Anda di halaman 1dari 11

SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

BAHAGIAN A : SOALAN ANEKA PILIHAN

1. Pilih takrifan PALING TEPAT mengenai tamadun Islam.

A. Kemantapan tauhid umat Islam sepanjang zaman


B. Kemajuan dicapai umat Islam sepanjang sejarahnya
C. Pencapaian umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan
D. Kemajuan rohani dan jasmani berlandaskan syariat Islam

2. Istilah tamadun mula diperkenalkan oleh ___________

A. Jurji Zaidan
B. Ibn Khaldun
C. Syed Mohd Naquib
D. Muhammad Farid Wajdi

3. Mengapakah Ibn Khaldun dianggap sebagai bapa ilmu ketamadunan?

A. Seorang sarjana paling tersohor di zamannya


B. Banyak menghasilkan karya tentang ilmu ketamadunan
C. Pengajian ilmu ketamadunan tidak lagi wujud pada zaman sebelumnya
D. Merupakan sarjana pertama membicarakan secara ilmiah persoalan tamadun

4. "Ketundukan dan kepatuhan kepada Allah adalah dalam lingkungan menurut segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya"

Pernyataan adalah berkaitan dengan pandangan semesta tamadun Islam yang


menepati konsep _____________

A. Keimanan
B. Keikhlasan
C. Kekuasaan
D. Kemanusiaan

2
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

5. Nabi Muhammad s.a.w telah memainkan peranan penting dalam pembentukan


tamadun Islam di Mekah pada peringkat awal perutusan baginda sebagai Rasulullah
s.a.w. Apakah antara kejayaan baginda Rasulullah s.a.w?

I. Membentuk akhlak
II. Membebaskan hamba
III. Meningkat ekonomi perdagangan
IV. Merubah kepercayaan dan akidah

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

6. Apakah peranan UTAMA manusia menurut Islam?

A. Membina tamadun
B. Menguasai alam dunia
C. Beribadat kepada Allah swt
D. Membentuk kesejahteraan dalam kalangan manusia

7. Al-Quran merupakan sumber utama tamadun Islam, manakah berikut berkaitan


dengan Al-Quran?

I. Mengandungi prinsip-prinsip asas ajaran Islam dan ilmu pengetahuan


II. Wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril
III. Menolak sebarang bentuk penggunaan akal yang waras dalam memajukan
tamadun
IV. Kandungannya meliputi ilmu kerohanian dan kebendaan yang menjadi
ramuan kepada pembinaan tamadun

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8. Manakah antara berikut kerajaan Islam terakhir sebelum kejatuhan tamadun Islam?

A. Ayubiyyah
B. Abbasiyyah
C. Ummaiyyah
D. Uthmaniyyah

3
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

9. Jihad adalah penting bagi umat Islam kerana ____________.

I. dapat menegakkan keadilan


II. memelihara keselamatan dan keharmonian
III. menjadikan umat Islam yang mampu bersaing
IV. mengangkat kedudukan bangsa agar digeruni

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

10. Masyarakat Melayu sudah bertapak di Asia Tenggara sejak __________


tahun dahulu.

A. 2,000
B. 3,000
C. 5,000
D. 6,000

11. Manakah antara berikut empayar kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam di
Alam Melayu?

I. Funan
II. Melaka
III. Srivijaya
IV. Majapahit

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

12. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan sebagai


___________.

I. beragama Islam
II. mewarisi tradisi Melayu
III. lazimnya berbahasa Melayu
IV. mengamalkan adat istiadat Melayu

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
4
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

13. Faktor interaksi yang paling penting membantu penerimaan awal Islam di Alam
Melayu ialah _____________.

A. budaya
B. geografi
C. perkahwinan
D. perdagangan

14. Manakah berikut karya persuratan Melayu Islam pada zaman kegemilangan Islam di
Alam Melayu?

A. Sang Kancil
B. Tajul Salatin
C. Puteri Mahsuri
D. Puteri Santubong

15. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu pernah menganuti agama berikut
KECUALI _____________.

A. Hindu
B. Budhha
C. Kristian
D. Animisme

16. Berikut merupakan keunggulan Islam dalam proses perkembangan Islam di Alam
Melayu.

I. Membentuk akhlak manusia


II. Menekan keseimbangan dalam kehidupan
III. Agama yang mudah dipelajari dan difahami
IV. Agama yang boleh disesuaikan dengan semua keadaan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

5
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

17. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah meletakkan asas yang kukuh dalam
pembinaan tamadun Melayu. Apakah asas-asas tersebut?

I. Keluhuran akhlak
II. Kemajuan kebendaan
III. Kepercayaan beragama
IV. Adat dan istiadat Melayu

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

18. Manakah berikut BUKAN kaedah ukuran yang digunakan untuk mengukur sesuatu?

A. Hasta
B. Cupak
C. Relong
D. Jengkal

19. Masyarakat India terbahagi dua iaitu Indo-Arya dan Dravida. Apakah bahasa utama
Indo-Arya?

A. Urdu
B. Tamil
C. Telegu
D. Sanskrit

20. Bhagavadgita merupakan sebahagian daripada epik Mahabrata yang mengandungi


ajaran dalam bentuk falsafah. Apakah perkara yang ditekankan?

I. Mengawal nafsu
II. Menyerah diri kepada Tuhan
III. Mendisiplinkan rohani semata-mata
IV. Menjalankan tanggungjawab mengharapkan balasan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV

6
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

21. Berikut adalah alat muzik bagi masyarakat India Utara KECUALI ____________.

A. Sitar
B. Tabala
C. Veena
D. Sahnai

22. Manakah berikut BUKAN simbol identiti masyarakat Sikh?

A. Sikat
B. Cincin
C. Gelang
D. Seluar jerut

23. Manakah berikut dua pusat pertumbuhan awal tamadun Cina?

A. Huang He, Yangtze


B. Yangtze, Heilongjiang
C. Huang He, Chang Jiang
D. Chang Jiang, Heilongjiang

Ajaran ini menekankan amalan nilai dan sifat mulia iaitu


kemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa
(xiao)

24. Pernyataan di atas merujuk ajaran falsafah ______________.

A. Moisme
B. Daoisme
C. Legalisme
D. Konfusianisme

25. Siapakah pengasas falsafah Daoisme?

I. Laozi
II. Mo Zi
III. Zhuangzi
IV. Kung Fu Tze

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
7
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

26. Sesebuah drama Cina yang dipersembahkan mempunyai mesej penting. Apakah
mesej utama yang dapat disampaikan?

A. Menggalakkan masyarakat meminati drama


B. Sesiapa yang berbuat baik akan peroleh ganjaran
C. Mempertahankan dinasti daripada serangan musuh
D. Rakyat berhak menikmati keseronokan melalui hiburan

27. Apakah ciri-ciri politik dan pemerintahan tradisional Cina?

I. Bersifat feudal
II. Berteraskan dinasti
III. Dipengaruhi aliran falsafah
IV. Menguasai kesenian dan sastera

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

28. Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai fenomena globalisasi?

A. Penguasaan eknonomi syarikat korporat ke negara-negara lain


B. Penyebaran maklumat berlaku secara mudah, meluas dan pantas
C. Negara-negara kecil menghadapi serangan budaya dari negara maju
D. Rakyat dari mana-mana negara bebas bergerak ke mana-mana sahaja

29. Apakah isu UTAMA yang perlu diberi perhatian dalam dialog peradaban?

I. Interaksi antara tamadun yang terhad


II. Mengenal pasti tamadun yang unggul dan benar
III. Langkah mengurangkan prasangka antara tamadun
IV. Tanggapan salah terhadap terhadap sesuatu tamadun

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

30. Mengapakah dialog antara tamadun dianggap penting dalam menyelesaikan


pelbagai isu hubungan kaum di Malaysia?

I. Mereka menganut kepercayaan yang berbeza


II. Rasa curiga masih wujud antara kaum di Malaysia
III. Mereka mengamalkan budaya hidup yang berbeza
IV. Kaum bumiputera perlu mengekalkan kepimpinannya

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

(JUMLAH: 30 MARKAH)

9
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR

1. Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri ketamadunan tersendiri yang tiada pada tamadun
lain. Tuliskan LIMA (5) antara ciri tamadun Islam.
(5 markah)

2. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan secara menyeluruh kepada kehidupan


manusia. Terangkan TIGA (3) antara sumbangan tersebut.
(6 markah)

3. Tamadun Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang tertumpu di suatu wilayah atau
kepulauan Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama. Nyatakan EMPAT (4)
nama-nama tersebut.
(4 markah)

4. Terdapat beberapa kerajaan kesultanan Melayu Islam muncul selepas kedatangan


Islam. Nyatakan LIMA (5) kerajaan tersebut.
(5 markah)

5. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah mencorakkan pandangan semesta masyarakat


Melayu berasaskan ajaran Islam. Nyatakan EMPAT (4) nilai amalan masyarakat Melayu
yang anda ketahui dan terangkan
(8 markah)

6. Ashrama Dharma adalah susun lapis kehidupan dalam tamadun India. Nyatakan
EMPAT (4) susun lapis tersebut.
(4 markah)

7. Kemukakan EMPAT (4) kasta utama yang wujud dalam masyarakat India serta peranan
setiap kasta.
(4 markah)

8. Masyarakat Cina mempercayai kewujudan Tian yang mempunyai kuasa. Kemukakan


EMPAT (4) fahaman mereka terhadap Tian.
(4 markah)

10
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

9. Dalam masyarakat tradisional Cina, terdapat beberapa amalan dalam perkahwinan.


Nyatakan EMPAT (4) daripada amalan tersebut.
(4 markah)

10. Kegagalan manusia mematuhi syariah akan mendatangkan masalah dalam kehidupan
bermasyarakat. Nyatakan TIGA (3) kesan negatif pengabaian maqasid syariah dan
terangkan.
(6 markah)

(JUMLAH: 50 MARKAH)

11
SULIT MEI 2017/SET A/MPU3123

BAHAGIAN C : SOALAN ESEI


Jawab SATU (1) soalan sahaja.

Soalan 1

a. Terdapat tiga teori berserta hujah-hujah yang membahaskan tentang kedatangan


Islam ke Alam Melayu. Huraikan.
(10 markah)

b. Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu
dalam aspek akidah, sosial dan ekonomi. Huraikan
(10 markah)

Soalan 2

Agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam adalah empat agama utama yang wujud dalam
ketamadunan India dan setiap agama mempunyai ciri-ciri dan ajaran-ajarannya yang
tersendiri. Huraikan.
(20 markah)

Soalan 3

Globalisasi yang didominasi oleh Barat memberi kesan kepada tamadun Islam dan
tamadun Asia dalam beberapa aspek. Bincangkan.
(20 markah)

(JUMLAH: 20 MARKAH)

KERTAS SOALAN TAMAT

12

Anda mungkin juga menyukai