Anda di halaman 1dari 5

MPU 2183 – PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

Nama: GOH HUI SHAN


No. Pelajar: B2149
Kursus:

Soalan: TUTORIAL 3

1. Dalam tamadun China, konsep ini mempercayai bahawa yang berlaku atau wujud
dalam alam ini adalah akibat daripada interaksi antara dua kuasa berlawanan. Ini
merupakan konsep:

A. Dao
B. Li
C. Yin dan yang
D. Karma

2. Ahmad yang berbangsa Melayu telah berkahwin dengan Mei Mei yang berbangsa
Cina. Mei Mei telah memeluk agama Islam tanpa paksaan sesiapa. Perkahwinan
mereka telah direstui oleh keluarga kedua belah pihak.

Berdasarkan situasi di atas, yang manakah merupakan konsep memahami proses


hubungan etnik yang sesuai?

A. Akomodasi
B. Akulturasi
C. Asimilasi
D. Amalgamasi

3. Masyarakat di Sungai Lembing, Kuantan terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan India.
Mereka hidup dengan harmoni dengan memahami perbezaan budaya, agama dan
kepercayaan masing-masing. Kenyataan di atas boleh dikaitkan dengan konsep:

A. Akomodasi
B. Amalgamasi
C. Asimilasi
D. Segregasi

4. Masyarakat Malaysia seperti orang Melayu, Cina, India dan Sikh menikmati nasi
lemak, tosai, roti canai, rojak, tau fu fa dan sebagainya bersama-sama di sebuah
restoren di tepi jalan. Keadaan ini boleh disamakan dengan konsep:

A. Segregasi
B. Akomodasi

1|Page
C. Akulturasi
D. Amalgamasi

5. ‘Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok
dari satu kebudayaan yang berbeza.’
Kenyataan di atas merujuk kepada konsep:

A. Segregasi
B. Akomodasi
C. Akulturasi
D. Amalgamasi

6. __________ merupakan satu proses menyatupadukan satu kumpulan manusia yang


terdiri dari pelbagai latar belakang bagi membentuk satu budaya hidup yang sama.

A. Interaksi
B. Saling berinteraksi
C. Interaksi persendirian
D. Intergrasi

7. Pakaian tradisional Melayu seperti Baju Melayu telah dipakai oleh etnik bukan
Melayu. Ini menunjukkan berlakunya proses __________

A. Akulturasi
B. Asimilasi
C. Amalgamasi
D. Segregasi

8. Kenyataan di bawah adalah berkaitan dengan ciri-ciri sebuah masyarakat, KECUALI:

A. Mempunyai budaya yang tertentu


B. Tiada stratifikasi sosial
C. Mengalami perubahan
D. Wujud interaksi

9. Polisi Pecah dan Perintah British di Tanah Melayu bolehlah dikaitkan dengan konsep:

A. Amalgamasi
B. Akomodasi
C. Asimilasi
D. Segregasi

10. Konsep yang sesuai bagi Kaum Peranakan Cina (Baba dan Nyonya) di Melaka

2|Page
adalah:

A. Asimilasi
B. Amalgamasi
C. Akulturasi
D. Segregasi

11. Ciri-ciri utama masyarakat adalah:

I. Berkelompok
II. Berbudaya
III. Berpindah randah
IV. Mengalami perubahan

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

12. Berikut merupakan kebaikan percampuran budaya dalam kehidupan masyarakat


majmuk KECUALI:

A. Memahami antara satu sama lain


B. Mengagumi budaya kaum masing-masing
C. Mengharmoti budaya kaum lain
D. Menghasilkan masyarakat yang membenci agama lain

13. Wilayah Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah
dan Alam Melayu dengan sistem etnik masing-masng yang berlaku di:

A. Selat Melaka
B. Selat Tebrau
C. Laut Merah
D. Laut China Selatan

14. Kedatangan manusia Eropah (era kolonial) ke Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu
yang membawa bersama nilai dan peradaban Eropah adalah melalui:

I. Perdagangan
II. Penjajahan
III. Penaklukan
IV. Perkahwinan
A. I dan II
B. II dan III

3|Page
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

15. ‘Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang dikelilingi Laut China Selatan
dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan pergaulan dua peradaban
besar dunia, China dan India, melalui kegiatan perdagangan’.
Kenyataan ini berkaitan dengan:

A. Persekitaran Geo-Fisikal
B. Masyarakat dan demografi
C. Ekonomi dan pasaran
D. Falsafah dan pemikiran

16. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai masyarakat plural di Tanah Melayu.

A. Masyarakat plural merujuk kepada masyarakat yang bukan sahaja terpisah kerana
adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal
B. Kewujudan masyarakat plural adalah berkaitan dengan penjajah yang datang ke
Tanah Melayu pada masa dulu
C. Masyarakat plural adalah terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu
kependudukan dan hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan
D. Masyarakat plural telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada
abad ke-15

17. Manakah di antara berikut tidak berkaitan dengan konsep-konsep dalam mempelajari
hubungan etnik di Malaysia?

A. Akomodasi
B. Akulturasi
C. Asimilasi
D. Asabiyah

18. Pada era X, kerajaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk
menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam
kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat
agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan. Era X merujuk kepada:

A. Pra kolonial
B. Kolonial
C. Pasca kolonial
D. Globalisasi
19. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tempoh 1970-
1990. DEB adalah rancangan pertama kerajaan ke arah memelihara perpaduan kaum
selepas peristiwa 13 Mei 1969. Objektif utama pengenalan DEB ialah:

4|Page
I. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
II. Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi
III. Menggalakkan semua kaum terlibat dalam sektor perniagaan
IV. Memperbanyakkan golongan professional dalam masyarakat

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV

20. Gambarajah di bawah menunjukkan garis masa pembentukan masyarakat di negara


ini.

X dalam kotal di atas merujuk kepada:

A. Masayarakat kepelbagaian
B. Masyarakat madani
C. Masyarakat plural
D. Masyarakat Malaysia

5|Page

Anda mungkin juga menyukai