Anda di halaman 1dari 15

SOALAN DARIPADA BUKU TEKS TINGKATAN 4:

Bab 1

1.Masyarakat tamadun awal mempunyai organisasi sosial yang terbentuk berteraskan


I. Agama.
II. Budaya.
III. Pekerjaan.
IV. Keturunan.

A.I dan II. B.I dan III. C.I dan IV D.II dan III.

Sistem pemerintahan di Mesopotamia berbentuk treokrasi


kerana konsep pemerintahan beraja bersifat ketuhanan.

2. Antara yang berikut, yang manakah membuktikan kuasa raja di Mesopotamia tidak terhad kepada hal-hal
sekular sahaja?

I. Raja melantik paderi.


II Raja menentukan pentadbiran rumah ibadat
III. Raja mengawasi sistem tulisan
IV. Raja menguasai hasil sewa tanah yang dimiliki rumah ibadat.

A.I, II, dan III B.I, II, dan IV C.I, III, dan IV D.II, III, dan IV

Di Bandar Anyang, istana, rumah golongan bangsawan, dan rumah ibadat


dikelilingi oleh tembok termasuklah bandaraya.

3. Antara yang berikut, yang manakah, membuktikan kuasa raja di Mesopotamia tidak terhad kepada hal-hal
sekular sahaja?
A. Membahagikan kawasan
B. Memantapkan pertahanan
C. Memudahkan pentadbiran
D. Menstruktur masyarakat.

- Sungai Indus. - Sungai Tigris.


- Sungai Nil. - Sungai Hwang Ho.

4. Apakah sumbangan sungai di atas kepada ketamadunan manusia?


A. Pelabuhan entrepot
B. Pusat tamadun awal
C. Penubuhan bandar terancang.
D.Pusat penyembahan tuhan.

5. Apakah alasan yang digunakan oleh pemerintah Mesir purba untuk membina piramid.

A.Menunjukan Kegemilangan kerajaan.


B.Melambangkan kekayaanNegara.
C.Membuktikan ketinggian Teknologi.
D.Mendapatkan kebahagiaan selepas mati.
Bab 2

Pertandingan Olimpik bermula pada tahun 776 s.m .Bagi menghormati upaca olimpik, semua orang
Yunani bersetuju memberhentikan semua peperangan sehingga pertandingan olimpik selesai.

6.Mengapakah pertandingan Olimpik dianggap penting dalam sejarah Yunani?

A.Untuk memilih jaguh olahraga.


B.Untuk memperingati Dewa Zeus.
C. Untuk menentukan kekuatan negara kota.
D. Untuk mengukuhkan hubungan.

Berdasarkan Hukum Karma dan Dharma


seseorang penganut Hindu akan mencapai Moksya

7.Penganut Hindu berusaha mencapai taraf Moksya supaya mereka

A. Dilahirkan semula.
A. Berharmoni dengan alam.
B. Bersatu dengan tuhan.
C. Dilantik sebagai Brahmin.

- Socrates (470S.M)
- Plato (427 S.M)
- Aristotle(384)

8. Apakah persamaan tokoh di atas?

A.Memperkenalkan idea demokrasi.


B. Memperluas empayar.
C.Mencipta sistem tulisan.
D.Merupakan ahli falsafah

Collosuem
Seni bina Pantheon
Aqueduct

9.Binaan di atas adalah antara binaan termahsyur dalam sejarah tamadun dunia. Binaan tersebut dikaitkan
dengan tamadun

A.Rom B.Yunani C.China D. India

10. Mengapakah wujud perbezaan struktur sosial antara masyarakat Athens dengan masyarakat Sparta walaupun
kedua-duanya merupakan negara kota dalam tamadun Yunani ?

A. Wujudnya perbezaan pekerjaan


B. Wujudnya perbezaan agama
C. Wujudnya perbezaan bahasa
D. Wujudnya perbezaan budaya
Bab 3

Kerajaan Abad
Kedah Tua Kelima sebelum masihi
Srivijaya Ketujuh sebelum masihi
Majapahit Keempat belas sebelum masihi

11. Jadual di atas menunjukkan kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara. Kegemilangan kerajaan ini adalah
hasil daripada kegiatan

A.Pertanian B.Perikanan C.Perdagangan D.Perlombongan

Champa
Funan
Srivijaya
Majapahit

12. Apakah faktor yang menyebabkan kerajaan-kerajaan maritim diatas ini terkenal dan kuat ?
A.Kekayaan hasil bumi
B.Penguasaan lalu lintas perdagangan
C.Kekukuhan pengaruh Hindu dan Buddha
D.Bilangan penduduk yang ramai

671 – 685 S.M.- Srivijaya menakluki kerajaan Melayu Jambi

682 – 685 S.M - Srivijaya menakluki kerajaan Kedah

13. Tindakan di atas membolehkan kerajaan Srivijaya


A.Menyekat perluasan kuasa luar
B.Menjadi pusat pengumpulan hasil
C.Mengawal laluan perdagangan
D.Menghapuskan ancaman lanun

Raja dalam kerajaan awal Asia Tenggara


berusaha untuk menjadi raja seluruh alam yang
berdaulat

14. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah langkah yang diambil oleh raja untuk mengukuhkan
kedaulatannya ?
I. Membina banyak monumen
II. Mengamalkan konsep dewa-raja
III. Menggunakan unsure mitos dan lagenda
IV. Mendapatkan perkhidmatan Brahmin

A.I, II, dan III B.I, II, dan IV C.I, III, dan IV D.II, III, dan IV
Candi Borobudur
Bahasa Sanskrit
Epik Ramayana dan Mahabrata

15.Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan rajah di atas ?


A.Pengaruh Hindu dan Buddha
B.Kepakaran seni bina
C.Kepentingan pendidikan
D.Pemimpin berwibawa

Bab 4.
16.Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar “al-Amin”?
A.Bersifat amanah dan dipercayai
B.Suka membantu golongan miskin
C.Pemaaf dan pengampun
D.Bergaul dengan semua orang

- Zaid Harithah
- Ali bin Abi Talib
- Khadijah binti Khuwailid

17. Apakah kaitan tokoh di atas dengan dakwah Islamiah di Makkah ?


A. Mereka berhijrah ke Taif.
B. Mereka merupakan orang yang awal memeluk Islam.
C. Mereka diseksa dengan kejam.
D. Mereka berhijrah ke Habsyah.

18. Mengapakah dakwah Islamiah pada peringkat awal di Makkah dilakukan secararahsia ?
I. Tindakan itu adalah suatu strategi dalam penyebaran Islam.
II. Ini adalah untuk mengelak daripada diketahui oleh orang ramai.
III. Ajaran Islam masih belum lengkap.
IV. Bilangan umat Islam masih kecil.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

19. Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam yang disampaikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka ?

I. Ajaran Islam menggugat perusahaan mengukir patung.


II. Ini berlaku kerana tanggapan yang salah terhadap tugas nabi.
III. Sikap dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w. tidak disenangi oleh mereka.
IV. Islam mengamalkan prinsip persamaan taraf.

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

20. Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam menyebarkan
Islam setelah baginda menerima tentangan daripada orang Arab Quraisy Makkah ?

I. Baginda meminta orang Islam berhijrah ke Habsyah.


II. Sekumpulan orang Islam diarah berhijrah ke Taif.
III. Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabat berhijrah ke Habsyah.
IV. Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah selepas mendapat keizinan Allah.

A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV


Bab 5:
21. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M. ?

A. Taif B. Syam C. Yathrib D. Madain

22. Antara yang berikut, yang manakah janji orang Arab Madinah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dalam Perjanjian Aqabah Pertama ?

I. Beriman kepada Allah dan Rasul.


II. Taat setia kepada Rasulullah sepenuhnya.
III. Sanggup berperang dengan orang Arab Quraisy.
IV. Tidak melakukan amalan-amalan jahiliah.

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

23. Apakah faktor yang menyebabkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah ?

A. Jemputan dan sokongan penduduk Habsyah terhadap mereka.


B. Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah.
C. Raja Habsyah ialah muslim yang baik.
D. Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam.

24. Wahyu pertama mengandungi suruhan “membaca kepada Nabi Muhammad s.a.w.”.
Pada pandangan anda apakah kesan penting daripada perintah itu ?

A. Membaca meluaskan pengetahuan dan pengalaman.


B. Membaca harus dimulakan oleh pemimpin.
C. Membaca dan menulis asas pendidikan Islam.
D. Al-Quran wajib dibaca oleh semua orang.

Bab 6:

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq terkenal sebagai penyelamat


umat Islam

26.Mengapakah beliau digelar sedemikian ?

I. Berjaya menghapuskan nabi-nabi palsu


II. Menyelesaikan masalah perlantikan khalifah
III. Membasmi golongan murtad
IV. Menyelamatkan negara daripada bencana alam

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

- Abu al-Abbas al-Saffah


- Abdul Rahman al-Dakhil

27. Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas ?


A.Khalifah terakhir kerjaan Islam
B.Pengasas kerajaan masing-masing
C.Tokoh ilmuan Islam yang terkenal
D.Ketua tentera yang handal
28.Apakah faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniyah memperoleh kejayaan dalam bidang
ketenteraan ?
A.Kedudukan ekonomi yang stabil
B.Akidah dan moral yang tinggi
C.Perpaduan dikalangan rakyat
D.Pemimpin yang berwawasan

Perluasan kuasa

Perniagaan
TAMADUN ISLAM
Hubungan
diplomatik

Ilmu pengetahuan

29 Rajah di atas menunjukkan pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia melalui
aktiviti perniagaan, perluasan kuasa, Ilmu pengetahuan, dan hubungan diplomatik.
Apakah kesan daripada pertembungan tamadun itu ?
A.Pusat pengajian tinggi mula bertambah
B.Ekonomi dan social berkembang pesat
C.Berlaku interaksi antara orang Islam dengan bukan Islam
D.Sempadan Islam bertambah luas
Bab 7 :
30. “ Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah banyak mempengaruhi
kehidupan masyarakat Asia Tenggara.”
Apakah pengaruh yang dimaksudkan oleh pernyataan di atas ?

I. Wujud konsep persamaan taraf bagi menggantikan sistem kasta


II. Islam merupakan agama rasmi bagi kerajan Islam
III. Konsep raja bayangan tuhan ditukar kepada sultan
IV. Kesemua adapt dan ajaran Hindu erhapus

A.I, II, dan III B.I, II dan IV C.I, III dan IV D. II, III, dan IV

Perlak Samudera-Pasai
Melaka Acheh

31. Kerajaan Islam di atas menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara sejak abad ke-9 hingga abad
ke-17. Selain menjadi pusat penyebaran Islam, apakah peranan kerjaan ini.

I. Pusat pendidikan dan keilmuan


II. Pusat kebudayaan dan kesenian
III. Pusat pentadbiran kerajaan Islam serantau
IV. Pusat pengumpulan rempah ratus

A.I dan II B.II dan III C.III dan IV D. I dan IV


Kerajaan Melayu Melaka

Kerajaan Acheh

32. Apakah persamaan kedua-dua buah kerajaan di atas ?


A.Dinaungi oleh kuasa Barat
B.Menjadi pusat pangajian Islam
C.Terkenal pada abad ke-16 dan ke-17
D.Menghapuskan kuasa Barat

33. Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat Islam datang ke Asia Tenggara dari
semenanjung Tanah Arab. Apakah bukti yang dikemukakan untuk menyokong pendapat ini ?
I. Tulisan jawi berasal daripada tulisan Arab
II. Kesusasteraan awal mengikut gaya kesusasteraan Arab
III. Kitab-kitab yang ditulis berdasarkan sumber Arab
IV. Wujud petempatan orang Arab di Melaka dan Acheh

A.I, II, dan III B.I, II dan IV C.I, III dan IV D. II, III, dan IV

Bab 8:
34. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep dewa-raja ?
A.Raja dianggap suci dan sebagai dewa di bumi
B.Raja yang memerintah dianggap bijak
C.Raja daripada keturunan dewa
D.Raja yang memerintah mengikut keturunan dewa

35. Antara yang berikut yang manakah berkait rapat dengan peraturan yang terdapat dalam Adat
Temenggung ?
I. Anak lelaki diberikan keutamaan dalam hal pewarisan harta
II. Sultan yang mangkat mesti digantikan dengan putera sulung
III. Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah
IV. Seseorang lelaki dibenarkan berkahwin dengan ahli-ahli sukunya

A.I,II, dan III B.I,II, dan IV C.I,III, dan IV D.II,III, dan IV

Bab 9:

36. Apakah ciri-ciri Zaman Gelap di Eropah ?


I. Tiada peningkatan ilmu pengetahuan
II. Ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot
III. Kedudukan tuan tanah di pandang rendah
IV. Tiada kerajaan pusat yang kukuh

A.I,II, dan III B.I,II, dan IV C.I,III, dan IV D.II,III, dan IV


I. Zaman Renaissance dan Zaman Reformation
II. Zaman Yunani dan Rom
III. Zaman penerokaan dan penjelajahan
IV. Zaman pertengahan

37. Susun kedudukan zaman-zaman di atas mengikut kronologi


A.II, I, IV dan III B.II, III, IV dan I
C.IV, III, II dan I D.II, IV, I dan III

38. Apakah kesan Zaman Reformation di Eropah ?


I.Negara Eropah berperang menurut mazhab masing-masing
II.Kuasa gereja terhadap kerajaan berkurangan
III.Penganut mazhab Kristian, manjalankan kegiatan pendidikan
IV.Agama Kristian diketepikan oleh masyarakat Eropah

A.I,II, dan III B.I,II, dan IV C.I,III, dan IV D.II,III, dan IV

39. Mengapakah orang-orang Eropah melakukan penjajahan ke Timur ?


I. Ingin mendapatkan barangan dari Timur khususnya rempah-ratus
II. Semangat cinta dan bangga kepada bangsa dan Negara
III. Ingin melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat Timur
IV. Galakan, sokongan, dan bantuan daripada pemerintahan Negara

A.I,II, dan III B.I,II, dan IV C.I,III, dan IV D.II,III, dan IV

40. Apakah kesan kedatangan Barat ke Asia Tenggara dalam bidang politik?
I. Pemerintahan Asia Tenggara menerima penasihat Barat
II. Sistem pentadbiran masyarakat setempat dihapuskan
III. Ssitem pemerintahan beraja dipinggirkan
IV. Sistem perundangan Barat diperkenalkan.

A. I & II B. II & III C. III & IV D. I & IV

Bab 10:
41.Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?
I. Aktiviti yang diusahakan di kawasan bandar yang terpencil.
II. Aktiviti ekonomi yang diusahakan tanpa lebihan produk.
III. Penggunaan tenaga kerja yang terhad.
IV. Penggunaan tenaga kerja yang kurang mahir.

A.I,II, dan III B.I,II, dan IV C.I,III, dan IV D.II,III, dan IV

42.Apakah sebab utama kawasan Asia Tenggara menjadi tumpuan negara-negara Eropah pada abad ke-19 ?
A.Jumlah penduduknya ramai dan pelbagai bangsa serta agama.
B.Mereka bercita-cita untuk mendamaikan perbalahan yang sering berlaku.
C.Kawasan yang kaya dengan pelbagai sumber alam dan bahan galian.
D.Penguasaan terhadap Asia Tenggara menyebabkan imej mereka tinggi.

43.Mengapakah pemodal Eropah berupaya bersaing dengan pemodal China dalam industri perlombongan pada
abad ke-20 ?
A.Mereka mempunyai modal dan teknologi yang tinggi.
B.Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang perlombongan.
C.Mereka boleh mengeksport bijih timah dengan mudah.
D.Mereka mendapat kerjasama yang erat daripada orang Melayu.

43.Apakah tujuan utama Akta Tanah Simpanan Melayu diwujudkan ?


I. Untuk menghindarkan tanah tersebut dijual kepada orang asing.
II. Untuk memudahkan orang Melayu bercucuk tanam.
III. Untuk memudahkan British mengendalikan kegiatan pertanian.
IV. Untuk melindungi kepentingan ekonomi dan politik British.

A.I dan II B.II dan III C.III dan IV D.I dan IV


SOALAN OBJEKTIF DARI BUKU TEKS TINGKATAN 5
Bab 1:
1.Mengapakah kuasa Barat memperkenalkan sistem birokrasi mereka di tanah jajahan?
A.Untuk memodenkan sistem pentadbiran di tanah jajahan
B.Untuk melatih pembesar tempatan menjadi pegawai kerajaan
C.Untuk menyediakan pentadbiran ke arah berkerajaan sendiri
D.Untuk memudahkan eksploitasi ekonomi di tanah jajahan

2.Bagaimanakah kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan menjadi faktor imperialisme


barat di Asia Tenggara
I. Penggunaan kapal wap dapat membawa lebih banyak bahan mentah dari tanah jajahan
II. Terusan Suez memendekkan jarak di antara negara penjajah dan negara dijajah
I. Pembinaan jalan keretapi memudahkan pengangkutan bahan mentah ke pelabuhan untuk
dibawa ke barat
IV Telegraf memudahkan komunikasi antara negara penjajah dengan pegawai-pegawainya di
tanah jajahan

A.I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV

3.Gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara memperlihatkan perubahan daripada bercorak sederhana
kepada bercorak radikal. Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
A.Semakin ramai pemimpin gerakan yang ditangkap oleh kerajaan penjajah
B.Gerakan nasionalisme tahap pertama tidak mendatangkan kesan kepada penjajah
C.Bilangan nasionalis berpendidikan tinggi semakin bertambah pada tahap kedua.
D.Perubahan tersebut dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme luar negara yang radikal

4. KATIPUNAN DI FILIPINA
PARTI KOMUNIS INDONESIA
VIET NAM QUAC DANG DANG

Ciri-ciri persamaan bagi parti-parti politik di atas ialah :

I Merupakan parti-parti politik radikal


II Hasrat menggulingkan kerajaan melalui revolusi
III Sikap bekerjasama dengan kerajaan penjajah
IV Pemimpin-pemimpinnya berhaluan sederhana

A.I dan II sahaja B.II dan III sahaja C.III dan IV sahaja D.I dan IV sahaja

5. Bukti ketidakjujuran imperialisme Barat yang dikatakan berpegang pada prinsip beban orang putih dan tugas
menyebarkan tamadun di Asia Tenggara ialah :

I. Penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir negara mereka sendiri
II. Penjajah banyak melakukan diskriminasi dan ekspoitasi di tanah jajahan
III. Penjajah tidak melibatkan peribumi dalam pentadbiran tanah jajahan
IV. Penjajah memperkenalkan system birokrasi Barat di tanah jajahan

A.I,II danIII B.I,II danIV C.I,III dan IV D.II,III dan IV


BAB 2:
6. Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan nasionalisme?
A.Satu gerakan oleh masyarakat tempatan untuk memajukan diri
B.Satu gerakan penentangan untuk mengawal hala tuju masyarakat
C.Satu gerakan penentangan oleh masyarakat terhadap kuasa luar
D.Satu gerakan penentangan oleh masyarakat tempatan untuk mendapatkan kuasa politik

7. Mengapakah berlakunya penentangan terhadap kuasa Barat oleh pemimpin tempatan?


A.Sistem Barat yang amatbbertentangan dengan sistem tempatan
B.Pengaruh kuasa Barat yang mengancam kuasa pentadbiran tempatan
C.Pemimpin tempatan mula kehilangan kuasa di kawasan pentadbirannya
D.Sistem pentadbiran Barat yang tidak menggugat kedudukan pemimpin tempatan

8.Apakah objektif utama Kesatuan Melayu Muda?


A.Memajukan pendidikan para pemuda
B.Mengeratkan perpaduan di kalangan pemuda
C.Membangkitkan kesedaran untuk menentang penjajah
D.Menggalakkan pembangunan sosioekonomi di kalangan pemuda

9.Yang berikut merupakan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
I.Pembukaan Terusan Suez telah memudahkan pengaliran idea
II.Kemunculan akhbar, majalah dan buku yang tersebar luas
III.Pengaruh daripada gerakan reformis Islam di Asia Tenggara
IV.Kesedaran politik yang berlaku di sekitar Asia Tenggara

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

10. Apakah isu yang ditimbulkan oleh majalah dalam membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu?
A.Memajukan ekonomi orang Melayu
B.Memajukan pelajaran anak-anak Melayu
C.Menuntut layanan sama rata kepada orang tempatan
D.Menggalakkkan perpaduan di kalangan orang Melayu

BAB 3:
11. Persidangan Damai Paris di Perancis diadakan pada tahun 1919 selepas Perang Dunia Pertama berakhir.
Antara yang berikut, yang manakah kesan penting persidangan tersebut?

I.Pengisytiharan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson


II.Perpecahan Empayar Austria-Hungry dan Turki
III.Kemunculan idea negara dan bangsa
IV.Penyatuan Eropah Barat

A.I danII B.II dan III C.III dan IV D.I dan IV

12.Antara yang berikut, yang manakah merujuk pada asas ciri negara dan bangsa dalam
Kesultanan Melayu Melaka?
I.Bangsa II.Kerajaan III.Agama Islam IV.Keunggulan undang-undang

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

13.Apakah persamaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan


Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk 1911?
I. Sistem pewarisan takhta
II. Agama Islam sebagai agama negeri
III. Keanggotaan Majlis Mesyuarat Kerajaan
IV. Pelantikan Jawatan Penasihat Kewangan
A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV
14. Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri untuk memperkemaskan sistem pentadbiran di
Kelantan. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan Sistem Jemaah Menteri
A. Setiap badan Jemaah Menteri diketuai oleh kerabat diraja
B. Setiap Jemaah Menteri dianggotai empat pembesar
C. Menteri menentukan bidang kuasa Sultan Kelantan
D. Menteri berkuasa mutlak dalam pentadbiran

15.Johor merupakan negari pertama di Tanah Melayu yang memperkenalkan perlembangaan bertulis, iaitu
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895. Apakah ciri-ciri perlembagaan tersebut?
I. Pengasasannya megikut perlembangaan Barat
II. Penubuhan Majlis Negeri dan Jemaah Menteri
III.Keanggotaannya terhad kepada rakyat Johor
IV.Pemerintahan Johor berkuasa secara mutlak

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

BAB 4 :
16. Apakah tujuan British British memperkenalkan Malayan Union?
I. Sebagai cara melahirkan satu system pentadbiran yang licin
II.Sebagai usaha mengambil hati orang Melayu di Tanah Melayu
III.Sebagai persediaan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
IV.Sebagai cara supaya orang dagang dapat melupakan negara asal

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

17.Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union?


I. British telah melakukan paksaan terhadap Raja-Raja Melayu
II. British membuka hak kerakyatan Malayan Unoin secara liberal
III.British memberikan kebebasan berfikir kepadaRaja-Raja Melayu
IV.British menghapuskan kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

18. Bagaimanakah caranya orang Melayu menentang Malayan Union?


I. Mengadakan demonstrasi di hadapan ahli-ahli Parlimen British
II. Menulis surat bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan di London
III.Menyebarkan idea kemerdekaan secara menyeluruh dan radikal
IV.Mengadakan Kongres Melayu pada bulan Mac 1946

A.I,II danIII B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III danIV

19.Mengapakah orang dagang menentang cadangan Persekutuan Tanah Melayu1948?


I. Kerana melaksanakan dasar yang menyokong orang Melayu
II. Kerana Jawatankuasa Eksekutif tidak diwakili oleh orang dagang
III.Kerana Tanah Melayu tidak berkonsepkan sebuah republik
IV.Kerana cadangan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidak demokratik.

A.I,II danIII B.I,II danIV C.I, III dan IV D. II, III dan IV

20.Antara yang berikut, yang manakah cirri-ciri penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I. Gabungan sembilan Negeri Melayu dan dua Negeri Selat


II. Singapura termasuk dalam pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
III.Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
IV.Konsep Raja Berpelembagaan diterima sebagai institusi dalam pentadbiran

A. I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV


Bab 5 :
21. Mengapakah Sistem Ahli diperkenalkan?
I Melatih pegawai-pegawai tempatan dalam pentadbiran
II Mengikut system pentadbiran yang diamalkan di India
III Melaksanakan dasar dekolonisasi yang diingin British
IV Mengurangkan tekanan daripada Parti Komunis Malaya

A.I,II danIII B. I,II dan IV C.I,III danIV D.II,III dan IV

22.Apakah badan-badan yang menjalankan usaha pakatan murni sebelum Parti Perikatan tertubuh?
I Parti Kemerdekaan Malaya
II Persatuan Penduduk Tanah Melayu
III Jawatankuasa Hubungan antara Kaum
IV Persidangan Kebangsaan dan Konvensyen Kebangsaan

A.I,II danIII B.I,II danIV C.I,III dan IV D.II,III danIV

23.Apakah cirri-ciri IMP?


I. Kerjasama bangsa dalam sesebuah parti
II.Menolak usaha kemerdekaan
III.Terbuka kepada semua kaum
IV.Menyedari perubahan politik Tanah Melayu

A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III danIV D.II,III danIV

24. Nyatakan isu-isu yang berbangkit dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
I.Penerimaan kerakyatan jus soli
II.Penetapan Hari Kemerdekaan
III.Pengekalan kedudukan Istimewa orang Melayu
IV.Pengekalan Institusi Raja-Raja Melayu

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III,dan IV D.II,III danIV

25.Apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?


I.Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen
II.Penubuhan sebuah negara yang bersifat raja berkuasa mutlak
III.Perpaduan antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
IV.Pemberian hak mentadbir kepad penduduk tempatan

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

Bab 6:
26.Mengapakah Singapura ingin menyertai Malaysia?
I.Mengimbangi penduduk di Singapura
II.Mempercepatkan proses kemerdekaan
III.Menyekat perkembangan komunis
IV.Mengekalkan pertahanan British

A.I dan IIB.II dan III C.II dan IV D.III dan IV

27.Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum bertujuan:


A.Meninjau reaksi danpendapat rakyat Sarawak dan Sabah
B.Membincangkan isu-isu penting pembentukan Malaysia
C.Memperjuangkan hak peribumi Sarawak dan Sabah
D.Mengadakan referendum di Sarawak dan Sabah

28 Inti pati Akta Malaysia merujuk pada perkara berikut:


I. Kedudukan bumiputra
II. Kebebasan asasi
III. Bahasa Melayu
IV. Agama Islam

A.I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D.II,III dan IV


29.Hak istimewa untuk kaum bumiputra meliputi:
A.Semua orang Melayu dan rakyat peribumi di Sarawak dan Sabah
B.Semua kaum peribumi di Sarawak dan Sabah Sahaja
C.Semua orang Melayu di Malaysia
D.Semua rakyat Malaysia

30.Pembentukan Malaysia meliputi perkara berikut:


I. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia
II. Agama Islam ialah agama rasmi bagi semua negeri di Malaysia
III. Kerajaan Perseekutuan membenarkan kebebasan beragama
IV. Kerajaan Persekutuan mengawal sepenuhnya hal-hal yang berkaitan dengan imigresen

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

Bab 7 :
31.Apakah fungsi Jemaah Menteri dalam struktur pentadbiran Malaysia?
A.Meluluskan undang-undang
B.Membuat dasar kerajaan
C.Melaksanakan arahan
D.Menentukan arahan

32.Antara yang berikut yang manakah merujuk pada Senarai Persekutuan


I. PendidikanII. Pertahanan III. Kesihatan IV. Tanah

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

33. Apakah yang dilambangkan oleh lima bilah pada perisai dalam Jata Negara di atas?
A.Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
B.Keberanian rakyat Malaysia
C.Islam agama rasmi negara
D.Hak istimewa Melayu

34.
Yang di-Pertuan Agong

Badan Badan Badan


Perundingan Pelaksana Kehakiman
Rajah di atas merujuk pada
system pemerintahan negara Malaysia. Apakah cirri penting dalam pemerintahan
tersebut?
A.Perdana Menteri melantik pegawai awam
B.Negara mengamalkan pengagihan kuasa
C.Mahkamah membentuk system berkuasa perundangan negara
D.Yang di-Pertuan Agong berkuasa mentadbir negara

35. Andaikan anda ingin bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen di salah sebuah kawasan Parlimen
Malaysia. Apakah syarat yang membolehkan anda diterima sebagai calon pilihan raya?
I. Mendaftar sebagai pengundi
II. Bebas daripada tindakan muflis
III.Bertanding mewakili sebuah parti politik
IV.Warganegara Malaysia mengikut umur yang ditetapkan

A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV


BAB 8 :
36.Mengapakah dasar-dasar kerajaan pada peringkat awal selepas kemerdekaan lebih menumpukan
pembangunan luar Bandar?
A.Kawasan Bandar dimajukan oleh pihak swasta terutamanya pelabur-pelabur Eropah
B.Kawasan luar Bandar jauh ketinggalan daripada pembangunan semasa penjajahan
C.Kawasan luar Bandar mempunyai banyak potensi ekonomi sekiranya dimajukan
D.Kawasan Bandar sudah boleh berkembang sendiri tanpa campur tangan kerajaan

37.Apakah iktibar daripada Peristiwa 13 Mei 1969?


A.Rancangan Lima Tahun tidak berkesan dalam memastikan keamanan negara
B.Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum sukar dimajukan
C.Jurang perbezaan antara kaum boleh mencetuskan masalah perpaduan
D.Program pembangunan ekonomi negara memerlikan perancangan teliti

38.Berikut ialah matlamat Dasar Ekonomi Baru:


I.Untuk menyusun semula masyarakat
II.Untuk membantu golongan bumiputra
III.Untuk membangunkan kawasan luar Bandar
IV.Untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

A.I dan IIB.II dan III C.III dan IV D.I dan IV

39. Rukun Negara merupakan ideology nagara yang digubal untuk


A.Dijadikan panduan dalam mengahdapi kehidupan bermasyarakat
B.Dihayati dan dijadikan amalan kehidupan harian
C.Dibanggai kerana merupakan identity bangsa yang merdeka
D.Diyakini sebagai cara hidup ke arah kesejahteraan

40.Keberkesanan sesuatu dasar ke arah perpaduan bergantung pada


I .Pemahaman rakyat terhadap dasar kerajaan
II.Kejujuran kakitangan awam yang berkaitan
III.Penguatkuasa oleh pihak berwajib
IV.Ketinggian ilmu pengetahuan
A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

BAB 9 :
41.Dasar Luar Malaysia mempunyai matlamat-matlamat berikut:
I.Menggalakkan perdagangan antarabangsa
II.Mengekalkan kedaulatan negara
III.Menjamin kesejahteraan dunia
IV.Menyebar budaya bangsa
A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III danIV

42.Hala tuju Dasar Luar Malaysia pada zaman Tunku Abdul Rahman adalah seperti berikut:
A.Berbaik-baik dengan semua negara B.Prokomunis
C.Pro-Barat D.Berkecuali

43.Negara manakah merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
A.Amerika Syarikat,China, British, Perancis dan Australia
B.Rusia, Amerika Syarikat, China, British dan Perancis
C.Rusia, amerika Syarikat,China Jepun dan Jerman
D.China,Britian Rusia, Oerancis dan Jerman

44.Antara matlamat penubuhanASEAN adalah untuk


A.Bekerjasa dalam bidang ekonomi, social dan kebudayaan
B.Memberikan bantuan aketenteraan kepada negara-negara ahli
C.Menganjurkan Sukan Asia Tenggara setiap dua tahun
D.Meningkatkan taraf infrastruktuf antara negara

45.Usaha kerajaan Malaysia menghadapi globalisasi


I .Membina prasanan bagi perkembangan
II.Menyediakan peruntukkan besar bagi pembangunan dan penyelidikan
III.Mengadakan reformasi pendidikan
IV.Menerima budaya bekerja dari negara maju
A.I,II dan III B.I,II dan IV C.I,III dan IV D.II,III dan IV

Anda mungkin juga menyukai