Anda di halaman 1dari 16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Bahagian A
Arahan: Jawab SEMUA soalan. Bulatkan jawapan yang betul. Pulangkan kertas soalan.
(60 markah setiap jawapan betul 2 markah).

1. Manakah kenyataan yang tidak tepat?


a. Di kalangan masyarakat tradisional Asia Tenggara, tamadun India lebih
jelas kelihatan dibandingkan dengan tamadun Asia Timur.
b. Proses perkembangan tamadun di Asia Tenggara berlaku secara dua hala.
c. Srivijaya adalah pusat perkembangan agama Islam pada abad ke 7, 8 dan 9.
d. Sinkritisme merupakan penyatuan pengaruh agama-agama luar dengan
kepercayaan tempatan.

2. Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit, Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu
Bersurat Kota Kapur dan Batu Bersurat Karang Brahi membuktikan
a. pengamalan agama Buddha aliran Therauada di Nusantara pada abad ke 7.
b. penggunaan bahasa Melayu secara meluas sebagai bahasa pentadbiran dan
komunikasi di Srivijaya.
c. serangan besar-besaran dinasti Chola ke atas negeri di Sumatra dan
Semenanjung Tanah Melayu pada 1025.
d. perpindahan pusat kerajaan Srivijaya dari Palembang ke Jambi.

3. Siapakah raja paling agung dalam sejarah kerajaan Funan?


a. Bhagadatta
b. Fan Hsun
c. Ramadhipati 1
d. Jayavarman

1/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


4. Zaman penaklukan Majapahit diakhiri dengan penaklukan
a. ke atas Sunda pada tahun 1351.
b. ke atas Badander pada tahun 1309.
c. ke atas Pulau-Pulau Maluku pada tahun 1364.
d. ke atas Singosari pada tahun 1364.

5. Semangat nasionalisme Melayu berkembang secara nyata pada awal 1900.


Puncak semangat ini ialah penyatuan dan penentangan mereka ialah terhadap
gagasan ________________.
a. Sistem Residen
b. Malayan Union
c. Negeri-Negeri Selat
d. Persekutuan Tanah Melayu

6. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemakmuran dan kekuatan Empayar


Melaka ialah
I. Lokasinya yang sesuai terletak di antara pertemuan jalan laut antara India dan
China.
II. hakikat bahawa rajanya berasal dari keturunan Bukit Si Guntang dan Raja
Iskandar Zulkarnain.
III. pelabuhannya yang terlindung, bebas dari paya bakau dan cukup dalam untuk
kapal-kapal berlabuh.
IV. hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China di bawah dinasti Ming.

a. I, II dan III
b. I, III dan IV
c. II, III dan IV
d. I, II dan IV

2/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


7. Temenggung adalah salah satu jawatan utama dalam kerajaan Melaka
tradisional. Apakah tugasnya?
a. Bertanggungjawab mengurus pedagang-pedagang asing.
b. Bertanggungjawab mengawal hasil-hasil negeri.
c. Bertanggungjawab mengetuai pentadbiran ketenteraan.
d. Bertanggungjawab di atas keselamatan Melaka.

8. Semua negeri-negeri berikut merupakan jajahan takluk Kesultanan Melaka kecuali


a. Kelantan
b. Riau-Lingga
c. Selangor
d. Inderagiri

9. Pendapat ramai menyatakan bahawa penyebaran agama Islam di Melaka dilakukan


oleh
a. pengembang ajaran Sufisme
b. pendakwah dari Acheh dan Sulawesi Selatan
c. pedagang dari India melalui perdagangan
d. ulama dari Turki dan Mogul India.

10. Po-ni merupakan panggilan orang _________ bagi kerajaan Brunei abad ke 16.
a. Yunan
b. Belanda
c. Cina
d. Portugis

3/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


11. Manakah kenyataan yang benar tentang kerajaan Sulu?
a. penguasaan Sepanyol di Sulu menandakan permulaan perselisihan rebutan
kuasa di utara Kepulauan Filipina.
b. Sejarah Brunei dan Borneo Utara abad ke 17 tidak bersangkutan dengan
Sulu.
c. Sulu pernah mengambil peluang memerdekakan diri dari kawalan
Majapahit.
d. Sulu pernah menjadi sebuah negeri naungan Brunei.

12. Ciri-ciri Imperialisme merangkumi perkara-perkara berikut


I. perluasan empayar
II. penguasaan rumpun bangsa ke atas bangsa yang lemah
III. penguasaan politik kaum penjajah terhadap tanah jajahannya
IV. perhubungan antara dua buah negara atas dasar keadilan dan kesama
rataan.
V. pertembungan dua kuasa besar di meja perundingan

a. I, II dan III
b. III, IV dan V
c. I dan IV
d. II dan V

13. Urusan agama tidak patut dicampurkan adukkan dengan tugas-tugas kerajaan dan
kehidupan seharian. Kenyataan ini merujuk kepada fahaman
a. Kolonialisme
b. Kapitalisme
c. Facisme
d. Sekularisme

4/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


14. Sistem ekonomi penjajah telah meninggalkan beberapa kesan. Salah satu
kesannya ialah
a. mendorong masyarakat Melayu mengamalkan sikap tolong-menolong
antara satu sama lain.
b. mengubah dan menganggu sistem ekonomi tradisional.
c. memperkuatkan kedudukan ekonomi pembesar-pembesar Melayu.
d. memperkenalkan sistem barter bagi menggantikan sistem ekonomi wang.

15. Pengaruh tamadun Barat tidak seluruhnya menguasai kehidupan masyarakat


Melayu tetapi
a. terbatas kepada golongan cerdik pandai sahaja.
b. terjadi dalam bidang politik sahaja.
c. berlaku seiring dengan tamadun Islam.
d. menguasai hanya golongan muda-mudi.

16. Isu-isu yang mencabar dalam negara berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia
termasuklah
I. proses globalisasi dan pemodenan dalam pembangunan negara.
II. tuntutan-tuntutan kumpulan etnik yang berbeza.
III. usaha pemodenan melalui sistem pendidikan dan sistem ekonomi.
IV. sikap kurang mempercayai antara satu sama lain.
V. masalah mewujudkan jati diri kebangsaan.

a. II, IV dan V
b. III, IV dan V
c. I, II dan III
d. I dan V

5/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


17. Kebudayaan kebangsaan merangkumi ciri-ciri berikut kecuali
a. berasaskan kebudayaan masyarakat asal rantau ini.
b. Islam dijadikan terasnya.
c. gabungan unsur-unsur budaya Melayu, Cina dan India secara seimbang.
d. ciri kebangsaan mestilah ciri kemelayuan, tetapi tidak melarang
penerimaan budaya-budaya lain.

18. Apakah yang dijadikan dasar utama bagi Rangka Jangka Panjang Pembangunan II
(RJPP II) negara Malaysia?
a. Wawasan 2020
b. Dasar Ekonomi Baru
c. Dasar Pembangunan Nasional
d. Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan

19. Pilih kenyataan yang tidak tepat.


a. FELDA merupakan usaha memodenkan masyarakat Melayu luar bandar
melalui pembangunan tanah.
b. Institut Teknologi Mara (ITM) diwujudkan untuk membuka peluang
pendidikan kepada semua kaum di Malaysia.
c. Cabaran pertama Wawasan 2020 ialah mewujudkan negara Malaysia yang
bersatu yang mempunyai matlamat dikongsi bersama.
d. Di Malaysia sebahagian besar orang Melayu khususnya di luar bandar
berada dalam putaran kemiskinan.

20. Siapakah yang mendefinisikan tamadun sebagai pencapaian tatasusila yang


tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat ?
a. D.G.E. Hall
b. Aristotle
c. Yusuf Qardawi
d. Syed Naguib al-Attas

6/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


21. ......................... adalah salah satu peninggalan dari Tamadun Mesir (3100 SM
1075 SM) di mana ia merupakan patung batu yang berbadan seperti singa dan
berkepala seperti perempuan.
a. Hammurabi
b. Mahabrata
c. Sphinx
d. Gladiator

22. Apakah yang dilakukan oleh Buddha dalam usahanya untuk mencari sebab-sebab
manusia menderita dan cara untuk hidup bahagia?
a. Pergi ke gua untuk belajar ilmu kebatinan.
b. Merantau ke seluruh benua Asia untuk bertemu dengan seluruh golongan
manusia.
c. Meninggalkan istana untuk menjadi seorang Sami.
d. Menahan diri dari memakan benda-benda hidup kecuali sayur-sayuran
sahaja.

23. Pernyataan-pernyataan berikut menggambarkan perkembangan Buddhisme di


Malaysia

I. Sami-sami Buddha mempelajari ajaran Buddha dalam bahasa yang sama


iaitu bahasa Pali.
II. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina.
III. Buddhisme mempunyai satu mazhab sahaja.
IV. Orang

Singhala

merupakan

kumpulan

yang

paling

berjaya

memperkembangkan ajaran Buddha kepada orang Budhis berbilang kaum.


V. Dua badan kebangsaan yang ditubuhkan dalam beberapa dekad yang lepas
ialah Persatuan Budhis Malaysia dan Persatuan Belia Budhis Malaysia.

7/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


a. II, IV dan V
b. II, III dan IV
c. I, II dan III
d. I, III dan V

24. Dalam adat istiadat pertabalan raja di Malaysia, penggunaan alat-alat pertabalan
seperti pedang dan rantai menunjukkan wujudnya pengaruh agama
a. Islam
b. Hindu
c. Buddha
d. Kristian

25. Dalam sistem perkahwinan dan kekeluargaan, Konfucianisme mengutamakan


a. anak perempuan berbanding anak lelaki.
b. keturunan klan bapa.
c. amalan poligami.
d. perkahwinan pasangan dari puak-puak asing.

26. Wayang kulit Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan cerita-ceritanya
banyak bersumberkan
a. sastera zaman Sangam.
b. karya Bharata-Muni.
c. drama Bhagavad Gita dan Pancatantra.
d. epik Ramayana dan Mahabrata.

27. Lapan nilai-nilai murni Ren, Shu, Chung, Li, Yi, Ming, Xiao dan Zhi
merupakan etika Konfucius dalam buku
a. Lun Yu
b. Jen
c. Lu
d. Shih Ching

8/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

28. Bagaimanakah ilmu pengetahuan tentang agama Islam disebarkan dalam konteks
perkembangan tamadun Malaysia?
a. melalui madrasah sahaja.
b. melalui istana dan pondok.
c. melalui pondok masjid dan istana.
d. melalui istana, madrasah, pondok dan masjid.

29. Tulisan Jawi ialah tulisan yang menerima pengaruh dari tulisan
a. Parsi
b. Arab
c. Pali
d. Sanskrit

30. Akidah dan syariah Islam berteraskan Konsep Tauhid. Tauhid bermaksud
a. mengamalkan amalan yang baik.
b. membantu golongan yang lemah.
c. melaksanakan keadilan sesama manusia.
d. mengesakan Allah S.W.T.

___________________________________000__________________________________

9/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Bahagian B
Arahan: Jawab LIMA daripada lapan soalan. Gunakan ruangan kosong yang disediakan
bagi menulis jawapan anda. (40 markah).

Soalan 1
Selain daripada raja/sultan, Kesultanan Melaka ditadbirkan oleh beberapa orang
pembesar. Nyatakan pembesar-pembesar tersebut dengan tugas-tugasnya sekali.
( 8 markah ).

Soalan 2
Huraikan bagaimana penerimaan Islam membantu meningkatkan martabat Melaka pada
abad ke 15 dan 16. ( 8 markah ).

Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme? Jelaskan bagaimana fahaman ini
melanda negara kita selepas kedatangan golongan penjajah. ( 8 markah ).

Soalan 4
Dua cabaran utama dalam pembinaan tamadun Malaysia ialah isu kewarganegaraan dan
jati diri. Bagaimana kedua-dua isu ini cuba diatasi oleh pihak kerajaan Malaysia?
( 8 markah ).

Soalan 5
Huraikan empat cabaran Wawasan 2020. ( 8 markah ).

Soalan 6
Jelaskan Konfucius seperti yang terkandung dalam buku-buku Lima Klasik dan Empat
Buku. ( 8 markah ).

Soalan 7

10/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Dalam ajaran Buddha terdapat Tiga Permata yang juga dikenali sebagai Triratana.
Bincangkan. ( 8 markah ).

Soalan 8
Menurut Andaya, tidak mustahil pada satu masa nanti akan lahir apa yang dinamakan
satu bangsa Malaysia yang baru. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang sepatutnya
ada pada bangsa tersebut. ( 8 markah ).

__________________________________000___________________________________

11/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kelas:___________________
No.ID:__________________
No. Soalan:__________

12/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kelas:___________________
No.ID:__________________
No. Soalan:__________

13/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kelas:___________________
No.ID:__________________
No. Soalan:__________

14/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kelas:___________________
No.ID:__________________
No. Soalan:__________

15/16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


Kelas:___________________
No.ID:__________________
No. Soalan:__________

16/16

Anda mungkin juga menyukai