Anda di halaman 1dari 11

KENEGARAAN 2

1. Pilih pernyataan yang menerangkan ciri-ciri asas Kenegaraan.

I. Etnik.
II. Wilayah.
III. Kerajaan.
IV. Penduduk.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

2. Konsep masyarakat menepati perkara-perkara berikut KECUALI

A. kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang sama.


B. kelompok manusia yang tinggal di wilayah atau negeri tertentu.
C. kelompok manusia yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sama.
D. kelompok manusia yang menganggotai institusi, organisasi serta mendukong
undang-undang yang sama.

3. Pilih pernyataan yang BENAR tentang budaya.

A. Budaya adalah milik peribadi anggota sesebuah masyarakat.


B. Budaya menyediakan kerangka rujukan bagi satu-satu masyarakat.
C. Budaya menggambarkan nilai dan identiti individu sebagai anggota
masyarakat.
D. Budaya bersifat murni lagi statik yang diperturunkan dari satu generasi kepada
satu generasi yang lain.

4. Pernyataan berikut adalah BENAR berkaitan dengan konsep negara.

I. Negara diperintah oleh sesebuah kerajaan tertentu.


II. Negara adalah suatu kawasan yang diduduki oleh suatu masyarakat
tertentu.
III. Negara mestilah mempunyai agama rasmi yang dianuti oleh sebahagian
besar masyarakatnya.
IV. Negara dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan, sistem
pemerintahan, pendidikan dan seumpamanya.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

[Lihat Sebelah
KENEGARAAN 3

5. Pilih pernyataan yang SALAH berkaitan dengan konsep Ras.

A. Konsep ras ini telah melahirkan bangsa.


B. Konsep ras merujuk kepada keturunan seseorang.
C. Konsep ras merujuk kepada agama yang dianuti oleh seseorang.
D. Konsep ras bertujuan membezakan antara satu kelompok manusia dengan
kelompok manusia yang lain.

6. Pernyataan yang manakah SALAH menerangkan tentang tamadun.

A. Tamadun bermula bila ada kehidupan menetap.


B. Tamadun lampau kebiasaannya dibina di pinggir sungai.
C. Tamadun dibina dengan semangat permusuhan kepada bangsa lain.
D. Tamadun memerlukan kewujudan segelintir individu dalam masyarakat yang
bijak.

7. Perbincangan berkaitan tamadun mempunyai hubungan dengan perkara berikut


KECUALI

A. Manusia hidup bersendirian.


B. Masyarakat tinggal menetap.
C. Aktiviti ekonomi yang pelbagai.
D. Mempunyai sistem kepercayaan.

8. Apakah kesan negatif hasil interaksi antara tamadun Islam dan tamadun Barat?

A. Masyarakat Islam telah berhijrah ke Eropah.


B. Berlaku konflik berdasarkan perbezaan agama.
C. Berlakunya pengaliran ilmu Islam dari Andalusia ke Eropah.
D. Kemajuan ekonomi dikongsi bersama oleh Islam dan Eropah.

9. Pernyataan manakah menerangkan tentang masyarakat dan alam Melayu?

I golongan yang berasal dari Kepulauan Asia Barat.


II satu rumpun budaya yang berasal daripada satu punca.
III golongan yang mempunyai asas kehidupan yang sama.
IV golongan yang mempunyai rumpun bahasa yang sama.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

[Lihat Sebelah
KENEGARAAN 4

10. Pernyataan manakah yang SALAH menerangkan tentang faktor geografi sebagai
faktor yang penting dalam pembinaan tamadun Melayu?

A. Keadaan iklim yang baik (25-35 darjah celcius) dan tanah yang subur.
B. Kedudukan yang strategik iaitu di tengah-tengah perjalanan antara timur dan
barat.
C. Mempunyai tanah tinggi yang banyak, sesuai dijadikan kubu pertahanan jika
berlaku peperangan.
D. Persekitaran muka bumi yang sesuai dari segi iklim, bentuk muka bumi,
sumber yang banyak dan kemudahan air menarik ramai penduduk.

11. Pilih pernyataan yang SALAH dalam menyatukan orang Melayu dalam pembinaan
tamadun Melayu.

A. Bahasa Melayu menjadi lingua franca di kepulauan Melayu.


B. Agama Islam menjadi agen utama dalam penyatuan orang Melayu.
C. Kesetiaan terhadap raja dan pemimpin mengikut konsep daulat dan derhaka.
D. Sistem pendidikan vernakular menjadikan kaum Melayu bersatu untuk
memperteguhkan Melayu.

12. Tamadun Melayu dibina hasil daripada interaksi yang aktif dengan tamadun-
tamadun besar. Berikut adalah BUKAN tamadun besar yang menyumbang kepada
pembinaan tamadun Melayu-Islam.

A. Tamadun Cina.
B. Tamadun India.
C. Tamadun Barat.
D. Tamadun Ungka.

13. Pernyataan berikut adalah menerangkan negara yang pernah menjajah Melaka
KECUALI

A. British.
B. Belanda.
C. Portugis.
D. Thailand.

14. Pilih pernyataan yang menerangkan dasar layanan Jepun berdasarkan kaum di
negeri-negeri Melayu.

A. Kaum Melayu, Cina dan India telah mendapat layanan yang kurang baik.
B. Kaum Melayu dan India telah mendapat layanan yang lebih baik berbanding
kaum Cina.
C. Kaum Melayu dan Cina telah mendapat layanan yang lebih baik berbanding
kaum India.
D. Kaum India dan Cina telah mendapat layanan yang lebih baik berbanding
kaum Melayu.
[Lihat Sebelah
KENEGARAAN 5

15. Pilih pernyataan yang BENAR menerangkan sebab-sebab penentangan orang


Melayu terhadap Malayan Union.

I. Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan.


II. Persetujuan oleh raja-raja Melayu diperolehi secara paksaan dan tipu
helah.
III. Konsep kerakyatan secara Jus Soli yang diberikan kepada orang-orang
Melayu.
IV. Rusuhan diadakan untuk menunjukkan perasaan ketidakpuasan hati
mereka.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.
KENEGARAAN 6
16. Pernyataan berikut menerangkan kepentingan Perlembagaan Persekutuan
KECUALI

A. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.


B. Menyediakan panduan bagi hubungan luar negara Malaysia.
C. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
D. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang berkesan.

17. Pilih pernyataan yang SALAH mengenai Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

A. Perkara 153 menafikan hak kerakyatan bukan bumiputera.


B. Perkara 153 menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah dan Sarawak.
C. Perkara 153 merupakan pra-syarat kepada persetujuan orang-orang Melayu
menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat persekutuan.
D. Isu-isu yang diperkatakan dalam Perkara 153 adalah berkaitan dengan jawatan
dalam perkhidmatan awam, ekonomi, pendidikan dan kemudahan khas.

18. Pilih pernyataan yang TEPAT menerangkan maksud Raja Berperlembagaan.

A. Seorang raja adalah Ketua Negara.


B. Sebuah raja mengetuai sebuah kerajaan.
C. Seorang raja memilik imuniti atau kekebalan.
D. Seorang raja memerintah mengikut peruntukan perlembagaan.

[Lihat Sebelah

19. Pernyataan yang manakah BENAR tentang keperluan peruntukan hak istimewa
orang Melayu dalam Perlembagaan.

A. Orang Melayu berhak menerima keistimewaan kerana mereka beragama


Islam.
B. Hak keistimewaan orang Melayu adalah sebahagian daripada keperluan
demokrasi berparlimen.
C. Adalah wajar orang Melayu diberikan hak keistimewaan kerana Tanah Melayu
adalah hak milik orang Melayu.
D. Hak keistimewaan orang Melayu adalah perlu kerana dasar penjajah telah
menyebabkan orang Melayu ketinggalan.

20. Pembinaan identiti adalah penting dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk kerana

A. Malaysia pernah dijajah oleh kuasa-kuasa besar.


B. ingin memenuhi pengertian sebenar konsep kemerdekaan.
KENEGARAAN 7
C. perlukan perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbeza cara hidup.
D. kedaulatan Tanah Melayu yang dilambangkan oleh Jata Negara perlu
dipertahankan.

21. Pilih pernyataan yang SALAH tentang lambang identiti negara.

A. Jata negara adalah lambang kegemilangan Malaysia.


B. Bangunan parlimen adalah lambang sistem pemerintahan Malaysia.
C. Yang di Pertuan Agong adalah lambang kedaulatan negara Malaysia.
D. Jalur gemilang adalah lambang perpaduan negeri-negeri di Malaysia.

22. Prinsip-prinsip Rukun Negara merupakan satu ideologi yang telah digubal lanjutan
daripada peristiwa

A. 13 Mei 1969.
B. pembentukan negara Malaysia.
C. Singapura keluar daripada Tanah Melayu.
D. sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-10.

23. Prinsip yang menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni
termaktub dalam salah satu Rukun Negara iaitu

A. Keluhuran perlembagaan.
B. Kesopanan dan kesusilaan.
C. Kepercayaan kepada tuhan.
D. Kesetiaan kepada raja dan negara.

[Lihat Sebelah

24. Apakah konsep pentadbiran yang dilaksanakan oleh negara Malaysia?

I. Beraja.
II. Demokrasi.
III. Raja Berperlembagaan.
IV. Demokrasi Berparlimen.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.

25. Pilih pernyataan yang BENAR menerangkan sesuatu pilihan raya umum boleh
dilaksanakan.
KENEGARAAN 8
I. Apabila Yang di Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
II. Apabila Yang Di Pertuan Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.
III. Apabila tempoh penggal pilihan raya tersebut tamat, iaitu selepas genap
lima tahun dari tarikh pilihan raya sebelumnya.
IV. Apabila Perdana Menteri mendapat mandat daripada parlimen dengan
lebih 2/3 dewan menyokong mengadakan pilihan raya.

A. I dan II.
B. II dan III.
C. II dan IV.
D. III dan IV.

26. Soalan 26 adalah berdasarkan kepada pernyataan di bawah.

Fungsi Badan ini adalah bagi meluluskan apa jua undang-undang dan memanjangkan
kepada SPB Yang Di Pertuan Agong bagi perkenan baginda.

Pilih peranan yang sesuai merujuk kepada pernyataan ini.

A. Peranan Dewan Rakyat.


B. Peranan Dewan Negara.
C. Peranan Mahkamah Tinggi.
D. Peranan Badan Kehakiman.

[Lihat Sebelah

27. Siapakah yang mengetuai bagi seluruh jentera dan pegawai bagi perkhidmatan
awam kerajaan Malaysia?

A. Perdana Menteri.
B. Menteri Dalam Negeri.
C. Yang di Pertuan Agung.
D. Ketua Setiausaha Negara.

28. Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dasar yang diwujudkan untuk warganegara
Malaysia yang bermatlamat

A. pembangunan modal insan dan negara.


B. perpaduan, kehidupan dan kemanusiaan.
C. pendidikan dan peluang pelajaran untuk semua.
D. kerakyatan, kemajuan dan pembangunan negara.
KENEGARAAN 9

29. Nyatakan faktor-faktor dari aspek pendidikan yang mempengaruhi pembentukan


masyarakat Malaysia yang terpisah.

I. Dasar Pendidikan Kebangsaan.


II. Sistem Pendidikan yang terpisah.
III. Akta Keselamatan Dalam Negeri.
IV. Mendemokrasikan Pendidikan Negara.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

30. Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan
seimbang dari segi

A. fizikal, mental, rohani dan emosi.


B. intelek, fizikal, moral dan sahsiah.
C. jasmani, emosi, rohani dan intelek.
D. mental, jasmani, rohani dan emosi.

[Lihat Sebelah

31. Pilih pernyataan yang merujuk kepada unsur-unsur yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Negara.

I. Membentuk insan yang seimbang.


II. Perkembangan potensi insan secara menyeluruh.
III. Berketerampilan untuk faedah diri sendiri dan keluarga.
IV. Perkembangan seimbang dari segi intelek, rohani dan fizikal.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

32. Pilih pernyataan yang menerangkan prinsip-prinsip asas dalam Dasar Kebudayaan
Kebangsaan (DKK).
KENEGARAAN 10
I. Islam sebagai unsur yang paling penting.
II. Kebudayaan rakyat asal rantau ini iaitu rantau Melayu.
III. Kebudayaan yang menyerap unsur-unsur antarabangsa yang relevan.
IV. Kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima seperti
kebudayaan kaum Cina dan India.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

33. Salah satu teras yang terdapat dalam Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah
‘membina bangsa yang berdaya tahan’.

Pilih pernyataan yang SALAH merujuk kepada pernyataan ini.

A. Membina bangsa yang boleh menyerap apa sahaja elemen-elemen yang


datang dari luar.
B. Keutuhan ekonomi juga adalah penting untuk menyumbang kepada bangsa
yang lebih berdaya tahan.
C. Rakyat perlulah bersatu padu, matang dalam politik, bertolak ansur, penyayang
dan terus menikmati kehidupan yang tinggi.
D. Kematangan politik adalah penting bagi kestabilan yang berterusan dan rakyat
Malaysia tidak terjerumus ke dalam fahaman sempit dan ekstrem.

[Lihat Sebelah

34. Pernyataan yang manakah menerangkan strategi Dasar Pembangunan Nasional


(DPN) dalam usaha meneruskan strategi Dasar Ekonomi Baru (DEB).

I. Pembasmian kemiskinan.
II. Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia.
III. Pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera.
IV. Meningkatkan pembabitan sektor swasta dalam proses penyusunan
masyarakat.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

35. Antara berikut yang manakah TIDAK membantu usaha kerajaan dalam usaha
memupuk hubungan etnik yang harmoni di Malaysia
KENEGARAAN 11

A. Program Latihan Khidmat Negara.


B. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.
C. Idea dan konsep Sekolah Wawasan.
D. Pengekalan sistem pendidikan vernakular.

36. Apakah peranan mahasiswa yang relevan dapat dilaksanakan di peringkat Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) bagi menjayakan konsep satu Malaysia?

I. Setiap mahasiswa mestilah aktif berpersatuan dan berorganisasi.


II. Setiap mahasiswa mestilah mempunyai kawan rapat terdiri daripada
pelbagai kaum.
III. Setiap mahasiswa hendaklah mengambil kursus satu Malaysia sekali
sepanjang pengajian.
IV. Setiap mahasiswa perlu hilangkan persepsi negatif antara satu kaum
dengan kaum yang lain.

A. I, II dan III.
B. I, II dan IV.
C. II, III dan IV.
D. Semua di atas.

37. ASEAN ditubuhkan bagi menjalinkan hubungan kerjasama serantau yang menjadi
tumpuan utama semasa pentadbiran

A. Tun Hussien Onn.


B. Tun Abduk Razak Hussien.
C. Tun Dr Mahathir Mohamad.
D. Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.

[Lihat Sebelah

38. Pilih pernyataan yang SALAH menerangkan matlamat penubuhan Pertubuhan


Persidangan Negara-negara Islam (OIC).

A. Memperjuangkan kemerdekaan negara Palestin.


B. Memastikan bekalan minyak mentah dunia stabil.
C. Menyelesaikan pertelingkahan yang melibatkan negara-negara Islam.
D. Mengeratkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota
berkaitan bidang ekonomi.

39. Pilih pernyataan yang menerangkan kepentingan dasar luar kepada negara
Malaysia.

A. Membolehkan rakyat Malaysia menuntut ilmu atau bekerja di negara lain.


B. Bagi mencapai persefahaman keselamatan dan pertahanan dengan negara
lain.
C. Membolehkan negara Malaysia membangunkan negara dengan aman tanpa
gangguan negara jiran.
D. Membolehkan negara Malaysia diiktiraf antarabangsa dan berada sebaris
KENEGARAAN 12
dengan negara-negara lain di dunia.

40. Apakah objektif penubuhan ZOPFAN?

A. Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang aman, bebas dan
berkecuali.
B. Memastikan rantau Asia Tenggara kawasan yang produktif dari segi
perdagangan.
C. Menjalinkan kerjasama negara-negara di rantau Asia Tenggara sebagai satu
pakatan ketenteraan.
D. Memastikan rantau Asia Tenggara kawasan bebas senjata pemusnah nuklear.

(40 markah)

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai