Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti Minggu 2 – Sebelum Anda Bermula

1. Hubungan, pertemuan, komunikasi dan sebagainya di antara individu, kelompok,


masyarakat dan seterusnya negara adalah apa yang dikatakan sebagai
a. Toleransi peradaban
b. Pertemuan peradaban
c. Interaksi antara peradaban
d. Pertembungan peradaban

2. Antara berikut, yang manakah menggambarkan interaksi tamadun dalam bentuk


yang negatif?
a. Kejadian gempa bumi dan bencana alam seperti tsunami.
b. Pertembungan tamadun Islam dan tamadun Barat membawa kepada
berlakunya Perang Salib (1096-1291).
c. Perletakan jawatan sesetengah pemimpin berlaku disebabkan tekanan oleh
golongan rakyat.
d. Pembunuhan tokoh-tokoh penting di dunia disebabkan interaksi yang gagal.

3. Merujuk kepada peradaban awal dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Greek dan
Rome merupakan peradaban yang telah jatuh. Kemerosotan, kejatuhan dan
berakhirnya tamadun-tamadun tersebut adalah disebabkan oleh kepincangan
dalam beberapa aspek peradaban. Antara berikut manakah BUKAN menunjukkan
ciri-ciri kepincangan tersebut.
a. Bencana alam dan penyakit yang teruk.
b. Rakyat yang bersungguh-sungguh mengumpul harta.
c. Pemimpin mengabaikan kebajikan dan kemudahan rakyat.
d. Berlakunya penindasan terhadap golongan bawahan.

4. Pengamatan dan penghayatan terhadap ilmu ketamadunan akan melahirkan


individu dan masyarakat yang __________.
a. Menghayati nilai-nilai murni.
b. Memahami dan menguasai sejarah.
c. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya.
d. Hidup dalam masyarakat tanpa mengubah jati diri serta dapat mendepani
cabaran.

5. Berikut adalah istilah yang sama makna dengan peradaban. Pilih yang betul.
I. Umran
II. Madaniyyah
III. Thaqafah
IV. Hadhari
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. I, II, III dan IV
6. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada
kemunculan sesebuah tamadun?
I. Kesengsaraan hidup.
II. Kemenangan di dalam peperangan.
III. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV. Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. I, III dan IV
d. I, II, III dan IV

7. Tamadun dan budaya merupakan dua perkataan yang berbeza dari segi konsep
dan makna. Pilih pernyataan yang betul.
I. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan.
II. Budaya dihubungkan dengan sesebuah negara atau bangsa.
III. Bertamadun dikatakan memiliki kehalusan budi dan moral.
IV. Budaya masyarakat yang tinggi tidak merujuk kepada masyarakat bertamadun.
a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
d. III dan IV

8. Fakta manakah yang tepat menggambarkan faktor-faktor pendorong kepada


kemunculan sesebuah tamadun?
I. Kesengsaraan hidup.
II. Kemenangan di dalam peperangan.
III. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni.
IV. Rangsangan daripada semangat wanita-wanita dan kaum ibu.
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. I, II, III dan IV

9. Berikut adalah benar mengenai hubungan tamadun dengan budaya, KECUALI


__________________.
a. Pengaruh tamadun lebih berkekalan berbanding pengaruh budaya.
b. Pengaruh budaya lebih berkekalan berbanding pengaruh tamadun.
c. Budaya sering dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu.
d. Tamadun melampaui batas negara dan wilayah.
10. Yang manakah di antara salah satu daripada kenyataan berikut, BUKAN
merupakan sifat-sifat utama sesebuah tamadun?
a. Kewujudan satu atau beberapa bahasa yang serumpun dengan system
tulisan yang tersendiri.
b. Kewujudan sebuah system sosial meliputi politik, ekonomi dan Pendidikan
yang tersusun.
c. Kewujudan satu kepercayaan (agama) yang dapat menyatukan seluruh
masyarakat dalam wilayah tamadun tersebut.
d. Kewujudan penempatan manusia di sesebuah kawasan atau beberapa
kawasan yang disatukan membentuk kota atau system (Madinah).

11. Manakah antara berikut adalah faktor-faktor yang melahirkan tamadun?


I. Kedudukannya yang strategik.
II. Memiliki moral dan nilai yang terpuji.
III. Kesengsaraan hidup mendorong manusia untuk berperang.
IV. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. II, III dan IV
d. I, II, III dan IV

12. Berikut adalah elemen-elemen asas pembentukan tamadun, KECUALI


_____________________.
a. Hayat penghidupan stabil dan panjang.
b. Lahir dan berkembangnya daya kekeratifan dan meningkatnya penciptaan
sains dan teknologi.
c. Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal
perlakuan anggota masyarakatnya.
d. Wujud organisasi bukan kerajaaan (NGO) dalam bidang politik, ekonomi,
sosial dan Pendidikan yang teratur dan sistematik.

13. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang faktor kemerosotan sesebuah


tamadun.
I. Berlakunya penindasan dan kezaliman.
II. Wujud jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin.
III. Musnahnya penghayatan terhadap nilai dan budi pekerti.
IV. Lahirnya golongan masyarakat yang menitikberatkan ketinggian ilmu
pengetahuan.
a. I, II dan III
b. I, II dan IV
c. I, III dan IV
d. I, II, III dan IV
14. Interaksi budaya merupakan salah satu daripada jenis interaksi peradaban yang
paling jelas berlaku dalam banyak tamadun. Antara faktor-faktor berikut, yang
manakah telah menyebabkan berlakunya interaksi budaya?
I. Pengalaman sejarah, diserang, berperang dan sebagainya.
II. Faktor geografi - Lokasi strategik akan lebih terdedah kepada interaksi
contohnya Tamadun Melayu Melaka.
III. Faktor perdagangan - Pengalaman berinteraksi melalui perdagangan
meyebabkan tamadun berkenaan lebih terbuka.
IV. Faktor kepimpinan, contohnya Maharaja Jepun - Maharaja Meiji berpendapat
untuk mengelak dari dijajah, Jepun berinteraksi dengan Barat. Jepun hanya
mahu ilmu barat sahaja.
a. I, II dan III
b. II, III dan IV
c. I, II dan IV
d. I, II, III dan IV

15. Keruntuhan sesebuah tamadun disebabkan oleh ____________.


a. Robohnya pusat pemerintahan.
b. Keruntuhan alhlak dalam masyarakat.
c. Pertembungan budaya timur dan barat.
d. Sekatan terhadap agama dan budaya.

16. Kata asal “tamaddun” yang bermula daripada perkataan “madaniyyah” dalam
bahasa Arab adalah kata kerja yang merujuk kepada ________.
a. Kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
b. Konsep pembangunan, kemajuan dan pencapaian manusia.
c. Perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.
d. Perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan yang
memperhalus budi pekerti.

Anda mungkin juga menyukai