Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

1. Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan Dewa Siva. Apakah tujuan Raja
Champa dianggap sedemikian.
A. Menjadi asas negara bangsa
B. Membentuk kerajaan yang unggul
C. Mendapat ketaatan daripada rakyat
D. Mendapat pengiktirafan kerajaan luar.

2. Gambar menunjukkan inskripsi Telaga Batu yang dijumpai di Palembang, Sumatera.

Apakah peranan inskripsi tersebut?


A. Lambang taat setia
B. Lambang kedaulatan
C. Lambang keagamaan
D. Lambang orde kosmos

3. Antara berikut, yang manakah merupakan rakyat Melaka?


I. Orang Minang
II. Orang Arab
III. Orang Laut
IV. Orang Melayu
A. I dan II C II dan III
B. I dan IV D III dan IV

4. Bagaimanakah undang-undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka digubal?


A. Berdasarkan titah perintah sultan
B. Berasaskan Syariah dan hukum adat
C. Berlandaskan cadangan pembesar Melaka
D. Berpandukan perundangan kerajaan Srivijaya.

5. Pasangan yang manakah berkaitan tugas Pembesar Berempat di Kesultanan Melayu


Melaka.
Pembesar Berempat Peranan
A Bendahara Menguruskan perbendaharaan kerajaan
B Laksamana Menjadi pemangku sultan
C Temenggung Menjaga keselamatan kota Melaka
D Penghulu Bendahari Menjadi panglima Angkatan laut Melaka
6. Apakah konsep berkaitan perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara?
A. Keunggulan
B. Imperialisme
C. Nasionalisme
D. Kemerdekaan

7. Mengapakah pengaruh agama berjaya mencetuskan Gerakan nasionalisme di Asia


Tenggara?
A. Memperkenalkan semangat jihad
B. Mendorong gerakan radikal
C. Mencetuskan idea revolusi
D. Menyindir sikap penjajah

8. Akhbar berikut menyemai semangat kebangsaan pada awal abad ke-20


 Al-Imam
 Neracha
 Al Ikhwan
 Tunas Melayu

Apakah pihak yang menerbitkan akhbar tersebut ?


A. Kaum Muda
B. Syarikah Jelutong Press
C. Kesatuan Melayu Muda
D. Persatuan Melayu Pahang

9. Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di England. Apakah kuasa
parlimen melalui perundangan tersebut.
A. Mengutip cukai
B. Melantik penasihat
C. Mengawal kerajaan
D. Menolak penjajahan

10. Mengapakah tokoh berikut membentuk Gerakan Propaganda di Filipina?

Jose Rizal

A. Menentang kelemahan pemerintahan Sepanyol


B. Menamatkan penguasaan politik oleh pembesar
C. Menghalang kemasukan pengaruh luar ke Filipina
D. Menuntuk hak yang sama seperti bangsa Sepanyol

Anda mungkin juga menyukai