga menyukai