Anda di halaman 1dari 10

1. Apakah kenyataan asas di dalam teori masyarakat majmuk menurut J.

S
Furnivall (1948)
A. Hubungan politik mempengaruhi hubungan cara pengeluaran dan lebih
berpengaruh jika dibandingkan dengan hubungan yang sebaliknya
B. Masyarakat terdiri daripada kumpulan status atau tuan tanah yang boleh
dibezakan oleh fenotaip, berada di tempat yang berbeza dalam susunan
ekonomi
C. Mereka bergaul tetapi tidak bergabung dengan setiap kumpulan dan
berpegang pada agama, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidup sendiri
D. Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah, dan
kategori berkenaan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan

Soalan 2 berdasarkan rajah di bawah :

kekerasan lebih senang diluahkan ke atas sasaran tertentu


kehitaman dikaitkan dengan ketakutan dan keinginan terpendam
semakin lemah kuasa kelompok minoriti, semakin sesuai kelompok itu
dijadikan sasaran

2. Nyatakan teori yang mewakili pernyataan di atas.


A. Ekology
B. Freudian
C. Pertukaran Sosial
D. Fungsional Strukturalisme

3. Kedatangan British ke Alam Melayu disebabkan faktor-faktor berikut kecuali :


A. Keagamaan
B. Kekayaan
C. Kemegahan
D. Keilmuan

4. Kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan ruang fizikal Alam Melayu


tetapi apa yang lebih penting adalah __________________
A. pencabulan ke atas agama dan adat istiadat orang-orang Melayu
B. penaklukan ruang ekonomi dan pentadbiran kerajaan Melayu
C. penaklukan ruang epistemologi atau pemikiran masyarakat tempatan
D. penafian terhadap kedudukan istimewa orang-orang Melayu

5. Sikap atau tanggapan yang laimnya bersifat negatif berdasarkan generalisasi


yang tidak rasional terhadap sesuatu kumpulan etnik dinamakan
_________________
A. rasisme
B. prejudis
C. stereotaip
D. etnosentrisme
6. Berikut merupakan undang-undang yang digunakan oleh pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka iaitu :
I. Undang-undang Laut Melaka
II. Hukum Kanun Melaka
III. Perlembagaan Persekutuan
IV. Undang-undang Tubuh Negeri Melaka

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. II dan IV

Konflik antara etnik Rohingnya Muslim dengan etnik Rakhine di Myanmar telah
menyebabkan pergaduhan dan jumlah kematian yang tinggi antara kedua-dua
etnik. Kanak-kanak dan warga tua turur dibunuh. Malah, akhbar harian melaporkan
tempat-tempat ibadat, masjid dan madrasah juga dibakar.
Soalan no. 7 berdasarkan maklumat di bawah.

7. Berikut merupakan faktor-faktor yang mewujudkan ketegangan di sesebuah


tempat, kecuali :
A. semangat asabiyyah yang terlampau dan terpengaruh dengan faktor-
faktor luaran
B. menilai perbezaan antara masyarakat melalui budaya majoriti atau
budaya tersendiri
C. menilai sesuatu kumpulan masyarakat berdasarkan pemahaman dan
pemikiran sempit
D. pemahaman yang mendalam dalam menilai kumpulan masyarakat yang
berbeza budaya ras dan etnik

Soalan 8 berdasarkan rajah berikut :

Integrasi

Segrerasi X Akulturasi Y Z

8. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep tahap integrasi yang diwakili oleh
Z
A. proses mempertahankan kepelbagaian kebudayaan
B. proses pecantuman budaya sehingga melahirkan budaya baru
C. proses penyerapan kebudayaan sesuatu masyarakat oleh kebudayaan
dominan
D. proses peminjaman dan penerimaan unsur kebudayaan di kalangan
kelompok lain

9. X merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat di


dalam negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Konsep X yang dimaksudkan ialah _____________
A. identiti
B. segrerasi
C. integrasi
D. nasionalisasi

10.Pilih etnik-etnik bumiputera yang utama di Sabah ketika pemerintahan


Syarikat Borneo Utara British.
I. Bajau
II. Murut
III. Suluk
IV. Kadazan

A. I dan II
B. II, III dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

11.Berikut adalah kenyataan mengenai kepentingan persoalan perpaduan dalam


konteks kesejahteraan hidup bermasyarakat kecuali :
A. perpaduan dapat menjamin keharmonian hidup antara masyarakat
pelbagai etnik
B. keperluan untuk mencapai keharmonian melalui kestabilan politik dan
pertumbuhan ekonomi terancang
C. negara yang tidak stabil sosiopolitiknya memberi kesan terhadap
peningkatan pelaburan dalam negara
D. kemerosotan pelaburan memberi implikasi negatif terhadap pertumbuhan
ekonomi dan perpaduan antara etnik

12.Pada akhir tahun 1960an, hampir separuh daripada rakyat Malaysia tinggal
dalam kemiskinan iaitu sebanyak 49.3 peratus. Keadaan ini merujuk kepada
_____________
I. terdapat hubung kait antara kemiskinan dengan kumpulan etnik
tertentu
II. kemiskinan dalam etnik Melayu lebih menjadi tumpuan berbanding
etnik Cina dan India
III. wujud ketidakseimbangan dalam pengagihan faedah daripada
pertubuhan ekonomi Negara
IV. ekoran kesan daripada amalan dan penerusan dasar ekonomi bebas
penjajah Inggeris yang diteruskan oleh kerajaan Perikatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

13.Istilah agihan yang dimaksudkan dalam falsafah pertumbuhan dengan


agihan ialah _______
A. Berpusat kepada dimensi agihan antara etnik
B. Usaha memaksimumkan hasil kekayaan Negara
C. Pertumbuhan Negara melalui perkembangan ekonomi
D. Pelaksanaan agenda agihan perpaduan dalam masyarakat

14.Tindakan kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi


13 Mei 1969 adalah berdasarkan _______
A. peruntukan luas dalam perkhidmatan politik
B. strategi kea rah pembentukan perpaduan nasional
C. program-program daripada seluruh peringkat produktiviti
D. indeks khas yang digunakan bagi mengukur tahap kemiskinan

15.Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi berkait rapat dengan menstabilkan


sosiopolitik dalam sesebuah Negara, oleh yang demikian agihan kekayaan
perlu diagihkan secara adil dan saksama. Ini dilakukan bertujuan untuk
________
A. Memastikan hak Bumiputera dan Melayu dijaga dan dipelihara
B. Memastikan mana-mana etnik di Malaysia tidak terpinggir
C. Memastikan jurang kekayaan antara satu kaumdengan kaum yang lain
dikurangkan
D. Memastikan rakyat di Malaysia tidak iri hati antara satu sama lain

16.Apakah focus utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) di perkenalkan oleh pihak
kerajaan pada tahun 1971?
A. Mengagihkan pemilihan ekuiti korporat lebih saksama antara Bumiputera
dan Melayu dengan etnik Cina
B. Memastikan agihan ekuiti korporat terhadap Bumiputera dan Melayu lebih
daripada etnik Cina
C. Mengawal pemilikan ekuiti korporat terhadap kaum lain selain Bumiputera
dan Melayu
D. Mengehadkan agihan ekuiti korporat terhadap kaum Cina bagi
memastikan Bumiputera dan Melayu dapat bersaing

17.Berikut adalah langkah-langkah kerajaan berkaitan dengan pembasmian


kemiskinan pada era 1970 an iaitu :
I. Menubuhkan perindustrian kecil dan sederhana
II. Peruntukan yang luas dalam perkhidmatan sosial
III. Meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan tanpa mengira etnik
IV. Memupuk kesedaran masyarakat untuk berusaha lebih gigih dalam
pelbagai bidang
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II, III dan IV

Soalan 18 berdasarkan pernyataan di bawah.

W Sektor perkhidmatan awam


X Sektor pertaniaan dan perikanan
Y Sektor perlombongan dan pembuatan
Z Sektor pembinaan, utility dan pengangkutan

18.Berdasarkan pernyataan W, X, Y dan Z yang manakah merupakan sector


yang dimonopoli oleh orang Melayu.
A. W dan X
B. Y dan Z
C. W dan Z
D. X dan Z

19.Pilih pernyataan yang SALAH menerangkan tentang Model Ekonomi Baru


(MEB)
A. Antara tonggak penting MEB adalah Program Transformasi Ekonomi (PTE)
B. MEB dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)
C. Penekanan melaluiMEB adalah melalui sector swasta untuk menjana
ekonomi
D. Agihan melalui MEB mengutamakan kelompok kelas menengah

20.Pilih pernyataan yang berkaitan dengan matlamat penyusunan semula


masyarakat dalam DEB.
I. Kerajaan memperkenalkan Industrial Coordination Act (ICA) tahun
1975
II. Formula 30: 30: 40 diguna pakai dari segi ekuiti dan penstrukturan
III. Syarikat perlu memperuntukkan sebanyak 30 peratus peluang
pekerjaan kepada golongan bumiputra
IV. Ekuiti bumiputra dalam masyarakat mestilah dipastikan sebanyak 40
peratus

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

21.Pilih pernyataan yang menerangkan tanggungjawab Industrial Coordination


Act (ICA) di bawah DEB.
I. Kelulusan dan pemberian lessen
II. Oenggajian dan pengambilan pekerja
III. Penetapan harga bagi setiap produk keluaran
IV. kuota pembahagian produk-produk pengeluaran

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

22.Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) adalah meliputi perkara-perkara berikut


kecuali :
A. jangka hayat hidup
B. kadar kematian bayi
C. jumlah pelajar dapat masuk universiti
D. telefon bagi setiap 1000 penduduk

23.Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2) telah menggalurkan hasrat kerajaan


untuk mewujudkan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) melalui pelbagai langkah yang meliputi :
I. bantuan kewangan dan latihan
II. mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di Bandar
III. mengadakan usaha sama dengan etnik buksn Melayu bagi
memperoleh pengetauan
IV. menggalakkan penubuhan perusahaan-perusahaan kecil

A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

24.Dasar Penswastaan yang diperkenalkan telah melibatkan pemindahan


perkhidmatan atau perusahaan milik awam kepada sektor swasta. Apakah
tujuan dasar ini perkenalkan?
I. meningkatkan pendapatan pihak kerajaan
II. merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian
III. membantu pencapaian matlamat DEB
IV. mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

25.Kedudukan Agama Islam dan kebebasan beragama telah diberikan tempat


yang kukuh dalam Perlembagaan Malaysia secara khusus dalam Perkara 3
(ceraian 1). Peruntukan ini menjelaskan tentang _____________
A. kedudukan Raja-raja Melayu
B. kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan
C. larangan agama-agama lain mendominasi kedudukan agama islam
D. kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama di negeri-negeri
beraja

26.Berikut adalah undang-undang terawal yang wujud di Tanah Melayu sebelum


penggubalan Perlembagaan Persekutuan kecuali :
A. Hukum Kanun Melaka
B. Prasasti Terengganu
C. Perlembagaan Negeri Johor
D. Perlembagaan Melaka

27.Kenyataan di bawah menerangkan tentang kedudukan _________


Berkuasa memerintah persekutuan dan bertindak atas nasihat
Kabinet
Institusi berkaitannya dilindungi oleh perlembagaan melalui
Perkara 38 (4)
Lambang perpaduan masyarakat pelbagai etnik Malaysia
A. Sultan dan Raja
B. Majlis Raja-raja
C. Yang di-Pertua Negeri
D. Yang di-Pertuan Agong

28.Kontrak Sosial merupakan elemen penting dalam perjalanan sejarah


penggubalan perlembagaan negara. Dalam konteks masyarakat berbilang
etnik dan budaya, kontrak sosial perlu dihayati kerana __________
A. faktor yang membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk Malaysia
B. bukti ketertinggian perlembagaan dan asas kepada perpaduan negara
C. lambang kepada kejayaan setiap etnik membebaskan negara dari kuasa
kolonial
D. panduan kepada masyarakat pelbagai etnik Malaysia dalam membina
persefahaman dan ikatan sosial yang harmoni

29.Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam


sistem pendidikan adalah implikasi daripada ____________
A. pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai subjek wajib di semua sekolah
B. pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam
perlembagaan
C. peruntukan perlembagaan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi
negara
D. peruntukan perlembagaan mengenai status Bahasa Melayu sebagai
Lingua Franca

30.Takrif Melayu dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia Perkara


160 dengan takrifan bahawa Melayu mestilah mencakupi elemen-elemen
_______________
I. beragama Islam
II. bertutur dalam Bahasa Melayu
III. mengamalkan adat istiadat Melayu
IV. lahir di Tanah Melayu sebelum hari kemerdekaan
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

31.Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah merangkumi perkara-perkara berikut


kecuali :
A. kewangan- Urus tadbir kewangan diurus secara bersama Persekutuan
B. Agama- Agama Islam adalah agama persekutuan tetapi bukan agama
rasmi negeri
C. Imigresen- kuasa imigresen ialah kuasa pusat tetapi kawalan keluar-
masuk diurus oleh Sabah
D. Bahasa- Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tetapi bahasa
Inggeris boleh digunakan tanpa had masa

32.Apakah bentuk kerjasama antara pelbagai etnik menjelang kemerdekaan


Tanah Melayu?
I. menubuhkan Parti Perikatan
II. Perkongsian kuasa melalui pembahagian kerusi
III. Wakil Perikatan dari pelbagai etnik semasa Perjanjian London
IV. Mencipta Rukun Negara

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I dan IV
D. I, II, III dan IV

33.Antara parti politik berikut, yang manakah terdapat di Sarawak?


I. United Nation Pasok Momogun Organization (Pasok Momogun)
II. Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB)
III. Parti Bumiputera
IV. Sarawak United Peoples Party (SUPP)

A. II dan IV
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

34.Semua pernyataan berikut merujuk kepada perikatan UMNO-MCA-MIC,


kecuali :
A. Perikatan UMNO-MCA-MIC dibentuk pada tahun 1952
B. Pembentukan perikatan merupakan pakatan kerjasama antara orang
Melayu, Cina dan India dalam politik negara
C. Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan raya
Persekutuan 1955
D. Pada tahun 1974 nama Perikatan telah ditukar kepada Barisan Nasional

35.Pilih pernyataan yang benar mengenaiParti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)


I. parti ini sebagai batu loncatan kepada politik Sarawak ke arah
pemerintahan sendiri
II. menggabungkan pelbagai kegiatan sosial dan kebajikan Cina demi
menjaga kepentingan mereka di negeri Sarawak
III. parti yang berbilang etnik
IV. etnik Cina memonopoli pucuk kepimpinan parti

A. I dan III
B. I dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

36.Kejatuhan PBS membawa perubahan besar seperti berikut dalam politik di


Sabah:
I. Jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara bumiputera Islam,
bumiputera bukan Islam dan Cina
II. UMNO berjaya menyatukan pelbagai etnik bumiputera Islam dan bukan
bumiputera Islam, Kristian dan lain-lain
III. kejatuhan PBS melahirkan beberapa buah parti baharu seperti Parti
Brsatu Rakyat
IV. Pasti USNO mula mendapat sokongan rakyat

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

37.Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan beragama berdasarkan


peruntukan Perkara 3(1), 8, 11 dan 12?
I. orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam
kalangan orang Islam
II. kebebasan agama tertakluk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri
1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967
III. seseorang tidak bebas mendirikan kuil/ tokong di mana-mana tempat
IV. kebebasan beragama bersifat mutlak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I dan III
D. I, II, III dan IV

38.Berdasarkan pilihan raya tahun 1995, 1999 dan 2004 dapat disimpulkan
seperti berikut kecuali :
A. peranan dan kedudukan etnik Melayu dalam politik negara adalah jelas
iaitu mempunyai 156 kerusi
B. etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 kawasan
parlimen
C. bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya daripada
kumpulan etnik tertentu memang tidak dapat dielakkan kerana taburan
penduduknya ditentukan oleh faktor sejarah dan ekonomi
D. pengundi masih lagi terikat untuk mengundi berdasarkan ltar belakang
kaum, bahasa atau agama

39.Perubahan trend pengundi rakyat Malaysia selepas pilihan raya 2008 ialah
_____________
A. pola pengundian tidak lagi berdasarkan kaum dan agama
B. isu-isu kebebasan bersuara, keadilan dan tadbir urus tidak mendapat
tempat
C. pengundi lebih memilih parti politik yang menekankan perjuangan
perkauman
D. parti politik yang bersifat multi etnik sukar mendapat sokongan pengundi

40.Asas sistem politik Malaysia adalah menerusi ______________________


I. kerjasama
II. tolak ansur
III. permuafakatan
IV. keberanian

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I dan IV
D. I, II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai