Anda di halaman 1dari 6

KERJA MASA CUTI BENCANA SEJARAH : TINGKATAN 4

Arahan : jawab semua soalan berikut.

1. Apakah kepentingan upacara mengangkat sumpah dengan meminum air sumpah oleh rakyat
kerajaan Srivijaya?
A. Mengukuhkan taat setia
B. Mengakui kebesaran Tuhan
C. Mengelakkan malapetaka
D. Mengharapkan pahala

2. Rakyat Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada


I. Pedagang Melayu
II. Orang Melayu
III. Orang Laut
IV. Orang Jawa
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

3.
Ciri-ciri Negara Bangsa

Merujuk pernyataan diatas, yang manakah kesan penerapan ciri-ciri tersebut dalam
Kesultanan Melayu Melaka?

I. Pengukuhan bangsa
II. Perkembangan agama Islam
III. Pembinaan empayar
IV. Kesejahteraan rakyat
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

4. Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada keseluruhan Semenanjung Tanah
Melayu dan pantai timur Sumatera.
Apakah Kepentingan wilayah pengaruh ini?
A. Memperkukuhkan kewibawaan pemerintah
B. Membolehkan penguasaan sumber kekayaan
C. Membantu dalam penyebaran Islam
D. Menghindari campur tangan asing
5. Sultan menerajui sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.
Siapakah yang membantu sultan dalam pentadbiran pusat?
A. Pembesar Berlapan
B. Pembesar jajahan
C. Pembesar wilayah
D. Pembesar Berempat

6. Pembesar Berempat manakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kota Melaka?


A. Bendahara
B. Temenggung
C. Penghulu Bendahari
D. Laksamana

7. Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberikan perhatian.


Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?
I. Memastikan keharmonian dalam keluarga
II. Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya
III. Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak
IV. Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

8. Di bawah Undang-undang Laut Melaka, siapakah yang menentukan kadar cukai yang dikenakan
terhadap penumpang?
A. Penghulu Bendahari
B. Syahbandar
C. Nakhoda
D. Laksamana

9. Antara amalan berikut, yang manakah bekaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah
dalam Kesultanan Melayu Melaka?
I. Sistem perhambaan
II. Sistem Serah
III. Sistem Kerah
IV. Sistem Perundangan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV
10.
 Revolusi Keagungan (1688)
 Revolusi Amerika (1776)
 Revolusi Perancis (1789)

Apakah persamaan dalam perjuangan ketiga-tiga revolusi di atas?

A. Memperjuangkan kedaulatan negara


B. Memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat
C. Menentang hak dan kuasa mutlak raja
D. Menentang penindasan oleh penjajah

11. Mahatma Gandhi menjadikan konsep satyagraha sebagai asas perjuangan nasionalisme di India.
Antara berikut, yang manakah perjuangan berlandaskan satyagraha?
A. Perjuangan bersenjata
B. Perjuangan berasaskan sabotaj dan mogok
C. Perjuangan tanpa keganasan
D. Perjuangan berdasarkan pemulauan barangan British

12. Nasionalisme di China mempunyai pelbagai matlamat.


Antara beikut, yang manakah matlamat nasionalisme di China?
I. Mempertahankan tradisi dan peradaban China
II. Menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu
III. Melahirkan sebuah negara komunis
IV. Menyokong penjajahan Barat.
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

13. Kegagalan nasionalisme peringkat awal di Filipina telah melahirkan Katipunan yang bertujuan
untuk memperjuangkan kemerdekaan Filipina secara revolusi.
Siapakah pengasas Katipunan?
A. Jose Rizal
B. Andres Bonifacio
C. Emilio Aguinaldo
D. Sergio Osmena

14. Merujuk penyataan berikut :


Revolusi Pelajar

Kebangkitan nasionalisme di Burma turut dipengaruhi oleh Revolusi Pelajar.

Apakah factor tercetusnya revolusi ini?

A. Membebaskan tanah air


B. Mempertahankan agama Buddha
C. Menentang pengaruh Barat
D. Menuntut penubuhan sebuah universiti

15. Nasionalisme di Thailand berbeza daripada Gerakan nasionalisme negara Asia Tenggara yang
lain.
Apakah matlamat nasinalisme Thailand?
I. Membebaskan diri daripada belenggu penjajah
II. Mempertahankan kemerdekaan Thailand
III. Menentang penguasaan ekonomi oleh orang asing
IV. Membentuk sebuah negara yang bebas dan berdaulat
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

16. Merujuk pernyataan berikut :

 Ibrahim Haji Yaakob


 Ishak Haji Muhammad
 Ahamd Boestmam
Apakah persamaan antara tokoh-tokoh nasionalis di atas?

A. Merupakan golongan intelektual berpendidikan Inggeris


B. Menyatupadukan orang Melayu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
C. Melanjutkan pelajaran mereka di Mesir dan Turki
D. Mendokong perjuangan nasionalisme bersifat radikal

17. Gerakan nasionalisme tempatan pada peringkat awal digerakkan oleh golongan berpendidikan
agama atau dikenali sebagai Kaum Muda.
Siapakah pendoromg golongan ini?
I. Syed Sheikh al-Hadi
II. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
III. Raja Chulan Raja Abdullah
IV. Eunos Abdullah
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

18. Merujuk pernyataan berikut:

 Ketua pengarang Pejabat Karang Mengarang, SITC


 Mengasah bakar pelajar SITC
 Membangkitkan semangat kebangsaan

Siapakah tokoh yang memainkan peranan yang disenaraikan di atas?

A. Ishak Haji Muhammad


B. Za’ba
C. Abdul Rahim Kajai
D. Ibrahim Haji Yaakob

19. Masyarakat Cina Peranakan di Negeri-negeri Selat menubuhkan Persatuan Orang Cina
Peranakan British (SCBA). Nyatakan tuntutan SCBA daripada pihak British.
A. Peluang melanjutkan pelajaran ke Britian
B. Peluang menganggotai Majlis Mesyuarat Kerja
C. Peluang dalam perniagaan dan perdagangan
D. Peluang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan

20. Pada tahun 1936, Dr. A.M. Soosay menubuhkan Central India Association of Malaya (CIAM).
Antara berikut, yang manakah perjuangan CIAM?
I. Memperjuangkan kemerdekaan India daripada British
II. Menjaga kebajikan orang India di Tanah Melayu
III. Mengerakkan kesedaran nasionalisme orang India tempatan
IV. Menuntut supaya memperbaiki kedudukan sosioekonomi orang India

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

Nota : Sekiranya pelajar tidak mempunyai kemudahan untuk mencetak soalan ini, maka pelajar perlu
menyalin semula soalan-soalan tersebut dan jawapan yang betul/dipilih sahaja

Anda mungkin juga menyukai